Pages

Thursday, February 9, 2012

Superman & Summary Backpacking Negeri Sigantang Lada

Berikut adalah summary, itinerary dan costing backpacking ke Pulau Bintan tempoh hari. Bagi sesiapa yang berminat boleh pegi ke sana dan melawat.

Lokasi : Pulau Bintan, Indonesia
Lokasi Pelabuhan : Stulang Laut, Johor Bahru
Waktu Berlepas : 11 pagi, 3 petang dan 5 petang.
Tempoh perjalanan : 2 jam 30 minit.

Costing.


 Bil.  Details  Harga (Rp)  Harga (RM)
 1.  Minyak KL - JB - KL  RM120
 2.  Tol KL - JB - KL  RM80
 3.  Tiket Ferry return - RM155x4  RM620
 4.  Makan Tengahari  Rp94,000 (RM31)
 5.  Sadaap Hotel  Rp100,000 (RM33)
 6.  Bot ke Pulau Penyengat Rp5,000 x 4  Rp20,000 (RM6)
 7.  Sewa Motor Beroda keliling Pulau Penyengat Rp6000 x 2  Rp12,000 (RM4)
 8.  Bot ke Tanjung Pinang Rp5,000 x 4  Rp20,000 (RM6)
 9.  Sewa Transport Keliling Tanjung Pinang Rp30,000 sejam  Rp75,000 (RM25)
 10.  Makan Malam - Seafood  Rp300,000 (RM100)
 11.  Sewa Kenderaan 24 Jam  Rp280,000 (RM93)
 12.  Sarapan Pagi  Rp94,000 (RM31)
 13.  Minyak  Rp180,000 (RM60)
 14.  Nostalgia Yasin Chalet  Rp320,000 (RM106)
 15.  Makan Malam  Rp94,000 (RM31)
 16.  Ferry Ticket Confirmation Rp100,000 x 4  Rp400,000(RM133)
 17.  Makan Tengahari  Rp98,000 (RM31)
 Rp2,020,000 (RM673)  RM820
 Jumlah RM1440

Perbelanjaan seorang.

1. Tiket 155 x 4 = RM 620
2. Duit belanja kumpulan = RM200 x 4 = RM800 (Rp2.4 Juta)
3. Duit Poket setiap seorang RM100 = Rp300,000

Balance duit kumpulan tu di gunakan untuk beli makanan remeh temeh seperti kerepak, jagung, nugget, fries dan minuman sepanjang perjalanan.

Budget setiap seorang lebih kurang = RM 450.


Tempat Menarik Untuk Di Lawati

1. Tanjung Pinang - Tempat shopping/Bandar Pelabuhan
2. Pulau Penyengat - Tempat Sejarah (10 minit dengan boat dari Tanjung Pinang)
3. Bentan Telani - Tempat Resort 5 Bintang. (100km dari Tanjung Pinang)
4. Trikora Beach, Teluk Bakau (60km dari Tanjung Pinang)

Itinerary Perjalanan

Tarikh/
Masa
 Details Perjalanan
Jumaat
2 pagi Bertolak ke Johor Bahru
6 pagi Tiba di Johor Bahru
8 pagi Beli tiket di The Zon, Stulang Laut
11 pagi Bot meninggalkan Terminal Ferry, Stulang Laut
1 tghari Tiba di Terminal Bintan Pura, Tanjung Pinang
2 petang Makan tengahari
3 petang Check in Sadaap Hotel
4. petang Bot ke Pulau Penyengat

Melawat Makam Raja Ali Haji, Makam Puteri, Makam Daeng Merewah, Makam Raja Riau, Balai Rong Seri, Istana Lama dan Masjid Raja Riau.
7 petang Pulang ke Tanjung Pinang
8 malam Pusing Pusing Tanjung Pinang dengan Transport.
Melawat Ramayana Mall
Dinner makan seafood.
12 malam Kembali ke Sadaap Hotel dan tidur.
Sabtu
8 pagi Sarapan di Kampung Jawa
9 pagi Lepak lepak di Tugu Pahlawan Fisabilillah
10 pagi Meninggalkan Tanjung Pinang ke Bintan International Resort
12 tghari Tiba di Terminal Ferry Bentan Telani
1 petang Melawat Pasar Oleh Oleh
Melawat resort resort
Mirwana Beach Gardens, Bayu Puri Villa,Mana Mana Cottage, Ria Bintan Club Med, Pantai Lagoi, Bintan Lagoon Resort
4 petang Perjalanan Menuju Ke Trikora Beach, Teluk Bakau
5 petang Tiba di Nostalgia Yasin Chalet, Trikora Beach 
7 petang Mandi Kolam, makan, lepak lepak dan main pool
11 malam Balik ke bilik dan tidur.
Ahad
8 pagi Bertolak balik ke Tanjung Pinang
9 pagi Tiba di Tanjung Pinang. Melawat Pasar Tanjung Pinang
11 pagi Makan Tengahari
1 tghari Perjalanan dari Tanjung Pinang ke Stulang Laut
4 petang Tiba di Stulang Laut
5 petang Perjalanan dari JB ke KL
9 malam Makan Malam dengan CP di Nilai
12 tghmalam Tiba di rumah.

Tips.

1. Beli tiket ferry one way saja. Kalau return nanti ada confirmation booking Rp100,000. Kalau beli one way, balik beli tiket one way, tak payah kena charge tu.  Rp100 000 adalah untuk Port tax. Tikect one way or return, kena jugak bayar.
2. Survey harga hotel dan cari yang terbaik. Sadaap Hotel tu ok. Bilik ok. Mintak yang kat balkoni mengadap laut. Memang cun scenary dia. Keadaan bilik OK. Harga berpatutan.
3. Bargain kalau nak sewa mobil. Jangan guna ulat ulat, kalau boleh tanya kat hotel je. Kami sewa 24 jam van baru RM280,000. Kalau ulat dia charge above Rp500,000. Kalau boleh biar sewa dan bawak sendiri. Senang.
4. Kalau nak beli cenderamata macam key chain, t shirt etc, beli kat Bintan Telani. Kat Tanjung Pinang cuma jual kain kain jer.
5. Orang Tanjung Pinang sangat peramah. Kalau perlu bantuan tanya je mereka.
6. Make sure jadual ferry dari Stulang Laut dulu. Jadual dia berubah ubah.
7. Jangan harap nak cuci mata. Awek awek kat sini tak cun !
8. Untuk jimat cost, boleh share bilik.
9. Stesen minyak cuma terdapat di Tanjung Pinang saja. Make sure, isi penuh penuh. Tapi kita orang buh penuh pun guna setakat 1 takuk jer.
10. Tempat makan banyak, kalau makan dia akan hidang banyak banyak. Makan mana yang nak makan je. Dia kira apa yang kita makan sahaja.

Tu je kot. Sebarang soalan bolehlah diajukan kepada pihak terlibat, abang dan bebudak GBS sedia membantu.

Majulah Pulau Bintan untuk kesejahteraan serantau.

Laksmana Meng
Duta Pulau Bintan (wink wink)

10 comments:

  1. Apa maksud beli tiket one way sahaja?bukan ke imigresen indonesia nanti akan tnya berapa hari libur & mana tiket pulang?atau boleh beli tiket one way (tg pinang - stulang) di tg. pinang sahaja?

    ReplyDelete
  2. Salam...Apa maksud beli tiket one way sahaja?Bukan ke nanti imigresen indonesia tnya mana tiket pulang?atau boleh beli tiket tg. pinang - stulang di sana?terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam..Apa maksud beli tiket one way sahaja?

    ReplyDelete
  4. Salam Encik Jasni.. sampai 3 kali tanya soalan yang sama.

    kalau beli kat jb tiket return, nanti sampai tanjung pinang, still kena bayar confirmation tiket lagi 100 ribu. kalau beli one way, balik nanti beli harga biasa je tak payah bayar yang 100 ribu tu. ( or i am not sure kot 100 ribu tu port tax kot?) tapi org tu sebut confirmation.

    tapi tak sure la kalau nak masuk tu dia nak proof tiket balik.

    to be safe, beli je la return.

    cuba check kena byr port tax tak kalau nak keluar dari sana..

    ReplyDelete
  5. abg meng.. cukai pelabuhan a.k.a port tax le.. rp100 000..

    ReplyDelete
  6. maybe la.. thanks JG. aku edit skit entry ni

    Encik Jasni : FYI

    ReplyDelete
  7. maaf ye admin sbb terpost 3x...
    sbb pgalaman sya ke indonesia naik flight imigresen diaorg tnya tiket pulang..tu yg saya tnya imigresen di sana nk tgk proof tiket balik x?pe2 pn reply en admin sgt membantu..tq yaaa..salam

    ReplyDelete
  8. matawang sana guna rupiah ke ?

    ReplyDelete
  9. Tanjung pinang pakai rupiah.. belah international resort tu boleh pakai singapore dollar

    ReplyDelete