Pages

Wednesday, January 18, 2012

Jom Makan : Ketam Ketam Gemok - Fatty Crabs

Nak cerita pasal makan.

Semalam kan, aku lepak lepak di rumah dengan OR. Tak tau nak makan apa.

Memula nak makan burger je, pastu aku cakap kat dia, tak jadi lah.

"Makan Nasik Goreng Ketam nak?"
"OK Yang"

Hah. Senang je jawapan dia dan semudah itu aku pun riki riki online.

Sebenarnya dah lama aku tahu dan teringin nak order Fatty Crabs online ni. So semalam terasa macam dah dekat tekak so aku pun call mereka.

Website dia adalah......


So aku pun riki riki website dia dan aku order ini. Nampak macam menarik.

WEEKDAY SUPER SAVER - RM 41.40 OFF!
MONDAYS TO THURSDAYS ONLY (except eves & public holidays): Order 3 crabs in 2 cooking styles - FREE Special Seafood Fried Rice for 2 Persons (worth RM 21), Happy Mantou - 6 Pieces (worth RM 10) & Zesty Fruit Rojak (worth RM 10.00). Saved RM 41.40.

Ha....

Menarik tak? So apa lagi aku pun call. Oh ya. Mereka juga mengadakan home delivery di kawasan kawasan berdekatan dengan KL. Sila rujuk website untuk kawasan penghantaran.

Dia kasi masa 1 jam untuk delivery. 

Tup tup ada budak call aku, dia dah sampai tepat 1 jam tu.

Yey. Makanan dah sampai, let's see apa yang ada.


Itu bungkusan yang di hantar.

Dan ini pulak salah satu daripada makanan yang di hantar.

Rojak buah !

Verdict??

Aku tak makan pun. Sebab kenyang makan ketam ketaman. So aku bawak pegi opis dan Kuman telah melantak sampai abis. Kuman kata sedapp !!

So aku assume memang sedap la kuah dia tu. Buah tu buah buah biasa je. Buah buah tempatan, tak sesuai dengan abang yang International ni.

* pengsan.


Dalam pakej menu yang aku ambik ni, kita boleh pilih ketam untuk 2 masakan. So aku pilih 1 Salted Egg crab. Yang gambar di bawah ni dan satu lagi tu Green Chilis Sweet and Sour Crabs.

Setiap menu ada sekor setengah ketam. Ketam dia besar besar dan gemuk gemuk lah.

Verdict aku?

Dua dua sedap !

Memang sedap. Ketam pun banyak isi. Cuma mungkin banyak sangat la kot, tak abis jugak kami makan.






Ada mantaou jugak 8 bijik.

Mantou ni bun lah tapi sedap. Lembut je. Cicah dengan kuah ketam tu perghhhhh meleleh. 

Di bawah ni packaging dia. Dalam tu ada Nasik Goreng. Nasik Goreng dia pun OK lah. Nasik Goreng Cina je tapi sedap. Makan dengan ketam dan kuah dia lagi lah sedap. Siap ada kicap dan sambal belachan.




Dan gambar atas tu hidangan ketam ketaman dengan mantao. Nasik belum siap di prepare lagi. 

So kami melantak la makan dengan gigih. Sedap. Ketam dia je keras sikit. Aku pulak tak de playar. Tapi ketam ketam tu macam dah ketuk so agak mudah la nak korek isi dia.

Harga?


Untuk semua semua di atas tu harga dia RM129.30 termasuk delivery semua sekali lah.

Agak mahal la. Kalau kira ketam dia sekor RM40. Tapi puas hati !!

So sesiapa nak mencuba boleh mencuba. Dia siap bagi menu lagi untuk di pilih kalau nak order di masa akan datang. 

Usharina menu dia.





So sebagai kesimpulan.

Sekali sekala nak makan mewah tanpa perlu keluar rumah. Boleh la contact Fatty Crabs ni dan suruh mereka buat penghantaran. Boleh jugak kita order online atau pun call then kita pick up sendiri.

Pilihan menu dia juga agak banyak, pilih je la dan masakan kalau bercili kita boleh pilih nak hot ke superhot ke atau mild atau lite lite.

Ikut selera masing masing.

Dan makan kenyang kenyang lalu tersadai. Rasa macam setahun tak nak makan dah. Tapi memang puas hati.

Apa lagi???

Ketam ketam gemuk menanti anda ! Ayuh, cepat pegi order.

5 comments:

  1. Sedapnye...kecur liur dah la peminat ketam ni..tp jauh la pulak

    ReplyDelete
  2. hoi!!!

    gila lama aku x komen..bizi noks.

    mana urang semua?apa sudah jadi sama ini belog???

    ReplyDelete