Pages

Friday, December 9, 2011

Kembara Perth & Western Australia - Day 2

Hah !

Sambung perjalanan hari ke dua. 

Hari ke dua aku dah rasa OK sikit. Keseronokan dah terasa. Lebih rasa yakin untuk bergerak sebab aku dah tahu macamana nak naik bas secara free.

Best kan?

So pagi tu aku bangkit, mamat yang aku jumpa semalam kat dalam rumah tu dah takde . May be dia pegi keje. Tak pe lah. 

Cuaca masih dingin beku. Aku terkejut biasa pukul 4 pagi dan keluar hisap rokok kat belakang. Menarik sebab cuaca sejuk tapi nampak bintang bertebaran. Lepas abis rokok masuk balik dan sambung tidur.

Pagi tu hujan turun lagi. So aku agak malas sikit nak bangun. 

Terlelap dua tiga kali sebelum aku bangkit dan mandi.

Plan aku hari ni adalah aku nak pegi Fremantile.

Fremantile ni kiranya kawasan pelabuhan terletak lebih kurang 30KM dari bandar Perth.



Ada roti kat dapur. Macam macam benda ada lah. Tapi aku makan muffin aku je then minum fresh orange dalam peti sejuk. Nak buat kopi aku tak reti. So sudahnya aku gagal berak dengan inzal.

Dalam pukul 11 pagi aku dah siap. 

Segala kelengkapan perjalanan dah siap juga. Dah siap siap charge handphone dan kamera pada malamnya bagi mengelakkan battery abis.

Pagi tu hujan turun sekejap pastu dah OK aku pun siap siap keluar.

Time nak keluar rumah tu tetiba ada sekor kucing ni. Dia tunggu depan pintu nak masuk rumah. Aku jadi pelik. Kucing siapa ni? Sue tuan empunya rumah ke?

Aku masih belum jumpa pun Sue tu. Tak de pulak aku nampak dia muncul. Tapi semalam masa aku balik, bilik aku dah berkemas. So aku rasa dia datang masa aku tak de dan kemas katil.

Kucing tu comel. Gemuk. Bulat. Manja pulak tu.

Aku dokong dan usap usap dia, dia duduk diam je. Tapi dia sibuk nak masuk rumah. Aku tak bagi. Last sekali aku teman dan main main dengan dia sekejap kat luar.


Sebenarnya kucing ni adalah kucing rayau !

Aku dapat tahu pun lepas aku tanya Sue masa aku jumpa dia. Aku cerita kat dia pasal kucing tu, dia cakap kucing tu memang tak de orang punya. Dia akan merayau dari satu rumah ke satu rumah dan memang peel dia akan masuk dan tengok tengok rumah lepas tu dia keluar lah.

Dia selalu bertenggek dekat backpacker hostel kat belakang tu. Sue cerita kadang kadang sebulan sekali baru nampak dia, tapi dia memang akan selalu datang.

Nama kucing ni adalah Marsha !!!!

Lepas agak aku dah bosan melayan si Marsha ni pagi tu aku pun melangkah keluar. Jalan jalan nak pegi ke tempat bus stop CAT blue line yang free tu. Depan B&B aku stay tu ada je bas lalu tapi bas tu kena bayar lah. So baik je la aku menapak sekejap sampai ke Aberdeen St tu dan naik bas free kat sana.

Sepanjang jalan dari B&B ke Bus stop aku akan pass kedai bunga ni.


Then beberapa cafe dan jugak rumah. Backpacker hostel. Ada coles dan bangunan office termasuk la Mc Donalds tempat aku makan fish fillet malam sebelumnya.

Kira menarik jugak la sepanjang jalan tu.

Jauh tak jauh ada lah tak sampai 2 KM.

Cuaca sejuk sejuk juga so tak de la rasa berpeluh ke atau penat sangat. Matahari memang terik tapi sejuk. Tu yang aku tak berani nak pakai short sebab aku fikir, kalau aku keluar aku akan balik malam. Malam tu dah kira sejuk beku.

Kang tak tahan aku.

Naik bas dari Aberdeen St tu then bas tu akan bawak aku terus sampai ke station bas. Aku tengok dalam peta kalau nak ke Fremantile memang kena naik bas kat sini. So aku saja nak usha. 

Masa hari tu jalan dah banyak di tutup. Mesyuarat CHOGM dah pun bermula.

Sampai kat bas station tu aku usha kat bahagian atas dan tanya cemana aku nak pegi Fremantile tu.

"U should be taking train instead"
"Why?"
"You can go by bus, but it takes around 1 hour"
"It is OK"

Aku memang tak de apa nak kejar. So aku fikir, kalau aku nak kena gi menapak semula ke train station tu macam jauh la pulak. So baik aku naik je bas. Aku masih ada masa, nanti balik aku boleh naik train.

So dia ajar aku kat mana nak tunggu bas ke Fremantile. So aku ikut dan tunggu bas kat bawah bus station ni. Besar jugak la bus station dia tu macam KL Sentral. Tapi bus tak banyak kat situ, kira bus ambik orang dan terus bergerak. Apa yang bagusnya, bus bus ni semua ikut schedule dan timing yang betul dan tepat. Jadi tak de masalah.


So, dalam bas tu memang tak de la ramai orang. Memula je dari station tu ada ramai jugak tapi perjalanan dari Perth ke Fremantile tu akan lalu di kawasan perumahan. So ada orang naik dan turun sepanjang jalan. 

Ada satu masa tu, cuma ada aku dengan driver bas je.

Tambang naik bas adalah AUD1.80.

Kira murah je lah. Boleh la nak feeling feeling tengok kawasan suburb di Perth ni. Dia akan lalu di kawasan rumah rumah mewah dan juga teluk Swan River.

Pemandangan memang lawa lah. Tapi sebab aku dalam bas susah skit nak snap snap.

Just enjoy the view je lah.


Dan akhirnya lepas sejam jugak la aku sampai di bandar Fremantile atau lebih senang di sebut Freo !

Bandar dia macam kita ni Pelabuhan Klang lah. Tapi memang dah jadi tourist sport sebab ada banyak cafe tepi jalan di sini. Banyak jugak tempat pelancongan dan untuk dilawati. Memang menarik. 

Bersih dan ramai pelancong.

So abang feeling feeling jugak la sebab aku kan pelancong nih !




Hah !

Aku jumpa Sex Shop lagi kat sini.

Kali ni lebih berani. So aku usha dari luar tengok la apa yang patut. Ingat macam nak masuk.

Pastu aku rasa macam ramai je orang pandang aku. Ke aku terlebih perasan?

Sudahnya aku chicken out dan tak masuk !

Ah. Terlepas lagi peluang. Tak pe lah. Aku nak gi merayau ke tempat lain dulu.

So aku merayau la lepas turun dari bas tu. Apa yang menarik, di Freo ni ada jugak bas free ! Bas tu akan bawak jalan jalan ke sekitar Freo ni tanpa sebarang kos. Nampak je bas tu, tahan dan naik je, dia akan bawak kita ikut laluan. So kalau kita nak turun, anytime tekan je loceng.

Pekan dia tak de la besar sangat tapi agak menarik jugak lah.

Sebelum aku naik bas, aku jalan dulu ke tepi pantai dia. Di situ ada terletak, The Round House.


The Round House ni adalah tempat di mana dulu dulu kala, menjadi penjara. Tapi sekarang dah jadi antara tempat menarik untuk di lawati.

Masuk free. Tapi di alu alukan untuk donation.

Dan setiap hari, ada pertunjukan meriam. Meriam tu di bunyikan macam dulu dulu sebagai tanda something aku pun tak tahu. Ada makcik ni tukang cerita tapi aku duduk jauh dan tak dengar apa dia cakap. Yang aku tunggu bila meriam ni di pasang. 

Cool juga. Kuat gila bunyi dia.




Aku spend masa dalam setengah jam kat round house ni then aku bergerak.

Jalan terus sekitar pekan Freo ni sampai ke jetty dia. Kat situ ada jetty ke Rottenest Island. Rottenest Island ni kiranya pulau lah yang letaknya tak jauh dari Freo ni. Boleh naik bot laju. Ada banyak package. Aku usha la apa yang patut kat situ tapi aku tak de rasa nak pegi lagi masa tu. So aku merayau ke tempat lain.

Ni tram pun ada di Freo. Tram ni untuk pakej pelancongan la macam di Perth jugak. Nanti dia bawak ke sekitar Freo ni untuk jalan jalan. Tapi tram ni berbayar.


Dekat kawasan jetty ni ada E Shed. Pasar yang menjual banyak barang dengan harga murah. Tapi aku pegi hari tu hari Khamis dia tutup. Dia cuma bukak Jumaat sampai Ahad je.

So terkubur harapan.

Jalan jalan lagi, kat kawasan tu ada jugak muzium maritime.

Aku usha. Masuk free. So aku masuk la tengok apa yang patut. Tak de apa yang menarik kecuali design bangunan dia je. Pastu ada kapal selam di pamerkan. Besar gila !




Train Station terletak tak jauh dari pier ni so aku pegi ke situ dulu usha.

Aku kena tahu last train pukul berapa. Berapa tambang dan sebagainya. Senang nanti aku nak plan dan kalau aku nak merayau di Freo ni aku tahu aku patut balik pukul berapa dan catch train pukul berapa.

So lepas check tu tengok train dia banyak. Ada setiap 20 minit. So tak de masalah. Last train pun malam. So aku ada banyak masa di Freo.

So aku jalan jalan.


Memula aku naik bas free kaler merah.

Dia bawak la pegi ada few places tapi aku tak turun. Macam tak menarik je. So aku tengok tengok je. Pastu bas tu pusing dan drop semula kat pekan Freo tu.

Then aku jalan jalan sekitar tu tengok kedai kedai yang ada di situ.

Pelancong memang ramai. Memang meriah la tempat ni.




Penat berjalan aku pun duduk.

Ada la kerusi aku jumpa cantik je bawah pokok gambar di atas tu. So aku lepak situ. Air tu aku dah beli semalam dekat Coles dengan muffin. So aku pun makan.

Tu je la makanan aku untuk hari tu. Tak de hal. Makanan tak berapa penting sangat sebab aku bukan lapar pun. Just dahaga je. So lepak lepak tengok orang. Usha kiri kanan. Cool. Menarik jugak. Cuma sebab aku sorang kan so aku rasa bosan jugak. So aku pun belek belek.

Nak membaca aku tak de bawak buku bacaan. Last sekali aku baca manual kamera !

Hah. Aku memang tak abis abis lagi baca dan belajar manual tu. 

Dan buruk dan pun manual kamera aku tu.


Menarik juga. 

Aku baca manual tu then aku tahu cemana nak ambik gambar secara bracket dan sebagainya. Kiranya berfaedah jugak la dengan kerajinan aku tetiba baca manual tu.

Kalau tak, haram aku tak pandang. Duduk la dia dalam beg kamera aku tu tak terusik. Buruk kena air je lah. lama lama kang rosak.


Lepas rasa dah bosan. Aku pun bergerak.

Kali ni aku naik bas yang free laluan warna biru. Dia bawak ke kawasan lain di Freo ni. Mostly kawasan yang berdekatan dengan pantai. So aku naik la, pusing pusing then aku refer peta aku rasa macam nak turun. 

So aku turun kat kawasan South Beach.

Situ aku mula jadi excited sebab nampak pantai dan laut. Dan bermula la aktiviti mari menangkap gambar secara rawak !

Oh. Anjing makcik ni sibuk la datang nak menggesel kat kaki aku.

Keji je aku rasa.





Menarik jugak sebenarnya pantai ni.

Pantai dia tak de la lawa mana. Air dia boleh tahan tapi banyak jugak sampai sarap macam pokok pokok dan dedaunan.

Ada la aku nampak orang berehat tepi pantai tu tapi tak ramai. Mungkin sebab tengahari kot. So aku pun layan la. Ada benteng pasir terus ke tengah laut. Aku ke sana dan tengok ada orang memancing.

Burung burung pun banyak. Aku suka tempat ni. Damai je.





Dan ada mamat ni duduk merenung laut dengan anak lelaki dia dan anjing dia.

Anjing dia tu asyik merayau je. Mamat ni pulak feeling feeling je. Sempat la dia tegur aku dan kami borak borak. Tak de benda yang penting pun. Saja je borak kosong.







Dekat sejam lebih jugak aku merayau kat pantai ni. Then aku rasa dah bosan, aku pegi tunggu bas tadi dan terus sampai ke pekan Freo semula.

Dari situ aku dah tak tahu apa nak buat then aku terus ambik train balik ke Perth.

Memang lebih cepat. Dalam 25 minit dah sampai Perth dengan train. Beza dengan naik bas. Masa kat Freo tu aku nampak ada few orang Malaysia kot. Aku boleh cam dan perasan la. Cakap pun kuat kuat.

Tambang train dari Freo ke Perth adalah AUD 3.80 ! Yang menariknya, tiket tu valid untuk 2 jam. Maksudnya kalau kita stop di mana mana kita boleh naik balik train tu lah dalam masa 2 jam sebelum tempoh tamat.

Train dia tu macam komuter kita tu je lah. Tapi smooth jugak la.


Sampai kat Metro Station aku tak tau nak pegi mana.

Fikir fikir, aku rasa aku nak pegi ke Barrack Street so aku naik bas free kaler biru terus ke sana. Hah. Sekarang dah tak susah lagi. Naik je bas then aku stop je mana aku nak stop.

Sebenarnya aku nak ke sana sebab nak usha Tour.

Aku rasa kalau tempat lain aku nak pegi aku kena ikut Tour. Kalau tak memang susah nak bergerak sebab satu satu tempat tu agak jauh jugak lah.

Tapi masalahnya kat sana semua kiosk tu tutup sebab CHOGM.

Parah. So apa aku nak buat?

Tengah aku dok melangut tu aku nampak orang ramai berpusu pusu. Aku pelik jugak then aku usha. Nak mengadap Bell Tower tu macam dah tak de apa dah.

Rupa rupanya orang kat situ tengok orang naik bot untuk menyeberangi Swan River tu di arah South Perth.

Wah. Penemuan yang baru ni. Boleh aku ambik gambar Perth dari belah sana pulak. So aku tak fikir panjang aku beli tiket bot pulak. Tiket bot pun tak mahal. Untuk cross sungai tu, harga dia AUD1.80 dan valid untuk 2 jam,

Maksudnya kalau aku nak balik dalam masa 2 jam, aku tak payah beli tiket untuk cross balik ke sini. Menarik kan?

So aku kena budget time elok elok, tak payah aku abiskan AUD1.80 untuk beli tiket balik nanti !


Ferry dia besar lah dan dia cross pun ikut schedule.

So aku dah ambik jadual dia dan usha. Aku kena balik sebelum pukul 7 sebab masa tu pukul 5. Kena dalam masa 2 jam.

Di seberang sana mostly perumahan la dan ada jugak kedai kedai. Ada park untuk orang berehat. Perjalanan nak cross ni tak de la sampai 15 minit pun. So kira OK la.

Pemandangan dari sebelah South Perth ni menarik. Memang nampak semua bandar Perth. 

Acunnnnnnnnnnnn nya !


Kat belah South Perth ni ada Zoo Perth !

Tapi kena la menapak sikit dalam 10 minit. Aku pegi usha. Jalan jalan tapi Zoo dah tutup. Tak de la aku nak masuk sangat tapi sebab aku tak de aktiviti lain. So aku usha lah. 

Bila dah tutup aku patah balik je la ke arah park tepi sungai tadi tu. Lepak lepak kat situ tengok ada black swan di Swan River yang menjadi ikon bandar Perth ni sendiri.







Masa aku lepak kat belah sini tetiba aku dengar macam kuat je ada suara orang bercakap.

Dengar dengar macam suara orang Melayu. Aku usha la. Rupanya ada la sekumpulan orang Malaysia.Lebih kurang 7 orang. 3 pompuan. Dia orang dok ambik gambar sambil posing dan gelak ketawa.

Aku tengok macam pegawai kerajaan lah. Sebab yang pompuan pakai baju kurung. Yang lelaki pakai kot. Maybe dia orang datang untuk CHOGM so ada masa dia orang merayau ke sini.

Masalahnya yang pompuan tu gelak kuat gila. Rengsa pulak aku tengok. 

So aku malas nak menengok dia orang aku sumbat telinga dengan Ipod. Biar lah dia orang nak buat apa dan terkinja kinja di situ. Yang pasti dia orang tak kenal aku.

Lama gak la aku lepak kat situ. Pemandangan memang superb. View lawa. Angin sejuk sejuk dingin memang best lah.

Mendamaikan. Memang sesuai untuk rehat dan bersantai.


Aku pasti aku kena naik ferry balik ke Perth sana sebelum jam 7 malam. Kalau tak tiket aku tadik dah tak valid.

So aku naik ferry dan sampai semula ke belah sana.

Usha ambik gambar belah malam pulak di kota Perth tu sebelum aku naik bas free sampai ke rumah.

Fuh. Dah senang nak balik rumah. Naik bas je. 




Dan malam tu aku makan di Mc Donald's lagi.

Sampai B&B, Gregg ada kat rumah. So aku ada masa nak layan borak dengan dia. Dia minum, aku layan rokok. Last sekali dia isap rokok sama.

Boleh tahan gak la borak dengan dia. Greg keje dengan Qantas Airways sebagai tukang rasa makanan ! Ya. Keje dia makan makanan yang di serve dalam flight ! Dia dulu bekas Chef di hotel so dia jadi tukang check quality makanan la yang dalam flight.

OK dia. Best gak la borak dengan dia. Dia bagi aku guna Mac Book Air dia. Pergh. Best gila. Sebab aku cakap aku nak usha Tour tu kiosk tu kan tutup aku pegi siang tadi. Dia banyak gak la membantu. Dan dia sebenarnya tak duduk situ. Budak semalam yang aku nampak tu anak dia. Gregg ni sebenarnya tengah bermasalah dengan wife dia so dia keluar rumah dan carik  menyewa kat situ. 

Begitu la al kisahnya.

Layan borak dengan dia sampai jauh malam. Abis rokok aku dia kerjakan. Last sekali aku mintak diri untuk tido je lah dan aku terus terbongkang. 

Lena.

Esok masih jauh perjalanan. Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak pegi mana !

bersambung............

8 comments:

  1. haaa entri ni beshhhhhh...kihkihkihkih...gambau cantik2...kucing tu nape abg meng tak bawa balik comel gilewwww...rugi2 ish~!!!

    ReplyDelete
  2. motip ko nak suruh aku culik kanak kanak di bawah umur

    ReplyDelete
  3. Salam.. Bos.. Ada email? Nk tnye sikit la..

    ReplyDelete
  4. diarisuperman@gmail.com

    tanya kat sini kan lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Salam...merokok di perth ok ka...maksudnya undang2 diorang mcm mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. merokok ok jer.. tapi kalau kat city ada smoking area. kalau sub urb tu belasah je. tapi rokok pun mahal kan sana and AUS cuma benarkan very limited rokok duty free di bawa masuk.

      selamat merokok !

      Delete
  6. Holla meng!!!
    Mohon jasa baik u (sbb malas and no time to google) to buat mcm countdown places in aussie ni mana yg the best based on their categories (i know it's variance from one place to another).
    Pls meng, yeh? yeh? ke tak yeh? Apa2 pun TQ meng - i always being inspired by u ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak yeh.... :-)

      alah apa susah... pegi tripadvisor je.. siap sorting lagi..

      i pegi dah lama.. some places maybe irrelevant dah..

      Delete