Pages

Monday, June 11, 2012

Incredible India - Agra - Taj Mahal - Part 1

Pagi pagi tu aku bangkit awal.

Excited.

Hari ni aku akan melihat Taj Mahal dengan mata kepala sendiri. Lebih dekat. Dengan mata dan hati.


Dah janji dengan drebar dan Si Rajan, dia orang akan ambik aku untuk ke Taj Mahal. Janji nak pegi awal sebab takut orang ramai.

Aku bangun dan siap siap breakfast kat hotel. Aku awal sangat, makanan belum sedia lagi. Last sekali dia orang buatkan roti toast untuk aku sebelum aku beredar turun ke lobby. Mereka berdua dah siap menunggu.

Pagi tu baru aku realized, phone tak de coverage. Masak. Tak leh nak inform OR. Sebab selalunya aku akan message dia bagitau keadaan aku pagi dan malam. 

Gelabah la kejap. Hopefully dia tak risau sangat.

Dari hotel kami terus bergerak ke Taj Mahal yang terletak tak berapa jauh dari hotel aku. 10 minit pun tak sampai. Hari masih pagi.

Sampai di kawasan Taj Mahal kena beli tiket dulu.

Tempat beli tiket adalah 1 km jauh dari pintu masuk. Memang kena beli kat situ. Ada 2 gates nak masuk ke Taj Majal sebenarnya.

Harga tiket adalah INR750 !

Mahal tu. Dekat RM40 lebih. Kalau local murah sikit lah. Tapi dah Taj Mahal hak dia orang, nak cakap apa lagi.

Pagi tu aku ada problem sikit sebab aku tak cukup duit Rupee. Aku cuma tukar duit Rupee dalam RM500 je. So aku takut tak cukup. Aku nak tukar lagi USD100 tapi money changer tu tutup. Dekat kaunter tiket pun masalah jugak sebab aku nak bayar guna INR1000, dia orang tak de duit kecik.

Macam macam alasan.

Nasib baik ada si Rajan tu. Dia dahulukan duit dia dulu.


Aku tanya Rajan kenapa kaunter tiket macam jauh gila dari entrance tu.

Rajan cakap, sebabnya kawasan Taj Mahal tu adalah kawasan Carbon free. Dah di wartakan, dalam radius 1 KM dari kawasan Taj Mahal tak boleh ada kenderaan yang menggunakan petrol atau sebarang yang menghasilkan Karbon. Nasib la tak payah bawak tong oksigen kalau tak tempat ni dah jadi macam scuba diving pulak.

Memang kawasan tu di kawal dari segi pencemarannya untuk mengelakkan kerosakkan pada marble Taj Mahal tu.

Macam tu sekali !

Kalau kita harus tak pernah nak ambik kisah.

Tapi tak pe. Tu harta warisan dunia.

Lepas beli tiket, nanti ada satu bas hybrid akan bawak ke entrance Taj Mahal. Tapi kalau naik bas tu kena tunggu orang penuh. Hari masih pagi, tak ramai orang lagi. Oh. Taj Mahal di buka setiap hari bermula jam 6 pagi sampai 6 petang. Hari Jumaat tutup !

Dan aku cakap kan, malam malam tertentu pun Taj Mahal ni di buka. Baca sini.


Ini kenderaan yang membawa pelancong ke entrance Taj Mahal

Ni tiket nya. Aku beli sendiri sebab aku nak simpan.

Dan pagi tu Rajan ajak aku naik beca sebab malas nak tunggu bas tu. Kalau tak lambat.

OK jugak la. Actually dalam pakej tu ada naik Tonga. Iaitu kuda. Tapi kuda masih belum bangun lagi kot. So kami naik beca ni je. Tak kisah la. Janji sampai.

Sepanjang jalan tu ada banyak kedai kedai jual cenderamata baru nak bukak. Aku belum usha. Tapi mata melirik tengok apa yang ada. Nanti balik aku plan nak beli belah sikit.

Penuh siksa pakcik ni bawak aku dengan si Rajan naik beca dia

Sesampai di entrance Taj Mahal. Kami terus masuk.

Tak de orang !

Hahaha. Aku dengan Rajan je. So tak payah nak beratur pun. Tapi nak masuk Taj Mahal ni tak boleh bawak makanan.

Gula gula pun tak lepas. Dia orang akan buat body scan dan check dalam beg. Tapi kalau ada air boleh bawak. Kang dahaga pengsan pulak dalam tu. Dah la tak de kedai jual air. Tapi sebarang makanan adalah di larang.

Bagus jugak, kalau tak karang ada je bau sirih dalam tu.

Lepas masuk entrance tu akan jumpa dengan pintu masuk Taj ni.

Tengok je dah tau grand. Tapi sebab dah banyak tempat monumen yang di lawati. Semuanya actually macam sama je rupa dan bentuknya.

Ayuh !

Kita masuk.

Entrance Taj Mahal dari tepi

Entrance Taj Mahal dari hadapan

Kubah kubah kecil di atas entrance utama

Dari entrance ni dah boleh nampak Taj Mahal. Teruja tak?

Ayat Al Quran pada marmar di dinding pintu masuk

Taj Mahal di lihat dari pintu masuk utama

Captivating gila. Aku teruja tahap max

Dan there you go !

Taj Mahal berdiri megah di depan mata.

Pandangan dari entrance utama terus ke bangunan Taj Mahal.

Tapi. Melepasi Grand Gate ni, tiba tiba.


"Hoi !!!! Makcik apa kes kau tidur di tangga ni?? Nak tidur balik rumah lah. Ni 7 wonders of the world, tau tak???? Kau dah kenapa????"

Macam tu aku terpingga pingga. Taj Mahal terus cacat dek aksi tak berapa ghairah makcik ni tidur kat tangga tempat orang lalu lalang.

Anggap je pemandangan biasa. Tak payah ambik pot sangat. Baik usha Taj Mahal yang menjadi idaman setiap orang untuk menyaksikan tempat ini dengan mata kepala sendiri.

* sigh


Sesiapa yang bersalah akan mendapat perlindungan di sini.
Tempat untuk seseorang diampunkan dan menjadi bebas dari dosa

Sesiapa yang berdosa akan mendapat kemaafan di sini
Tempat untuk seseorang melenyap dan menghanyutkan dosa

Melihat Taj Mahal ini seperti meragut rasa dukacita
Dan matahari serta bulan pun menitiskan airmata 
Sebagaimana tempat ini telah didirikan
Untuk memaparkan dengan itu kemuliaan Sang Pencipta.
-Emperor Shah Jahan-

Aksi dan gaya. Ni kira belum ramai lagi orang sebab masih pagi

Masterpiece of the world. The most picturesque place in the world

Morning Reflection

Dan semakin hari semakin ramai orang datang !

Local mahupun pelancong asing. Memang memasuki kawasan ni kita rasa lain. Semacam je. 

Dan orang pun dah ramai. Rajan macam biasa. Dia dah faham aku.

"I tell you a bit about history then you can go inside by yourself"
"Great"

Dan dia bercerita dengan mata kejap atas kejap ke bawah. Aku layan kan je. Lebih tak sabar nak masuk ke dalam. 

Lepas abis tu baru la aku bergerak dari pintu masuk terus ke bangunan Taj Mahal yang terletak lebih kurang 200 meter. Kawasan dari pintu masuk utama ke bangunnan Taj di pisahkan dengan kawasan garden yang lawa dan terjaga. Ada pancutan air dan rumput menghijau.

Oh ! Rombongan Cik Kiah sudah sampai !

Taj Mahal dari sisi

Untuk memasuki bangunan Taj Mahal tak boleh pakai kasut. Kena berkaki ayam atau pun pakai sarung untuk balut kasut.

Ada satu kaunter kat tepi yang simpankan kasut kita. Sarung tu dia dah siap siap bagi masa beli tiket tadi. Sarung je kat kasut. Mungkin tak nak bagi kotor. 

Nak tau sejarah Taj Mahal?

OK. Sikit je. Dengar ni, kang Cikdu nak tanya soalan. Hahaha.

Taj Mahal ni atau nama dia (Crown of Palaces - Istana Mahkota) di bina oleh Shah Jahan sebagai lambang kasih sayangnya kepada Mumtaz Mahal. Mungkin banyak version dalam cerita Taj Mahal ni, tapi dari apa yang Rajan bagitau aku. Shah Jahan ni dulu banyak isteri dan gundik. Tapi dalam banyak banyak tu, dia sangat sayang pada Mumtaz Mahal sebab Mumtaz ni isteri yang bijak. 

Mumtaz Mahal meninggal sewaktu melahirkan anak mereka yang ke 14 dan dari situ la bertitik tolak Shah Jahan membina Taj Mahal ini menjadi tempat bersemadinya Mumtaz Mahal ini.

Kalau sebelum sebelum ni, istana dan bangunan Emperor Islam di India menggunakan Red Stone tapi Shah Jahan telah menggunakan White Marble untuk mendirikan bangunan ni. Design dan architecture telah disempurnakan oleh arkitek dari Iran dengan mengambil kira element Persian, Turki dan India sendiri.

* Aiyo. Skimarama gila aku.


Rasanya kalau bangunan ni di dirikan waktu sekarang ni tak de la vast sangat jadinya. Tapi sebab ia di bina pada sekitar tahun 1632 dan mengambil masa selama 32 tahun untuk siap dengan menitik beratkan senibina yang sangat halus maka dengan itu ia menjadi a wonder bagaimana mereka dapat melakukan benda benda macam ni tanpa kelengkapan yang modern dan saintifik seperti sekarang ni. 

Dah lah. Mari la kita merayau.

Aku pun tak leh nak jadi tourist guide. Kang mata aku ke atas ke bawa sebab nak mengingatkan fakta.


Lepas letak kasut, then baru boleh melangkah ke bangunan Taj Mahal yang warna putih ni. 

Di kiri dan kanan bangunan Taj Mahal ada dua bangunan red stone macam gambar di atas tu. Di sebelah kiri adalah masjid dan sebelah kanan adalah bangunan yang rupanya sama jugak tapi Rajan kata kalau ada pembesar negara mana mana datang, dia orang akan duduk di situ. Macam ruang istirehat ler kot.

Dan Taj Mahal ini di bina dengan symmetrical yang sangat tepat. Maksudnya kalau dari depan, kiri dan kanan serta atas, semuanya ukuran nya adalah sama !

Satu lagi, Taj Mahal ni berbeza dengan monumen monumen lain di India ni sebab kalau yang lain mesti ada 4 entrance tapi di Taj Mahal cuma ada 3. Sebab yang belah Selatan tu adalah sungai Yamuna dan Taj Mahal ini di bina di tebing sungai Yamuna ni.


Kalau nak masuk bangunan ni, dari tempat letak kasut ada 2 entrance jugak. Satu untuk local. Dan satu untuk Foreigner. Dia tulis, 'For Higher Ticket Only"

Beza dia?

Kalau yang local tu kena jalan jauh sikit baru boleh masuk, tapi untuk foreigner boleh short cut naik je tangga terus sampai. Sebab nak sampai ke bangunan ni macam kena naik tangga 3 tingkat.

See? Makcik Kiah, Makcik Senah. Makcik Kareena Kapoor serta kawan kawan beliau kena menapak dulu tapi kalau foreigner macam abang ni, naik ikut tangga dekat signboard putih tu.

"Ane.. why? why?"

Begitu suara Makcik Kiah tak puas hati.

"Dei Makcik ! Sebab kau bayar murah la. Kena la exercise sikit !! Pegi ikut laluan sanah"

Macam tu aku berkomunikasi secara maya selepas tengok muka dia orang tak puas hati.

Mentari pagi sudah mula meninggi

Waktu aku sampai dalam pukul 7 pagi lagi. Tapi cuaca dah terang benderang. Dah start panas.

Pergh. Bikin mendidih otak. 

Apa apa pun, yok kita masuk dalam bangunan Taj Mahal ni dulu.

Apa?? Tak nak masuk? Ehh. kau jangan ngada ngada. Dah sampai ni. Penat abang bawak ni. Berpeluh peluh ketiak.


Dan gambar di atas tu la pintu masuk bangunan Taj Mahal.

Lihat tu ayat suci Al Quran memenuhi ruang? Pastu ada ukiran gambar bunga Teratai yang di ukir pada marmar menggunakan tangan oleh pakar pakar zaman dahulu kala. 

Tengok la betapa rumit nak buat benda alah ni.

Ni semua kenapa?

Sebab rasa kasih, sayang dan cinta oleh manusia kepada manusia yang lain. Dari Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal. Dari rakyat kepada raja dan negara.

Jemput masuk.

Bagi Salam dulu.


Masuk ke dalam tak boleh ambik gambar.

No ! No ! No !

Tak boleh. Ada guard jaga. Bawak senapang. Kau nak kena tembak kat kepala????

Dalam tu suram suram je cahaya sebab memang tak de lampu. Semuanya bergantung pada sinar matahari yang memasuki ruang ruang kecil dari arah atas kubah dan bangunan ni.

Tapi dalam bangunan ni sejuk gila !

Serious. Macam ada aircond. Walaupun sebenarnya jenama York tidak di gunakan di sebarang premis bangunan.

Ya. Dalam bangunan Taj Mahal di sebalik pintu yang korang masuk tu ada kubur.


Yang rendah tu kubur Mumtaz Mahal. Kira ianya di bina dulu so duduk di tengah tengah bangunan. Namun selepas Shah Jahan meninggal, beliau di kebumikan di sebelah kubur isteri beliau tu, so maka ada la makam yang tinggi sikit tu di bahagian tepi kubur Mumtaz yang asalnya di bina.

Tu je la yang ada dalam bangunan tu.

Lain lain tak de dah. Tapi kubur tu tak boleh pegi dekat dekat sebab berpagar. Dan cuma ada satu kawasan je see through macam ni. Yang bahagian lain di sekeliling semuanya boleh intai intai je sebab ada lubang lubang kecil dari ukiran marmar.

So tak perlu berlama lama.

Keluar !!!!!!!!!!!!!!!!

* mati la menghalau.

Eh. Sabar la dulu. Melawat kubur kena la baca baca sikit. Doakan apa yang patut. Ingat datang nak ambik gambar fun fun je ke. 

Gih. Sedekah Al Fatihah ke apa yang patut. 

Pastu baru boleh keluar ya.

Tu pintu masuk utama dari arah Taj Mahal

Bangunan Taj Mahal, lantai white marble, menara dan di belakang sana tu Jama Masjid

Dan ada kejutan buat aku sewaktu di Taj Mahal ni.

Masa aku jalan nak masuk ke bangunan utama, kena naik tangga ni.

Nampak tak nenek yang merangkak nak naik tangga ni?


Aku kat belakang dia. Sempat ambik gambar dulu. Pastu aku jalan, then aku offer tangan aku.

Dia senyum. Dia paut so aku iring dia naik sampai atas.

Sampai kat atas, bila dah OK. Dia tepuk tepuk bahu aku, nak cakap terima kasih dia takut aku  tak faham kot, pastu tetiba dia cium pipi aku !

Aku terkesima rama rama. Tergamam kena cium dengan awek Hindustan.

Eh. Nenek Hindustan !

Kawan kawan serombongan dia semua senyum.

"Nenek !! Aankhein khuli ho ya ho band, Deedar unka hota hai"
"Peletum"
"Chori Chori cium heyy?"
"Tum, Tum....."


Terus aku bergulingan di lantai marble Taj Mahal sambil nyanyi lagu hindustan.

4 comments:

  1. bagus gak ada info dari rajan, at least tambah skit info kat aku...tapi membayangkan ko yg bercerita sambil pandang atas bawah aku naik gelak! hahahaha!

    aku pun amik gambar curi kat dlm kubur tu, mana taknyer, ramai gile tangkap! local plak tu!

    untung ko gi pagi2 tak ramai orang. part makcik tido kat tangga ngan beratur sbb tiket murah tu mmg lawak! hahahaha!

    gile lah, rajin ko taip tiap2 ari post, siap ngan gambar! aku nyer jepan pun seminggu skali bercinta nk siap...tapi bagus gak, ada bahan utk aku baca kat opis :)

    lagi?!

    ReplyDelete
  2. SALAM DARI INDONESIA. Ceritanya sangat bagus dan menarik. Aku juga ingin mengunjunginya

    ReplyDelete
  3. Leen : Terima kasih.

    Biq : tak rajin cuma kena siapkan kalau di biar lama.. mau naik teritip.

    Ilham : salam..

    Terima kasih. Semoga di beri kesempatan utk melihat Taj Mahal. Insya Allah.

    ReplyDelete