Pages

Saturday, June 2, 2012

Jom Makan : Khadijah's Kitchen, Petaling Jaya

Hari ni aku nak bawak korang gi makan makan lagi.

Mana?

Nanti. Sebelum tu nak cakap, tengahari tadi aku kat opis. 

Keluar opis cepat cepat tapi tak tau nak gi makan kat mana. Last sekali datang idea.

Aku just pluck je sebab hari kelmarin lalu kat depan UH tu nampak kedai Khadijah Ibrahim tu so kami pun pakat pakat dan hendak mencuba.

Ayuh !

Kita ke Khadijah's Kitchen.

Cuaca yang terang selepas hujan di pagi hari

Ni rupa kedai dia

Promosi untuk hari ni

Masuk masuk je macam crook buat muka kaki pukul pastu tanya.

"Khadijah Ibrahim ada?"

Agak agak kena sembur dengan air longkang tak lepas tu?

Hehehe. 

Masuk macam biasa je. Dari luar nampak macam tak de  orang, tapi sebab dia berconceptkan authentic Melayu dining so ada orang kat dalam cuma semuanya ala ala bersopan santun je.

Oh. Khadijah Ibrahim tak de. Cuci kain kat rumah agaknya.

Mari tengok dalam kedai dia.







So cemana? OK?

Aku tak reti la nak appreciate susun atur macam ni. Bagi aku asal selesa sudah. Dalam ruang makan tu ada banyak pokok pokok dalam rumah. Aku sibuk nak telek kot ada jentik jentik membiak ke apa. Tapi tak nampak. Mungkin mereka jaga. 

Di dinding ada banyak poster poster Khadijah Ibrahim dan gambar dia dulu dulu zaman muda muda.

Tak de pelanggan lain masa tu, so senang la aku bertindak nak snap sana sini. Kalau tidak, segan la jugak. 

Apa lagi?

Order makan lah.

buku menu

Nasik tomato ayam - aku punya. 4/5. Boleh tahan. Cuma ayam merah dia tu agak pedas skit, tapi mungkin tekak aku kan mat salleh sikit.

Nasik Tomato rendang ayam - IG punya. Dia kasik 4/5. Boss aku kata pun OK

Ikan Asam Pedas dan Nasi - Kuman punya. Kuman kata sedap. 5/5. Aku tak rasa so aku tak tau

Bubur kacang. Sedap. Aku kasi 5/5

Laksa Terengganu. Boss aku punya. Dia kata kureng. Dia bagi 2/5. 

Bos aku la ni gatal nak makan ubi rebus pulak. Pastu dia kata tak sedap jugak. Dia bagi 2./5

So cemana?

Ada rasa nak mencuba?

Bagi aku, kedai dia OK. Tapi orang mesti takut nak masuk sebab nampak Fine Dining kot. Tapi OK je. Siang siang kalau dia jual nasik campur rasa lagi OK. Dulu rasanya Khaty ni bukak restoran ni di Christchurch, NZ tapi dah tutup so dia pindah balik bukak di PJ.

Keselesaan boleh tahan. Makanan bagi aku, OK. Banyak jugak la choice. Harga pun not bad. Semua sekali tu dengan lebih kurang RM70.

Cuma bos aku tak suka, service dia agak slow dan lembab. Laksa dia tak sampai sampai sehingga kami yang lain dah abis makan. Rupanya budak tu terlupa nak buat.

Boleh di cuba dan aku rekomen kan tempat ni bagi sesiapa yang berminat.

Lokasinya depan University Hospital tu terus je. Atau dari Amcorp Mall ke PJ SS 14. Belok kanan sebelum Crystal Crown Hotel.

Aku promo lebih lebih ler pulak ni.

Sebagai hiburan, yok layan lagu Khadijah Ibrahim ini. Sesuai dengan mood gembira selepas perut kenyang. Lebih lebih lagi kalau orang lain yang belanja.

Kan?



Ku gembira disampingmu
Tiap waktu disayangi
Kudibelai dan dimanja
Dengan kasih mu yang murni

Kau membuat ku terharu
Cintamu setulus hati
Bukan pujuk dan rayuan
Kata kata mu yang suci

Pabila di sisimu
Terlena bagai mimpi
Hanya kau dihatiku
Lirikmu yang abadi

Ku gembira disampingmu
Yang memberi kepastian
Hari esok kan kunanti
Kita akan bersama

No comments:

Post a Comment