Pages

Tuesday, February 28, 2012

Highlight Semarang - Kota Semarang

Well. Aku baru balik berjalan ni. Letih juga walaupun trip sekejap je. Sebabnya aku cuba isi masa yang ada sepenuh mungkin dengan melawat tempat tempat yang menarik.

Eh. Dah tau aku menghilangkan diri ke mana kan?

Tak jauh. 2 jam 20 minit penerbangan dan aku sampai sana. Taraaaaaaaaaaa. 

Anyway trip ni memang trip menggelabah lah. Last minit baru aku decide. Tu pun masih dok fikir nak pegi ke tidak. Aku kunci jam pastu aku tak bangun. Pastu lewat, kat luar hujan. Aku ingat nak let go je macam trip Padang dulu tu sebab aku beli tiket ke Semarang ni murah je masa dia baru promo hari tu.

Tapi !

Tiba tiba datang keajaiban. Aku fikir, pegi je lah. Aku pun apa lagi. Campak baju semua dan 10 minit kemudian aku on the way ke LCCT drive sendiri !

Gila sungguh. Hujan lebat subuh subuh hari. Pastu aku dah lambat. Last sekali sampai LCCT aku park kereta tepi jalan dan aku berlari boarding.

Panggilan terakhir................

Dan aku last sekali boarding flight.

2 jam setengah lepas tu, aku dah pun berada di................. Semarang !

Tau di mana?

Pegi rujuk peta.

Hahahha.

Well. Semarang secara overall bukan la destinasi pelancongan tapi lebih kepada business center. Kota padat berpenduduk 1.5 juta ni agak besar. Walaupun bukan tumpuan, tapi ada jugak la tempat tempat menarik yang boleh di lawati.

Aku pun memang tak letak expectation yang tinggi. Bagi aku, ada peluang, aku pegi, sampai dan aku explore.

Dan ini lah hasil Highlight 1 - Kota Semarang.

Antara tempat di lawati.

1. Tugu Muda, Semarang.

Tugu atau monumen ini di bina adalah untuk memperingati perang 5 hari di antara rakyat Indonesia dan tentera Jepun. Pertempuran hebat ini berlangsung pada tarikh 15 Oktober 1945 dan berakhir pada 20 Oktober 1945.

Di gambar gambar di kawasan Tugu Muda ini yang terletak di atas roundabout di tengah Kota Semarang.



2. Lewang Sewu

Lewang Sewu ni asalnya merupakan pejabat keretapi yang telah di bina oleh tentera Belanda. Namun begitu selepas Jepun datang, Jepun telah menjadikan bangunan ini sebagai pusat tahanan. Di bahagian bawah bangunan pula di jadikan tempat siksaan dan membunuh rakyat Indonesia yang memberontak. 

Bangunan ini mendapat jolokan, The Thousand Doors ini bakal menjadi Unesco Site tahun 2012 ini.

Sekarang bangunan ini boleh di lawati oleh semua sebagai tinggalan sejarah. Apa yang menarik, bangunan ini terkenal dengan kewujudan lembaga dan hantu yang menghuni di sini.

Dengar nanti cerita dan pengalaman aku. Serious kata, tempat ni seram gila !

Macam macam kejadian nanti aku cerita dan everytime aku ingat balik, berdiri bulu tengkok.

* pengsan.




3. Masjid Agung Jawa Tengah.

Masjid Agung Jawa Tengah ni merupakan Masjid Terbesar di Jawa Tengah. Keluasannya mencapai 10 hektar !!

Baru di bina dan dirasmikan oleh Bapak Presiden. Masjid ini memiliki tiang tiang yang sebenarnya boleh di buka menjadi payung besar dan menutup seluruh kawasan compound masjid.

Aku sempat solat Jumaat di sini dan capap apa yang patut. 

Di kawasan ini jugak ada menara Tamadun Islam yang boleh di naiki menggunakan lif dan melihat pemandangan kota Semarang.






4. Temple Sam Poo Kong.

Ini sebenarnya kuil. Tapi asalnya ia di bina oleh kaum Chinese Muslim di Semarang. Sebuah statue besar berupa Laksamana Cheng Ho telah di bina sempena lawatan beliau ke Semarang. Apa yang menarik, kawasan ini dulu kalanya adalah kawasan tepi laut walaupun sekarang dah jadi jauh pada laut. Terdapat juga sebuah monumen kapal yang dipercayai menjadi kapal sewaktu lawatan Laksamana Cheng Ho tersebut.

* mati la berbahasa buku.

Nanti tunggu update yach !



5. Kota Lama.

Kota Lama ini adalah satu tinggalan sejarah di Kota Jawa tengah. Sering di sebut sebagai Outstadt atau Little Netherland dipenuhi dengan bangunan bangunan lama tinggalan orang Belanda. 

Memang banyak bangunan lama. Ada yang terbiar dan ada yang di baik pulih. 

Menyusuri kawasan ni memang menarik terutama orang macam aku sebab banyak shot boleh ambik dan pemandangan sangat lawa. Tak perlu la aku pegi sampai Belanda nuh.







OK. 

Tu je untuk entry ni. Esok aku sambung dengan jelajah Kota Dieng. 4 jam dari Semarang yang mana merupakan kawasan dataran tinggi yang satu ketika dulu di kenali sebagai Tempat Kediaman Tuhan - 'Abode of the gods'

Dan ini gambar kota Semarang di waktu malam.


Dah !

Kepenatan. Kena rest. Esok aku ada meeting juga. Macam biasa asal aku pegi berjalan, ada je hal yang berlaku. Esok banyak benda nak kena settle. Harap semuanya OK.

Aku tinggalkan dengan sebuah lagu yang aku dengar masa di Semarang. Sebuah lagu lama yang aku rasa sedap.

Sesuai di tujukan kepada orang tersayang yang selalu di tinggal tinggalkan macam OR.

Hiks.

OK. Now aku nak berkasih sayang jap. Qada 2 malam.


Apakah kau percaya sepenuhnya
Saat aku jauh darimu
Sudikah kau hapus air mata tertumpah
Saat aku terkulai lemah

Mungkinkah kudengar jawabmu
Dari hati yang terdalam yakinkanku
Jangan buatku meragu

Cintamu bisa membunuhku
Bila tiada percaya dalam hatimu
Cintamu bisa tegarkanku
Bila kau percaya kan hatimu padaku selamanya

Sanggupkah kau rejamkan api cemburu
Saat aku tak bersamamu

Mungkinkah ku dengar jawabmu
Dari hati yang terdalam yakinkanku
Jangan buatku meragu

Cintamu bisa membunuhku
Bila tiada percaya dalam hatimu
Cintamu bisa tegarkanku
Bila kau percaya kan hatimu padaku selamanya

5 comments: