Pages

Sunday, June 17, 2012

Incredible India - Activities

Ini pulak aku nak share beberapa aktiviti orang orang di India yang aku nampak dan sempat snap. Kebanyakkan benda benda macam ni dilakukan adalah untuk meneruskan hidup. Maklum la dengan lebih 1 bilion penduduk, mereka mencari cara dengan kemampuan masing masing untuk terus sustain.

Ayuh. Mari kita mulakan dan saksikan sama sama.


Ya. 

Meminta sedekah adalah normal. Especially di kawasan kawasan tumpuan pelancong. Dia orang ni tak segan silu macam macam aksi drama pilu dan lara semata mata nak dapat belas ehsan.

Kadang kadang, tak de la kronik mana pun, tapi ntah lah. Mungkin dah macam satu budaya mereka. Benda macam ni dah jadi kebiasaan. Mungkin sebab ada yang memberi, jadi mereka tak malu malu dah terus terusan mintak sedekah.

Atau mungkin juga kehidupan yang susah memaksa mereka mencari cara untuk meneruskan hidup mereka.

Abang beca merata rata

Bawak gajah juga

Aku berkesempatan melawat satu kawasan pembuatan kain dan jugak inlay dengan menggunakan vegetable colors.

Vegetable color bermaksud, mereka derives kaler kaler ni daripada tumbuhan. Benda ni mungkin tak berapa asing untuk orang orang di Malaysia sebab dia macam cetakan batik tu je.

Tapi sebab guide aku sibuk nak bawak, aku usha je lah.

Bila nak kena beli, aku buat muka slenge tak nak layan. Malas la aku nak beli beli benda benda cam ni. Tak di perlukan, plus tak de la menarik mana pun.

Tapi nak share jugak. Ayuh tengok.

Mencerap

Mula melukis corak batik pada kain

Hampir siap dah. Sebelum dia orang inprint kaler pulak pada corak corak tu.

Ini pulak demo ringkas cemana kaler di terap pada kain dan corak

Dah siap tekan tekan dengan vegetable color

Pakcik rambut merah menunjukkan hasilnya sebelum batik di rendam dalam larutan chemical

Rendam dulu

Tara.... tetiba jadi kaler hijau.

Masa nak balik tu pakcik ni panggil aku. Dia nak jual kain yang dia demo ni. Tapi aku tak de duit kecik, so aku cakap aku tak nak.

Hiks.

Dan di bawah ni pulak adalah aktiviti aktiviti sewaktu membuat karpet.

Mari menenun

Satu persatu benang di tenun untuk mendapatkan corak yang di mahukan

Abang ni pulak membuang benang benang yang terlebih supaya karpet nampak rata

Aci aci ni pulak buat benang yang dihasilakan dari bulu biri biri

Cantik tak iols?

Iols pulak?

Mana mana bulu benang yang terlebih tu di gunting 

Karpet di rendam dalam air sabun

Dan di panaskan dengan api untuk merapatkan tenunan karpet tadi

Karpet karpet yang dah siap


Kalau sampai kedai karpet macam ni, biasalah dia orang akan paksa kita beli.

Aku buat muka toya je. Awal awal lagi aku dah bagi tau.

"You dont have to open so many. I dont have any plan to buy"

Senang. Aku malas nak buang masa sesiapa. Aku datang pun macam kena paksa rela.

Di bawah ni pulak aktiviti membuat batu permata.

Precious stone yang asal sebelum di perhalusi

Keje keje memotong batu batu mengikut rekaan dan citarasa

Dan lagi. Aku pun tak tau dia orang buat apa

Ini pulak gambar orang menjual susu kerbau di tepi jalan

Kelapa pun dia orang jual

Rantai, gelang....

Apa benda ntah

Ada juga yang menggunakan binatang untuk mendapatkan wang

Selain binatang di gunakan sebagai pengangkutan

Abang abang ni buat inlay marble macam yang di buat pada binaan Taj Mahal. Dia orang adalah keturunan orang yang sama yang membuat bangunan Taj dulu dulu kala.

Di sini bagaimana stone di masukakn pada marble dengan menggunakan tangan

Perlu lebih ketekunan

Salah satu kedai marble

Ni aku pun tak tau dia jual apa

Ni pulak jual alas macam karpet ni

Cantik buatan dia tapi mahal nak mampus

Koleksi yang dah siap

Abis semua dia bentang depan aku dan aku tetap tak nak beli. Bengang dia. Lantak lah.

Kedai pembuatan dan jualan 

Kesimpulannya, kalau pegi dengan guide atau tour company. Akan terkena la di bawak ke tempat tempat macam ni walaupun sebenarnya kita tak nak. Sebabnya kalau kita beli, dia orang akan dapat komisyen. Macam aku biasa la buat muka tebal dan hati kering. Malas melayan.

Awal awal aku akan cakap aku tak berminat.

Tak perlu buang buang masa.

Mostly barang dia orang mahal jugak la tapi kualiti memang bagus. Ada je di jual di kedai kedai biasa tapi kualiti tu tak di jamin.

Apa apa pun, kalau berminat apa salahnya kalau ke India dan singgah di tempat tempat macam ni untuk membeli belah.

1 comment:

  1. jap, bontot monyet tu ada kaler bendera france! apakah??

    ReplyDelete