Pages

Monday, February 13, 2012

Jom Makan : Seafood Pantai Jeram

Harloyah !

Apa khabar itu?

Aku sihat je. Busy banyak benda. Esok dah keje !

Untuk tatapan umum, dipersilakan masuk menu menu yang di lantak.







Di mana kah lokasi makan makan kali ni?

Ya.

Sebenarnya tetiba aku datang seru mengaruk nak makan seafood lagi.

* mati la kena ghout karang.

Lokasi kali ni di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Tempat aku bawak Makcik Mona hari tu. Nak gi sana sebab nak snappy snappy sekali.

Oh nak pegi sana sila naik highway Latar. 2 kali tol then sampai simpang ke Kuala Selangor, belok kiri menuju ke Klang. Turun lebih kurang 10 KM then nampak Jeram.

Ada susur jalan ke Pantai Jeram. Ikut saja. Maka berjumpa la akan Kedai Ikan Bakar Jeram !!

Dan verdict dia??

Walla ! Inzal.

Sebenarnya Medan Ikan Bakar Jeram ni letaknya tak jauh dari Aroma Ikan Bakar. Kalau Aroma tu kena ke kiri lepas masuk susur ke Pantai Jeram ni tapi yang ni terus je.

Ada pantai ! Dan elok juga untuk mengambil gambar. Biasalah aku dah siap siap bawak kamera. Praktis sebelum berjalan jauh esok.

Lepak lepak, makan makan dan menghidup udara segar sambil menikmati keindahan sunset. Best !

Makanan dia sedap. Harga pun tak berapa mahal. Berpatutan lah. Menu menu atas aku ambik dengan tembikai satu jug, ada telur dadar dan sayur campur. Semua sekali dalam RM85 !

Murah jugak la kan?

Tapi. Orang ramai. Telur dadar dan Sayur campur sampai masa aku dah cuci tangan selesai makan. Merasa la tak de orang nak makan. Slow !

Apa yang penting, lauk lauk lain memang sedap di makan dan mengenyangkan. 

Sila lah berkunjung ke sana !

Nah !

Gambar capapan. Enjoice & Selamat bekerja !










RIP akak Whitney Houston.

Aku dulu suka jugak dia. Dan ini lagu dari akak Keputihan yang aku paling suka.

Enjoice !

4 comments:

  1. akk keputihan??? semcm je bunyi

    ReplyDelete
  2. nape ayat cikdu byk ulang ulang ulang ulang huhuh ? :)

    ReplyDelete
  3. Kan rose kan kan kan... Igt sy terscroll ke atas rupanya tang peta tu repeat 2x kihkihkih

    ReplyDelete
  4. oh ada kesilapan teknikal.

    ke aku yang ting tong?

    ReplyDelete