Pages

Thursday, June 7, 2012

Incredible India - Delhi - Qutb Minar

Hati panas.

Cuaca panas.

Aku rasa macam nak makan orang hidup hidup. Tapi bila fikir balik, nak makan Vikram. Baik tak payah. Aku campak je dalam longkang kasik anjing makan.

Lahanat punya orang.

Tak pe. Aku OK lagi. Buat biasa biasa je depan dia. Aku tak de niat nak balas dendam walaupun hati ada tercalar banyak dan sakit melampau.

Kami menuju ke Qutb Minar lepas tu.


Tu la destinasi terakhir kami dalam itinerary seperti yang termaktub.

Fine. Aku OK je.

Hari dah hampir menjelang petang tapi cuaca masih panas.

Sampai di Qutb Minar, drebar turun kan kami berdua.

"Can I have INR200 for the ticket?"

Vikram mintak dari aku.

"Nevermind. I will buy the ticket myself"
"You sure?"
"Of course"

Lepas tu aku pegi beli tiket sendiri. Memang harga banyak tu tapi hati aku tak sakit kena tipu lagi. Dia tak beli pun tiket, masa nak masuk tu, dia masuk selamba je ke dalam. Mungkin dia dah biasa dan guard pun mungkin dah kenal dia.


Qutb Minar merupakan salah satu lagi UNESCO World Heritage Site di Delhi. Di bina menggunakan red sandstone dan marble dan merupakan minaret yang tertinggi di India dan menara ke dua tertinggi di India. Mencakupi 72.5 meter tinggi dan 379 anak tangga untuk ke atas.

Dulu tangga tu buka untuk ke menara atas tapi kini di tutup setelah ada kes budak mati dalam tu.

Menara ini di bina bagi menandakan kemenangan Islam daripada Hindu. Terletak dalam satu kompleks besar dengan kesan kesan tamadun Islam lama sekitar tahun 1052 yang masih ada.


"Sir. Can I have your 2 minutes"
"Yes. You can talk now and wait here. I will be going in by myself"
"Are you sure?"
"Yes I am very sure"

Pastu dia cakap apa benda ntah aku buat muka ketat tak puas hati sampai dia berhenti then aku cakap aku blah.

Bye bye !



So aku berjalan sorang sorang dalam kompleks Qutb Minar ni.

Memang ramai orang. Kawasan kompleks ni sebenarnya ada menara yang tinggi tu, pastu ada macam tempat pengajaran Islam dulu kala termasuk juga dengan masjid yang masih ada tinggal kesannya. Masjid di sini merupakan masjid pertama di India.

Mari je la jalan sekitar. Aku pun aman berjalan tanpa si bodo Vikram tu.







Tempat ini di bina dengan menggunakan kepakaran dan design dari Parsi juga. 

Menara tinggi itu di bina part of masjid yang juga tempat melaungkan azan untuk solat.  Di sekeliling masih mengekalkan konsep taman dan kawasan lapang. Masjid ini sudah tidak digunapakai dan tempat ini telah beberapa kali hampir musnah kerana gempa bumi.


Kawasan peninggalan masjid lama

Masjid

Seni halus

Gerbang ke tempat pengajian agama









Menara ke dua yang cuba di bina tapi tidak kesampaian.


Lama jugak aku pusing pusing dalam kawasan ni.

Rasa bebas jalan sorang sorang. Sampai dah petang aku pun keluar semula.

Vikram ada tunggu aku kat entrance depan. Cepat cepat dia sambut aku bila dia nampak aku nak berjalan  keluar.

"Sir, We have completed the tour for today in Delhi"
"OK"
"After this I will go home.... you know that you should give tips to a guide like me"
"Who say so?"

Aku cepat je potong. Terus aku rasa datang ruh jahat.

"It is normal"
"What is normal?"
"You are giving a tip"
"OK"

Aku jalan. Dia mengekor je.

"You want now?"

Aku tanya dia time orang ramai ramai tu, saja la nak tengok respond dia.

"Yes. No problem"

Waktu tu jalan nak keluar ke parking kereta.

"OK. How much is normal tips?"
"INR600"
"Fuck you ! I am not giving you that much money"
"But Sir. That is normal"
"Let me give something that is not normal to you"

Aku pass kat dia INR50.

"No Sir. This is not enough"
"This is normal to me"
"Sir"

Dia mula hilang arah.

Aku buat bodo jalan ke parking.

"I should decide how much I am giving you. Not you. And that is normal"
"This is not enough"
"You got paid for being a guide, arent you?"

Dia diam.

"And there is a voucher stated that the guide fees is included. It is in the car. I will show you"

Dia diam je. Tak lama lepas tu dia bersuara.

"OK. You wait here. I will get the driver"

Dia terus blah dan cari drebar. Aku tunggu tepi jalan dan hisap rokok.

Lepas tu tak lama dia sampai dengan drebar. Dia berhenti tepi jalan.

"Sir. I have checked in the car. No document"
"That is funny"

Aku masuk kereta. Aku syak dia dah sorok voucher tu. Babi la dia ni. Aku check dalam file aku tinggal dalam kereta yang tour company tu bagi aku memang tak de. Sebelum tu memang aku perasan ada satu voucher bagitau Guide kat Delhi termasuk dalam pakej semua sekali.

"This cant be it. You got paid, tips is what I will give you, if I want to give you"
"No.... No document"
"Wait"

Aku check check balik dalam beg kamera aku, ada kertas. Memang aku simpan dalam beg kamera sebab ada itinerary semua.

"You read this. All guide fees are included in Delhi, Agra and Jaipur"
"But I dont get anything"
"Then you talk  to the company"
"Sir. No.. not like this"

Pastu kereta belakang hon hon. Vikram memang macam nak menangis. Suka pulak aku tengok muka dia.

"OK. I appreciate your effort. As much as I hate you as my guide, this is for you"

Aku hulur lagi duit INR300 kat dia.

"You take it, or you'll get nothing"
"No !!!!!"

Pastu dia tengok muka drebar. Drebar buat muka tak tau dan angkat bahu.

Tak nak sudah ! Aku tarik pintu. Se sen pun aku tak bagi dia. Lantak.

"Just drive"

Ya... dan begitu la Raja Khapoor mengakhiri episode kejam dalam drama Tamil di New Delhi.

"Where do you want to go Sir?"

Baru la aku dengar suara drebar aku. Ada lorat Tamil.

"Can we go to Saket? I need to get something at the Hard Rock Cafe"
"Traffic so bad this time Sir"

Memang pun.

"Nevermind. Just go back to the hotel"

Dan aku drebar drive terus balik hotel dan aku terus di serang sakit kepala yang berterusan. Tak de niat aku nak balas kejahatan pada Vikram, tapi aku rasa dah ketentuan macam tu.

Rasakan lah wahai Si Pitung. Pembalasannya pasti lebih kejam !

* picit kepala

3 comments:

  1. uih aku rasa cite ko ni yg plg dasyat skali la among orang yg gi india. aku ingat member aku kena tipu ketapi konon cancel patu kena bayar cab RM600 tu dah abis teruk dah.

    ko ni kira baik hati lagi la kasi duit kat dia. diorang ni dok terbiasa dgn tips sbb omputeh apply benda tu sbb itu culture dorang. kita asian, mmg tak ar...takat sedekah mana yg kita rasa nak sedekah jer. pape pun, rasakan si pitung! hahaha!

    ReplyDelete
  2. kalau kena 600 tu menangis gak la.

    paling penting kat india ni x leh bagi muka ek? jiwa kena kental skit. muka kena double ketat.

    tapi kalau nak terkena, kena jugak

    ReplyDelete
  3. haah, mmg muka kena ketat coz thats how they live their life...if kita kaya main tabur2 duit je takpe, kita ni nak berjalan pun jenuh cari duit kan hahaha!

    ReplyDelete