Pages

Wednesday, February 1, 2012

Kisah Superman Di UAE - Part 6 (Final)

Hah. Kena habiskan part Dubai ni hari ni jugak.

Anyway. Malam tu member aku tu ajak aku pegi party BBQ rumah member dia. Aku OK je lah. Hanya menurut perintah. Apparently, member dia ni punya kondo dekat Burj Dubai, bangunan tertinggi di dunia tu. Lawa gila permandangan dia dari balkoni. Kira tak puas mata memandang. Memang superb. Dan harga rumah dia tu 8 Juta Dirham. Gila ko. Tapi bapak dia kaya ler, ada company kat sana.

Pegi lepak lepak dengan lebih kurang 15 orang. Semuanya Malaysian lah. Ada India, Cina dan Melayu jugak.




Dalam banyak banyak orang tu, tetiba salah sorang daripadanya adalah skandal lama abang.

* pengsan.

Kecik nya dunia ini. Aku dah lama tak jumpa dia. Dulu kenal masa dia crew MAS. Sekarang dia Crew Singapore Airlines. Terkejut dia jumpa aku, aku pun lagi la terkejut. Luka lama berdarah kembali. Hahah tapi aku dengan dia tak de lah bergaduh ke apa. Cuma masing masing sibuk dulu dan hubungan berakhir begitu saja. Tak sangka bertemu kembali di Dubai. Dia pun ikut member dia crew Emirates kebetulan kawan kepada tuan rumah ni. Tapi awek Emirates tu cun jugak lah. Cuma sombong sikit.

So acara bakar membakar BBQ ayam bermula pada awalnya. Di ikuti dengan aturcara makan makan. Borak borak. Melepak lepak. Awek SQ tu borak borak jugak la dengan aku, tapi agak kever lah. Mungkin dia pun terkejut jumpa aku kat situ. Tapi kami buat buat biasa je. Tak nak pulak jadi timbul syak wasangka dari orang lain.

Bila malam semakin larut. Masing masing dah mula mabuk. Dalam 15 tu, aku sorang je tak minum. Siap kena paksa paksa lagi. Tapi aku OK. Bab minum aku masih boleh kawal diri. Tu pilihan aku sendiri dan aku tak akan buat benda yang aku tak nak buat, kalau aku betul betul tak mahu buat. So biarlah mereka mabuk bergelimpangan.

Acara lebih meriah selepas tu, bila kita orang start main game mengarut ngarut.

Sapa yang kalah kena habiskan minuman dia orang. Kelakar jugak lah tapi best sebab semua sporting dan tak de kever kever.

Pastu dia orang dah mabuk. Sebab dia orang mabuk tak leh nak kata apa. The game became more hotter and fun. Dan aku pun tak terkecuali, tapi aku kena minum air kosong. Jenuh jugak beb. Sampai berulang ulang keluar masuk toilet.

Lama jugak main and it was fun. Kira masing masing dah lembik dan mabuk. Bergelimpangan tak sedar diri.

Awek crew SQ skandal lama abang nak balik sebab dia ada flight balik Singapore pagi esoknya, so dia mintak aku hantar dia ke hotel. Aku pun pegi lah hantar.

Balik tu baru angkut kawan aku tu balik rumah dia. Mabuk mabuk pun dia orang still boleh drive. So OK lah. Sampai rumah dia tak tidur lagi, rumah dah menjadi disco dansa. Siap dengan lampu lampu dan muzik yang kuat. Terus jadi pesta muda mudi. Huh. Abang dah lama tak mengecapi saat saat liar seperti itu. Agak happening dan fun. Sekali sekala kan tak pe lah.

Tapi orang mabuk arak, aku mabuk air suam. Mengantuk giler. Masing masing tak sedar diri ketiduran, aku pun tertidur sama. Pagi tu aku sedar masing masing masih koma tak bangun.

Aku dah siap siap dan sebab nak catch flight petangnya, tapi memang nak gi jalan jalan dulu lah. Tunggu member aku bangun, then dia dengan member dia bawak aku jalan jalan sekeliling Dubai.

Destinasi pertama kami.

Palm Jumeirah.






Memang cantik tempat dia. Kira dalam banyak banyak palm yang nak di buat di Dubai. Yang ni je dah siap. So abang dengan girangnya dapat melawat kawasan. Kami charter teksi sebuah dan suruh dia bawak kami jalan jalan.

Palm Jumeirah tu dah siap. Penuh dengan vila vila mewah di kiri kanan. Tapi semuanya gated tak boleh nak masuk. Tapi di hujung tu ada Atlantis. Kira hotel 6 bintang yang sangat cun. Tapi tak leh masuk. Boleh tengok dari luar je. Yang menariknya, nak sampai hotel tu, kena lalu bawak terowong, atas terowong tu adalah air. Memang marvelous lah engineering dia. Dan aku yang memang suka benda benda architecture dan wonders ni amatlah kagum yang teramat sangat.

Memang marvels ! Memang cun ! Tak terkata abang di buatnya.


Destinasi seterusnya adalah, Hard Rock Cafe. Aku nak carik barang je sebab aku nak belikan barang orang kirim.

T Shirt HRC tu pun makan 100 Dirham jugak. Nasib ada diskaun 20%.




Dari Hard Rock Cafe. Kami pusing pusing di Marina Bay. Tempat letaknya kondo kondo mewah. Ada the Walk tempat melepak macam kat Bukit Bintang. Sini memang best cuci mata. Orang ramai. Kaya kaya. Cantik lawa. Pendek kata memang happening lah tempat ni.

Selepas tu kami ke Burj Dubai. Bangunan tertinggi di dunia. Kawasan sekitar dia pun cantik. Ada fountain. Ada hotel bertaraf 6 bintang. Ada bangunan bangunan yang lawa dan banyak lagi. Memang cun. Setting dia lebih kurang KLCC jugak lah.

Hotel The Address tu ada restoran kat atas dia view paling lawa untuk tengok sekitar Dubai ni.

Harga tak payah cakap lah.






Masa kat Burj Dubai. Sempat singgah di Dubai Mall. Mall terbesar di Middle Eastern. Memang besar bagak mall dia. Pening nak abiskan. Tapi aku pegi sebab nak tengok sendiri akuarium dia dalam tu. Memang besar. Dan ramai orang usha ikan situ. Gempak jugak lah.






Kemudian kami ke Jumeira Beach Resort. Dari situ ramailah orang mandi manda tepi pantai tu. Dapat jugak tengok Burj Al Arab dari jarak paling dekat. Cantik jugak kawasan dia dan memang menarik hati. Tapi tak boleh nak masuk.

Tak mampu............. !







Kira jauh jugak berjalan. Penat jugak di buatnya sebab panas sejuk panas sejuk. Akhirnya petang terus aku ke airport. Tak sabar sabar nak balik. Check in barang, terus aku melepak tunggu flight. Sempat singgah kat Planet Hollywood dia, tapi tak de grand mana pun. Biasa je.

Carik barang sikit.






Tak sabar nak balik Malaysia. Akhirnya tepat jam 6 pagi, aku selamat mendarat. Tak sempat nak tidur dalam 7 jam penerbangan tu. Mengantuk gila.

Secara overall, aku rasa Dubai best untuk di lawati jugak. Banyak architecture wonders yang memang superb dan captivating. Tapi cost of living tinggi. Memang mahal semua barang. Tapi kalau nak beli designer's boutique tu buleh tahan. Harga dia murah few hundreds jugak la dari Malaysia ni.

Pendek kata, worth to go and explore the city. Tapi kalau berjalan untuk keje dengan berjalan sendiri banyak bezanya.

Apa apa pun.

'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'

Yes ! Aku prefer tanah air ku tercinta. Malaysia !





Note : Semua gambar adalah pakai kamera handphone sahajork.

TAMAT

2 comments:

  1. yup...been there too last year but as u said there's a different between go for work and go for leisure :)

    x sempat nak peep hrc...btw next time nak kirim je lah (boleh?)

    ReplyDelete
  2. JJ : terasa nak pegi lagi dubai ni. tapi nanti laa bila bila ada bajet

    ReplyDelete