Pages

Tuesday, December 20, 2011

Belum - Day 1

Neno Neno Neno !

Ini kah entry yang di tunggu tunggu seisi alam?

Apa?

Nak tau cerita hantu seram BW itu? Sabar lah Sabariah. Motip korang ni. Cuba bawak bersabar dulu. Ingat senang ke nak tulis entry perjalanan ni tambah tambah lagi kalau dapat blogger yang pemalas macam aku ni. Hajat hati nak berblogging, tapi tak semenggah.

So korang terpaksa la hadap cerita bukan bukan sebelum entry sebenar keluar.

Nah !

Kali ni, melangkau entry Koh Lipe dan Langkawi tempoh hari.

* cherlong bebudak GBS.

Motip la mereka semua tak membuat tugasan kan? Tapi tak pe. Abang buat tugasan since minggu ni aku tak de gi jalan mana mana.

So tersebut lah kisah.. toyyib....................

Pada satu hari yang dulu, toyyib......................

Macam tu la kiranya. Idea pegi Belum ni idea aku. Seperti biasalah, semua idea jalan jalan ni idea aku. Bebudak GBS ni ikut je. So pada satu hari yang hening. Aku rasa macam nak gi Belum. Terdetik nak gi Belum masa aku di Kenyir dulu lagi. Aku pernah la dengar nama Tasik Temengor masa sekolah. Royal Belum pun aku pernah dengan sebab dulu ex boss aku selalu lah cerita pasal ni.

Pastu adalah pembacaan sikit sini sana so aku rasa macam terlebih excited.

So how???

Let's uols. Ayuh kita ke Belum !

So aku pun mula la proposal kat bebudak GBS ni semua. Aku memang tak nak ajak OR sebab masuk masuk hutan ni kan, dia pun bukan boleh sangat. So tak pe lah. Aku nak ajak GBS je sebab hari tu Kenyir dah pegi dengan OR pun.

BW kata....

'ok jer'

Sah lah kan. Dia tu geletis nak berjalan. Ajak pegi mana pun dia nak ikut.

Kata MH selaku artis serba boleh.

'OK jer.. Bila? Boleh ke pegi lepas bulan 11? Kui kui kui'

Siap ada soundtrack !

Kata IH !

'Sorry aku ketinggalan bas. Summarynya. Aku OK jer'

Tu la lambat memberi jawapan. Sibuk la tu bercinta dengan Ratu Bogel.  Tapi paling lambat memberi kata putus adalah CP. Tapi dia reply lepas tu.

'I follow...........'

Senang kan??

So tarikh telah di kenal pasti. Sempena birthday Sultan Selangor. Bagi wargakerja Selangor macam aku dan MH. So kami boleh la memenuhkan cuti dengan trip ni. Bagi CP, IH dan BW. Mereka kena la ambik cuti satu hari sebab melibatkan hari Isnin.

Yes..

2 minggu selepas kami pulang dari trip Lipe. Maka Trip Belum sudah menanti !!!!

Tapi.

Last minit jugak. CP kata dia tak boleh nak ikut. Dan MH pun sama. Dia ada Kem Motivasi apa benda ntah. Tak cukup bermotivasi lagi kah agaknya mamat tu.

Sedih.

So akhirnya kata putus, cuma 3 celebrities yang bakal berentap di Hutan Belum.

Tak apa lah. Semua dah bayar, so pegi tetap kena pegi.

Persiapan semua telah dilakukan, tunggu masa dan hari, maka kami mula berangkat.

Teguh ! Bagaimana kami berdiri di sisi anda.

Begitu la tema nya.

* mati lah tak de kena mengena.

BW dan IH datang ambik aku pagi tu. Dan macam biasalah, aku ni last minute packing. Kami bertolak pagi hari sabtu tu. Memula nak bertolak malam sebelumnya tapi kalau pegi awal, tak boleh check in jugak. Nak buat gapo??

So budget time dengan driving period maka kami bertolak pagi. Dah janji, jam 8 pagi dia orang kena datang dan culik aku.

Dan pagi tu BW dah call bagitau IH on the way ke rumah dia. So aku baru la siap siap nak packing. Campak baju dua tiga helai. Short dan semua barang yang perlu di bawa. Tak de la banyak mana pun. Bawak pun beg kecik je.

Tup tup mereka dah sampai.

So kami bertolak lebih kurang jam 8 lebih. Aku nak kena hantar Wanda dulu kat adik aku sebab nak suruh dia hantar bengkel. Tup tup baru nak keluar rumah aku terlupa sesuatu !

Charger iPhone !!!!

Aku paksa BW naik rumah aku ambik charger. Dan IH ikut aku pegi hantar kereta kat opis adik aku. Selesai semua kami patah balik rumah aku dan ambik BW. Tak jauh mana pun. Dan dari situ kami terus bergerak menuju ke utara !


Masing masing memang kelaparan.

Semua belum bersarapan. Ada la kuih gelang apa benda IH bagi aku ada dalam kereta dia kata beli kat area rumah BW. Aku makan tu je lah.

IH yang drive. Aku pose pose co pilot dan BW kat belakang.

Dan macam biasa BW masuk kereta je main rambut. Duduk tengah tengah pastu dok la menyikat rambut dia tu. Motip la sewel sebegitu rupa.


Kami singgah di R&R Rawang konon nak breakfast. Tengok orang ramai gila. Cuma berhenti isi minyak dan top up Touch & Go je lah dan kami meneruskan perjalanan.

Cuaca agak baik.

Sampai sudah tak jadi berhenti. Sampai kat Ipoh dan akhirnya kami berhenti di Hentian Simpang Pulai kot dan beli makanan sikit. Buah buahan dan nugget.

Ya. Itu lah breakfast kami untuk hari itu !



Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan. 

Memula macam nak singgah Ipoh makan Nasik Ganja. Tapi fikir fikir, leceh la pulak. Jadi terus je lah. Semua macam dah kenyang belasah nugget dengan buah buahan. Pastu asyik makan kacang, minum air. Kenyang jugak lah.

Aku ni Co Pilot yang tak boleh di harap. BW lah gigih sebab kalau IH makan, dia tolong hulurkan makanan. Then tetiba muncul tisu dari belakang. Siap buka kacang.

IH jadi driver terhormat.

Aku buat bodo. Abis abis hisap rokok. Keji kan aku ni? Hahahaha.

Tapi aku co pilot yang baik. Aku tak tidur pung.

Dan dari Ipoh kami exit Kuala Kangsar dan terus menuju ke Pekan Gerik !

On the way tu nampak Tasik Raban. Macam menarik jugak. Singgah dulu dan snappy snappy di kawasan tu. Tasik Raban ni aku tak pernah dengar tapi nama lain dia adalah Tasik Chenderoh. Ha. Tu aku pernah dengar.

So pose pose di situ sajork.




So ada 3 orang gila tengah panas berdiri dok sibuk ambik gambar kat situ.

Ada 2 mamat naik sampan ni pun agak rengsa sampai tak nak turun. Mesti dia orang ingat kami kaki pukul nak cuba merampas dan hijack sampan dia tu.

Ada ke???

Kami berhenti sekejap je. Lalu lepas tu meneruskan lagi perjalanan menyusuri Lenggong dan akhirnya sampai di Pekan Gerik.


Kami berhenti di Pekan Gerik.

Memang dah bercadang since pekan tu kiranya bandar terakhir sebelum kami tiba di Belum jadi kami nak beli makanan stock up la apa apa. Kang takut sampai di sana payah pulak nak membeli belah.

Singgah cari kedai makan dulu. IH pesan kat Gerik kalau makan kena hati hati sebab takut ada kedai yang santau santau ni. Pastu kami jadi ketakutan nak makan. Pastikan depan kedai tak de buluh. Pastikan kedai tu ramai orang. Pastikan macam macam lah sampai akhirnya kami jumpa kedai makan dekat area pasar dan makan di situ !

Kami makan di situ. OK lah jugak. Nasik campur. 

Tapi kedai tu banyak kucing okeh. Banyak gila. Ada la datang macam macam bentuk dan rupa kucing kucing ni kat meja kita orang. Ada yang kurus, gemuk dan kaler macam macam.

Pastu mengiau tak tentu pasal.

Dan bermula la dialog busuk aku dengan IH sekadar menceriakan keadaan.

"Makan la kucing oii tulang tulang ni. Kau ni kucing Gerik je. Bukan kucing KL. Tak boleh memilih sangat"

Begitu dialog kucing kucing di situ.

Tapi kucing kucing ni baik juga. Tak berebut makanan macam beratur dan bersopan menunggu habuan masing masing.

"Korang ni tak leh la bergaduh sangat. Setakat di Gerik ni bukan boleh compete pun. Kena bersopan dan bersantun sesama kaum sejagat"

Pastu bantai gelak.

Sewel.

Abis tu kenyang pegi pulak kat kedai runcit dan borong makanan. BW la tukang beli. Maggi la. Biskut la. Roti lah. Semua la takut kawan kawan kelaparan.

Selesai semua kami bergerak lagi.

Dari pekan Gerik ke Belum tu dah tak jauh. Ada dalam 50KM lagi. Tapi memang dah start masuk hutan la. Jadi apa apa nak beli, beli siap siap di Gerik tu saja.

Sampai di Belum Rainforest Resort kami jadi excited sikit. Sebelum tu aku dah pre emp bebudak berdua ni.

"Korang jangan expect lebih lebih. Aku dah baca review semua cakap macam hampeh je"
"Tak pe lah. Kita pegi je lah"

Kata IH.

"Ntah. Tak cuba mana nak tau. Yang penting, korang boleh ambik gambar I"

Tu jawapan celebrity BW yang memang gila bergambar !

Dan akhirnya perjalanan kami selamat sampai ke tempat penginapan Belum Rainforest Resort.


Resort ni terletak di atas Pulau Banding di Tasik Temengor tu.

Sampai kat resort terus check in. Tak de la hassle mana. Resort tu pun nampak OK. Landscape dia menarik jugak la terletak di atas Pulau Banding selepas jambatan pertama merentasi Tasik Temenggor itu.

Dapat kunci terus check in bilik.

Tengok bilik ada sedikit rasa teruja !





OK. Bilik lawa.

Suasana agak nyaman lah walaupun bilik kami tak mengadap tasik sebab kalau mengadap tasik pun rasanya tak berapa nampak tasik dek kerana pokok pokok yang banyak.

Kami tempah 2 bilik so aku duduk satu bilik dengan IH dan BW bilik sebelah. Tak de connecting bilik bilik ni. So usha usha bilik dulu dan kami dapati beberapa perkara agak menyentuh rasa dan kami hampir hampir mengalirkan airmata secara serta merta !.

TV tak ada !

Katil dia keras gila. Tak de devan. Cuma kayu kat bawah dan ada tilam. Nampak best, nak pose pose diving terus sakit badan. Adeh.....

Bilik air OK lah. Tapi !!!

Tuala dia comot dan kotor. Aku apa lagi. Terus la call reception mintak housekeeping tukar towel tu. Tak lama dia call balik.

"Encik ada mintak towel 2 ya"
"Yes"
"Tu kena charge la Encik"
"Apsal pulak? Hantar towel baru ambik je la towel yang ada ni"
"Hmmm"
"Towel ni kotor. Sebab tu saya suruh tukar. Bukan saya mintak extra"
"Oh. OK Encik"

Kann. Saja je nak membuat api kemarahan aku ni berganda. Dan la abang frustasi tak de TV. Walaupun aku bukan kaki tengok TV tapi apa kami nak buat kat tempat macam ni kalau time malam?

IH bawak lappy. Tapi kalau TV tak de, apatah lagi Wi Fi????

Begitu assumption dalam kemarahan !


Lepas tu siap unpack semua barang barang.

See??

Tengok stok makanan kat atas tu. Maggi la apa benda semua ada. Takut la lapar ni konon sebab hotel cuma bagi breakfast free je. Yang lain lain kena makan kat situ. Dan kami tengok menu dia agak pengsan jugak la. Nasik goreng saja dah RM24 satu pinggan !

Motip laa mahal gila.

IH dengan BW dah start lapar petang tu jadi BW terus masak maggi dan jamu kawan kawan.

Oh. Tak lupa stok buah buahan yang ada. Feeling feeling lah makan buah.



Oh. Fridge ada.

Jadi buah buahan lepas tu duduk dalam fridge. Aku layan makan pisang dan minum kopi je lah. Suasana sejuk lite lite lah kat kawasan tu sebab hutan kan.

Jadi lepas solat dan bersiap siap semua kami mula keluar.

Aktiviti pertama untuk hari ini !

Apa lagi kalau bukan merayau dan check kawasan sekeliling resort.




Tak ada apa yang menarik di kawasan resort tu sebenarnya.

Jadi kami turun terus ke tasik. Ada la beberapa puak dok main rakit. Bising benor bunyinya. Then ada jetty kat situ tempat bot untuk pegi ke tempat tempat lain di sekitar tasik ni. 

Kami lepak lepak kat situ sekejap sebelum berjalan mengikut trail yang ada ke dalam hutan.



Jalan punya jalan jumpa la kawasan ni.

Tempat camping sebenarnya sini. Tapi ada mock rumah orang asli. Ada satu geng tengah beraktiviti di sini. Rasanya acara kem motivasi jugak la kot. 

Kami buat tak pedulik.

Lalu je sini dan kami lepak di tasik dan menunggu sunset dengan harapan sunset akan setting down tak lama lagi. Sebelum tu capap dulu kawasan sekitar.






Lama jugak la kami di situ.

Cuaca agak mendung dan berawan jadi sunset memang tak de. Agak lama la menunggu dan akhirnya nampak la remang remang cahaya matahari menyinari awan gemawan tu.

Tapi tak lama. Ada lah dalam 2 minit je kot.

Cepat benar cahaya bertukar dan hanya ini yang sempat kami capap.





Tapi kami berlama lama di situ sebab sibuk dok capap gambar BW yang menjadi model.

Biasalah dia. Kejap gaya Siti Nurhaliza. Kejap Erra Fazira. Sudahnya last last dia penat jadi patung cendana je. 

Tapi pose terakhir tetap pose Zaleha Hamid !

Lepas melepak situ dan memang sunset tak berapa nak ada kami pun balik ke hotel. Menapak semula la melalui jalan jalan hutan dan balik ke hotel.


Malam tu ada aktiviti yang diorganize kan oleh resort yang dah masuk dalam pakej kami. Night Trekking !

Memula macam malas nak join jugak sebab kami syak track dia lalu tu adalah track yang kami lalu siang tadi. Pulak tu dia kata ada lebih kurang 100 orang akan night trekking sama sama malam ni.

Ada kau trekking sampai 100 orang? Macam nak pegi haji jer.

Nak tengok apa? Mesti ramai pastu ada je la yang mulut busuk buat bising. Ulat pun tak nak keluar kalau macam tu.

Tapi kami dah tak de aktiviti. Malam je terus mandom. Tapi nasib baik la IH discover ada free Wi Fi sebenarnya dalam bilik kami tu. So apa lagi. Dia orang sibuk la dok berinternet bagai. BW sampai tertidur tidur. Dia kata macam nak demam.

"Dah tu nak ikut ke tak ni. Tak payah ikut la. U rehat je dalam bilik"
"Tak pe. Nak ikut jugak"

Dia nak ikut jugak. So ikut lah. 

Maka kami pun turun pegi ke lobby dan di situ dah ramai yang menanti. Memang ramai la kalau dah dekat 100 orang. Semua cina. Kami bertiga je Melayu. Pastu ada la brader brader guide ni yang bakal mengikut kami seramai 5 orang rasanya.

Ada briefing sikit sebelum tu. Actually trekking ni bukan la nak tengok binatang ke apa tapi cuma nak merasai waktu malam dalam hutan. Tu yang brader tu cakap. Aku dah rasa bosan dah time tu. Tapi sebab IH dengan BW dah ready nak pegi. 

Maka ikut je lah.

So berbondong bondong la manusia ni semua bergerak dalam satu barisan yang panjang masuk hutan. Kami di bekalkan dengan lampu suluh dan bergerak melalui trail yang sama kami ikut siang tadi.

So first first semua orang macam riuh rendah.

"What is this............."
"Owh. So big one !!!"
"See... Waaaaaaaaaaaaa"

Kannn.

Kami tengok. Motip la ulat gonggok je !

Tak pernah tengok ulat gonggong ke dia orang ni?????

Bosan !


Lepas tu kami bergerak lagi la.

Siap potong lagi barisan depan sebab dia orang lembab ! Mana tak nya tengok ulat gonggok pun macam nampak Gajah !

Then tak lama ikut trail tu kami masuk hutan ikut track yang lebih kecil yang kami tak lalu pun siang tadi.

Kawasan tu gelap. Bercerun dan betul betul tepi tasik. Akar banyak. Kalau salah langkah memang jatuh ke bawah. Tapi ramai ramai tu ada je la yang jadi hero dan cuba beri arahan.

Ada sorang tu mamat sorang ni. Mulut dah la bising. Pastu cakap besar ya ampun.

"I macho la. I mana takut masuk hutan"

Ya lah. Kau macho la sorang sorang dalam ni. Memekak tak ingat. Pastu buat bising. Attention seeker sungguh. Dan kami namakan mamat tu Bf Angkat BW !!!


So kami menapak lagi la. Budak budak pun ada turut serta.

Aku ni kelabu mata. IH yang pegang torch light. BW kat belakang sibuk la dok tarik baju aku. 

Kami mendaki dan mendaki. Siap lalu bawah akar pokok apa lah. Macam hampeh je aku rasa. Sebab jalan tak smooth. Kalau depan stop kami semua kat belakang kena menunggu. Pastu asal nampak serangga ke apa, wahhh dia punya riuh macam nampak Harimau je.

Bf Angkat BW tu lah paling bising.

Dan sampai kat satu kawasan ni kami semua di minta  berkumpul. Lampu dipastikan semua tutup. Kira gelap gelita lah. Cuma dengan arahan brader guide tu je.

"OK. Now.. kita feel. Feel macamana rasa hutan ni. Gelap ni"

Podah !

Ada je yang pok pek pok pek bersembang. Ada jugak yang sibuk bukak lampu suluh muka orang. Dah ramai macam tu lah.

Sudahnya kami bertiga buat muka bosan.

Memang bosan pun.

Cuma time tu adalah brader guide tu tunjuk cendawan yang akan kelihatan bercahaya bila dalam hutan kalau tak de lampu. So feeling feeling macam cerita Avatar.

Tapi korang tau, cendawan tu.......... haaaaaaaaaaa besar bijik sawi ada la kot. Menunggeng lah nak bagi nampak. Pastu semua.

"Waaaaaaaaaaaaa.. Ooooooooooooo.. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Ciat.

Aku menyesal okeh join trekking ni !






Lepas tu kami meneruskan la perjalanan lagi.

In all ada lah dalam 45 minit trekking tu. Dan malam tu cuaca agak mendung. Kan ada gerhana bulan time tu. So kami pun frust gak la sebab tak nampak bulan.

Tapi masa dalam hutan tu tetiba nampak bulan.

"Beb. Bulan !!"

Aku excited bagitau IH. Dia kat depan.

"Haah !!!"

Gedebush....................

Pastu ada suara cina cina menjerit panic.

"Eh.. Kau OK ke tak?"
"OK"

IH tersadung sebab sibuk dok usha bulan. Hah. Tapi tak de apa apa lah. Lepas tu dia bangun dan kami berjalan seperti biasa sampai la keluar dari hutan tu dan sampai ke resort semula.

Sampai resort semua sibuk dok usha bulan. Aku dengan IH pun sama. Sibuk la dok ambik gambar. Sampai balik bilik pun dok ambik lagi. Bilik kita orang syok la sebab boleh nampak bulan penuh dan gerhana dari mula sampai abis.



Sampai bilik mandi dan solat semua lalu makan maggi sekali lagi.

Ko mampu?

Tapi IH cedera sebenarnya. Dia pakai jeans. Sampai bilik baru perasan tengok tengok. 

Haaaaaaaaaaa..

Berdarah hanya.....


Dan malam tu kami bertiga tidur dek keletihan.

BW memula lelap kat bilik aku, kami tanya nak tidur situ ke tak, tapi dia kata nak balik bilik dia so OK lah.

IH sibuk online then aku terlelap dulu tak sedar pukul berapa dia siap mandi dan tidur lepas tu.

So berakhir hari pertama di Belum............

6 comments:

  1. Tak baik Meng kata kampung I banyak santau !!!!

    Hahahhaa

    Hairan kan .. I yang orang Gerik sendiri pun tak tau ada santau !

    Pass tuh, dulu dulu, bila sebut I dari Gerik, pasti tanya or kata, ramai komunis ,, pernah nampak komunis tak dan pelbagai soalan yang menyakit hati !!!

    Hahahahahaha

    Bila gi belajar kat USA, terus I tukar yang I nih dari GREECE ... not GERIK !!!

    Hahahahahahahah

    ReplyDelete
  2. Ghaz : ampunnn.. kampung kome ker.. hahaha

    tak tau la bab santau tu...

    greece ek?? tak agak agak... hahahahah

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tengok interest masing masing la.. kalau nak something yang lively memang bukan tempat ni la

      Delete