Pages

Sunday, March 11, 2012

Jelajah Kota Orient - Prelude

Persiapan untuk menjelajah kota apek ini macam kartun !

Nak kata ready tak ready. Macam macam hal berlaku. Plan dah ada tapi sebab masing masing sibuk last minit baru nak bersua muka nak discuss.

Macam ni la kalau suka menangguh nangguh.


Ni plan perjalanan kita orang.


Satu tengahari tu aku dapat SMS dari IH dan kami berkumpul untuk diskusi.

Dia dah pulang ke kota lepas balik kampung tengok keadaan ayah dia yang sakit. IH nak bagi baju sejuk untuk abang pakai pose pose di Osaka. So kami merancang mahu bertemu di luar. Ya. Boleh gi makan sekali.

Lepas zuhur baru keluar dan bertemu sua. Ambik BW jap then kami melepak di Old Town Coffee. Borak borak makan makan dan merancang untuk Projek X !

Apa Project X tu uols??

Project X adalah projek trip Jelajah Kota Apek ni lah.

Selepas di riki riki, aku mungkin tak sempat nak buat Visa ke China. Sebab kami plan nak masuk ke China dan berak seketul dua di sana sebelum keluar balik dan balik ke KL ikut Hong Kong.

Masalahnya Macau dan Hong Kong tak payah Visa. China kena ada Visa. Dan nak buat Visa kena ambik masa 4 hari. Mana sempat dah, nak kena tinggal passport semua. So how???

Perlu ke abang lambai mereka dari Macau dan bertemu mereka di Hong Kong saja???

Aku busy dengan persiapan aku ke Jepun sebenarnya. Aku nak bawak passport pegi beli tiket train. Pastu dah nak terbang ke Osaka ! Balik rabu lepas seminggu pastu ada 2 hari then lepas tu terbang pulak ke Macau.

Melampau tak??

Jadi tak sempat nak buat Visa China. How?

Tapi !

Ada solusi uols. Kalau nak, boleh je. Yang penting ongkos ! Visa ke China boleh siap dalam masa 1 hari, tapi kena bayar lebih. Buat Visa RM58. Process untuk rush service RM140. Pastu admin fee lagi RM140.

Total berapah??

* baling kalkulator dalam semak

Buat Visa je lebih mahal pada harga tiket pegi balik !

* nanges.

Tapi gatal nak pegi jugak kan? So sesiapa nak ke China sila buat Visa awal awal. Macam aku hari tu BW dengan IH buat dulu, aku buat kendian hari. Aku buat lepas balik dari Osaka. Express !

Nasib baik lah sempat.

Lepas tu kami riki riki dan diskusi lagi. Ada banyak tugasan aku kena bagi IH cari. Sebab aku tak de, so aku tak sempat nak check yang lain lain. So tugasannya IH kena carik berikut.

1. Hostel di Macau, Guangzhou, Shenzen dan Hong Kong.
2. Transport dari airport dan jalan jalan sekitar
3. Kena kira budget jugak apa yang perlu di belanja di sana.
4. Juga riki riki nanti nak tukar duit sebab ada 3 currencies kami kena tukar. Macau Pataca, China Yuan dan Hong Kong Dollar.

Kerja untuk BW cuma nanti pegi money exchange je tukar duit duit semua. 

Pastu aku chow pegi Jepun.

Nantikan Siri Jelajah Macau, China dan Hong Kong bermula esok.

Entry keluar pukul 12 malam weekend. 12 malam dan 12 tengahari on weekdays  sampai abis entry.

* mati la macam bukak kedai je.


Aku tak de ni, pegi bercuti cuti keluarga.

Jumpa nanti !

No comments:

Post a Comment