Pages

Sunday, February 5, 2012

Superman, GBS Berbackpacking Negeri Sigantang Lada - Part 2

7 pagi

"Tiket tak ada?"
"Huh?"

Aku pandang muka budak budak GBS. Dia orang tunggu belakang aku. Cemana ni? Nak kena tukar destinasi ke?

"Abis bila ada kak?"

Aku tanya kakak kaunter.

"Pukul 11 ada"

Lega ! Tak de pilihan. Kami setuju saja.

Jam masih awal. Ada 3 jam lagi sebelum perlu naik ferry. Mana nak pegi? Kami keluar dari The Zon. Hajat nak carik tempat makan or lepak. Kurang kurang boleh lelap seminit dua.

Jalan punya jalan, last sekali nampak surau. Menarik nih. Masuk dalam pagar tak kunci. Ada port untuk melepak. Dapat ler selesakan diri kejap. MH cuba cuba nak tidur. IH pun sama. Aku tak boleh nak lena.

Kat surau tu boleh mandi. Tapi kena bayar RM1. Parking pun boleh. Dia charge RM3 sehari. Tapi kami dah simpan kereta kat rumah kawan MH. So tak apa lah.

Aku mandi dulu. Tak selesa sebab badan dah melekit. Budak budak GBS kengkonon tak nak mandi. Tapi bila aku keluar dengan rasa segar, masing masing ambik turn mandi kecuali BW. Kat situ lah boleh gosok gigi dan segar segar kan diri sikit. Berak pun boleh !

Kami melepak kat situ agak lama. Hampir jam 10 pagi.

Sebelum tu dah siap siap membuat lantikan. Aku sebagai ketua rombongan. Bertugas untuk merancang, mengawal selia dan juga kepala kepada rombongan Cik Kiah ke Tanjung Pinang ini !

IH sebagai akauntan. Dia pegang duit untuk urusan perbelanjaan kami di sana nanti.

MH sebagai pemandu. Dia dah drive dari KL ke JB. Kalau perlu nanti, kami nak sewa kenderaan di sana, MH perlu drive lagi.

BW. Dia lah intan dia lah racun. Dia lah kaki gedik. Dia lah suka buat perangai. Tak de dia pun tak best jugak. So dia ada ler bagi membantu semua orang. Pembantu ketua rombongan. Pembantu akauntan. Pembantu driver. Dia pegang resit. Dia jaga segala hal hal administration team GBS kali nih.

Kami tukar duit dulu. Dah kumpul semuanya. Budget kami?

RM150 seorang untuk tambang ferry pergi dan balik.
RM200 seorang untuk urusan perbelanjaan hotel, makan dan kenderaan di Pulau Bintan nanti. RM200 x 4 orang = Rp 2.4 Juta ! Pakcik kayo !!!!
RM100 seorang untuk duit poket. Dah siap tukar semua. Bersamaan dengan Rp300 ribu setiap seorang.

Memang kami tak plan nak shopping apa pun. Just nak gi jalan jalan saja.

Lepas tukar duit kami terus ke balai berlepas. Tunggu ferry sampai sempat lagi tidur baring kat situ. Selamba je, letak beg dan baring tepi beg. Tak de hal punya. Macam ni aku suka. Bebudak GBS pun tak de yang jenis komplen. Apa saja.. asalkan selesa.

Kami tak expect apa apa. Masing masing tak sabar nak pergi melawat negara orang. Walaupun di wajah nampak letih, tapi dalam hati ceria dan bersemangat. Ini pembukaan tahun baru kami untuk aktiviti backpacking.

Aktiviti ini yang akan menentukan aturcara seterusnya akan datang !




 

1. Surau An Nur di Stulang Laut
2. The Zon Johor Bahru
3. Balai berlepas terminal ferry, Stulang Laut.
4. Ferry meninggalkan jety Stulang Laut.
5. Kompleks Terminal Ferry The Zon.
6. Johor Bahru dari pandangan di Selat Tebrau.
7. Pelabuhan Pasir Gudang.
8. Pemandangan Singapura dari arah laut.

Selepas siap clearance Kastam kami bergerak masuk ke perut ferry.

Ferry dia agak besar jugak lah. 2 tingkat. Tapi tingkat atasnya tak berbumbung. Oleh sebab kami suka adventure, tak de pun yang suka pose pose cantik duduk kat kerusi yang di sediakan di perut kapal. Kami semua pakat naik kat atas dan melepak kat bumbung.

Letak beg. Carik port dan melayan perasaan.

Tak ada yang mabuk laut. Aktiviti pengambaran dan memotret berjalan seperti biasa. Lancar dan penuh cahaya flash !

Perjalanan meninggalkan Stulang Laut agak mendamaikan. Cuaca tak berapa panas. Orang dalam bot tak berapa ramai. Kami menyusuri Selat Tebrau meninggalkan Johor Bahru dan terus keluar ke Laut China Selatan.

Perjalanan merentasi sempadan Johor dan Singapura agak menarik. Di kiri kanan dapat di lihat perbezaan pembangunan di kedua dua negara ini. Ada pelabuhan. Ada hutan hutan. Ada kawasan perumahan dan berbeza di sebelah Singapura yang lebih membangun dan teratur susunan bangunannya. Jelas juga kelihatan kota Singapura dan juga Changi airport.

Setelah keluar dari Selat Tebrau kelihatan pula deretan kapal kapal dagang, kapal tanker dan persiaran memenuhi perairan. Bot kami menyusur lebih laju. Menuju ke destinasi yeah yeah......

Hampir 2 jam 30 minit pelayaran, akhirnya kami sampai ke Pulau Bintan. Tapi Tanjung Pinang masih belum kelihatan !

Masing masing sudah muak duduk dalam bot. MH dengan aksi seksi dia tidur tanpa mempedulikan orang lain. BW pun tidur kat kaki MH dengan spek mata hitamnya peluk beg. Mengantuk sungguh !

IH sesekali terlelap sambil duduk.

Aku jugak tak boleh tidur. Sudah lebih 24 jam aku tak lelap. Masih tak rasa mengantuk dan keletihan. Semangat lagi ada.

Keadaan laut agak tenang. Bot menyusur laju.

Aku dok borak borak dengan IH sampai ler bayang pelabuhan yang bakal kami singgah kelihatan.

Tanjung Pinang sudah jelas di pandangan............. Kota Gurindam, kami datang !

Jumaat
2.30 petang Waktu Malaysia
1.30 petang Waktu Indonesia


"Yeah dah sampai"

Jerit BW. Dia yang paling excited. MH tetap ni nak curik curik tutup mata lagik. Aku dengan IH pun excited jugak.

Sebaik saja bot menghampiri jetty, kami terus keluar dan menguruskan hal hal imigration.

Tiba tiba kami di datangi oleh ulat ulat yang ramai. Masing masing sibuk nak offer perkhidmatan masing masing. Hotel. Kenderaan. Transport. Ada yang siap nak bawak gi makan lagi. Tapi aku dah pasang kekuatan. Apa pun terjadi, aku tak akan guna ulat ulat ni. Nanti dia cekik darah kami. Kami datang backpacking dan tujuan kami akan explore kota ini dengan sendirinya. Kami tak perlukan mereka mereka ini.

"Nginapnya di mana?"
"Udah ada"
"Di mana"
"Ngapa perlu saya kasi tau?"
"Transportnya ada Mas?"
"Udah ada"
"Mas ngga tahu jalan di sini, biar saja saya bawa Mas, tunjukkan tempat tempat"
"Kami ngga apa apa"

BW dah cuak. Dia orang ni mengekor macam nak masuk dalam baju. IH dengan MH kawal aku kat belakang. BW kat belakang aku dok cuak cuak.

Aku buat bodoh je. Buat muka tebal. Muka sebal. Muka macho dan tak mau tunjuk yang aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya.

Akhirnya kami berjaya melepaskan diri dari mereka. Tu pun jenuh. Siap dia orang ikut sampai ke parking.

"Mana kita nak pegi ni?"

Aku tanya bebudak GBS. Minta pandangan mereka.

"Ikut je lah"

Dan itu adalah jawapan standard dia orang !

"Lapar?"

Semua angguk !

"OK. Kita carik tempat makan dulu. Kau orang tengok la mana mana yang kat sini, ada tempat makan"

Kami bergerak dengan masing masing memikul beg masing masing. Besar besar dan berat di bahu. Muka semuanya kelihatan merah dan gelap di bakar matahari. Tiada soal nak menjaga kecantikan diri. Ini backpacking, kita redah saja. Tak de masa nak menjaga muka !

Akhirnya jumpa tempat makan. Gerai je tapi agak bersih. Kami duduk dan di hidangkan dengan teh botol. Lauk pauk juga menarik. Nasik padang. Dia hidangkan lauk yang banyak atas meja.

"Banyak nya Pak"
"Ngga apa. Bisa di makan aja"
"Banyak ni"
"Ngga abis ngga apa. Makan aja mana yang bisa di makan"

Penuh meja. Kami makan yang kami boleh makan je sebab yang lain tu ada urat lah, tunjang lah, apa apa lah. Aku memang cerewet jugak bab makan jika nak di bandingkan dengan bebudak GBS yang lain ni. Tapi bila makan tu.

Sedap !

Masing masing pun setuju. Memang sedap lauk dia.

Seperti biasa, kami berempat menjadi perhatian umum. Ada je yang lalu akan tengok dan memerhati. Macam tak puas hati. Dia orang tak kacau, malah masih senyum. Kedatangan kami terasa seperti di sambut. Orang orang di sana sangat peramah. Kalau kami tanya apa apa pun dengan senang hati mereka membantu.
Lepas makan, aku dok digest peta. Aku kena hafal dan fahami semuanya sebelum merancang aktiviti selanjutnya.

"Kita nak gi mana lepas ni?"

Tanya BW.

"Kita carik prepaid dulu. Senang nak buat call"

Lepas makan kami carik kedai handphone. Beli SIM card dengan harga Rp20 ribu (RM6) siap ada kredit Rp5 ribu dalam tu.

Pertamanya kami kena carik hotel. Nak simpan barang dan berehat dulu. Masuk hotel yang ada kat situ, tapi tak de yang menarik. Aku siap suruh IH dengan MH check bilik tapi dia orang kata tak best, so kami decide nak carik hotel lain.

Aku dah survey satu hotel ni sebelum pegi. So, kami terus called hotel tu. Sekali call je then orang tu kata ada bilik. Jenuh gak nak menapak dari kawasan bandar ke hotel tu. Tak jauh mana pun, lagipun lalu tepi laut. Menarik jugak. Banyak kenderaan dan suasana yang hiruk pikuk langsung tak menggangu kami, malah macam best pulak sebab lain daripada apa yang kita tengok hari hari di Malaysia nih.

Selepas penat berjalan, akhirnya kami sampai kat hotel yang kami cari. Dari luar macam cokia gila. Tapi nak jugak cuba.

Kami tengok bilik. OK lah. Ada balkoni. Bila bukak pintu dan berdiri di balkoni. Perghhhh pemandangan dia lawa gila ! Nampak laut. Nampak pulau. Nampak sebahagian kota Tanjung Pinang ini.

This is the one ! Masing masing setuju.

Bayarannya cuma Rp100 ribu satu malam (RM36). Ada 2 katil single. Semuanya tak de bantahan. Urusan nak tidur nanti, kami selesaikan kemudian.

Sah ! Kami menginap di Sadaap Hotel Tanjung Pinang malam tu.


 
 

1. Tanjung Pinang dari arah laut.
2. Sadaap Hotel dari arah laut.
3. Tanda kota, Tanjung Pinang - Kota Gurindam.
4. Jetty Tanjung Pinang.
5. Bandar Tanjung Pinang
6. Pesisir pantai Tanjung Pinang
7. Pulau Penyengat dari balkoni bilik Sadaap Hotel.
8. Gerai Pasar Malam.

Jumaat
3.30 Petang


"Penatnya"

MH terus berbaring atas katil. Agak selesa bilik dia. Ada aircond walaupun bunyinya macam ribut !

"Jangan tidur tidur. Nanti terlepas aktiviti petang ni. Setakat datang nak tidur, baik tak payah. Kita nak datang explore tempat ni !"

Aku ingatkan mereka. Dia orang ni OK je sebenarnya. Tak memberi aku sebarang masalah. Tu yang best dengan bebudak GBS ni. Kalau tak suka pun dia orang akan bagitau, so kami berbincang semula hingga dapat keputusan yang tepat.

Sempat berehat rehat kejap. Ada yang ambik turn nak mandi dan solat. Ada yang sempat terlelap kejap. Aku suka balkoni dia. Langsung terus nampak laut dan Pulau Penyengat. Ada bot lalu lalang. Ada sampan sampan kecil bertali arus.

Di kota, hiruk pikuk kenderaannya bersimpang siur. Kebanyakkan motosikal dan van. Susah nak nampak bas atau kereta sedan walaupun sebenarnya ada.

Hah !

Tanjung Pinang di panggil Kota Gurindam. Kenapa nak tau?

Dulunya. Tanjung Pinang ini merupakan pusat pengembangan Bahasa Melayu yang terkemuka. Di sinilah banyak khazanah khazanah sastera  bahasa Melayu di bangunkan. Di sini juga dulu terdapat penglipur lara dan ahli ahli gurindam Melayu yang terkenal.

Masih ingat dengan pantun,

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga

Di sinilah mula asalnya pantun yang rasanya paling glamer ini di reka cipta. Pulau Pandan dan Gunung Daik Bercabang Tiga tu memang wujud. Tu semua di Kepulauan Riau jugak tapi di Pulau Lingga bawah sikit Pulau Bintan ni.

Kira di sini lah tempatnya dulu, banyak pantun dan syair Melayu di cipta. Oleh sebab itu lah Tanjung Pinang ni di panggil Kota Gurindam !

"Kita nak gi mana lepas ni?"

BW tanya.

"Tu. Pulau Penyengat"

Aku tundingkan jari.

"Apa ada kat situ?"
"Istana lama. Ada makam di raja. Makam Daeng Merewah. Kota lama semuanya ada"

Pulau Penyengat tu ada sejarahnya.

Dulu dulu sewaktu pemerintah Sultan Riau, Sultan Mahmud. Beliau jatuh hati pada seorang Puteri bernama Raja Hamidah. Sebagai hantaran perkahwinan mereka, Sultan Mahmud telah menghadiahkan Pulau Penyengat kepada Raja Hamidah. Malangnya... Sultan Mahmud mangkat dahulu sebaik saja mereka sempat berumah tangga.

Sebagai tanda kesetiaan dan kesedihan, Raja Hamidah telah tinggal di situ dan menjadikan Pulau Penyengat sebagai pusat pentadbiran kerajaannya dahulu kala.

Kata orang lama, kalau couple pergi ke Pulau tu, alamak tak panjang lah jodoh mereka. Tu kata orang lama kat situ lah.

Jenuh aku bercerita kat bebudak GBS. Masing masing melopong tak percaya. Ingat aku kencing dia orang ler tu.

"Aku baca phamplet ni lerr"

Aku baling pamplets kat dia orang.

"Dah! Cepat cepat siap !"
"Kita nak gi naik apa?"
"Bot kecik tu"

Masing masing memandang sesama sendiri.

"Naik bot lagi?"

BW suka kecoh kecohkan keadaaan !

***** **** ******
Kisah Seram di Pulau Penyengat !

"Kau bau tak beb?"

Aku berbisik pada IH. Dia angguk.

"Seram sial !!!"

MH kat belakang mengiyakan. BW masih pegang camera.....

bersambung....

1 comment:

  1. mcm cerita indon Sang Pemimpi atau Laskar Pelangi kot..patut la ada part diorng bernyanyi bersyair bagai..mcm gurindam la

    ReplyDelete