Pages

Monday, June 25, 2012

Highlight Phnom Penh

Mari Mek mari Awe.....
Mari dekat, abe nok royat.
Abe doh kelit ni weii Mek Wei.
Letih jale jale pegi Kemboja.

Abe nok update gapo dio pung dok tahu.
Nok tulis entry malas mek wei dah tentu.
Dok apa la, mek dengan awe tunggu je lah.
Kekgi abe rajin abe taip la satu satu.

OK tak?

No !

Tu bukan cakap Cambodia. Tu cakap orang Kelantan hulu.

Hahahahaha.

Apa khabar sekelian alam?

Rindu kan abang? Apa? Tidak !

* baling taik kat semua orang.

Kenapa korang tak rindu aku?? Ini tidak aci !!!

Well. OK aku nak kasi tau, aku dah kembali dengan jaya nya daripada misi Lara Croft di Cambodia.

Perasaan abang?

Well. Macam macam yang berlaku sepanjang 4 hari di sana. Actually aku tak berapa puas hati dengan trip kali ni. Nak tau kenapa??

Kamera aku rosak !

Lens buat hal. Stuck. So aku tak boleh nak zoom out. Kalau nak ambik gambar kena lari jauh jauh ke belakang untuk gambar landscape. Apa masalah ntah. Tapi memang lens dia tak nak bekerjasama. Semua gambar yang di ambik adalah blur !!!

* nanges

Lagi di Phnom Penh tak de apa sangat aktiviti menarik yang ada. Dah la hostel aku duduk tu jauh dari hiruk pikuk kota. Bosan gila !

Tapi ada yang mengerikan juga. Aku rasa ada hantu Pol Pot ikut aku balik kot. Walaupun tak sengeri cerita di Semarang, tapi yang ni agak la menyeriaukan.

Apa apa pun, tengok highlight dulu sebelum entry Phnom Penh ini muncul tak tahu bila....

Hahahaha.

Penerbangan selama 1 jam 50 minit dari LCCT ke Phnom Penh

Cuaca yang mendung dan berawan di Phnom Penh

Melawat Killing Field, bukti kekejaman Pol Pot dan Khmer Rouge

Tempat yang penuh kesedihan dan keinsafan

Dan mereka yang tak bersalah di bunuh sedemikian rupa

Dan tinggalan penjara yang penuh dengan kisah duka dan sengsara

Dammit ! Lens camera aku rosak start kat sini

Royal Palace yang tersergam indah dan megah di bumi Phnom Penh

Phnom Penh adalah tak berapa best sangat. * mati la caption ntah apa apa

Pagar Royal Palace

Royal Palace. Phnom Penh

Kehidupan di Cambodia

Tergoda di Pagoda

Museum Phnom Penh

Central Market, Phnom Penh

French Design and historical site

Phnom Penh, Cambodia

Budha Monks

Laichee

Dan yang paling menarik aku jumpa di Phnom Penh, Cambodia !

Saksikan.


Apa ??

Tak tau?

Lepas ni, kalau korang ke Cambodia, jangan nyanyi lagu 'sekor labah labah cuba panjat perigi.....' sebab labah labah di sini tak sempat panjat perigi pun....


Semuanya di goreng garing garing !!!!

Nganga mulut cepat, nak suap............ aummmmmpppp.

2 comments: