Pages

Sunday, January 1, 2012

Horror Sekop & Happy New Year 2012

CAPRICON

Kehidupan

Pada tahun ini banyak konflik yang akan anda hadapi. Bersedialah dari sekarang. Pastikan anda membawa pisau cukur bulu kaki ataupun pisau lipat seposen untuk melindungi anda. Awas! Anda akan sentiasa berhadapan dengan conflict dalaman dan jiran jiran. Untuk mengurangkan kadar conflict anda ini, bersarapan pagilah dengan Kellogs cornflakes setiap hari.

Percintaan

Percintaan anda akan di rundung malang. Sila bertunang sebelum April jika tidak, pasangan anda akan di rampas oleh anak cina jiran anda!!!

Kewangan

Wang anda banyak di habiskan di pusat permainan kuda. Sila bunuh mana mana kuda yang kelihatan di depan mata anda termasuk kuda kepang.

Warna Anda

Kelabu tahik anjing berak cirit.


AQUARIUS

Kehidupan

Tahun yang baik untuk memulakan aktiviti kesihatan seperti membina 6packs di perut atau pun membuat business goreng pisang. Banyakkan mendengar rasa hati anda. Ia berkesan ! Jangan sekali kali terlibat dengan politik. Sekiranya pilihanraya di adakan pada tahun ini, buatlah undi rosak. Jika anda degil, anda akan di piat telinga oleh ibu anda ataupun rakan rakan anda. Gandakan sifat tamak anda, bak kata pepatah.. orang tamak selalu dapat banyak!!!

Percintaan

Elakkan dari bercinta dengan ulat ulat tiket yang terdapat di puduraya

Kewangan

Bank Negara mungkin akan menaikkan kadar interest pinjaman kereta. Jika anda tidak mempunyai kereta, silalah membeli kereta secepat mungkin. Kereta sorong amat sesuai dengan gaya hidup anda yang modern dan sophisticated itu.

Warna Anda

Jingga-le bell Jingga-le bell


PISCES

Kehidupan

Tahun ini anda akan sentiasa tenang. Cuba control tahap kemarahan anda pada tahun ini jika tidak anda berkemungkinan akan di benci oleh jiran tetangga anda. Elakkan dari membuang sampah merata rata. Banyakkan memakan sayuran dan buah buahan tempatan dan jangan lupa, minum air masak sekurang kurangnya 8 gelas setiap hari.

Percintaan

Kemungkinan anda akan bertemu dengan pasangan anda melalu internet. Rajin rajinkan diri anda log in dan chatting. Sila tukar tukar nick untuk mengelirukan pihak lawan.

Kewangan

Keadaan kewangan anda tidak berubah walaupun banyak bank bank akan di buka di sekitar rumah anda. Berbuat baiklah dengan jaga jaga bank tersebut! Anda mungkin tidak perlu beratur lagi selepas ini. Jika perlu gunakan perbankkan secara online !

Warna Anda

Mengikut warna contact lens anda


ARIES

Kehidupan

Tahun ini adalah tahun yang pantas buat anda. Apa saja azam anda, lakukan pada tahun ini. Jangan di tunggu pada tahun depan kerana banyak lagi anak anak kecil yang akan di beri nama Azam pada tahun ini. Keadaan perut anda sedikit terganggu. Elakkan memakan makanan masam dan juga mengandung pada tahun ini. Untuk mengelak kecacingan, sila gunakan Zentel.

Percintaan

Bergembiralah dengan orang tersayang dan jangan sekali menyakiti hati mereka. Dua kali atau tiga kali tak mengapa tapi jangan sekali !

Kewangan

Berbelanja lah berpada pada pada tahun ini. Jangan lupa pada yang telah tiada. Elakkan membeli apa yang tiada di rumah anda atau rumah kanda atau dinda anda. Bersenam atau lari setempat sesuai untuk mengelakkan anda berbelanja berlebihan sewaktu berada di shopping mall.

Warna Anda

Merah darah orang mati kena bunuh!


TAURUS

Kehidupan

Tahun ini akan memberikan kejayaan kepada anda. Beranikan diri anda untuk menempuh arus pemodenan. Kurangkan mandi berkemban dan mulalah berbikini dari sekarang! Semangat yang ada akan memastikan kejayaan anda berterusan. Elakkan dari mandi berkemban di terusan wan mat saman. Anda akan menjadi popular tahun ini, samaada anda popular kerana berjaya atau pun popular kerana jenayah!

Percintaan

Jangan bercinta lagi. Masanya belum sesuai! Penuhkan aktiviti anda dengan mengunjungi pusat hiburan Karaoke Ah Siok atau Yin Peng. Anda boleh juga memantapkan vocal anda dan step step tarian naga untuk tujuan persembahan pada tahun hadapan. Siapa tahu? Anda bakal menjadi naga!

Kewangan

Wang anda banyak di habiskan dengan membeli keperluan pada tahun ini. Alang alang berbelanja, belilah mengikut nafsu ! Alang alang bernafsu, silakan berbelanja lebih. Nafsu akan puas dan anda juga pasti merasa happy happy joy joy

Warna Anda

Maaf anda tiada warna pada tahun ini. Anda boleh pinjam warna pensel adik anda atau pun warna air mereka.


GEMINI

Kehidupan

Tahun ini segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada diri anda akan di hargai. Selalulah pose cantik sewaktu melakukan sesuatu kerja. Berbaiklah dengan boss dan rakan kerja anda. Bawakan mereka sarapan dan jangan lupa hantar email setiap pagi dan mengucapkan selamat hari isnin atau selasa atau rabu atau khamis atau jumaat kepada mereka mengikut hari anda bekerja. Jika anda di marahi, jangan sekali kali anda merasa rendah hati dan bersedih, ambil kerusi dan terus hempuk orang yang mengata anda itu. Orang orang begitu tidak boleh di biarkan hidup. Mereka perlu mati ! Perlu mati ! (dengan penuh emosi).Tahun ini akan memberi sedikit kejayaan dalam bidang pelajaran samaada anda mengambil kursus jahitan ataupun masak memasak.

Percintaan

Percintaan anda akan mengalami sedikit gangguan elektrik. Elakkan berdating dekat dengan pencawang elektrik.

Kewangan

Anda boleh memulakan aktiviti mengambil gambar di setiap mesin ATM seluruh negara untuk koleksi peribadi anda.

Warna Anda

Hitam hitam si tampok manggis, tak payah kaler lah, ambik je manggis tu buat makan !


CANCER

Kehidupan

Ketam ! Sila berhati hati. Banyak perkara yang tidak anda ingini berlaku. Anda mungkin tidak dapat memiliki apa yang anda inginkan pada tahun ini. Dan jika anda dapat juga, sila kongsi dengan kawan kawan yang lain. Tahun ini juga akan memberi kebebasan untuk anda bersuara. Bersuaralah pada tiang tiang dan dinding dinding, nescaya mereka tidak akan memarahi anda.

Percintaan

Elakkan dari berkongsi berus gigi dengan pasangan anda kerana pasangan anda mungkin mengalami gigi berlobang pada tahun ini. Pasangan anda juga akan merasakan sedikit bulu bulu yang tidak sepatutnya tumbuh di bahagian siku, jari jemari dan juga kuku. Pastikan anda membuat persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi situasi seperti ini.

Kewangan

Sekiranya anda nampak wang di depan mata anda, jangan ragu ragu, jangan malu, jangan segan ! Rampas saja duit itu tak kira dari sesiapa pun. Sekiranya mereka mengejar anda, katakan anda curi duit mereka untuk sedekah. Duit itu anda boleh buat membeli kasut baru dan juga membetul tayar basikal anda yang pancit yang di sorok oleh ibu anda di belakang rumah.

Warna Anda

Kuning gigi !


LEO

Kehidupan

Jangan sekali kali mengalah! Lakukan sesuatu mengikut mood anda. Sekiranya anda seorang yang kreatif. Tahun ini adalah masa untuk anda meluahkan segala kekreatifan anda sebaik mungkin. Daftarlah untuk menjadi ahli baru akademi fantasia, mana tahu anda mungkin akan menjadi terkenal dan mungkin menjadi seorang DJ di majlis kenduri kawin di kawasan rumah anda. Jika anda selama ini rasa rendah diri kerana kurang cantik, jangan risau,, banyak jenama jenama kosmetik akan di keluarkan pada tahun ini.. Gunakan Loreal sekiranya anda rasa anda worth it. Sekiranya anda merasakan kecantikkan itu adalah hak milik setiap individu, Perempuan Becky itu sesuai menjadi sahabat baik anda tahun ini.

Percintaan

Tahun yang sesuai untuk memulakan percintaan anda memandangkan anda sedikit cantik tahun ini. Sedikit jer larrrr !

Kewangan

Banyak wang anda habis kepada alat make up. Anda di syorkan menggunakan alternatif yang lebih murah untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan anda. Pemakaian susuk adalah di syorkan kerana ia memudahkan diri anda cantik tanpa perlu berbelanja besar. Susuk tulang ikan bilis dan ikan kering memang sesuai untuk membentuk muka anda mejadi lebih muda dan ceria.

Warna Anda

Warna Darah sotong mati tersepit di engine boat.


VIRGO

Kehidupan

Anda akan mengalami proses tranformasi yang mengkagumkan. Ini lah tahun anda. Ini lah saat untuk anda memperolehi segala hajat dan keinginan anda. Tetapi anda mungkin tersasar untuk memiliki kejayaan yang anda ingini sekiranya anda suka bangun lambat dan tidak mengemas tempat tidur selepas bangun. Hati hati dengan kesihatan anda, anda mungkin akan membuat lawatan rasmi ke hospital berdekatan pada tahun ini. Kirim salam pada doktor doktor yang taste di sana dan jangan lupa beri email abang pada mereka. Ingat email abang? caesarscoupe@yahoo.com Bagus !!!!

Percintaan

Anda terlalu banyak melayan perasaan pada tahun ini. Elakkan membeli CD lagu original dan kayakan pencetak rompak. Anda bukan saja membantu keluarga mereka malah turut membantu diri anda melayan perasaan dengan lebih mudah dan murah.

Kewangan

Keadaan kewangan anda bertambah baik dari tahun sebelumnya. Jangan simpan wang banyak banyak di dalam wallet kerana di khuatiri kejadian toyol menoyol akan berleluasa pada tahun ini dan aktiviti pencopetan akan kerap berlaku.

Warna Anda

Warna langsir rumah jiran anda !


LIBRA

Kehidupan

Buat sedikit perubahan pada diri anda. Sekiranya anda dulu seorang yang pemalas, rajin kan sedikit diri anda tahun ini dan sebaliknya - jika anda seorang yang rajin, kurangkan kerajinan anda untuk memberi ruang kepada si pemalas mengambil alih tugas merajinkan diri mereka. Mata anda mungkin mengalami sedikit kerosakkan. Gunakan kanta cembung atau kanta cekung sewaktu berjalan di mana mana tempat ramai orang. Ini mengelakkan dari anda miss untuk menikmati kecantikkan dan kehenseman orang orang di situ.

Percintaan

Jangan bersedih lagi. Kejadian tahun lepas akan berlalu pergi. Anda akan bertemu dengan seseorang yang boleh anda dampingi. Tapi berhati hati lah. Orang itu mungkin seorang jurujual insurans atau jurujual pakej percutian yang ingin anda membeli produk mereka.

Kewangan

Keseronokkan berbelanja tiada hadnya. Tapi awas, penggunaan credit card tidak di galakkan pada tahun ini. Anda boleh menggunakan kad kad lain untuk alternatif berbelanja seperti kad bonuslink, kad hospital, kad kawin, kad birthday atau juga kad credit orang lain yang anda curi.

Warna Anda

Sirap bandung tanpa gula dan ada bijik selasih di dalamnya. Sesuai di minum sewaktu petang atau waktu dahaga selepas penat menyabit kepala orang.


SCORPIO

Kehidupan

Tahun ini agak malang. Anda akan di belenggu dengan perasaan cemburu dan tidak percaya pada sesiapa pun pada tahun ini termasuk kerani bank tempat anda mengeluarkan wang. Kurangkan sikap degil anda ini, jika tidak anda tidak akan mendapat banyak kawan termasuk dari jenis jenis haiwan liar dan haiwan jinak. Berhenti merokok bagi yang suka merokok kerana wang itu buleh di salurkan kepada tabung pesakit cancer. Anda jugak perlu banyak menyumbang. Sumbang duit ya bukan sumbang suara!

Percintaan

Jiran anda  akan mengadakan majlis hari jadi besar besaran pada tahun ini. Pastikan anda di jemput kerana anda akan bertemu dengan orang yang bakal menjadi pasangan anda. Mungkin pasangan bermain batu seremban atau pun pasangan menyanyi karaoke.

Kewangan

Tahun ini juga bakal memberi impact besar pada keadaan kewangan anda. Mulakan menyimpan wang sekarang kerana anda mungkin perlukan kelak untuk majlis nikah gantung anda hujung tahun ini.

Warna Anda

Chrome


SAGITTARIUS

Kehidupan

Tahun yang merehatkan bagi anda. Pergi bercuti pada tahun ini. Anda boleh bercuti ke luar negara atau pun di dalam negara sahaja. Sila hubungi Tourism Malaysia untuk destinasi percutian anda. Tahun ini anda sedikit malas samaada dalam kerja di pejabat ataupun dalam menolong ibu anda mengemas rumah. Anda ingin kan masa untuk bermalas malas sahaja. Ingatlah kata kata pujangga ini dan gunakan selalu pada mereka yang selalu marah marah anda kerana anda malas dan suka berehat. "Asyik asyik aku je yang berehat !" . Jerit sekuat hati anda !

Percintaan

Tahun yang tidak sesuai untuk bercinta. Go One Night Stand sahaja. Jika pertemuan di aturkan, jumpa saja dan order apa saja. Pastikan bukan anda yang membayar. Selepas makan anda boleh blah sesuka mak tiri pak sedara anda belah ayah tiri anda !

Kewangan

Jangan lupa reload Touch & Go anda. Anda perlukannya tahun ini untuk dating mendating !

Warna Anda

Biru amat sesuai untuk anda. Pastikan anda sentiasa berwarna biru kerana ia sesuai dengan keadaan sekeliling mata anda yang lebam di belasah



Waktu serasa berjalan begitu cepat. Akhir tahun 2011 pun sudah tinggal menghitung hari. Awal tahun 2012 segera menjelang. Semoga di tahun 2012 esok hidup kita akan lebih baik lagi. Biarkan yang lalu tetap berlalu, kita songsong masa depan yang lebih cerah.

Doaku untukmu, awal yang baik di Januari, hadirnya cinta di Februari, kedamaian di March, Ketenangan di April, Kesenangan di Mei, Kesuksesan di Jun sampai November, serta ke kebahagiaan di Disember. Semoga doaku terkabul di tahun 2012.

Selamat tahun baru 2012.Semoga selalu dapat temen baru. Rejeki baru. Tapi bukan istri dan pacar baru!

Malam ini kan berlalu, minggu ini kan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini kan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu jaya dan sejahtera.

Hari berganti. Bulan berganti. Tahun pun berganti. Tahun baru harapan baru. Tetap semangat. Masa lalu adalah kenangan. Hari ini adalah goresan. Hari esok adalah harapan. Selamat tahun baru 2012. Selamat tinggal kenangan. Selamat datang harapan.

Meng
1 Januari 2012

4 comments:

  1. abg meng takde keje ek buat horoskop tahyul ni huhuhuhu capricorn tak bleh blah langsung grrr...

    hepi new year!!! (^^,)

    ReplyDelete
  2. heppy new year cikdu!!!!!!!! ngarut2 bintang tahun nih....cancer bintang meg mcm out jer hahahah ...haruskah dipercayai?? hahaa

    hepi new year JG.....

    selamat tahun baru cikdu dan OR!!!semoga tahun nih lebih ceriaaaaa dan beri rahmat Ameen...

    ReplyDelete
  3. makasih semua..

    ni zodiac cina tua kasik

    ReplyDelete
  4. ye la tu..

    slmt thn baru supermeng

    ReplyDelete