Pages

Sunday, April 8, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 3 - Hiroshima - Part 2

Dari Miyajimaguchi Station nak balik ke Hiroshima Station dah tak susah.

Laluan yang sama.

Apa yang penting, naik train yang betul.

Ni masa tunggu train ke Hiroshima Station. Waktu time ni lebih kurang pukul 12 tengahari. Dalam 2 jam jugak aku di Miyajima tadi sebenarnya. Tu pun nasib baik sebab aku tunggu ferry tak lama.


Dalam train menuju Hiroshima balik semula aku terpandang 2 awek ni.

Dia orang membuta. Tapi memang lena la kot. 

Ini kah Maria Ozawa?

No ! 

Pastinya bukan.

Korang pernah tidur dalam train macam ni tak sedar diri sampai bergoyang goyang kepala ke kiri ke kanan?

Kelakar pulak aku tengok. Sempat aku curik curik snappy !


Keluar dari train kat Hiroshima Station aku merangka rangka.

Ke mana arah di tuju?

Aku ada peta. Kalau berpandukan peta memang jauh jugak la nak sampai ke Hiroshima Park. Jadi aku fikir nak naik bas. Tak pernah lagi aku naik bas di Japan ni. Tapi Hiroshima ni tak de lah busy mana. More to laid back town. Jadi aku usha dulu.

Nampak satu bas, aku tanya driver dia.

"Hiroshima Park?"

Dia faham tapi nak cakap balik tak reti kot. Tergagap gagap pulak.

"No"

Pastu diam kejap. Pastu sambung balik. Dia tunjuk jari dia ke belakang.

"202" (dah tak ingat)
"Arigato Gozaimasu"

Aku pulak yang cakap Jepun. Tunduk sikit tanda hormat.



Berpandukan sign kat tepi bas stop ni aku nampak nombor bas yang di beritahu. Jadi aku tunggu je kat situ. Tak sampai 10 minit bas pun tiba.

Aku naik bas.

"I want to go here. Will you pass by this area?"
"Oo.. Oh !"

Dia angguk.

"You accept JR pass?"
"No. No"
"How much do I have to pay?"
"200 Yen"
"OK"

Aku masukkan duit dalam machine dia.

"Will you tell me when we arrive at Hiroshima Park? You let me know?"
"Oo... Oh !"
"Arigato Gozaimasu""
"Arigato. Arigato"

Payah tapi mudah !

Aku berdiri tak jauh dari dia sebab aku tak tau nak expect mana laluan dia. Plus kalau aku dekat senang dia nak bagitau aku nanti bila masa aku patut turun.

Bas mula bergerak meninggalkan Station Hiroshima membelah bandar Hiroshima.

Bandar dia tak busy sangat. Tak berapa banyak kereta dan laluan bas memang khas dan smooth je. Bas berhenti few stop jugak la. Aku perhati kiri kanan banyak kedai kedai dan ada satu laluan tu memang area International Boutique. Ada LV, Burberry Store dan macam macam lagi.

Hebat jugak la Hiroshima ni.

Dalam 20 minit dalam bas tu, mata aku memang meliar tengok kiri kanan. Last sekali aku dengar dia panggil aku.

"Here... "

Pastu dia tunjuk ke arah belah sana. Aku nampak la bangunan ni.


"Thank you very much. Arigato Gozaimasu"
"Arigato Gozaimasu"

Dan aku turun bas.

Cuaca masih sejuk walaupun tengahari. 

Turun dari bas aku melintas jalan menuju ke Hiroshima Park. Aku pasti ini la tempatnya melalui sign sign yang ada. Bangunan yang aku first nampak tu adalah muzium.


Sebaik saja cross jalan tu aku nampak statue ni. Status seorang ibu memeluk anaknya dengan tulisan kat bawah gambaran sewaktu kejadian pengeboman bom atom di Hiroshima ini.

Sayu kejap.

Tak dapat aku bayangkan saat dan waktu itu.

Dan ini la muzium tu. Nama dia Hiroshima Peace Memorial Museum dan bersambung jugak dengan conference hall.


Dan ini kawasan keseluruhan Hiroshima Park ini.


Dan kiranya aku bermula dari belah bawah peta.

Ada fountain dan juga memorial museum ni. 

Tapi aku perasan landscape dia menarik. Ada kaler ungu ungu. Aku dekati dan tengok rupa rupanya kobis !

Tak percaya? Tengok ni !


Agak menarik lah.

Dan kawasan seluas ni memang bersih gila. Tak de sampah pun. 

Untuk berjalan ke Hiroshima Park ni kena cross muzium ni dulu. Aku memula fikir macam nak masuk tapi aku tak reti nak budget time aku sebab muzium ni besar gila.

Maka terkubur harapan, aku skip je. Jalan terus ke kawasan tengah.


Dan dari muzium tu terus ke kawasan tengah di mana aku nampak sign yang menjadi antara ikon utama Hiroshima Memorial Park ini.

Nampak tak saddle arch ni?


Dan di tempat ini lah bom atom di Hiroshima ini di gugurkan.

Right on this spot !

Kebabo !!!!!!

Dan sekarang tempat ni menjadi memorial pengeboman Hiroshima pada 6 August 1945 ini. Nama nama mangsa yang terkorban di tulis di kawasan ini.

Di bawah ini di tulis.

"Rest in Peace, for the error shall not be repeated"

Terror tak aku translate?

Hahahaha


Dan menyusuri tempat ini, jelas kelihatan A Dome bangunan yang menjadi signature Hiroshima yang masih tinggal kesan dari pengeboman itu.

Tenang je kawasan ni sebenarnya. Dengan air kolam memang mengasyikkan. Tapi tak siapa dapat membayangkan apa yang pernah berlaku di kawasan ini.

Seramai 140,000 orang telah terkorban waktu bomb nuclear ini di gugurkan di Hiroshima ini.




Dan jalan lagi. Nampak kawasan ni actually ada api menyala.

Api tu namanya Peace Flame di nyalakan dari tahun 1964 sewaktu Hiroshima Park ini di bina dan terus menyala hingga la sekarang.

Dan ianya hanya akan di padam sampai lah dunia ini betul betul bebas dari ancaman bomb nuclear !

Tu simboliknya.

Dan ada juga ini, replika bomb atom yang telah di gugurkan. A Statue of A Bomb Children.


Statue ini di bina bagi mengenang kanak kanak yang terbunuh sewaktu pengeboman ini. 

Kalau tengok kat bawah tu memang banyak kertas kertas yang di lipat sebagai simbolik jugak la kepada sebuah kisah benar mengenai seorang kanak kanak yang terkena radiation nuklear ni. Nama dia Sadako Sasaki. Beliau beranggapan kalau dia berjaya lipat 1000 kertas buat paper cranes beliau akan sembuh. Dan sampai sekarang ni, kalau tengok banyak paper cranes yang orang buat dan di letakkan di sini.


Dan di hujung Hiroshima Park seberang pada sungai ni kelihatan la sebuah bangunan yang di panggil A Bomb Dome.

Bangunan yang masih kekal hasil dari pengeboman ni. Masa aku pegi ni dia tengah restoration so nampak lah ada pembinaan sedang dilakukan di kawasan ni.

Terpana jugak la aku melihat kesan bom Nuclear di sini. Walaupun kesannya dah tak berapa nampak tapi memang cukup mendalam terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami peristiwa ini di sini.

Sempat aku duduk kat kerusi ni dulu menginsafi diri.

Insaf lah !

Nasib baik kita berada di negara yang selamat dari semua benda ni. Tapi tak semestinya kita kena beriang ria. Kena sentiasa berwaspada selalu. Bersyukur dan berterima kasih kerana kita tidak melalui keperitan seperti apa yang mereka di sini rasa.


OK !

Dah. Tak boleh lama bersedih.

Banyak tempat lagi nak pegi ni.

Kalau Melly Go Slow. Aku kena Go Fast !

Tapi sebelum tu sempat la menyenap kawasan sekitar. Memang lawa tempat ni. Tenang. Cuma sejuk la tak tahan. Angin pun boleh tahan bertiup.

Layan dulu gambar gambar dari arah sini sebelum kita cross jambatan menuju ke A Bomb Dome tu.





Lama jugak aku lepak kat area ni.

Ada bot bawak cruising. Ada sign sign dia kat situ abis semua terbalik sebab angin kuat. Sempat nampak 2 ekor anjing ni sibuk datang kat aku. Comel tapinya.

Tuan dia pun comel !


Dan ini gambar gambar yang di snap dari arah jambatan.

View kota Hiroshima

Layanzz !



Tenangkan?

Dan !

Ini lah highlight kota Hiroshima. A Bomb Dome dari jarah dekat. Tempat ini telah di wartakan sebagai UNESCO Site jugak. Tak boleh masuk dalam ada construction so boleh usha usha dari luar je lah.


Dan kat sini ada makcik ni bercerita pasal pengeboman di Hiroshima ni.

Makcik ni buat kerja amal. Dia bagi talk free je terutama kepada pelancong.

Kebetulan aku lalu so aku curi curi la dengar. Tengok buku dia tu banyak gambar gambar kesan bomb nuclear yang berlaku. Banyak gambar orang kena radiasi. Banyak yang mati rentung. Mati sebab kena habuk dan macam macam lah.

Tup tup baru aku perasan family yang dok dengar makcik ni bercerita dari Malaysia !



Tu pun sebab aku dengar anak dia bercakap sesama sendiri. Parent dan 2 orang anak. Memula memang aku tak perasan muka sebab tak expect tapi bila tengok haah lah, memang Melayu !

Yang wife dia cakap English berhabuk ! 

Aku tak toleh tengok muka pun sebab aku datang dari arah belakang dia orang. Tapi tiba tiba aku rasa berdebar. Tengok dari belakang wife dia tu macam aku kenal ! Dengar suara pun macam familiar. Macam aku pernah kenal.

Cepat cepat aku lari.

Rupa rupanya ex girlfriend aku !!!

Argh ! Keciknya dunia.

Tapi aku tak tegur la dia. Malas nak tegur. Laki dia je perasan aku dan dia senyum. Aku pun senyum balik. Tak de cakap apa apa pun. Setahu aku dia duduk London sekarang ni, so may be la dia orang bercuti sampai ke sini kot.

Ergh.. Tak boleh nak imagine kalau aku bertentang mata dengan dia. Dah lama pun aku tak jumpa. Silap silap bergaduh lak aku dengan dia. Baru jadi pengeboman bom Atom kali ke dua di site yang sama !!!

Aku terus je blah. Malas nak bising bising. Biar je la dia tak perasan aku. Tak penting pun dia nak perasan aku.

Aku ada benda lain nak buat. Bukan agenda aku nak jumpa dia kat sini walaupun kisah aku dengan dia dah lama berlalu.

Mari kita tengok A Bomb Dome ni dari jarak dekat lagi.


Aku ada terbaca. Sewaktu pengeboman berlaku di Hiroshima. Ada seorang postmen ni berada di Hiroshima. So sebaik saja Hiroshima kena bomb dia terus la lari naik keretapi ke Nagasaki untuk menyampaikan berita tu.

Elok je dia sampai Nagasaki, kat sana pulak kena bomb !

So dia satu satunya orang yang berada di dua tempat berbeza sewaktu kedua dua kota ini di bomb !

Dan dia tak mati !

Panjang umur nya kan? Tapi sekarang dah mati la kot. Mati sebab tua agaknya.


Dan ini lah jarak paling dekat. Dulu bangunan ni merupakan International Hall. Dan ini saja la bangunan yang tinggal dari pengeboman di kawasan tadi kira kira 500 meter dari bangunan ni.

Kawasan yang kena bomb macam arch tadi tu dulunya adalah sebuah hospital kalau tak silap aku baca kat sini.


Nampak tu gambar sebaik saja Hiroshima kena bomb !

Memang jadi padang jarak padang terkukur dah.

Kur ! Kur ! Kur  !

Dan ini la saat terakhir aku di sini sebelum aku bergerak meninggalkan kawasan Hiroshima Park ni.


Pastu aku fikir.

Aku nak gi mana ni? Tiada Maria Ozawa di sini. Ex Gofren je ader tu Maria Hati Aku Dah Tawar !

Hiks

Nak patah balik tunggu bas tempat tadi? Macam jauh.

Nak menapak?

Jauh jugak.

Last sekali aku ikut kaki. Tengok peta rasa macam OK la aku menapak balik ke Hiroshima Station. Kalau ikut laluan bas tadi macam pusing jauh sangat so aku nak buat short cut sendiri.

Suka suka hati je.

Jom..  !

Tapi macam dah sakit kaki ni? How?

bersambung.........

6 comments:

  1. eh Meng...bukan ke bom atom yang digugurkan kat hiroshima? masa tu rasanya nuklear tak de lagi...

    ReplyDelete
  2. HG : ya la.. atom.

    aku mabuk kot time tu gi tulis nuclear.

    Malas nak baiki.. paham paham sendiri je la..

    ReplyDelete
  3. Salam Meng...

    hehehe..sori...aku yang silap...ko mmg betul..ko tak mabuk...aku baca atom n nuklear tu sama lah...(vangang sungguh aku ni *malu sambil larik tutup muka*)

    ReplyDelete
  4. HG : sama sama mabuk kot...

    hehehe... okey set no hal..

    ReplyDelete
  5. Dah pernah jumpa ex girlfriend dah ? atau terserempak di mana2 walaupun kata meng dah menetap di London.

    ReplyDelete