Pages

Tuesday, June 19, 2012

Incredible India - Jaipur - Jantar Mantar

Selepas abis melawat kawasan Amber Fort tu, aku kembali ke kota Jaipur semula.

Ya. Masih ada kawasan yang perlu di lawati di sini.

Drebar drive dan park dekat tengah tengah Old City Jaipur dan aku dengan guide aku menapak ke kawasan seterusnya yang bernama Jantar Mantar.

Macam tak best je nama dia kan? Macam jongkang jongket je.

Apa ada kat sini??

Meh.


Jantar Mantar ni sebenarnya merupakan kawasan di mana terletaknya beberapa instrument astronomi yang digunapakai sewaktu zaman dulu dulu lagi. 

Maharaja Jai Singh telah berpindah dan menjadikan Jaipur sebagai ibu kota pemerintahan dia sekitar tahun 1727 dan 1734.

Tempat ni menjadi World Heritage sebabnya ia merupakan antara kawasan yang membuktikan kebijaksanaan dan konsep awal kajian astronomi dahulu kala yang masih relevan dengan dunia sekarang. 

Ya lah. Dulu dulu jam, kalender semua mana ada so dengan bantuan alat alat macam ni la mereka mengesan waktu dan menjalankan kajian kajian mengenai astronomi, bintang, bulan dan sebagainya.

Aku dah macam pembaca berita lak rasanya ni.

Jantar maksud dia instrument. Mantar adalah Calculation.

Moh kita masuk.




Nak masuk dalam kena bayar INR100. Kalau beli tiket dekat Amber Fort tu dengan harga INR300 kira pakej sekali so tak payah bayar la bila masuk area ni.

Kawasan ni sebenarnya tak de la apa apa sangat pun. Lebih lebih lagi kalau kita tengok pastu haram kita tak tau apa.

Tak reti nak baca.

Dan nasib baik la aku ada guide yang sangat berpengalaman dan bila aku tanya soalan kat dia, semuanya dia dapat jawab.

Ya. Begitu la guide yang bagus dan aku sebenarnya suka guide aku ni macam guide kat Fatehpur Sikri kelmarin.


Macam kat atas tu kan?

Tengok je kita tau dia macam jam. So cara nak baca dia. Nampak tak ada macam jarum kat tengah tengah tu. So satu bongkah batu yang agak senget ke belakang ni akan menyukat bayangnya dan di sekeliling tu ada  24 bahagian yang mewakili 24 jam.

So dari situ lah. Kalau tengok time aku melawat ni based on jam batu tu adalah pukul 11.30 pagi.


Yang atas ni pulak, nampak tak satu panel lurus mendongak ke atas tu.

Tau menuju ke mana?

Tu menuju ke Northern Star ! Atau pun kejora. Atau Utarid. Atau kalau kita yang Islam ni arah ke kiblat.


Bangunan ni pun di dirikan dengan significant tersendiri.

Nampak dinding tu, dan nampak panel putih tempat mamat 2 orang ni bertenggek tu. Bayang tu menunjukkan jam 11 tengahari. Kalau tak de bayang tu maksudnya matahari betul betul berada di atas kepala. Dan bila petang, dia akan menghasilkan bayang di sebelah dinding belah sana pulak.

Sampai la ke petang.


Benda kat atas tu pulak adalah untuk menyukat bulan.

Aku pun tak pasti cemana. Ada guide ajar hari tu tapi sebab aku bengap dan cuaca panas otak dah cair aku lupa.

Hahahaha.

Tak pe. Aku tak tanya soalan pun lepas ni.

Yang ni pulak.


Kalau tengok mesti tertanya tanya, apa benda la tangga tangga macam bersepah ni.

Nak kata jongkang jongket, tak de la pulak. Nak kata tangga, menuju ke mana?

Actually..

Tempat setiap satu tangga tu mewakili setiap zodiac kita.

Macam yang ni, Sagi


Dari benda alah ni, kita dapat kesan hari terbaik untuk kita, tarikh mana paling bagus dalam hidup kita, jam berapa mood kita akan jadi best dan jam berapa kita tetiba jadi gila meroyan tak tentu pasal tetiba down tak tau apa sebab musabab.

Hah. 

Benda alah ni boleh baca okeh.

Guide aku hari tu ada bacakan untuk aku, tapi aku pun lupa. Dia cuma perlukan tarikh lahir dan pukul berapa kita lahir.

Kalau lahir malam?

Hmmm 

Mungkin waktu terbaik untuk kita adalah pukul 12 malam kot sebab nak bersiap siap keluar rumah pegi cari darah.

Tu kalau pontianak la kot.

Hahhaa.

Aku tak tau. Aku tak ingat. Tapi cool jugak ler kot. Semuanya mengikut bayang matahari pada tarikh dan waktu kita lahir tu dia akan point kan pada scale yang kita nak tahu. Waktu, tarikh, hari terbaik dan sebagainya.


Ini pengukur waktu. Sama jugak macam bangunan tadi.

Tengah tu ada obsevation deck tapi tak boleh naik.

Kalau boleh naik ramai yang feeling feeling Titanic pulak.

Tapi kalau tengok gambar bawak ni, kita boleh tahun waktu menunjukkan hampir pukul 12 tengahari based on bayang kat skala pada panel putih tu. 

Lagi besar benda alah ni lagi accurate sukatannya.


Dari arah sisi

Kawasan kawasan lain




Keluar dari kawasan Jantar Mantar ni, ada satu lagi tempat menarik yang boleh di lawati iaitu City Palace.

City Palace ni merupakan istana yang masih di guna pakai sekarang. Ada kawasan kawasan tertentu yang di buka untuk lawatan pelancong.

Bayaran masuk INR300.

Kalau nak masuk istana betul kena bayar certain cost.

Dan kalau masuk tu silap silap boleh jumpa Maharaja Jaipur sekarang ni !!

Mahu?

Aku tak ingat berapa tapi macam ribu ribu USD lah.

* mati la masuk masuk tengok Maharaja tengah berfacebook.


Anyway aku tak masuk pun dalam ni. Malas lah.

Benda yang sama je. So aku cuma berkeliaran dari kawasan luar je dan snappy.

Cuaca pun panas sangat sebenarnya.

Istana tempat Maharaja sekarang tinggal

Menara dalam City Palace

Fakta menarik mengenai Maharaja Jaipur yang sekarang ni.

Beliau berusia, 11 tahun !

* rebah.

2 comments:

  1. mcm nak main skateboard jer tempat tu hahaha! ramai dating kat sini masa aku gi.

    aku pun tak masuk city palace. cis, ingat bleh la baca cite ko. sila pegi balik!

    11 tahun?? *pengsan*

    ReplyDelete
  2. kalau aku pegi balik hanyalah dengan misi nak meracun Vikram !

    haah maharaja tu 11 tahun sebab atuk dia meninggal, jatuh kat pakcik dia, tapi pakcik dia meninggal gak sebelum sempat kawin dan dapat anak. so dia cucu maharaja, anak sulung kepada puteri maharaja si atuk.

    serious kau pening kan?

    ReplyDelete