Pages

Wednesday, December 14, 2011

Kembara Perth & Western Australia - Day 6

Lewat jam 3 pagi aku bangkit dan bersiap terus aku ketuk pintu bilik Greg.

"Let's go"

Cepat je. Tergagam aku.

"Somehow I couldnt sleep"
"Oh"
"I might need to come back and sleep"

Dia gelak gelak.

Aku rasa bersalah pulak takut menyusahkan dia.

Tapi tak pe lah. Yang penting dia dah bangun dan kami terus je bergerak ke airport.

Jalan tak jem. Sepanjang jalan lebih kurang 20 minit tu kami berborak borak jugak la. Then sampai kat airport dia terus turunkan aku.

Terima kasih Greg !

"Whenever you feel like coming back to Perth, please contact me. You have my number, my email with you right?"
"Yes. I will"
"Thank you"

Dan kami berpisah di situ.

Aku terus je masuk balai berlepas dan check in untuk flight balik ke KL.



Sempat la aku jumpa budak bertiga semalam tu.

Dia orang sampai lagi awal pada aku. Tapi aku dah web check in so aku lebih cepat settle dari dia orang. Dia orang terpaksa la beratur panjang.

Lepas check in, aku keluar sekejap then hisap rokok serta melayan perasaan dan feeling feeling cuaca sejuk buat kali terakhir sebelum aku naik flight.

Secara overall nya aku rasa Perth best. Memang la berbeza dari Sydney, Melbourne dan Gold Coast serta tempat yang pernah aku lawati dulu, tapi kali ni memang menarik sebab aku rasa lebih adventurous plus aku explore lebih banyak tempat.

Cadangan aku kalau sesiapa mahu ke sini, study dulu dan plan betul betul. Kadang kadang kita tak pasti apa yang kita plan tu banyak tak jadi sebab banyak faktor, so kena ada back up plan jugak.

Masuk terminal aku terus boarding.

Tak de masalah sangat kastam apa semua. Ada la dia orang tahan tapi tak de apa isu pun. Yang pasti aku dah tak sabar bila tengok pesawat Air Asia ni dah pun menunggu untuk membawa aku pulang !




Rindu dengan Malaysia !

Paling best, seat aku tu sorang. Tak de orang kat sebelah. So apa lagi, berlunjur la aku jadinya sepanjang 5 jam lebih perjalanan tu.

Penerbangan pun OK. Smooth je. Paling syok dapat tengok Perth dari udara termasuk kawasan aku sand boarding semalamnya.

Cool meh.









Jangan tanya aku berapa budget sebab aku memang tak de budget.

Duit yang aku bawak pun cukup cukup je. Ada la lebihan sikit.

So kalau nak kira, budget tu depends on apa kita buat, apa kita makan, apa kita beli. Apa yang penting, tiket flight dengan hotel tu kalau boleh minimize kan sebaik mungkin so kita boleh save banyak untuk buat perkara perkara yang lain di sana.

Pengalaman yang tak akan boleh di beli dengan wang ringgit. 

Cukup la aku katakan, pengalaman ini adalah travel trip aku paling best sepanjang tahun 2011 ni.

Insya Allah. Di lain masa. Di lain ketika. Kalau masih berkesempatan, aku akan ke mari lagi dengan explorasi yang berbeza.

Terima kasih bumi Australia. Kau menawanku dengan jaya.

Sampai KL, OR dah menunggu. Tak sabar nak jumpa dia. Ya. Aku rindu................

TAMAT !

10 comments:

  1. Errr okay..aku baru nak tanya budget..tp kau dah sound awal2..kalau mcm tu soalan aku,berapa kau bawa duit pergi perth?hahaha

    ReplyDelete
  2. RM3000.. ada baki tak abis.. rasanya abis dlm rm2300

    ReplyDelete
  3. Okay tenkiu..tgh pening sama ada nk pergi perth atau japan..cuti tak banyak..blog ni banyak membantu :))

    ReplyDelete
  4. Eh kejap nk tanya..dengan cuti aku yg berbaki 7hari ni kau rasa elok pergi perth atau japan..sebab dua2 kau pernah pegi kan..aku dua2 pun tak pernah pegi lagi.

    ReplyDelete
  5. kalau banyak duit = japan
    kalau nak pegi tempat lawa = japan
    kalau 7 hari = japan
    kalau nak best = japan

    hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Hahaha okay!!!
    Aku doakan kau murah rezeki untuk pergi travel banyak2 lagi dan update blog..nanti senang aku nak print buat buku travelguide aku :))

    ReplyDelete
  7. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
    dalam youtube pun org bagi good review and remarks. cuba type mahira holiday homes.
    owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.

    ReplyDelete
  8. Aaaaa dah habih baca dah... hahahahahah Part 1 > 6. Enjoyed every bit. Baik si Gregg tu dgn ko kan? ada makna neh.. nak nak kawan tu gaduh dgn bini.. hahhahhaha.

    ===========================================================
    http://blacsoiladventures.weebly.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku naive ... tak de la fikir bukan bukan.. aku harap dia ikhlas je la.. muahahahaa

      anyway dah balik aku tak de pun contact dia. x tau la apa cerita dia. moga2 baik2 je lah.

      Delete