Pages

Wednesday, March 21, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 5 : Hong Kong Part 3

Siri terakhir Jelajah Kota Orient.

Hari ke 5 perjalanan. Hari ke dua di Hong Kong. 

Dari station Hong Kong ni kami naik train menuju ke Sunny Bay !

Buat apa kat sana? No No No ! Bukan nak pose pose di Teluk Sunny tapi nak pegi ke Disneyland !


Kami bergerak dari Point D ke Point D jugak.

* mati la salah mark peta.

Actually Disneyland terletak di antara D atas dan D bawah. Ambik kanta dan teropong.

D bawah ke D atas. D depan du. Disneyland !

* gelak jahat

OK. Actually kita orang rasa kita orang underutilized Octopus Pass tu. Tak sure pulak harga tiket dari Hong Kong ke Disneyland tu berapa tapi tu je la perjalanan kami menggunakan Octopus Pass. Maka dengan itu beringatlah wahai muslimin dan muslimat. Kalau nak beli Octopus Pass tu. Rancang perjalanan anda dulu. 

Jika tidak. Ada kerugian sikit di situ.

Tapi train tu bergerak jauh jugak la. Sampai station Sunny Bay kena tukar train khas ke Disnelyland.



Dari station Sunny Bay tu ada train khas bawak kita ke Disneyland.

Teruja tak?

Untuk menambahkan keterujaan. Train dia memang dah menampakkan ciri ciri Disneyland tu. Tengok pemegang dia tu dah bentuk Mickey. Tingkap train pun dah rupa Mickey. Dalam train pun setting dia agak lain. 

Masa kami naik tu tak de la ramai orang sangat so boleh la pose pose dalam train.

* jeling BW.

Perjalanan memakan masa tak sampai 10 minit pun. Tup tup train dah berhenti.

Turun semua. Kita dah sampai !!!


Dan ini lah pintu masuk Disneyland.

Dari sini kena menapak lagi masuk ke dalam. Tapi di sepanjang jalan memang dah rasa macam kita kat Disneyland lah walaupun sebenarnya bukan. Orang agak ramai jugak walaupun cuaca sejuk beku.

Tapi sejuk sejuk pun tak menghalang BW untuk membuat pose pose maut kat tiang, kerusi, tepi pokok, tepi tong sampah dan juga mana mana je tempat yang di rasa dia nak bergambar dan IH dengan redha dan pasrah menjadi tukang ambik gambar beliau !




Dan dari jauh nampak la entrance sebenar masuk ke dalam. 

Tepi tepi tu booth tiket masuk lah. Harga dia untuk 1 day pass dalam RM150. Sapa nak masuk, masuk lah. Bagi aku macam tak de point aku nak masuk. 

Lain la kalau aku bawak budak budak. Kang aku terlebih terkinja kat dalam tu. Tambahan lagi aku rasa Disneyland ni dah lama so agak out to date dah pun. Kalau nak banding dengan Disneyland dan Disneyworld aku rasa mesti tak jauh beza. Jadi aku tak mahu abiskan duit aku. Cukup la zaman muda remaja dulu aku masuk kat Orlando dan Aneheim berkali kali dulu.

* tayang dada bidang







Tugas kami adalah menziarah je.

Pastu blah !

Hahahahah. Tengok tengok orang. BW siap nak bergambar dengan budak ni hah sebab dia cute. Tapi couple mat salleh ni ada anak angkat Cina. Tu hah kat bawah dalam stroller tu.



Selepas beriang ria ala kadar kat kawasan tu, kami pun blah. Masa dah time. Kang lambat tak sempat ke airport.

Naik subway balik semula ke Istana Kaca kami. 

Menarik jugak station keretapi Disneyland ni ada kelas yang tersendiri. Lain dari station station lain di Hong Kong ni.





Memula ingat macam nak ke LKF. Aku nak jenguk Hard Rock Cafe Hong Kong. Tapi fikir fikir takut tak sempat so tak jadi lah.

Kami terus je balik dan turun di station berdekatan dengan hostel kami.

Keluar tu nampak ada masjid. Besar tu. Bangga kejap.

* seka air mata.


Tapi misi kami masih belum tamat.

Duit ada lagi. So masih boleh shopping dan memberatkan beg. So kami pun pegi la cari perfume. Nak beli perfume. Kat Hong Kong ni perfume dengan make up memang la murah. Dan original juga. Jadi kami merayau di sekitar kawasan TST tu dan jump la beberapa kedai perfume. Memang target pun nak gi sini.

Kami cuma singgah satu kedai je. Boleh tahan la murah perfume dia tapi edisi agak limited. Bukan semua brand yang murah tapi yang lain pun kalau nak compare still murah. 

Macam hugo boss 100 ml boleh di beli dengan harga RM120. Yang lain lain pun ada. Coolwater di jual dengan harga RM90 sahaja.

Nak borong?

Fikir dulu ! Kang tak muat beg.

Minah kat kedai tu keji. Memula kita orang masuk muka dia punya la sombong tak nak melayan. Tanya pun nak tak nak je jawab.

"Hoi ! Kita orang ada duit lah !"

Tapi duit syiling ! Hiks.

Pastu bila aku dah start bayar dan usha lagi baru la dia over friendly suruh try tu la ni lah, then baru la cakap ada tester set la apa lancau. Puks betul lah.


Dan selepas semuanya selesai, kami pun menapak balik ke Chung King Mansion tu. Tak jauh pun. Sempat la singgah nak abiskan duit beli keychain lagi walaupun semalam dah beli banyak kat Ladies Market tu.

Nak tau rahsia tak?? BW telah di kerumuni oleh abang abang Bangla di situ dan mereka senang hati je nak bergambar dengan BW. Apakah mereka ingat BW itu Ashwarya Rai? Patut la aku berjalan then perasan bebudak ni hilang. Ingat dah sesat, rupanya sempat posing dengan Chung King Mansion tu !

Sebelum tu bagi menghabiskan sisa sisa Hong Kong Dollar, IH dan BW shopping lagi beli key chain, pengetip kuku dan sebagainya. Kalau boleh, satu sen pun tak nak tinggal tu.

Naik atas ambik beg. Oh ya. Beg kami tinggal kat hostel. Mamat tu bagitau tinggal je dalam bilik nanti dia angkut ke reception. Mesti dia menyesal angkut beg aku sebab berat gila.

Apa apa pun, mereka memberikan hospitality yang sangat bagus walaupun hostel cikai tapi lokasinya superb !





Dari guesthouse kami tu naik bas ke airport mengambil masa lebih kurang satu jam jugak la sebab airport dia tu kat pulau lain.

Tengok peta ni.


Tu dekat point E. 

Naik bas tambangnya HKD18 seorang. Naik bas bernombor 2A dan akan di hantar terus ke terminal 2 untuk flite Air Asia.

Jauh jugak la nak sampai ke airport tu sebenarnya tapi tak pe kami dah budget masa yang mencukupi. Dalam bas ada free wi fi jugak.



Dan sampai airport aku terkesima sekali lagi.

Airport Chep Lok Kok International Airport ni lawa gila. Aku suka design bumbung dia. Yang lain lain lebih kurang macam KLIA je. Tapi memang menarik. Lebih menarik lagi semua facilities cukup dan bertaraf first class. Kedai duty free dia semua boutique !

Kami check in di Terminal 2. So beg aku Si Daud yang berat dan obese tu kena masuk dalam kargo. Aku tak ambik luggage so kena bayar dalam RM70 lah.

Tak pe lah. Dah spare duit siap siap.





Dari check in di Terminal 2 kami kena pegi ke Terminal 1 sebab imigrations semua destinasi di Terminal 1 dari situ kami akan naik train ke teriminal 2 semula. Pening pala kan? Dah airport dia besor beno.

Layan pusing keliling. Banyak masa yang ada so sempat la kencing  dan shopping lagi di kedai Disneyland ni sebab masa kat Disneyland tak boleh nak masuk dan tak jumpa kedai kedai macam ni. Ada harga runtuh jugak. Aku shopping beli baju untuk Hero dan anak buah dan BW beli baju untuk diri sendiri.

* mati la cas cas kanak kanak Disney.

Dan minum kopi isap rokok juga inzal. Sedap jugak kopi ni. Aku isap rokok di luar sambil BW dan IH busy dok update facebook masing masing. Internet free la katakan.


Lepas semua selesai urusan di terminal 2 kami tolak trolly ke terminal 1 dan lepak kangkung disitu sementara menunggu boarding. Sebab awal lagi tetau kena masuk ikut gate mana, jadi aku amik peluang charge iphone yang dah nazak tu dan berinternet tanpa henti. 

Lepak duduk kat lantai sementara BW sibuk dok berulang alik ke toilet. tetau apa kes dia besey je bila tiba kat airport. IH siap berkenalan dengan mamat arab mana tah minta pinjam handphone dia nak cari kawan dia yang berpisah, lepas tu tak reti guna no sendiri.

BW masuk toilet lagi sekali sebelum kami terus menuju ke gate 24. Dari situ kami melepasi imgiration tanpa masalah dan turun tangga ikut saja tanda arah menuju ke train yg disediakan dan naik skytrain ke Terminal 2 semula. Pahtu boarding dan menunggu flite. 

Dan nampak ni kaler kuning belalang kunyit ni dah nak terbang bawak kami pulang.

Yahooo ! Dah boleh makan nasik dengan sedap. Dalam, flite kita orang duduk belakang sebab seat kosong dan buat jamuan hari raya makan dengan lahap. 

Order nasik 2 bungkus dan makan tanpa mempedulikan sign kapal terbang dilanda turbulence dan perlu pakai tali pinggang. 

Makan itu lebih penting. Kami lapar nasik !




Dan akhirnya setelah 3 jam 40 minit kami selamat mendarat di Lapangan Terbang LCCT.

Alhamdulillah. Misi ni walaupun tak de apa yang gempak tapi menarik dan penuh adventurous bagi kami bertiga. 

Kalau kira budget, duit yang di tukar memang tak abis lah. Kecuali di China tu sebab aku beli iPhone tu. Yang lain lain masih ada berbaki. IH dengan BW dia orang dah tukar masa kat Hong Kong lagi, tapi aku macam biasa, simpan je. Kumpul banyak banyak mana tau satu hari nanti kalau rezeki ke sana lagi, boleh guna je duit yang ada.

Sekian. Tamatlah sudah jelajah Kota Orient. 

Akhir kata, kalau mahu ke China, jangan lupa belajar cakap Cina dulu !

Xie Xie.....

See? Aku pun dah reti !

TAMAT

3 comments:

  1. Fuhh..baca citer pun dh best nih..terus teruja!!

    ReplyDelete
  2. amacm iphone china tuh? ok ke smpai la ni? hiks

    ReplyDelete
  3. tak OK.

    boleh kasik hero main game jer... lembab nak mampos !

    ReplyDelete