Pages

Tuesday, June 5, 2012

Incredible India - Delhi - Red Fort

Selepas Chandni Chowk, kami bergerak menuju ke Red Fort.

Tempat dia tak jauh pun. Satu kawasan Old Delhi tu je. Kiri kanan hari makin sibuk. Orang berjual. Kereta lalu lalang memang debu dan kawasan jadi tak terurus.

Aku just duduk dalam kereta dan memerhatikan sekeliling.

"After this we go to Red Fort"

Aku mengiyakan je kata kata Vikram pundek taik ayam tu.

Aku bengang dengan dia.



Dari Chandri Chowk tu boleh nampak gate Red Fort. So aku memang assume tak jauh. Tapi kalau nak berjalan kaki dalam cuaca yang dah jadi panas. Dengan debu dan habuk, kena pakai tong oksigen jugak ler kot.

Kalau terpaksa berjalan pun aku OK je. Cuma sebab aku ada drebar so aku tak ambik port yang lain lain. Janji aku sampai ke destinasi.

Drebar bawak aku pusing pusing dulu satu kawasan Red Fort tu.

Boleh tahan jugak la besar dia. Ada 4 entrances semuanya. Jadi kami pusing ke belakang sebab aku tak plan nak masuk. Just nak pusing pusing ambik gambar.

Vikram kata, Red Fort ni lebih kurang macam Agra Fort di Agra. So kalau nak masuk di Agra tak perlu lah masuk di Red Fort ni sebab struktur dan binaan dia sama saja.

Pandangan belakang Red Fort.

Ini sebenarnya kawasan pavillion dan courtyard. Entrance belakang ni tak boleh masuk

Lepas pusing tu baru la kami ke entrance hadapan dan di situ, drebar dropped aku dengan Vikram dan kami turun.

Sebaik saja turun, terus peminat berpusu pusu datang.

"Sir.. postcard Sir"
"No"
"Later Sir"

Aku diam.

"Just say 'later you will buy' Sir"

Aku ni kan terror je buat muka ketat tak nak layan.

Vikram pun tak risau dah kot sebab dia tau aku boleh je nak elak dari orang orang macam ni.

Masuk ke perkarangan Red Fort, memang ramai tourist. Aku just berkeliaran di kawasan sekitar tu je. Mostly tourist ni semua local ler kot sebab tak de muka asing.

Aku je muka ala ala oversea sikit.

Eh. Tapi di Delhi ni, pari pari ni bukan semua kerak kuali ler. Ada jugak aku tengok yang kacak kacak dan lawa. Tapi susah nak jumpa pari pari kota pompuan sebab mungkin mereka tak berkeliaran. Tapi kalau yang lelaki, ramai la muka pari pari kota stock muka macam Kawan Baik si BA. Silap silap kalau BA pegi Delhi dia tak jumpa cari laki dia sebab muka semua sepesen.

* lari masuk Red Fort.



Red Fort ni sememangnya menjadi destinasi pelancongan terpenting di Old Delhi. Memang ramai pelancong yang datang dan kalau ke Delhi tempat ni memang menjadi lokasi wajib untuk di lawati. Di sini la tempat terpatrinya kemerdekaan India dari jajahan British.

Red Fort ni pernah menjadi kediaman lebih kurang 3000 orang dalam complex yang paling besar di Old Delhi ini. Tapi sekarang dah tak de orang tinggal kat dalam ni dan pernah di jadikan pejabat Askar British India. Sekarang ni pun 1 entrance hanya di buka khas untuk askar. Yang untuk tourist di buka satu je yang belah depan ni.

Aku tak masuk so aku tak tau apa ada kat dalam. Tapi kata Vikram ada dewan dewan, masjid dan sebagainya. Memang luas jugak la kawasan dia.

Entrance Utama Red Fort



Red Fort ini di bina oleh Emperor Shah Jahan. Orang yang sama membina Taj Mahal di Agra. Jama Masjid dan Chandra Chowk di Old Delhi ini. Dulu ia merupakan tempat kediaman emperor Mughal ( Kerajaan Islam) di Delhi ini sebelum di rampas oleh Bristih.

Dulunya kawasan Red Fort ni di bina dengan sungai yang menakung air di sekeliling kawasan kubu.

Dalam sungai tu di letakkan buaya bagi menghalang orang lain menceroboh masuk.

Sungai kering yang dulunya menjadi kawasan permainan Sang Buaya

Bahagian dinding Red Fort yang di bina dari Red Sandstone

Pedih jugak la spiderman nak panjat kubu ni kot

Sungai yang sudah kering. Mungkin artifak gigi buaya ada kot

Entrance masuk untuk pelancong. Bayaran masuk untuk foreigner INR 200 (RM12 ) Untuk local cuma INR20 (RM1.20)

Persiaran di persekitaran kubu. Lenguh gak la nak menapak keliling

Salah satu bucu Red Fort

Red Fort ni adalah UNESCO site.

So kalau nak melawat, then OK. Kalau tak melawat tapi masuk di Agra Fort di Agra then should be OK.

Sewaktu kami keluar menuju ke kereta, mamat jual postcard tadi datang lagi.

"Sir. You said later you buy"|
"I didnt say I want to buy"
"Please sir. Cheap. 200 rupee"

Memasang muka ketat !

"100 rupee"

Aku buat bodo je jalan.

"50 rupee sir"

Aku berhenti. Pandang dia atas bawah.

* sambil angkat kening Ziana Zain 3 kali.

"I am not buying !!! Thank you very much"

Terus aku blah. Aku memang dah plan, kat India ni aku nak jadi jahat sikit.

Nehi ! Nehi ! Nehi !!!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

  1. haah kat sana mmg kena buat muka ketat. takde nyer nak beli2 tepi jalan. sian tak sian, that's life. cruel? indeed.

    jumpa ke gigi sang buaya? hahaha!

    ReplyDelete
  2. tu la tapi lepas tu ada sikit rasa bersalah dan kasihan melampau..

    gigi buaya tak de.. org kencing mungkin ada

    ReplyDelete
  3. ah kencing berak mmg merata...

    ReplyDelete