Pages

Friday, December 23, 2011

K

Hah ! Teka tajuk hari ni huruf K je. K untuk apa???????

Hari ni Cikdu nak bukak kelas astronomi.

Dengar ni......

Korang tahu hari ni hari apa?? Tentu tahu kan. Hari Khamis. Bagus !

Apa tarikh hari ni?? Ya.. pasti semua berjaya meneka dengan tepat. 22 Disember 2011 ( waktu entry ni di tulis).

Dan tahukan anda apa yang berlaku pada hari ini?

Apa???? Kucing jatuh longkang? Gigi bongsu patah???

Bukan ! Tu semua tak penting. Apa yang penting berkaitan dengan ilmu astronomi, hari ni 22 Disember 2011 adalah hari yang menandakan bermulanya musim sejuk di negara negara beriklim sejuk. Ini bermakna kata bahawa, hari ni di kira malam paling lama dalam sepanjang tahun dan siang yang paling pendek.

Cuba korang check tadi, pukul berapa gelap?

Tapi sebab hari ni cuaca mendung kot so kita tak de lah tahu sangat.

Winter Solistice ini berlaku apabila paksi di polar hemisfera berada paling jauh dengan bintang di orbit. Maksudnya paling jauh dari bintang dan matahari. 

Kejadian ini berlaku setiap tahun sebenarnya tapi bagi kita yang tak ambik pot ni, kesah ke?? Begitu !

Tapi, tahu kan anda bahawa pada tahun 2012 nanti pada tarikh 21 Disember 2012 di mana kepercayaan dan rencana yang menyebutkan bahawa peristiwa bencana atau transformatif akan terjadi pada tarikh tersebut.  Perkiraan ini didasarkan pada apa yang didakwa sebagai tarikh akhir dari kalendar Maya, yang merentang selama 5,125 tahun dan berakhir pada 21 Disember 2012 iaitu hari Jumaat.

Dan di sini lah di katakan bahawa kiamat akan berlaku. Wallahuallam.

Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah dalam kitab al Muwatta;

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.

Dalam hadith, dikatakan kiamat jatuh pada hari Jumaat. Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti ) 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adlaah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu ini pula dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” 

(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).


Bagi kita orang Islam ni, kiamat tu tak boleh nak di predict sebab tu kerja dan kuasa Tuhan. Tapi bagi mereka mereka yang hidup di zaman kuno dulu ni, ini la yang mereka rangka.  Pada hari jumaat 21 Disember 2012 itu akan berlaku satu malapetaka di mana bumi jauh dari orbit dan berlakukan pelanggaran sebuat planet X yang akan menghentam bumi dan menyebabkan kiamat.

Masalahnya kalau apa apa berlaku, sudah bersedia kah kita?????? Sebagai orang Islam, kita kena sentiasa bersedia........ !

Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment