Pages

Tuesday, June 12, 2012

Incredible India - Agra - Taj Mahal - Part 2

Ayuh kita jalan jalan di kawasan sekitar.

Sebelum tu ambik feel dulu.



"O Soul, thou art at rest. Return to the Lord at peace with Him, and He at peace with you"

Sekeliling dinding bangunan Taj Mahal ni memang banyak la kaligraphy Al Quran. Selain daripada ukiran pada dinding berbentuk bunga dan ukiran islam yang lain.

Gambar gambar binatang memang tak de. Sebab ni kira monumen moghul.



Keseluruhan kawasan ni memang di kawal rapi oleh abang abang guard. So tak boleh nak berbuat benda tak elok lagi sumbang.

Kalau tak kena tembak.

"Yang, Nanti petang abang balik abang belikan asam keping yang awak pesan tu"

Semi precious stone yang di gunakan pada inlay marble. Ini buat pakai tangan ni, kau mampoo?

Ini dari dalam bangunan Taj Mahal. Bahagian luar sikit bukan di bawah dome.

Bumbung dari belah dalam bangunan utama

Salah satu arch di dinding Taj Mahal dari arah dalam

Ukiran pada dinding berbentuk bunga poppies


"Hoi !! Motip korang gila tidur kat sini???? Korang dah kenapa?"

* cekak pinggang.

Macam tu aku nak marah.

Ramai pulak la set set dia orang ni duduk tidur kat lantai. Tau la sejuk. 

Dan di hujung taman ni adalah Sungai Yamuna yang memisahkan ke dua dua bahagian ini. Di sebelah sana la tempat aku pegi semalam dan kawasan sebelah sana juga di khabarkan tempat di mana Shah Jahan mahu membina Black Taj Mahal.

Tapi kawasan tu sekarang jadi Mahtab Bagh. Rose Garden.

Sungai Yamuna 

Kawasan sekitar Taj Mahal

Menara

Menara lagi

Yang belakang dari kejauhan tu adalah Agra Fort. Tempat di mana Shah Jahan di kurung kerana di tuduh gila oleh anak nya

Bangunan masjid

Dari arah banguanan di tepi Taj Mahal

Taj Mahal

Bumbung bangunan tepi arah dalam

Taj Mahal dari bangunan masjid



Pintu rahsia ke bahagian bawah Taj Mahal

Ada satu kisah drama hindustan masa aku pusing pusing Taj Mahal ni.

Lihat gambar bawah ni.

Ya. Nenek yang depan tu adalah Heroin Hindustan yang cium aku masa kat tangga belah depan masa aku awal awal masuk tadi. 

Kali ni jumpa dia lagi.


Gambar ni di perkarangan Taj Mahal kat belah belakang berdepan dengan Sungai Yamuna tu.

Ada satu perigi. So dia orang ni pegi la kat perigi ni dan baling duit masuk dalam tu. Mungkin menyampaikan hajat ke apa.

Tapi cuba fokus pada makcik yang ke dua belakang tu. Lepas dia buang duit dalam perigi tu, dia datang dekat aku.

Langsung tak cakap apa. Tapi cara dia macam nak suruh aku ambik gambar dia. Dia dok godek godek handphone dia. Handphone pun dah buruk. So aku ingat dia nak suruh aku ambikkan gambar dia. Aku pegang handphone dia pastu aku suruh dia berdiri.

"How do you like it?"

Aku nak tanya dia, dia nak suruh aku ambik gambar cemana. Nak gambar background Taj tu penuh ke apa. Tapi sebab dia tak faham dia dok geleng geleng kepala. Tak tau la geleng tanda apa.

Aku pun ambik je lah. Susah jugak nak guna hp dia tu sebab aku tak berapa reti.

So capture la sekeping.

Pastu aku tunjuk kat dia. Dia suka. Tapi dia suruh aku ajar dia cemana nak ambik gambar. Agaknya la sebab aku tak faham. Dia pun tak cakap apa apa. Dok geleng geleng kepala.

"You press this one. See.. You click capture. Then back. Then if you want to take another picture, just press back and capture again"

Bersungguh aku ajar dia.

Dia sangat gembira. Sempat salam lagi, nasib dia tak cium aku.

Pastu dia blah.


Tak lama dia jalan depan tu, aku nampak dia dengan handphone dia.


Aku terus tepuk dahi.

Dia ingat aku ajar dia ambik video dengan handphone dia ke?. Dia hurung handphone tu keliling dengan harapan handphone dia dalam mode Video !

Berlari lari dengan sari.

Mesti excited.

Padahal aku ajar tadi mode Kamera.

Kesian makcik tu, dapat ilmu yang salah. Mesti dia kecewa nanti.

Lepas abis pusing pusing tu aku pun blah. Dekat 2 jam jugak la aku merayau kat Taj Mahal ni. Tengok jam kesian jugak. Si Rajan tunggu aku kat gate depan sana. Mesti dia kata lama gila aku merayau.


Lepas keluar ambik kasut, aku pun jalan jalan kat taman ni nampak ada muzium.

Aku pegi la usha. Tak besar mana. Tapi dalam tu ada floor plan Taj Mahal dan barang barang yang di gunakan untuk pembinaan Taj Mahal ni.

Dalam tu pun tak boleh nak ambik gambar. 


Dan kat dalam tu ada la gambar Shah Jahan dan Mumtaz Mahal !

Ni aku cedok kat Google sebab aku tak berani nak ambik gambar. Tapi ada je orang especially yang pakai kamera compact snappy dalam tu. Tapi gambar yang sama.

Cantik tak skirt iols?? Ni seluar tidur beli kat pasar malam - Shah Jahan

Iols pulak? Jelita tak? Iols ada Istana okeh. Kau ado???? - Mumtaz Mahal

Dan lepas tu aku pun keluar.

Orang pun makin ramai. Tamat sudah jalan jalan merayau di sekitar Taj Mahal.

Overall, tempat yang sangat cantik dan mengujakan. Perlu di lawati at least sekali dalam hidup. Rasai. Nikmati dan perhalusi warisan dunia ini.



Tersebut satu al kisah
Taj Mahal terkenal namanya
Dibinakan orang yang bijaksana
Terbilang namanya merata dunia

Kisahnya yang sungguh terharu
Bukti cinta di zaman dahulu
Antara Shah Jahan dan kekasihnya
Berjanji sehidup mati bersama

Sungguhlah malangnya yang menimpa
Kepada isteri yang disayang
Kembali dia ke alam baqa’
Tinggalkan suaminya
Hidup dalam kecewa

Sebagai tanda cinta suami
Kepada isteri yang dikasihi
Mahligai cintanya dibina sedia
Taj Mahal yang indah diberi nama
Sanisah Huri - Taj Mahal


Keluar dari Grand Gate, aku jumpa Rajan. Kesian dia tunggu aku lama.

Lepas tu kami naik kereta kuda ni ke tempat parking kereta kat luar. Selesai sudah lawatan di Taj Mahal. Aku sangat puas.


Aku bersiap siap sebab lepas ni nak pegi ke Jaipur terus.

Jauh tu. Setengah hari perjalanan.

2 comments:

  1. kahkahkahkahkah! part shah jahan dgn mumtaz tu plg kelakar ok! seb baik bos aku dah blah, kalo tak, kantoi!

    btw, cantik gambar taj bersama lekuk2 hitam itew...

    la makcik tu nak amik video ke??? sian dia hahahahahaha! tapi, dia tau ke camne nak play balik? kihkih!

    ReplyDelete
  2. aku nampak dia harung je kamera cabuk dia tu mcm ambik video...

    aku yakin dia tak faham apa aku ajar

    nasib dia x bverguling2 atas lantai dgn video cam dia tu

    ReplyDelete