Pages

Monday, January 23, 2012

Christina Peri Peri Chicken

Oh. Gong Xi Fa Chai !

Siang tadi OR tak de. Aku duduk rumah je bermalas malasan dengan riang. Pastu nak makan pun malas. Nak gi beli lagi lah. Nak keluar rumah lagi sayu je rasa. Sayang nak tinggalkan tilam dan katil. So menjelang petang aku pun fikir aku nak makan apa.

Aku call Mc D tapi Mc D tu keji tak buat penghantaran ke rumah aku.

Ingat aku duduk Jerantut kah?

* lari..............

Mengada betul. Tunggu la nanti aku pindah duduk Hollywood baru mereka tau.

* mati la tak de orang kisah. Duduk Hollywood pun merempat agaknya.

So aku pun riki riki lagi apa yang patut. Jeng Jong Jeng. Akhirnya aku check, Nandos membuat penghantaran !

Terima kasih Nandos !

Aku pun riki riki online, call mereka dan mereka sedia berkhidmat.

Aku order 1/2 chicken dengan 2 sites order. Korang tau tak Nandos punya delivery ni keji jugak. Minimum order untuk home delivery adalah RM26 ! So kalau korang order ayam 1/4 tu harga dia RM26 walhal kalau makan kat kedai harga dia cuma RM15.90 saja. Tapi ! Kalau home delivery ni order 1/2 ayam tu harga dia RM28 !

Cemana la dia orang ni buat kira kira.

Nasib la aku pelanggan yang bijak sikit. So aku beli la yang 1/2 walaupun aku tak abis dan tak tahu bila aku akan habiskan. Ada la saki baki tu dalam peti sejuk. Nanti aku rajin aku panaskan dengan microwave abang tu. Tak pun aku paksa OR habiskan.

So ayuh, kita tengok gambar gambar home delivery untuk Nandos !

Kring ! Kring ! Kring !

Eh. Salah. Dum ! Dum ! Dum !

Hah. Delivery boy tu ketuk rumah aku. So ini la hasilnya. Dalam paper beg lagi.

* mati lah tak de keje siap ambik gambo.


So bila kita bukak, kita nampak beberapa barang dalam paper beg ittew.

Antaranya ini. Teka ini apa?



Ya. Fries.........

Aku ambik original fries. 

Dan ini pulak?



Pandai !!!!!!!!!!!

Coleslow.

Aku order fries dengan coleslaw untuk 2 side dishes aku lah.

Dan ini pulak sauce, tisu dan segala mak nenek yang ada dalam paper beg itu juga.


Hah ini dia. 

The ultimate makanan untuk di lantakkan. Dalam kotak okeh.

Aku tak suka pedas sangat dan tak de la tak suka pedas langsung so aku ambik mild saja. Tapi dia bagi extra Christina Peri sauce tu kan. So kalau tak cukup pedas, boleh la tambah sesuka hati.



Tada.................

Berseri tak ayam ayam tu???

Inzal kan? Dan rasanya memang sedap la. Mungkin sebab aku lapar. So aku makan la 1/4 ada lagi yang aku simpan dalam fridge tu.

So sapa nak order Nandos untuk home delivery, sila lah telefon mereka di talian.

1 300 886 555

Oh. Syok jugak makan Peri Peri Chicken sambil layan lagu Christina Perri.

Selamat bercuti !

3 comments:

  1. rajin nye la kan tgk blogger2 tepek gambau sblm makan. sy x dan nak tepek, dah licin baru igt...how? kihkihkih

    ReplyDelete
  2. tu nama nya gigih..

    ko kena lebih gigih Jiejah

    ReplyDelete
  3. mmg nampak sedap la ayam tuh.. nandos tak mahal sangat erk.. jarang makan nandos..hehehe

    ReplyDelete