Pages

Wednesday, April 4, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 2 - Nara - Part 1

Dari Osaka ke Nara tak de la jauh sangat. Dalam 45 minit. Tu pun sebab kami naik train slow. Ada express train rasanya.

Sampai di Nara cuaca sejuk gila.

Menggigil aku di buatnya.

"Are you OK?"

Tanya Makcik Mayumi lepas dia keluar dari toilet. Aku berdiri hisap rokok tunggu dia sambil menggigil kesejukkan.

"It is too cold"

Dia gosok gosok bahu aku. Emak emak la sangat makcik Mayumi ni.


'

Di luar kawasan Station Nara kelihatan cuaca masih mendung. Sejuk beku hingga ke tulang sum sum. Tahan je lah.

Ada pusat penerangan pelancongan kat luar ni, so kalau perlu kan peta atau apa apa, boleh lah usha kat sini. 

Kami menapak je, aku follow Makcik Mayumi je lah. Aku malas nak fikir. Mana dia bawak aku, aku ikut. Kami menapak dari Station Nara terus ke Nara Park menyusuri kedai kedai yang baru di buka.




Kedai yang pertama aku jumpa aku tanya Makcik Mayumi.

"What is written there?"

Sah sah la aku tak reti nak baca bahasa Jepun punya signage.

"Souvenir Shop !"

Wah !

Terus buntang mata. Aku pun cross jalan tinggalkan Makcik Mayumi. 

Dan kat kedai tu aku jumpa Fridge Magnet !

Excited. Tak beli lagi, set sebagai benchmark je so kalau balik nanti aku akan lalu jalan ni lagi, aku boleh la beli. Harga FM yang aku jumpa tu dalam 400 Yen. (RM16)

* nanges.

Tak pe la. Jalan dulu mungkin ada kedai lain yang lagi murah. Tapi FM dia menarik jugak la. 

Dari situ kami menapak lagi, kawasan dia macam naik bukit sikit. Di kiri kanan banyak la kedai kedai jual macam macam. Dari cenderamata sampai lah makanan dan macam macam lah.

Kaki aku dah start sakit sebab kasut tak even. Tapi jalan jugak la. Aku check kasut macam mahal sangat nak beli. Jadi aku bertahan.

Bertabahlah kau wahai sang kaki !

Lebih kurang dalam 1 km menapak yang rasanya tak de la bosan sangat sebab mata asyik melilau kiri dan kanan tengok kedai kedai, kami pun sampai la di kawasan ni.

Di sini ada Kofukuji Temple.

Ni tangga nak naik ke atas. Mengah jugak lah.





Di Kofukuji Temple ni sebenarnya ada bangunan pagoda 5 tingkat. Area ni memang diwartakan sebagai UNESCO site.

Ramai jugak la orang kat situ tapi lagi ramai tu hah. Rusa !

Di khabarkan ada lebih kurang 1200 rusa berkeliaran di kawasan Nara Park ni. Rusa rusa ni semua jinak jinak jugak. Kalau ada makanan memang dia orang datang dekat. Kalau nak ajak bergambar pun mereka tak segan dan tak malu.

Rusa rusa ni di anggap suci pada zaman dulu dan membunuh rusa adalah satu kesalahan besar dan boleh di hukum bunuh !

Kau berani???

Kofukuji Temple ini di bina oleh maharaja Jepun dulu untuk beliau berdoa agar beroleh kesihatan yang sihat. 

Di kawasan kompleks Kofukuji ni ada banyak grand halls dan bangunan bangunan yang masih kukuh hingga ke hari ni.

Kami tak spend banyak masa sangat sebab tau banyak lagi tempat nak cover. Jadi kami bergerak terus ke Nara Park yang terletak tak jauh dari Kofukuji Temple ni.

Di hadapan Kofukuji Temple tu ada satu kolam. Besar jugak la tapi tak de la menarik mana. Kawasan tu kalau ada majlis keramaian ke apa apa event akan di adakan di situ. Kat kolam tu ada banyak itik berenang renang ke tepian...

Tak jauh dari situ selepas menapak dalam sejuk beku tu kami pun tiba lah di entrance Nara Park !

Luas sungguh la garden ni. Banyak pokok pokok besar, tapi yang lebih menarik perhatian aku ni hah, beca ni.

Kau berani nak naik?

 

Masalahnya nak naik tu OK je. Yang tak OK tu sebab yang tarik kita tu bukan kuda ke apa, tapi orang !

Tak sampai hati aku nengok. Kalau aku ni kurus macam model tak pe jugak. Makcik Mayumi pun tanya aku nak try ke, aku cakap tak payah lah. Kang masuk spital pulak orang tu.

Aku tak sure harga dia berapa kalau nak naik, tapi Makcik Mayumi kata mahal jugak lah. Ya la mana tak mahal. jalan kat situ bukannya rata. Ada bukit bukit segala, silap silap tercirit mamat yang tarik benda alah ni karang.

Tengok tu makcik tu lari dari peminat?

Aku nak ambik gambar dia, dia macam perasan cepat cepat dia menyorok ! Mesti dia keji aku dalam hati.

Actually makcik tu bukan jual apam balik. Nampak macam apam balik ek? Bukan jugak biskut merry tapi aku rasa macam biskut merry jugak.

Itu adalah makanan rusa !

So kalau kita feeling feeling nak berbakti kepada binatang di taman ni, beli lah. Pastu bagi rusa rusa tu makan. Tak sure la laku ke tak tapi ada je yang excited nak beli dan bagi rusa makan especially untuk bergaya dan ambik gambar.

Last sekali sapa yang kenyang?

Rusa tu laa jugak !

Menapak tak jauh dari situ aku dengar bunyi riuh rendah.

"What are they doing?"

Aku tanya Makcik Mayumi.

"You wanna take a look?"

Dan aku setuju je. Kami pun pegi dekat dekat. Hah ni hah.




Ada acara sebenarnya.

Acara ni adalah sempena menyambut tahun baru. Aku tak berapa pasti sangat sebab Makcik Mayumi pun confuse nak cerita kat aku. Cuma daripada apa yang aku perhatikan, dia orang datang ke sini dan bawak hadiah. Hadiah tu nanti kononnya kesyukuran la sempena rezeki apa apa yang dah di perolehi pada tahun lepas.

Dan dekat sini ada satu booth dia collect semua hadiah hadiah tu dan ditukarkan dengan kertas.

So nanti tawaf dekat unggun api yang marak tu dan campak la kertas kertas tu kasi terbakar. Besar dan marak jugak la api dia. Dan siap ada muzik muzik. Aku pun tak tau apa benda dia orang baca. Mungkin la mentera ke doa kesyukuran ke apa.

Atau bernasyid?

Dan hadiah hadiah mereka bawak tu varies. Ada aku nampak bawak buah buahan. Ada jugak tanam tanaman dan lain lain la. Tak de pulak yang datang bawak binatang ke apa. Atau aku perlu tarik rusa sekor dan bawa ke situ?

Mahu la aku kena bakar karang !

Tapi Makcik Mayumi kata sekali setahun dia orang buat acara ni lagi grand dan api yang di bakar tu marak menyala sampai macam satu bukit jadinya.

Bila tu aku tak pasti.

Aku pose pose kejap kat situ dan orang makin ramai. Ada jugak la yang usha aku atas bawah tengok muka pelik ni menyibuk di acara orang maka aku pun lari.

Jalan dengan Makcik Mayumi kami memasuki Nara Park.



Tapi tak masuk lagi !

Singgah dulu beli air. Dahaga. 

Vending machine macam ni memang bersepah la kat sini. Ada kerusi dan port port menarik untuk duduk dan minum. Sempat la aku pun feeling feeling sama. Beli air dan minum di situ sambil hisap rokok.

Oh orang Jepun yang merokok, kalau pegi mana mana bawak ashtray sendiri !!

Kau mampu??

Mampu kan cuma malas ! Tak de kesedaran sivik sebegitu.

Malu sendiri aku tengok. Terus aku nak buang puntung rokok jadi serba salah. Tapi kalau orang tak pandang aku campak je merata. Kalau ada orang, aku konon konon baik sikit la, matikan dulu, pastu buang dalam tong sampah.

Hebat tak aku menjaga kebersihan dan tatasusila di negara orang?

Cuba di negara sendiri?

Pftt !

Oh. Air yang botol putih atas sebelah air teh tu sangat sedap. Aku tak tau cemana nak describe. Dia macam air masak tapi ada rasa mint mint. Macam gula gula putih yang ada di jual kat kedai runcit tu. Dalam sejuk sejuk kena pulak air perisa mint dan lime macam tu memang rasa segar !

Tapi tak boleh duduk lama lama, kena bergerak !







Tu semua gambar gambar sewaktu berjalan dari entrance Nara Park nak masuk menuju ke Todaiji entrance.

Banyak la orang berniaga di sini. Kat sini aku jumpa FM murah sikit tapi choice dia kurang menarik. Makcik Mayumi kata tak payah beli lagi, mungkin ada tempat lain yang murah. 

Aku pun OK la.

Rusa rusa tu memang nampak jinak dan berkeliaran sesuka hati mereka. Tapi ada jugak certain time aku nampak dia orang pakat ramai ramai rempuh kedai especially kedai makan.

Masalahnya kedai yang jual makanan dia tu dia tak usik pulak. Tapi rusa rusa ni paling suka la berkumpul sekitar kedai yang jual biskut dia tu. Merenung makcik penjual biskut dengan harapan di beri makan.

Dan rusa rusa ni memang bersepah sepah. Tak de la bau busuk sangat maybe sebab sejuk kot. Dan taik dia tu tak de la bersepah pun.

Sebab apa tau?

Sebab ada je orang yang sapu taik dia every time dia berak !!!

Tak sampai 5 minit mesti dah clear. Sapa nak kerja kosong aku rasa ni position paling sesuai di Nara. Menyapu taik rusa!

Sempat la aku di tahan oleh mamat sorang ni sebab dia nak buat survey. Rasanya dia dari bahagian pelancongan Nara ni lah. Makcik Mayumi relaks je tunggu aku kena interview. Dapat la key chain satu. Kalau ikutkan aku memang aku lari. Buang masa je tapi sebagai pelancong yang perihatin, tak pe lah.

Boleh interview aku tapi no kamera please !



Nak sampai ke entrance kayu Todaiji tu rusa rusa ni makin meriah !

Dan bersepah sepah dia orang. Semuanya lepak pose pose tunggu di panggil untuk jadi model gambar. Ada yang merenung masa depan.

Sampai bilakah nasib mereka begini?

Perlu kah mereka berhijrah ke tempat lain?  

Apakah dengan kehadiran artis artis realiti yang macam cendawan tumbuh tu, mereka tidak akan dapat bersaing di persada seni suara?

Itu kata kata mereka setelah di interview !

* lariiiii

Tapi cool jugak la rusa rusa ni, dia orang memberi kan pose yang sangat menarik tanpa di minta. Pastu buat muka blur.

"Kiri sikit ! Kiri sikit ! I nak ambik gambar you tapi background nampak sana, sana dan sana"

Kalau aku cakap macam tu kat rusa rusa ni, dia orang fikir aku gila tak?

 


Untuk sampai ke Todaiji Temple ni ada 2 gerbang.

Satu Gerbang kayu yang besar. Batang dia je aku tak tau dia guna dari pokok apa. Nak peluk pun tak sampai. Dan gerbang ke 2 ni kira dah makin hampir dengan temple ni, yang kaler merah ni.

 

Boleh masuk area compound Todaiji Temple tapi kena bayar. Aku tak sure berapa sebab Makcik Mayumi yang bayar. Rasanya dalam 500 yen kot. (RM20).

Gerbang kaler merah ni sebenarnya shrine. Di bina untuk protect Todaiji Temple yang kat dalam tu. Tapi memang besar gila lah.

Pintu masuk ke Todaiji Temple ni belah tepi. So kena ke kiri sikit dekat area toilet tu baru boleh pusing masuk ke dalam.

Boleh pegi kencing dulu di situ. Dan bagi orang yang sopan, boleh merokok di kawasan yang di sediakan di situ. Aku ni tak berapa sopan, aku merokok je sesuka hati aku.

Hiks.


Masa aku sampai orang tak de la ramai sangat lagi jadi tak perlu berpusu pusu berlaga bontot.

Cuaca pun dah mula panas dan kedinginan dan mula berkurang tak macam tadi.

Todaiji Temple ni merupakan salah satu lagi Unesco Site. Jepun ni banyak Unesco site kan? Ya la sebab  tinggalan zaman zaman Edo masih di jaga dan dipelihara.


Apa yang menarik sangat dengan Todaiji Temple ni???

OK. Duduk ! Meh sini Cikdu nak cerita.

Todaiji Temple ni di bina pada tahun 743 oleh Maharaja Shomu yang mengarahkan untuk membina sebuah Giant Budha. Masa tu waktu tu, kemarau melanda jadi maharaja ni bercadang nak bina patung Budha yang besar dan mengajak rakyatnya menyembah Budha untuk kesejahteraan sejagat.

Dalam bangunan besar tu actually ada satu patung Budha besar gedabak lagi boncet yang dibina dari perak dan di salut dengan emas dan kiranya bangunan besar ni di bina untuk melindungi patung Budha tersebut. Bangunan yang di kenali sebagai Daibutsu Den ni di bina menggunakan kayu semata mata dan dikhabarkan menjadi struktur binaan dari kayu yang terbesar di dunia !

Abis cerita.

OK ! Now boleh tepuk tangan. Clap ! Clap ! Clap !

So pelancong pelancong yang datang ke sini boleh la sembahyang dan berdoa pada patung Grand Budha tu.

Tengok gambar ni.


Memula aku tengok benda alah ni ingat apa la. Rupa rupanya ni tempat ambik air sembahyang dan mensucikan diri sebelum mereka masuk berdoa.

Dan dalam bangunan tu memang satu floor je. Luas dan bumbung dia memang tinggi. Ada satu grand Budha kat dalam tu. Aku rasa aku ada ambik gambar tapi tak jumpa. Cuma dalam tu ramai la orang sebab nak berdoa.

Dan yang menariknya, dalam bangunan tu jugak ada tiang tiang besar macam ni. Ada lobang di tengah tengah.

Dah macam tradisi ada je yang cuba nak melepasi dan cuba masuk meloloskan diri melalui lubang yang di tebuk dari batang kayu ni.

Tau kenapa?




Sebab......

Kalau lepas masuk dan keluar dari lobang ni, ini menandakan yang kita ini kurus !!!!

* nanges.

Sah sah la aku tak boleh nak masuk. Tapi ramai je yang cuba. Tak pasti untuk apa. Fun jugak la tengok orang.

Kami berkeliaran tak lama di sini cepat cepat keluar sebab nak pegi tempat lain pulak. Rusa rusa pun dah posing dan menunggu untuk di ambil gambarnya.

Let's kita pegi tempat lain pulop !


bersambung..........

5 comments:

  1. beca tu kalau di penang di panggil Lanca.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, nak tanya kalau dari Osaka ke Nara guna JR pass valid tak?

    ReplyDelete
  3. PB : kat jepun dia tambah U kot.

    hahahaha

    MY : yup.. bole.. rasanya line dia akan lalu osaka castle dulu. buleh sekaliharung

    ReplyDelete