Pages

Tuesday, October 4, 2011

Trip Tergempar - Karamen Island Part 2

Tiba tiba................

Jeng Jong Jeng..

Kasik suspension sikit kan.....

Tiba tiba.... nampak sign Strawberry Park Resort.

Langsung saja..............

Jalan gelap gulita. Memang mencabar dalam hujan lebat macam tu. Berdoa dalam hati. Jangan la tak de bilik. Kang tidur dalam kereta laa aku semua ni karang. Satu hal pulak nak turun ke bawah ni lagi.

Tapi nasib kami baik. Memang baik. Bilik ni pun ada satu je. Last. So terus la sambar. Janji dapat berlindung dari hujan lebat ni.




Lega.

Bilik dia pun best. 

Sudahnya, kami sampai, mandi dan berehat. Hujan lebat. Cuaca sejuk. Nasib baik kami siap beli makanan dekat pasar malam tu. Beli nasik dengan lauk pauk dan melantak.

Lauk makcik tu best jugak. Makan sehingga kenyang dan lepak lepak tengok TV. OR kepenatan dan ketiduran. Aku lah dok melayan tengok TV. Layan cerekarama semalam tapi macam hampeh.

Last sekali aku tidur jugak. 

Katil King Size dia memang inzal. Best ! Selimut dia standard satin kat hotel tu lah. Sejuk sejuk cuaca memang best la jadi nya. Rasa macam nak berkepompong je lah lama lama.

Apa yang menarik?

Abang telah mengepau tuala okeh !

* lari......

Hah lah. Duduk hotel best best takkan la tak mengepau kan? Pulak tu towel dia ada tulis Strawberry Park Resort. Harus la abang pakai dan feeling feeling sepanjang masa walaupun berak dalam toilet berpintukan zink sahaja.

* nanges.

Tapi aku tak berapa lena sangat tidur. Asyik terkejut je. Biasalah kalau berubah tempat tidur ni.

Tarik selimut dan tidur. Aku ni konon nak bangun pagi nak tunggu sunrise lah. 

Hampeh. Lepas tu terlajak. Sedar sedar dah 7.30 pagi.

Bangun dan pekena kopi secawan sebab nak memudahkan urusan perberakan ! Tapi gagal berak jugak. Paling teraniaya, berus gigi tak de. Hotel tu korok tak de berus gigi.

"Hari ni kita tak payah bercakap tau. Senyum je"
"Kenapa?"
"Sebab kita tak gosok gigi kan?"

Tapi pagi pagi bangun pegi breakfast dan menikmati keindahan sekitar kawasan hotel. Menarik lah.








Lepas breakfast balik bilik sempat guling guling lagi.

Sejuk okeh.

Tapi nyaman lah rasanya.

Aku sempat tidur satu lap lagi. 

Dalam pukul 10 lebih baru kami bergerak meninggalkan Strawberry Park Resort tu. Turun terus ke Tanah Rata, sebab ada masa so kami jalan jalan la dulu nak pegi Ladang Strawberry.

Merayau lah kami ni di kawasan persekitaran tu.









Hajat hati nak beli cactus lagi kan?

Tapi tetiba di serang rasa malas. Yang ada tu pun tak terjaga. So aku tak beli apa apa pun. Ingat nak ke Kea Farm. Tapi kena naik ke atas balik semula lah. Nasib baik nampak ada Pasar Tani, singgah sebab nak cari Strawberry kering si Tasya.

Fridge Magnet pun ada juga tapi semua macam yang lama lama lah. Tak berapa menarik sangat pun.

Cuaca pulak tak menentu, asyik nak hujan je. Maka kami pun terus je la decide lepas tu nak balik.

So kami menyusuri jalan lama Cameron Highland tu. Malas nak ikut Simpang Pulai dah.

Tup tup on the way sempat singgah lagi.

Singgah kat Lata Iskanda tu ambik ambik gambar.





Orang pun ramai.

Jadi kami terus kan je perjalanan dan singgah di Kuala Woh !

Tempat di mana aku dengan GBS selalu pegi dulu. Best jugak lepak kat situ. Tapi sekarang ni orang dah ramai kan. Dah terlalu komersial tempat tu.

Kami singgah dan kami pose pose celup kaki di gigi air sungai tu.

Gigi la......

Ada kau gigi?

Abang ada okey. Tapi gigi tak gosok satu hari !

Hiks.






Lepak dalam sejam jugak la situ sebelum kami meneruskan perjalanan.

Dari Tapah sampai ke KL. OR tidur, keletihan. Tak pe lah yang penting dia seronok.

Seronok macam geng geng Zhulian yang sibuk nak meraikan ulangtahun mereka yang ke 50 pada 2039 nanti !

* pengsan.



Dan Ferrari merah abang, membelah lebuhraya terus menuju pulang.

# gambar ehsan CCTV Polis Di Raja Malaysia.

* pengsan sekali lagi !

TAMAT

No comments:

Post a Comment