Koniciwa.... !
Apa??
Korang kecewa sebab entry Japan ni tak abis abis lagi?
Sabar !
Kan aku cakap entry Japan ni panjang gila. Aku cuba nak bawak kau orang sama sama merasa cemana sampai di bumi Japan ni. Bukan semua boleh pegi dan mampu pegi, jadi aku dengan ikhlas hati berkongsi perasaan dan apa yang menarik dan tertarik yang aku jumpa sepanjang misi mencari Maria Ozawa di Japan hari tu.
Tapi Maria Ozawa masih gagal di kesan !
How?
Tak de di Osaka. Tak jumpa di Miyajima mahupun Hiroshima. Tidak jugak di Fukuoka. Tokyo yang besar dan ramai orang pun tak de !
Maka hari ni aku bawak korang ke Kyoto pulak.
Mungkin kah Maria Ozawa bersembunyi di sini?
Sama sama kita nantikan !
Macam biasa pagi pagi aku dah bangkit dari tidur sebab nak bersiap siap ke Kyoto. Ni destinasi terakhir aku mengikut plan yang aku akan jelajah. Aku save Kyoto last sebab aku tau Kyoto ni memang menjadi tumpuan utama destinasi pelacongan di Japan ni dan pasti banyak aku nak kena cover.
Biar hari hari last sikit baru la aku rasa dah fit betul untuk siri penjelajahan ini.
Tapi semalam waktu aku balik ke hostel dari Tokyo ada berita sedih berlaku.
Sila pasang muzik iringan bernada sedih.
* kesat airmata dengan Kimono.
Time aku sampai di hostel tu hari dah lewat. Dah malam dah pun so aku pun agak kepenatan walaupun aku rasa satu kerugian aku tak singgah di Yokohama. Kalau tak aku boleh menambah koleksi HRC aku di sana. Apa nak buat, tak pe lah. Tak de rezeki.
Mungkin lain kali.
Waktu aku balik semalam sampai hostel aku dok lepak lepak kat atas katil hostel mate aku berdua tu ada. Yang sorang bermuka asia tu OK je. Dia buat hal dia. Sumbat telinga dengan headphone pastu tak layan orang kiri kanan. Tapi mamat yang sepah sepahkan barang dia atas katil aku tu ada borak borak dengan aku.
Aku tanya dia dari mana semua dan dia pun OK la tanya aku. Kita orang berborak sakan jugak lah.
Tak lama lepas tu dia bersuara.
"I am sorry. Actually I dont want to disturb you but when you sleep.. your sound......"
"Really?"
Belum sempat dia abiskan ayat dia aku terus potong.
Oh !
Aku dah agak benda ni akan berlaku. Mesti aku berdengkur tahap cipan.
Maluh !
* Ambik gunting tikam tikam perut sendiri.
Eh. Tak mati?
Ambik plug cucuk kat tangan. Tak kena letrik pulak.
Cemana????
Aku malu.............................
Aku dah agak mesti dia orang akan complain. Tu lah. Aku ni tidur dengkur kuat. Nak buat cemana?
"Hmm I am sorry. I dont know what to say, but if I do snore, you just wake me up. It is OK"
"I am sorry"
Dia cakap lagi. Berhemah jugak la dia. Tapi dalam pada tu berita tu telah menikam hati dan jantung aku dan membuatkan aku hilang akal sekejap.
So apa aku buat semalam memastikan aku tak dengkur?
Aku tidur mengiring. Pastu aku tidur tutup mulut dengan muffler. Tak tau la dengkur jugak ke tidak. Mesti dengkur punya dan mamat ni mesti keji aku abis abisan.
Tapi nak buat cemana?
Semalam tu pun aku rasa aku tidur tidur ayam je. Aku sangat alert bagi memastikan aku tak dengkur dan ganggu orang lain dalam bilik tu.
* nanges sedu sedan.
Apa nak buat lagi?
Tu lah hari ni aku bangun awal dan bersiap. Tak boleh tidur lama lama. Aku pun tak sedap kalau aku tak sedar dan dengkur secara berirama dan menganggu orang lain.
Pagi tadi aku bersiap siap dan turun ke pantry. Macam biasa aku masak maggie yang ada bagi mengalas perut. Then aku nampak mamat Asia yang satu bilik dengan aku pun ada sekali kat pantry.
"You are early"
Aku tegur dia. Dia senyum.
"Did I wake you up?"
Aku diam. Takut dengar jawapan dia.
"Not really"
"OK. I am sorry if I did"
Tapi mamat tu cool je. Dia berasal dari Japan. Nuh di kawasan tempat gempa bumi hari tu di Fukushima Utara Tokyo tu. So kami borak borak la dengan dia. Dia datang ke Osaka sebab nak cari kerja. Dia kerja kilang je. Kilang dia dah nak tutup dan dia takut nak duduk di sana lama lama sebab radiation apa semua tu lah.
Sedih gak la cerita dia. Aku dengar je la sambil layan borak borak.
"So do you think you can get a job here?"
"I am not sure"
"How long you gonna be here?"
"2 weeks"
"OK"
Dan kami borak borak lagi pasal tsunami yang melanda dan kesan kesan di Fukushima sekarang ni. Dia cerita nenek dia hanyut di bawa arus sampai sekarang tak jumpa. Nenek dia dah tua lah. Parent dia pun nak pindah jugak sebab tu la dia kena cari kerja di kawasan lain pulak.
Aku lupa nak tanya nama dia. Tapi dia cakap English pun not bad lah. Boleh la di fahami.
So pagi tu aku bersiap dan minta diri aku keluar mengikut trip pagi aku macam biasa.
Hostel - Fukushima Station - Osaka Station dan Shin Osaka.
Hari ni aku akan menuju ke Kyoto !
Boleh je naik train dari Osaka Station terus ke Kyoto tapi since aku ada JR Pass dan aku tak nak buang masa maka aku ambik Shinkansen dari Shin Osaka ke Kyoto terus.
Mudah dan pantas !
Pukul 7.50 aku dah ada dalam Shinkansen Kodama menuju ke Tokyo tapi aku cuma akan berhenti di Kyoto. Kalau naik train biasa makan masa 40 minit jugak tapi dengan Shinkansen????
14 minit !
Top !
Hebat tak?
Dan ini suasana dalam Shinkansen pagi tu.
Lengang !
Tak de orang. Dan aku pose pose melayan perasaan. Tapi journey tak lama pun so kena alert dan tak boleh feeling feeling lama lama sangat. Sebenarnya ramai jugak orang tapi gerabak dia ada dalam 15 macam tu so orang bersepah sepah lah.
Dan Shinkansen mula bergerak tepat pada waktunya.
Dan sekejap je aku dah sampai ke Kyoto !
Semangat membara nak menawan bandar Kyoto yang pernah menjadi ibu negara Japan satu ketika dulu. Dan di sini masih lagi ada peninggalan sejarah zaman Edo yang masih di preserve sehingga ke hari ini.
Kebanyakkan pelancong yang datang ke Kyoto ni adalah untuk melihat sendiri Japan pada satu ketika dulu. Zaman dulu dulu time Malaysia pun belum wujud lagi.
Aku ada peta Kyoto tapi tak berapa lengkap yang Makcik Mayumi bagi. Tu pun peta dia tulis Jepun. Mana la aku nak faham. So aku pegi kat kaunter tu kat atas meja siap tulis.
Japan.
"Hi. I have a whole day and I want to cover as much as I can. Where should I go?"
Pakcik tu sangat baik hati. Dia pun tak tahu cemana nak tolong aku kot sebab aku main sembur soalan macam tu je.
"Where do you plan to go?"
"Hmmm"
"Here. Here.. and here.. This one too... bla bla bla"
"In one day?"
"Yes. I only have one day""I dont think you can"
"Hmmmm I will try"
Dan dia pun brief dan advise aku mana patut aku pegi dulu berpandukan 5 tempat yang aku cakap aku nak pegi. Sungguh baik dan resourceful pakcik ni dan aku sangat bersyukur jumpa dia. Dia siap rancang perjalanan aku sebab aku cakap aku ada JR pass so dia nak suruh aku jimat, tak payah beli day pass naik bas. Cuma naik train dan utilize JR pass aku semaksima yang mungkin !
"OK. So now I am going to Fushiri Inari Shrine"
"Yes. Good luck"
"Thank you. Arigato Gozaimas"
Dari Kyoto Station aku kena naik train biasa dulu. Route dia kena patah balik ke Osaka tapi cuma 2 station je lah. Aku kena turun di station Inari. JR Pass free. So tak de masalah.
Masalahnya, dalam peta aku tengok dia cuma 2 station je. 5 minit aku akan sampai. Tapi aku duduk dalam train pagi tu dengan ramainya budak sekolah, aku tengok station yang train ni berhenti bukan train yang aku patut turun.
Hampir 15 minit bergerak. Datang kemusykilan.
Betul ke aku ni?
Betul ke train yang aku naik ni?
Dah jauh sangat ni. Takkan sejauh ni. Dalam peta pun tak cakap sejauh ni.
Aku rasa aku dah terlajak. Train betul. Apa aku tak perasan ke station Inari tadi?
So aku nekad. Sampai kat satu station tu aku kena turun. Aku kena patah balik. At least patah balik sampai ke Kyoto Station dan rancang semula perjalanan aku.
Sampai kat satu station tu aku terus keluar dari train. Memang hajat nak patah balik.
Tunggu train dan aku tengok aku berada di station bernama................
* pengsan
Motip BS kau sampai ke sini mengekori aku????
Glamer sangat ke nama Uji ni???
* tak puas hati.
Aku siap boleh nak tergelak sorang sorang time tu. Teringat kat BS pulak.
So aku tunggu next train balik ke Kyoto semula.
Masa tunggu train tu aku dok borak la dengan satu makcik ni. Baik dia. Tak fasih sangat cakap English tapi boleh la slow slow.
Dia dok tengok aku atas bawah, pastu aku senyum lah.
"Where are you from?"
Dia tanya.
"Malaysia"
Aku jawab.
"Where?"
"Malaysia"
"Oh..... I know Malaysia"
Sebijik sebijik dia cakap. Dan aku borak dengan dia lalu aku tanya dia kenapa aku tak jumpa station Inari tu. Rupa rupanya aku dah terlepas !
Dan train yang aku naik ni kiranya train sibuk. Train sibuk tak akan berhenti di station Inari dan station tertentu. Dia berhenti kat station yang besar je sebab ramai orang gi keje dan budak sekolah. So makcik tu suruh aku naik train lain, jangan naik rapid train.
Ah. Lega !
So lepas tu ada rapid train lalu aku tak naik. Makcik tu je naik. Aku tunggu next train. Tak lama la ada dalam 10 minit train ni muncul dan aku naik.
Duduk depan sekali. Berdiri sebenarnya so sempat la aku ambik gambar ni.
Hiks.
Moga tak mengganggu pemandu keretapi ni.
Sememangnya kata kata makcik tu benar. Train berhenti di station Inari selepas tu dan aku pun turun. Ini station Inari.
Dan keluar je dari station Inari tu terus nampak Tori Gate ni.
Dah. Dan aku yakin aku dah sampai ke tempat yang aku nak datang ni. Destinasi pertama di Kyoto, Fushimi Inari Shrin!
Cuaca boleh tahan sejuk.
Sampai kat gate tu aku dok usha usha. Sempat hisap rokok dulu takut nak hisap kat dalam.
So apa yang menarik tentang tempat ni?
Fushimi Inari Shrine ini merupakan shrine yang agak prominet di Selatan Kyoto. Dia sangat terkenal kerana mempunyai ribuan Tori Gate yang berbentuk jalan menuju ke atas gunung. Gunung Inari. Di sini kalau tengok memang banyak patung patung musang yang dulunya di percayai sebagai pesuruh pada zaman kegemilangan Kyoto ini.
Tu pintu masuk.
Mari kita masuk. Jalan je terus dan akan jumpa shrine kat dalam tu. Masa aku sampai masih pagi. Cuaca pun sangat sangat sejuk. Ada beberapa orang tengah beribadat. So aku usha dari jauh je. Malas nak menganggu.
Aku pusing pusing keliling kawasan tu dan akhirnya aku jumpa gate yang banyak ni.
Gate gate yang tersusun rapat ni di namakan Senbon Torii atau Ribuan Tori Gates.
Memang terpaku la kejap fikir apa motip dia orang bina benda alah ni banyak banyak macam ni. Tak nak bagi basah kena hujan kah? Tapi sebenarnya tori gate yang banyak ni adalah hasil derma daripada orang ramai dan juga company company. Kalau tengok kat tepi tepi tori gates tu ada tulisan jepun dia tulis nama, tarikh derma dan sebagainya.
Kos untuk membina satu Tori Gate yang kecik ni lebih kurang 400,000 Yen ! Kalau yang besar boleh cecah 1 juta Yen ! Kira kira 400 ribu RM tu !
Tu baru satu !
Tengok la berapa yang ada.
Train dia memang kira jalan menuju ke puncak.
Boleh tahan la panjang. Dan bila sampai ke atas sikit, laluan Tori Gates ni akan terbahagi 2. Di ikuti sususan Tori Gates yang kecik kecik pulak.
Tengok ni !
Sepanjang panjang jalan !
Jauh jugak la.
Ada satu kawasan bila sampai kat atas tu macam ada lagi tempat beribadat. Aku usha lebih kurang. Ada satu mamat ni bawak camera. Solo jugak. Dia dok ikut aku je dari belakang. Sunyi tempat ni. Ntah ntah dia pun cuak macam aku.
Hiks.
Ada la sesekali nampak orang tua tracking naik ke atas gunung tu. Tapi memang tak ramai orang. Yang turun pun ada. Nampak muka macam terpongeh je semua so aku syak mesti tempat ni tinggi dan jauh.
Ralit agaknya berjalan walaupun view dia macam sama je sepanjang jalan. Akhirnya dekat sejam jugak la aku sampai kat puncak !
Hah !
Nak pengsan.
Usha kiri kanan lebih kurang. Nampak bandar Kyoto dari arah selatan ni dan aku cepat cepat turun.
View dia agak breathtaking jugak la tapi penat nak mampus !!!
Kalau tak larat tak payah naik. Kalau tak de banyak masa pun tak payah. Aku naik dan turun dalam 1 jam jugak masa yang di ambil. Menyesal jugak la sebab aku tau banyak lagi tempat aku nak pegi dan aku dah terbuang banyak masa di sini.
Turun turun sampai kat tempat shrine bawah tadi kemudian aku ikut jalan yang banyak banyak kedai. Usha kedai kedai di kawasan tu.
Ada jual FM tapi tak de yang jual khas pasal Inari Gate ni.
Jom !!
Cepat cepat cepat. Jangan buang masa lagi.
Lepas ni kita nak gi tempat lain. Pakcik tu kata aku tak akan sempat nak cover 5 tempat yang aku nak pegi di Kyoto ni. Tapi aku akan cuba.
Aku buat challenge dan explorace dengan diri sendiri.
Huargh. Huargh. Huargh.
Berpeluh ketiak. Nasib sejuk. Tak de la kepam sangat.......
bersambung....................
No comments:
Post a Comment