Pages

Thursday, February 16, 2012

Koh Lipe Day 1

First aku share gambar gambar di Lipe
































Entry entry Lipe akan di tulis oleh GBS yang turut serta dalam rombongan Cik Kiah hari tu. Aku agak malas dan sibuk berkasih sayang.

Enjoice !!!

Meng

++++++++++++++++


Hola.. sihatkah semua?

Setelah bermusyawarah, aku bersetuju untuk buat the first entry untuk trip kali ni. The rest, geng GBS yang lain akan sambung..

So, aku punya part akan cover first night (langkawi) and sampai ke Koh Lipe malamnya.

So, yang mana terkurang, aku maap la yah.. here goes..

CP

*********
Ini peta Koh Lipe


Khamis 24hb, aku pergi kerja cam biasa. Tapi mood nak kerja dah berlari kencang terjun tingkap 7th floor building opis. Pandang emel pun dah tak nak. Sign memo pun cam tak de semangat. Kang sign jugak kang, ada plak yang tersalah sign.

So aku lepak2 je kat tempat, sambil gosip2 dgn kaki gossip diopis. Lipoteng-lipoteng sampai la kol 4, Chabut lari.

Malam sebelumnya dah pack beg nak pergi. Geng GBS dah cakap, no beg aishah nak tarik2.. semua kena pantas dan tuntas. So, pack barang dlm traveling back pack.

Balik umah, siap2 trus ke LCCT. OR hantar. Sebelum sampai, kami brenti makan dulu kat R&R Nilai. OR teringin nak makan daging masak lemak cilipadi kat situ. Ada kedai yg dia suka. So, makan la kami berdua kat situ sebelum meneruskan driving ke LCCT.

Kol 6 dah sampai kat LCCT. Sampai kat situh 3 jam awal, sedangkan BW dah siap2 online check in tiket? Gelojoh kah? Ahhaha.. tak kisah la.. sebab excited.

Bila dah sampai awal, mula la aku merengsakan GBS yang lain. Kejap sms BW, kejap meng.. kang call.. pas tu sms. Hahaha.. kasi dia orang cepat2 sket bergegas nak sampai.



BW, MH & IH naik bas dari KL sentral. Meng, adiknya drivekan. Masa aku call pukul 6 lebih, dia baru sampai rumah? Sempat ke? Nak berdandan lagi jantan tu.

Tunggu punya tunggu, dah abis godek internet guna free wifi LCCT, BW,MH & IH buat kemunculan. Tapi yg paling grandis, IH.. ado kau nak travel utk snorkeling trip muncul dgn baju opis lengkap kasut kulit?. Macam nak pergi seminar jer.. Nasib neck tie dah buka. Kalu tak, harus kena cher cha cha cha....

Meng dah OTW masa tu, so kami pegi makan dulu dkt food court. BW makan KFC, IH & MH makan nasik. Aku tak makan pasal baru lepas makan kat R&R.. kejap tu, meng sampai dan trus nonong order KFC gak.. so, makan la kami secara berjemaah.

Ingat nak solat jamak sblum naik flite, tapi bincang2, kami solat kat langkawi je la.

Trus check in and tunggu flite dkt departure hall.

Orang mmg ramai kat LCCT. Maklum la skang ni musim cuti sekolah and long holiday weekend.



Sampai masa, beratur le manusia ni ramai2 untuk ke langkawi. Dlm flite, aku, meng, IH & MH dapat satu baris. BW kena dok 7 baris kat depan. Semua smooth la.

Landing kat langkawi dh dekat kol 11.. terus ambik van untuk ke pantai chenang. Van tu charge RM27 masa hantar ke Mali Best. Kami siap-siap booking ngan pakcik tu untuk hantar kami ke Telaga Terminal pagi esoknya untuk kami naik speed boat ke Koh Lipe.

Kami dh buat booking untuk stay satu malam di Mali Best Resort online. Harga satu mlm untuk family room, RM140.. kalu nak extra matters, kena tambah RM20.

Since kami memang nak stay satu malam je, malas la nak tambah extra2 ni. masuk bilik, ada satu queen bed dan satu double decker bed. Rasanya last skali tgk katil cam tu masa asrama dulu.. hahah.. so, masing2 ambik port nak tido.

BW tido katil double decker belah atas sebab meng dh berdengkur dulu kat katil bawah. Lwak gila malam2 tgk org pakai baju kelawar memanjat katil yang tinggi tu.. hahah..

Aku, MH & IH share katil queen tu. Nasib la masing2 slim ja, maka muat la katil tu mengisi 3 piggy baby tido.. ahaks..

Subuh jumaat tu, jam masing2 berlawan tak nak kalah memekak soh manusia2 ni bangun. Sorang2 mandi, solat & bersiap untuk pergi ke Telaga Terminal.

Tepat kol 7.30, kami keluar ke kaunter, pakcik semalam dah siap2 tunggu. Kali ni harga hantar ke terminal RM40. Mahal sebab pagi sgt kot.




Sampai kat terminal tu, opis dia tak bukak pun lagi. Menunggu la kat situ sambil aku & MH membuat lawatan social ke toilet.. hahah..

Dalam pukul 8 lebih, opis dah bukak. Aku ambik semua passport GBS and ticket yang dh beli online ke opis atas. Harga tiket yang dibayar dalam RM125 per person untuk return ticket. Ini termasuk dengan servis clearance imigresen.



Ramai gak org yang nak naik bot ni ke Koh Lipe. Tapi mostly mat saleh. Local tak ramai.

Masa naik boat, kami dok kat depan. Senang nak snap pic. Perjalanan ambik masa dalam sejam lebih. Sepanjang perjalanan, masing2 layan feeling redah angin dan ombak.

Mmg best. Sampai Koh Lipe, turun je dari boat, kami beratur kat imigresen thai.

Tak lama pun dekat situ, sebab semua passport kita company boat tu dh urus. Cuma kita terus kena confirm tiket balik dekat situ jugak dan bila pegawai imigresen tu panggil, kita jengah muka kat kaunter tu pasal dia nak check muka sama tak dengan passport.. hahah..


Dalam pada tu, ada la org yang dok sibuk tanya dah beli hotel ke, nak transport ke.. macam2 la. Tapi IH dh book hotel di Koh Lipe sesiap. Pulau ni tak la besar mana. Dari tempat kami turun, jalan kaki je ke sunrise beach, lokasi chalet kami. Penduduk dia ramah dan sedia membantu. Walau macam ayam dgn itik bercakap. Tunjuk2, sebut2, angguk & geleng.. hahaha..

Sampai kat sunrise beach, kami check in dkt Zenom Sunrise Beach milik Makcik Zainon. Hahahahah tak de lah.


IH yg buat check in semua pasal yang ni dia buat booking. Sementara tunggu, meng & BW pergi snappy2. Aku dgn MH, membuta atas para depan pantai.. hahah.. inzal uols.

Tapi panas pulau ni semacam je.. panas dia perit kulit. Fuh.. habis la kulit yg tak berapa nak cerah ni cepat je nak jd itam berkilat.. hahah..

Masuk je chalet, kami rehat2 dan bersiap untuk explore Koh Lipe. Aku share dgn IH & BW. Meng dgn MH satu chalet. Lepas solat, masing2 kelaparan.

So, mula la kami explore pulau tu. Koh Lipe tak la besar sangat. Dari sunrise beach yang sebelah pantai sini ke sunset beach sebelah satu lagi, boleh jalan kaki across dalam 20 minit. First kami survey kedai makan muslim. Ada beberapa kedai yang halal. So, tak de masalah disitu.

Memula kami cuba makan dekat kedai tepi pantai. Masing-masing order Nasik goreng seafood dan ayam jadi pilihan. Mmg sedap. Harga satu makanan dalam THB100 = RM10..

Bila dh kenyang, kami start jalan2.

Sesi snappy2 berjalan lancar. Masa pusing2 tu, kami look out juga kedai souvenir. Compare harga so senang nanti nak beli. Petang sket kami balik semula ke chalet dkt sunrise beach. Lepak2 & borak, ada je benda yang GBS bualkan.

Meng,IH, MH nak berurut ditepi pantai...awal-awal aku dan BW tak nak...aleh-aleh tengok BW dah siap berbusana dah utk diurut...aku tengok je GBS kena kepak kena pijak kena tendang ..berkerut-kerut muka diurut oleh minah thai...dia org ckp best tapik aku takmo lah mencuba...

satu jam dia rang diurut seorang RM30 hinggit...dari hujung rambut ke hujung kaki dia org kerjakan...

Selepas berurut kami semua turun mandi laut dan try test camera underwater ...berposing-posing lah macam org gila dlm laut..tapi air dah surut... pergi ketengah pong tak dalam mana..berendam sampai kecut-kecut kulit sambil bergelak ketawa...dah tak tahan sejuk baru lah masing-masing balik chalet dan mandi manda...

Sebelum hari gelap, kami keluar semula untuk cari dinner. Siang tadi ada nampak kedai lain dekat dalam sikit yang ada jual ayam goreng termasuk keropok kulit ayam. On the way tu, singgah untuk tanya pasal pakej snorkeling.

Kedai ni kedai org muslim. Harga satu org sepatutnya THB550, tapi kami dapat THB500 sorang untuk trip snorkeling ke 5 pulau, lunch, mineral water dan buah-buahan. Murah kan? So, cepat2 je kami bayar booking dekat kedai tu.

Sambil2 tu, sempat check tshirt, keychain and fridge magnet. Cuma tak beli lagi la. Terus ke kedai makan yang kedua yang kami dh aim utk dinner.

Kedai ni cam best jugak la. Makananya sedap dan portion nasiknya memang byk. Tapi, tetap habis. Hahah.. lepas makan, kami slowly patah baik ke chalet di sunrise beach. Masa tu la aku beli kulit ayam goreng nak makan sambil jalan2.


Tak tahu la pulak bau kulit ayam tu jadi tarikan pada anjing2 kat sini. Abis mengekor je. MH dan BW la jadik mangsa. MH siap baca semua surah yang ada untuk jauhkan anjing tu. Memang kelakar.


Sampai dkt chalet, meng dgn MH tak bole nak dok dlm chalet. Panas sangat dan banyak nyamuk. Dah la tak de aircond dan kelambu. Chalet aku ada kelambu dan kipas tapi tak lah sejuk mana.

Last2, meng mintak tukar bilik dengan chalet yang ada aircond. Kena tambah THB500 pernight. Tapi berbaloi la.

So malam tu aku, BW & IH jadi pelarian masuk bilik meng. Siap angkut tilam, selimut dan bantal.

Maka tido la kami berhimpit dalam chalet tu berlima sambil ditemani aircond yang sejuk.. huhuhu..

bersambung..............

19 comments:

  1. cuba check entry koh lipe day 2.. ada kedai dgn sign dia sekali.

    ReplyDelete
  2. abg meng, bnyak tak choice chalet2 kat situ? yg dlm wesite mahal je rate dia...

    ReplyDelete
  3. banyak. berlambak2... walk in je pun ok kalau x peak... cuba riki riki to be safe

    ReplyDelete
  4. Salam gambaq 8-9 tu apa eh nama chalet dia?

    ReplyDelete
  5. salam.bleh saya tahu nama kedai yg korang book utk snorkeling..?

    ReplyDelete
  6. salam.bleh saya tau nama kedai utk snorkeling yg korang ambik & kedai tu terletak dkt area walking street..?

    ReplyDelete
  7. lupa la nama kedai tu, tapi banyak kedai yang bagi sewa snorkeling gear.. rasanya kita org ambik bukan dekat walking street.. dah sampai ujung tu belok kanan dekat dgn kedai kedai runcit...

    ada tulis PASSPORT TO LIPE tu.

    Satun South Sea ( tak sure )

    ReplyDelete
  8. supermeng nak tanya..kalau bawa bajet rm1500/person ke koh lipe 3 hr 2 mlm rasa2 ckup x?

    ReplyDelete
  9. Skin : mak ai 1500 sorang. ko nak beli apa?? ni termasuk harga ferry dgn hotel ke tak?

    kalau masuk pun still banyak lebih.

    bukan ada shopping mall pun kat sana..

    kalau pegi 2-3 orang 500 sorang pun cukup kot....

    lebih baik book ferry dan hotel siap siap dulu... then pegi enjoice jer...

    have fun !

    ReplyDelete
  10. abang supermen.....saya nak pg bln 11 ni....dah book hotel ngn ferry....cuma nk tanya...dari langkawi tu kita naik kat telaga terminal tu....pasport pon chek kt situ ek?? timekasih...

    ReplyDelete
  11. Norain : kau kena check bulan 11 tu beroperasi ke tidak..sebab telaga harbour tu ada season dia...

    kalau ada tu ok la.. memang dia check passport kat jetty tu laaa sebelum naik bot.

    pastu turun bot di koh lipe.. kena pegi chop passport kat pondok tepi pantai di sana

    ReplyDelete
  12. Salam...blh bg fb ID x meng?sy plan nk p koh lipe next year so klu blh sy nk mintak info dr meng...tq.

    ReplyDelete
  13. FM : aku ada FB tapi tak active mana..

    x sempat.. kalau ada apa apa tanya je kat komen ni, kalau aku free aku balas nanti.

    ReplyDelete
  14. Abam supermeng, serius tiket bot ke koh lipe RETURN RM125? Fuhhh, beli online ke camna? Murah ngat-ngat tuh.
    Dok cari-cari paling murah dalam rm230 return 😂

    ReplyDelete
  15. Kudos : ya la.. masa zaman tu dinosaur masih wujud.. murah la lagik.

    lagipun ramai lak org pegi lipe tu. so dia dah mahal jadinya..

    ReplyDelete
  16. Assalam tuan tanah saya pon terkejut murah nya tiket..kt mna bli boleh try survey2..nk pergi mggu depan rancangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la murah. masa tu tak ramai lagi org pegi koh lipe ni... sendu sendu je..

      sekarang ni je dah ramai yang pegi, tu yang harga berlipat kali ganda kot

      Delete