Pages

Friday, January 6, 2012

Papa Pening

Nak di jadikan cerita Hero dah masuk darjah 1. Pulak tu dia demam. Aku agak busy dah tak boleh teman OR pagi tu.

Sampai ke tengahari abis sekolah pagi then dia balik rumah siap siap nak pegi kelas Kafa pulak.

"Hero cemana? Demam dia?"
"Demam lagi. Dah balik ni makan ubat. Mengantuk je tu"
"Abis nak pegi kelas Kafa tak?"
"Tak tau la tengah pujuk ni"

Masa tu aku baru abis meeting dan lepas tu aku siap siap dok bereskan semua yang nak kena buat tu.

Pastu Hero tak nak pegi sekolah.

Ha..................


Papa pun singsing lengan. Aku tak jadi meeting petang tu so aku terus drive ambik dia. Dah lewat jugak kot aku masa tu so aku cakap jumpa kat masjid kat sekolah agama tu je.

Elok aku sampai kelas dah mula. Aku park kereta dah nampak kereta OR. Pastu nampak dia dalam masjid.

"Hah"

Aku nampak dia dari jauh. Hero pun nampak aku dari jauh dia lari dulu la peluk aku.

"Papa. Hero tak nak masuk"
"Kenapa?"

Aku rasa rasa badan dia panas lagi.

"Kan dah sampai ni. Masuk la tu. Tengok tu ada kawan kawan Hero kat dalam"
"Tak nak. Tak nak"

Ha......... korang ada tetiba aku tengah tengah ruang ni ibu bapa yang lain sibuk dok intai anak sekolah tapi anak aku menangis tak nak masuk sekolah?

"Jangan la nangis macam ni. Kesian Papa datang. Papa keje tu kan?"
"Tak nak............"

Dia nangis teresak esak. Peluk aku dan tutup muka dia kat baju aku. Abis la orang pandang kiri kanan.

"Masuk la kejap. Papa teman. Papa tunggu kat sini. Papa tak pegi jauh"
"Tak nak"

Nanges lagi. Basah baju Papa.

"Meh kita tengok, mesti ada kawan Hero kat dalam tu"

Aku pun buat la tengok list nama kat tepi kelas tu. Ada la nama nama pelajar dalam tu.

"Haa.... ni. ada Aizat. Aizat ni kawan Hero kan?"
"Bukan. Tak nak"

Dia nanges lagi.

"Aizat bukan kawan Hero? OK.. Arhhhhhhhh Alyah? Haaa Papa nampak ni nama Alyah"
"Alyah bukan kawan Hero"

Bukan jugak? Dalam nangis nangis tetap menjawab lagi. Dia dok menangis kat pinggang aku ni.

"Kalau bukan Alyah. Jaclyn Victor?"

Hahahaha. Aku buat lawak bangang tetiba semua orang kat situ gelak. Siol je. Malu. Aku ingat orang tak dengar. Teruk budak tu trauma Papa dia sewel macam tu.

"Papa ni. Hero mana ada kawan nama macam tu"
"Haaaa OK lah. Dah tak de tak pe lah. Jom la masuk. Papa teman. Tu da kerusi kosong kat belakang, Papa duduk sebelah Hero nak?"

Puas la aku pujuk. Nangis. Makin panas badan dia merah merah bibir. Orang lain mesti tengok aku sewel kat situ.

"Dah tak pe lah. Kita duduk kat luar. Papa teman Hero dulu"
"Hero tak nak masuk kelas"
"Abis tu.??? Kan sekolah mesti la kena masuk"

Jenuh la pujuk dia. Tak jalan jugak. Nak beli nugget lah. Beli itu la. Beli ini lah. Tak mahu jugak. Dah puas aku pujuk. Aku pegi masuk jumpa Ustaz mengajar tu Ustaz kata esok je la datang. Paksa kang tak boleh jugak.

"So kita balik la Ya?"

Dia angguk.

"Esok Papa keje. Papa tak boleh teman dah. Esok datang sekolah ya?"
"Papa lah hantar"
"Tak boleh lah. Papa keje"

Pujuk pujuk lagi susah betul nak makan saman.

Pulak tu ada lah dua tiga orang lagi budak yang sama menangis lak tu.

"Sama ke hujan?"
"Haaah"

Semua dok pujuk anak masing masing.

"Dah tak pe lah. Papa dah cakap kat Ustaz. Kalau tak nak tapi besok kena datang jugak tau?"

Dia angguk.

"Jom kita balik"

Aku pun ajak dia balik. Siap siap nak pegi ke kereta. 

"Papa kata tadi nak pegi beli gasing?"

Pengsan !!!!!

Gasing yang dia nak nya. Susah la nak pujuk anak bujang Ben 10 aku sorang ni. Lawak pun ada. Geram pun ada. Dia tak sihat lagi sebenarnya sampai ke petang. Badan masih panas panas lagi.

Tidur pun nak aku teman je tadi. Tapi aku dah cakap esok dia kena pegi sekolah dan aku tak boleh teman dah. Dia dengar lah kata harapnya. Kesian dia.

Isk Isk Isk. Dulu dulu seingat aku, aku gi sekolah tak de orang hantar pun. Reti sendiri jer.

Budak budak zaman sekarang kan. Macam macam hal.

Now, Papa keletihan................ Pening menguruskan anak sekolah. Silap silap kang Papa jadi harimau.

2 comments:

  1. garangnyaaaa papa nk jd harimau hahhaaa.

    wahhhh kawan2 hero artis laaaa :) memg lawak gile.... :) cuba lah sebut ben10 ka, angry bird ka, ultraman ke sbg kawan2 dia hahahha :)

    budak2 zaman sekarang mak bapak hantar sampai dalam kelas ..... rasanya dulu mak bapak kita lepas je heheh....lain beza kan.

    terkonang2 kisah zaman mul abelajar hehehee

    ReplyDelete
  2. meg bukan nanges kat pagar TKC kah??

    hiks

    ReplyDelete