Pages

Wednesday, March 14, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 2 : Zhuhai

Tada............

Selepas selesai urusan imigrasi di sempadan Macau dan China, kami semua pun berjaya la menjejakkan kaki ke Tanah Besar China dengan selamatnya.

Tak de apa apa pun. Cuma masa imigration tu dia check passport aku, abis page dia belek. Mesti dia keji aku suka merayau. Mesti jugak dia terfikir berapa bijik kah taik lalat di kaki aku sampai aku berjalan dan dah nak penuh passport aku tu.

Ada aku kesah?

Tak kesah pung.

Objektif kami masuk ikut Zhuhai ni sebab kami nak merentas ke Guangzhou dan seterusnya ke Shenzen dan masuk semula ikut Hong Kong. Kalau biasa biasa orang naik bot je terus dari Macau ke Hong Kong. Tapi tidak kami ni. Kita orang kan suka buat lain daripada yang lain. 

Dan ini lah map perjalanan kami di Negara China ini.



Keluar keluar dari pintu sempadan tu hah. Ada satu lapangan besar berlatar belakangkan downtown Zhuhai.

Pintu sempadan tu nama dia Gongbei.


Sebaik saja kaki menjejak ke tanah besar China, kami terus perasan sesuatu.

Apa dia?

Ya. Sampah !!!

Di China tak macam di Macau. Macau tu kira bersih la jugak tapi tak di China ni. Sampah merata rata. Boleh hisap rokok sesuka hati even dalam bangunan sekali pun. Saling tak tumpah macam Malaysia lah. Macam balik kampung je rasa. Tapi Malaysia elok sikit la kot.


Zhuhai ni tak de apa lah. More to business town. Tapi agak busy jugak la dengan kenderaan hiruk pikuk ke hulu ke hilir. Agak busy tapi masih terkawal. Tapi orang pun agak ramai. Di kiri kanan jalan ada je orang menjual. Macam macam la jualan yang ada. Jual rokok lah, jual ubat lah, jual daging salai pun ada.


Kami melilau kat situ mencari arah tujuan.

Kalau ikut kan memang tak de apa kami nak buat di Zhuhai ni. Kami singgah sebab nak naik train ke Guangzhao. Tapi dah alang alang sampai, aku biasa lah ada je idea nak merayau.

Asal tengok tempat menarik. So jadi lah.

Maka tujuan kami adalah nak singgah ke Lovers Road untuk pergi ke statue yang aku tau menjadi mercu tanda di Zhuhai ni.

Masalahnya !

Kat mana tempat tu?

Nak tanya orang, semua tak faham. Semua tak reti cakap English.

Naik semak aku jadi nya. Tapi dia orang tak de la cikai sangat macam Cina di Macau. Dia orang ni walaupun jenis ganas ganas tapi tolong jugak lah.

Kebetulan, ada la satu mamat ni. Mungkin sebab dia dekat dengan aku masa tu aku pun terus lah tanya dia.

"Hi. Hello. You speak English?"

Dia gelabah tapi jawab jugak la.

"Little"
"OK. Do you know where is Lover's road?"
"Lover's Road?"
"Ya.. Lover's Road"

Dia musykil. Berkerut kerut dahi dia. Aku siap ambik kertas dan tulis. Haram dia tak tahu jugak. Jenuh la aku nak terangkan kat dia bentuk statue tu.

"Statue.. You know? Like this?"

Siap aku buat jadi patung.

Haram !!!

Tapi budak ni agak baik la. Dia google hp dia tapi macam tak jumpa apa kot. Last sekali dia call somebody then dia pass phone tu kat aku.

"My boss....."

Dia bagitau. Aku ambik phone dia dan bercakap.

"Yes. How can I help you?"

Hah ! Ada jugak yang lancar berbahasa Inggeris. Mudah kerja aku. Aku pun tanya la mamat tu which is boss mamat ni la kot dan aku cakap aku nak pegi lover's road dan tengok statue tu. Lepas tu aku pass kat mamat ni telefon tu dan boss dia translate chong cheng chong cheng. Aku tengok dia angguk jer lah.

Pastu dia pass balik phone tu kat aku. Aku cakap balik dengan boss dia tadi.

"If you have time, I would like to do some short presentation on the properties in China. Would you be interested?"

* koma.

"Hmmmmm"

Tak tau aku nak jawab apa. Terkujat kejap. Tak expect macam ni lak jadinya.

"Well actually we are travelling now and heading to Guangzhou. I am sorry I dont think we have time for that"
"That is OK"

Bla bla bla.

Terselamat la kami semua. Ntah hapa hapa je. Tak de masa la aku untuk itu semua.

Pastu mamat tadi... eh tengok dulu gambar dia sempat aku curik.


Tengok tu muka berkerut dia.

Tapi at least dia gigih bantu kami.

Dengan bantuan dia jugak aku suruh dia tahan teksi dan suruh teksi tu hantar kami ke statue tu. Chong cheng chong cheng dia bercakap.

"You ask him how much"

Chong cheng chong cheng.

"RMB30"
"Return?"
"No return. Go there... "
"OK. Can you ask him, how much if I want him to bring us there and wait and then send us back here"

Chong cheng chong cheng.

"RMB50"
"Sure he will wait and send us here?"
"Yes"

Dan di situ la deal nya. Kami berjaya dapat teksi untuk bawa ke Lover's Road. 

BW tanya nak bagi duit ke kat dia. Aku tanya dia kata tak payah. Kesian jugak sebab guna hp dia. 

"No ! No ! No !"

Dia lari.

BW kata nak bagi duit seringgit Malaysia buat kenang kenangan. Dia tak nak jugak. Akhirnya dia lari okeh. Lari jauh jauh tu. 

Dah la. Memang dia tak nak. Maka kami pun naik teksi untuk ke statue yang terletak di Lover's Road tu.


Mamat teksi ni memang haram tak boleh cakap English. Tapi bila kita orang naik taxi dia, dia bawak laju gila macam F1  siap Hon Hon, Kiri kanan elak bus bagai. Kecut perut. Siap dia suruh aku pakai seat belt.

Sambil tu dia menyanyi. Wah ! Girangnya hati.

"Apsal mamat ni happy sangat. Berjaya tipu kita kot?"

Kita orang borak borak sesama sendiri.

"Ntah. Macam suka hati je"

Mamat tu menyanyi bersungguh ni lagu Cina la of course kita orang tak faham. Sambil tu bawak kereta macam pelesit. Abis bus semua dia potong.

"Ntah ntah dekat je. Dia saja bawak kita jauh jauh"

Spekulat lagi.

So kita orang duduk je la dalam teksi tu merantau kota Zhuhai. Tapi memang agak jauh jugak la lalu dalam bandar sampai tepi laut pastu menyusuri tepi laut. Kalau jalan kaki memang patah balik lah. Jauh okeh.

Dan akhirnya, kami sampai juga di tempat yang di inginkan. 

Berdiri megah penuh mewah, statue Fisher Lady di Xianglu Bay ini.


Siapa kau ni Nyah?

Ratu Nyi Loro Kidul kah??

Tak tau. Aku pun tak tau dia sapa memula. Tapi tak pe. Ni hah aku google  lah, apa rahsia di sebalik patung wanita ini.

She holds a pearl high in the air with both hands in an elegant pose, admiring its bright luster that also symbolizes the brightness of Zhuhai. The statue is composed of granite and stands 8.7 meters high weighing 10 tons.

The legend is that a beautiful fairy maiden fell in love with a young fisherman. He believed some fabricated rumors and asked the girl for the bracelet she wore as proof of her love. Although she knew she would die if the bracelet were removed from her body, she still took it off and presented it to show her deep love for him. The girl died and the fisherman was bitterly remorseful, crying all day and all night. An Immortal named Jiuzhou Elder was moved by their love and helped the young man resuscitate the girl. They offered this huge precious pearl to their benefactor during their marriage ceremony as a token of their appreciation for his kindness.


Tu lah cerita nya.

Orang ramai gila. Mamat teksi tu park taxi dia selamba je tepi jalan dan kami semua turun.

"You wait here ok?? 20 minutes. Top !"

Dia angguk. Ntah faham ke tidak. Lantak. Jangan dia bawak lari beg kita orang sudah.

So masa yang kami ambik tu adalah untuk tengok lebih dekat status kebanggaan kota Zhuhai ini.

Hah. Tengok ni orang ramai.



Tu lah taxi dia tu. Hijau sungguh.

Kami tak lama kat situ. Less than 20 minutes. Orang pun ramai. Aku ni ambik gambar sekejap je. BW dengan IH lah. 

So lepas selesai semua kami naik taxi semula dan dia hantar kami balik ke tempat tadi. Tapi aku suruh dia hantar aku kat bus stop. Dia pun drop kita orang kat sini.

Bus stop lah ni.


Kita orang nak kena naik bus untuk sampai ke North Zhuhai Railway Station di mana di situ ada train yang menghubungkan terus ke Guangzhou.

Dalam direction yang dah di print, ada bagitau kena naik bus sekian sekian dan tempat tu memang jauh la dari kota Zhuhai ni. Kena naik 2 bas. Perjalanan dijangka memakam masa 1 jam.

So turun kat bus stop ni, kami tanya. Minah keje kaunter tu terkulat kulat nak jawab. Tak faham. Sampai panggil kawan dia then kawan dia tu macam OK la sikit bercakap. Dia kata bukan kat situ tapi kat tempat lain. 

Siap panggil mamat satu lagi, dia kata jalan terus nanti belok kanan.

Kami akur. Ikut je.

Menapak la sebab salah station bas. Sepanjang jalan tu ada je orang menjual. Ada nangka !




Limau juga !

BW singgah beli limau. Limau kecik kecik ni. Tapi manis gila. Serious manis.

Menapak la kami dengan beg nya sambil makan limau. Ada deretan kedai kedai yang banyak. Nampak bas banyak. So kami singgah tanya.



Rupa rupanya salah lagi !

Bukan station bas tu. Gila la banyak station bas. Menapak lagi. Jalan jalan singgah beli air. Dahaga. Aku beli air asam boi. BW beli teh o ais limau dia kata tak sedap gila. IH beli air mineral.

Jalan punya jalan. Nampak pulak gerai ni. Mamat ni tak tau la bangsa apa, dia macam faham je.

"Sedap ! Sedap !"

Sambil tunjuk kismis, badam dan barang barang dia jual.

"Are you muslim?"

Aku tanya dia.

"Ya. Muslim"
"How much this one?"

Then dia bagi kita orang rasa kismis dan badam. Sedap jugak. Terasa macam nak beli.

"Can I have this. RMB5"

Dia pun sukat. Tak banyak pun dalam 100 gram je. Masalahnya komunikasi. Dia pandai cakap Cina tapi nya. Cara dia menyukat pun sangat la tradisional. Menarik lak aku tengok siap macam pakai kati dulu dulu je.

"How much?"

Dia tunjuk duit yang aku pegang.

"No. Not RMB40. I want RMB 5 only"
"No"

Dia kata banyak yang dia sukat tu harga dia RMB40 (RM20)

Aku cakap tak nak. Mahal ! 

Then terus kami blah. Hiks. Padahal rasa je sikit la punya banyak.



Dan akhirnya ada bus lalu. Dan kami perasan tu la yang bas kami nak kena naik.

Tapi station dia nuh jauh depan sana. Berkejar kejaran la kita orang dengan beg beg takut terlepas bas. Tapi nasib baik la dapat jugak naik bas.

"How much?"

Tak de jawapan. Dia tunjuk 3 jari. Means RMB 3 lah kot. 

"No refund?"

Dia geleng kepala.

"OK. For 3 person"

Aku masukkan duit RMB10. Settle.



Dan bus pun bergerak. Orang ramai jugak lah.

Memula aku dapat duduk pastu ada nenek tua lak naik tak sampai hati, bagi dia duduk. Tak abis abis dia ucap terima kasih kat aku.

Melalui panduan kami kena turun dekat Jie Zhou Cheng station dan kami akan tukar bus lain. Aku dah cakap kat driver bus tu. Dia tak jawab apa pun, tapi aku harap dia faham lah sebab aku sebut macam nak rak.

"Jiu Zhou Cheng? Will you let me know when we arrive Jiu Zhou Cheng?"

Dia angguk je la bersungguh. Tergeliat lidah aku. Tak tau la dia faham ke tidak. Jadi kami kena sentiasa alert dan tak boleh tidur.

Tapi bila sampai tu memang dia bagitau. Dan kami terus je turun untuk naik bas lain. Lama jugak la dalam bas masa tu.



Jiu Zhuo Cheng ni sebenarnya mall kot. Sebab ada mall kat situ. Meriah jugak la tempat tu. 

Kami singgah dan makan limau sementara tunggu bas yang satu lagi yang akan bawa kami ke Station North Zhuhai.


Perjalanan kali ke dua ni lagi lama. Rasanya macam dekat sejam jugak la. Kita orang duduk je dalam bas tu memerhati kan sekeliling. 

Masing masing diam. Dari bus tu penuh sampai la dah kurang orang. Tak nampak pun rail track. Kita orang jadi musykil dan tertanya tanya.

Sambil sambil tu, radio dalam bas pasang lagu lagu Cina menjadi halwa telinga. Layan je lah. Tengah asyik masyuk tu tetiba kita orang memandang sesama sendiri.

"Macam pernah dengar je lagu ni kan?"
"Haah. Macam lagu Melayu"

Dengar lagi.

Terus BW humming dan nyanyi dalam bahasa Melayu.

Sah !

"Penciplak rupanya !!!"

Ini tidak adil ! Polis ! Polis !! Mereka plagiat lagu melayu nih !!!

* pengsan

Memang confirm lagu Melayu telah di sadurkan sedemikian rupa, tapi rentak dia slow sikit.

"Lagu sedih kot"
"Agaknya lah"

Masing masing angguk. Nak tau lagu apa?? 

Dengar ni. Aku balik terus riki martin dan lagu ni la aku jumpa. Penyanyi nya Leon Lai okeh.

* mati la Leon Lai nyanyi lagu ciplak.


Dah tau dah lagu apa?

Liyana. Hangatnya Cinta. 

Abis la lagu Melayu dah kena ciplak. Hiks. Tapi masa tu kita orang tak tau pun Leon Lai yang nyanyi. Aku tahu je nama Leon Lai. Mana rupa dia pun aku tak kenal. 

Ni baru cam sikit.

Dan lepas puas dalam bas. Dengan mengantuk nak terlelapnya. Akhirnya kami sampai jugak la sebab dah nampak rail track. Siap bas tu masuk kawasan university lagi. Station ketapi ni baru so dia letak tengah tengah tanah yang baru nak di bangunkan. 

Agak pelik lah. Jauh dari kawasan kediaman lain. Tapi tak pe lah. Kami pasti tu la tempat yang kami tuju. 



Sampai sampai terus kami beratur beli tiket. 

Harga tiket dari Zhuhai ke Guangzhou ni RMB36 (RM18). Mungkin baru dan harga promosi. Agaknya lah. Murah gak la tapi naik bas tadi tu la macam lama gila.

Railway station dia macam airport okeh. Besar pulak tu. Kami tak menunggu lama sebab train pun cepat. Sampai masa kami dah pun berada dalam train menuju ke Guangzhou !


Bersambung...

5 comments:

  1. baca jurnal ni lg... pastu dok gelak sorang2 tgk gambaq angkat kaki tu,,,, pastu gelak lg pasai en. meng tulis kaki belakang terangkat,,,, ada kaki depan belakang ka,,, hiks

    ReplyDelete
  2. kalau zhuhai nak ke guilin terus ada train atau bas x?

    ReplyDelete
  3. Suhaz : kah kah kah... gila kau imagine terlebih.

    Terus aku kena buang gambar tu



    EA : motip kau tanya aku? aku bukan bus operator..

    bas aku rasa tak der.. train ada. tapi kena ke Guangzhou dulu pastu baru ke Guilin..

    Lebih lebih google sendirik

    ReplyDelete
  4. masa kat Macau lorong menuju ke St Pauls tu lah, tetibe dengar lagu syantik tapi lagu cina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa dulu kita org pun dengar lagu melayu.. tapi versi cina gak... standard org sana suka copy cat kot

      Delete