Pages

Saturday, October 1, 2011

Trip Sawadeekap GBS 1


Ingat lagi satu malam dulu tu, aku lepak dengan IH.

"Beb cuti nanti kita nak gi mana?"
"Ntah. Engkau?"

Dia tanya aku balik.

"Kita pegi Hadyai nak? Aku tak pernah pegi"
"Aku OK je. BW? MH? CP?"
"Nanti aku tanya dia orang. Rasanya BW OK je kot!"

Borak borak dan lepas tu kami start planning lite lite. Masa tu yang confirm nak pegi BW dan MH. CP? Macam biasalah dia. Orang busy selalu je berdolak dalih ! Tapi kami faham. Orang bekeluarga memang macam tu. Kami yang bujang bujang ni panjang langkah tak apa.

Kami buat sedikit persiapan, riki riki apa yang patut. Hajatnya nak drive sampai Bukit Kayu Hitam pastu naik bas ke Hadyai. Aku pun tak tau apa nak tengok kat sana, tapi selama ni aku asyik dengar orang pegi je. Pegi buat apa pun tak tahu.

Hari demi hari, sampai satu malam yang lain, aku lepak dengan IH, MH dan BW. Tiba tiba datang ura dan aku usulkan pada mereka.

"Kita drive nak? Sampai ke Krabi?"
"Boleh ke?"

MH agak musykil.

"Ntah. Aku rasa OK kot. Kita bawak kereta ke sana?"

Masing masing diam. Macam tak percaya. Aku pun sebab dok tengok peta dan aku rasa macam tak berapa jauh. Menarik jugak buat explorer macam ni. Yang best dengan bebudak GBS ni dia orang tak membantah terus terusan. Memang masing masing was was. Aku sendiri pun was was tapi bila aku tengok dan usha dalam internet, itu bukanlah perkara yang mustahil !

Ada logika di situ !


Planning demi planning. Tapi tak de lah fokus sangat. Kami cuma plan macam tu je, ada lah time duduk minum minum tu borak sikit sikit tapi tak planning bebetul. Susah jugak kalau planning habis habisan tapi nanti tak jadi. Tapi dari segi aku pulak, aku dah buat study sikit, macamana nak drive ke sana, apa yang boleh di lakukan dan aku kena yakinkan mereka.. semua ini bisa menjadi realiti !

Sehingga lah hari yang di nanti nanti kan. Hari khamis tu, lepas abis kerja aku balik rumah. Masih belum packing. MH dan start cuti. IH pun sama. BW je kerja. Memula aku ingat nak gerak hari khamis tu jugak tapi sebab ada meeting. Lagipun BW tak boleh blah awal dari opis. Fikir jugak, takkan nak ke Krabi dalam masa 3 hari? Nak drive lagi ! CP tak dapat ikut sebab ada komitmen kekeluargaan.

Kalau naik flight last minute macam tu mana ada tiket murah murah !

Malam tu, IH dan BW dah sampai kat rumah aku time aku masih pose pose tidur petang. Masih belum berkemas. Banyak benda tak siap lagi. Dia orang lepak kat rumah kejap dan time tu lah baru aku nak packing.

"Pukul berapa kita nak gerak ni?"

BW tanya.

"Lewat lewat sikit lah"

Dan aku ambik masa berkemas. Cari passport semua. IH dok buat last minute check up thru internet sebab aku suruh dia yang digest semua benda. Aku dah bagi prilimenary itenarary kat dia. Yang lain biar dia digest.

Malam tu jam 11 malam kami keluar dari rumah aku. Kereta official GBS seperti biasa lah, Cik Putih BW !

Sebelum tu pegi rumah LL4 dulu ambik kamera. BW ada bawak kamera. IH pun bawak kamera abang dia juga. Lepas keluar dari rumah LL4. Terus ke rumah MH. Ambik dia dan kami makan dulu. Malam tu malam New Year jalan agak jem. Tapi masing masing tak ambik pot pun pasal nak celebrate New Year ke apa. Dalam kepala otak masing masing....

Krabi ! Here we come.

Lepas makan malam, kami mula bergerak. IH yang drive. Kami tinggalkan Shah Alam tepat jam 12 tengah malam. Menyusuri Guthrie Highway terus ke Rawang.

Aku dengan MH kat belakang. IH dengan BW yang konon konon jadi co pilot kat depan.

"Tidur ke BW nih?"

Aku tanya IH.

Haram. Co Pilot ke benda, siap berselimut dah ! MH memang kami suruh tidur awal awal sebab nanti dia nak drive. Plannya, drive sikit sorang. Aku ni malam malam nak drive ada limitation skit sebab mata kelabu.

Masuk PLUS highway, masing masing melayan perasaan. BW dan hanyut. MH sesekali hanyut dan terjaga. IH drive penuh tekun. Aku tak boleh lena. Lagipun kesian IH drive sorang sorang. Tukar seat dengan BW. Biar aku lak jadi co pilot. Sekurang kurangnya, aku tak drive tapi boleh teman si IH tu. Kang dia sorang mengantuk pulak.

Perjalanan dari Shah Alam ke Bukit Kayu Hitam smooth je. Tak jem tak apa. Kami sempat singgah di Hentian Sungai Perak. Kecing dan minum minum sikit. Time tu hampir pukul 3 pagi.

"Nak singgah mana mana lagi ke? Awal lagi ni?"

Aku ingat memula nak singgah rumah sepupu aku kat Sungai Petani. Tapi bila sampai area tu dah pukul 4 pagi.

"Terus kan je lah. Kalau sampai awal sementara tunggu boarder bukak, kita tidur dulu"

Masing masing bersetuju.

Akhirnya seawal pukul 5.30 pagi, kami dah tiba di Bukit Kayu Hitam. Not bad lah 5 jam setengah drive. Sampai kat situ terus blur.

"Apa nak buat ni?"

Kami riki riki tempat tu dulu. Tak de apa apa pun.

"Kita kena buat insurance keta, tukar duit ni semua. Aku rasa ada kedai bukak tepi tu. Kita cuba riki"

IH patuh dah drive berpatah balik. Sampai kat Boarder memang tak de kedai yang bukak. Ada deretan bas dan kereta menunggu pintu sempadan di buka. Bagi kami masih awal. Masih banyak benda perlu di siapkan dulu. Sebelum sampai boarder tu ada 2 kedai. Kat situ boleh beli insurance kereta dan siapkan dokumen imigresen. Bayaran untuk insured kereta dengan imigresen cuma RM18.

"Nak tukar duit sini ke?"
"Ya lah"
"Sorang berapa budget ni?"

Masing masing bertanya aku. Aku sendiri pun tak pasti. Tapi lepas kira kira. Akhirnya aku buat keputusan.

"Sorang tukar RM500. RM300 buat duit trip dan RM200 tu untuk individu, nak shopping ke apa ke?"

Masing masing bagi aku duit RM500 dan aku tukar. Siap semua urusan. MH pun dah berak ! Kami pun bergerak semula seawal pagi tu untuk mula masuk boarder.

Kereta agak banyak. Orang pun dah mula ramai, tapi masih OK lagi.


Lepas boarder Malaysia, dia chot passport semua tanpa perlu kami turun. Tapi sebaik saja nak lepas boarder Thailand, kami kena parking kereta dulu di kawasan yang di sediakan. Beratur untuk chop passport. Lepas tu kena ambik pass untuk bawak kereta masuk. Owner kereta mesti ada. So BW yang kena beratur dan aku teman dia. IH dan MH tunggu dalam kereta.


Lepas siap semuanya. Kami mula bergerak. Tak de banyak hassle. Cuma sebab kita orang tak berapa tahu, so kena dua tiga kali pegi ke kaunter tu. Padahal boleh buat sekali harung je walaupun kaunter yang berlainan.

Akhirnya, Cik Putih berjaya melepasi sempadan.

Aku masih belum tidur sejak semalam. IH pun sama. BW dah macam orang kurang sara. Dengan rambut bersepahnya, muka sembabnya asyik membuta je keta. MH yang drive.

Perjalanan melepasi sempadan Thailand dan terus ke Sadao yang jaraknya tak berapa jauh. Kami singgah di 7 eleven dulu beli peta.

Aku masih jadi co pilot. MH drive. IH dan BW kat belakang.

"Kita singgah mana mana dulu. Cuci muka ke apa ke"

Cadangan di sambut baik oleh semua orang. Ya lah. Dari semalam muka masing masing dengan tak mandinya. Kalau dapat air, simbah simbah pun segar juga.

Sepanjang perjalanan tu, banyak masjid kelihatan. Memang tak susah nak cari. Tepi tepi jalannya. Akhirnya kami ambik keputusan untuk singgah kat satu masjid ni. OK jugak. Boleh gosok gigi dan bersegar segaran. Yang penting MH nak berak lagi !

Biasalah, tag MH. Berak ! Berak ! Berak ! Di mana saja anda berada.......

Perjalanan dari sempadan terus ke Krabi melalui pekan Phattalung dan Trang terus ke Krabi tanpa perlu masuk ke Hadyai.

MH drive straight. Kalau kira kira, dari sempadan kami bertolak jam 7 pagi dan terus perjalanan, hanya singgah di satu kawasan berbukit ni. Konon namanya Scenic View. Tapi permandangan macam belakang rumah aku.


Jalan agak smooth juga. Cuma banyak pick up truck dan u turn sebab jalan dia cuma expressway je bukan highway macam kat tempat kita. Sepanjang perjalanan cuma deretan rumah rumah orang dan ada kuil kuil besar yang mana kami sempat singgah nak ambik gambar.

Tak boleh buang masa. Kami kena teruskan perjalanan.

Peta yang kami beli tu tak berapa membantu. Ada satu time tu, kami stop tepi jalan, nak figure out mana nak pegi. Tapi dengan bebudak GBS ni best. Sesat ke apa ke, tak stress. Masing masing macam fun fun je.

"Mana ni?"

MH tanya. Dia tukar drive.

"Kiri. Eh kanan. Peta ni bodoh lah. Terus je lah"

Hahaha. Macam tu la lebih kurang. BW tak abis abis melebam kan mata membuta. Dari keluar Shah Alam sampai dah ke Phattalung tu asyik tidur je. IH tidur tidur ayam. Aku tak tidur tidur jugak. Mata dah tak boleh nak bukak. Tapi tahan dulu !

Pekan Trang tak ada apa apa sangat. Masing masing kelaparan. Tak sempat nak makan lagi. Ingat nak cari kedai halal kat Trang tu tapi haram tak jumpa.

"Kau tengok kanan IH. BW tengok kiri kot ada makcik makcik pakai tudung ke"

Aku bagi arahan. Tapi haram tak jumpa. Sampai ke sudah akhirnya kami teruskan perjalanan je. Nasib baik ada cokelat dalam kereta. Masing masing dok pulun makan cokelat bagi mengisi perut.

Janji kenyang.


Sepanjang perjalanan kami terpaksa berhenti isi minyak dulu. Minyak kat Thailand agak mahal dari minyak kat Malaysia. Kalau kat KL full tank keta Cik Putih baru RM50 lebih, tapi di Thailand, dekat mencecah RM100 ringgit. Tu pun kami dah isi siap siap sebelum masuk boarder tadi.

Masalah kat Thailand ni, tak ramai orang reti cakap English. So jadi macam ayam dan itik pulak. Kami singgah pun kat stesen minyak tu je. Sempat kencing dan beli air dalam botol. Splash Minute Mate dia inzal okeh !!!

Kami bertolak jam 12 tengah malam dan tepat jam 12 tengahari, kami sampai ke pekan Krabi !

Masing masing dah mula excited. Dah tak de orang tidur dah.

"Betul ke ni jalannya"
"Betul. Tapi ini bukan destinasi kita. Kita kena pegi ke Ao Nang Beach"

MH drive melengkar lengkar dalam pekan Krabi. Tak de apa sangat. Pekan biasa je. Tapi tiba tiba.

"Singgah sini jap. Ambik gambar"

Ada satu spot kat pekan Krabi tu bersebelahan dengan sungai Krabi. Cantik juga kawasan dia. Tapi kami fikir... untuk drive 12 jam dan nak tengok scenery macam ni je?




Sedih ! Hampa ! Kecewa !

Tapi masing masing tak komplen. Park kereta tepi tu dan kami turun untuk ambik gambar. Masing masing pose pose dengan muka lebam !

Untuk pengetahuan semua, Krabi bermaksud pedang ! Tapi kami memula ingat maksud dia Ketam sebab ada gambar ketam kat pekan dia tu. Tak kisah lah, apa apa pun. Tapi masing masing dah letih. Mengantuk. Penat semua ada. Dengan tak mandi nya cuma cuci muka. Dah tak sabar nak sampai ke destinasi, nak check in bilik dan sebagainya.

"Sampai ni aku nak tidur"

Aku masih belum tidur. Macam Zombie dah bijik mata.

Dari Pekan Krabi kami menyusuri jalan jalan lagi menuju ke destiasi yang patut kami pegi. Ao Nang Beach. Tapi peta tu lah, macam pokemon ! Langsung tak membantu. Kami terpaksa tanya orang.

"How to go to Ao Nang Beach"
"You go here. Not far. Left right straight"

Hahahah. Lawak bila orang Siam cakap English. Tapi sedaya upaya dia nak kami faham. Siap nak tunjuk jalan keluar. Nasib baik mereka agak friendly dan kami pun akhirnya jumpa jalan yang sepatutnya kami ikut.

Perjalanan dari pekan Krabi ke Ao Nang Beach dalam 20 KM saja. Tapi banyak kereta, dan jalan raya pun macam tengah banyak construction, so kena drive slow slow. Tapi kami dah mula nampak batu batu besar macam kat Batu Caves tu di sepanjang jalan. Dalam hati terdetik.

Kejap lagi kami bakal sampai !

Dan kami tiba di Ao Nang Beach selepas tu. Dia ada pekan dia tapi more to tourist destination. Masing masing dah excited.




Kami menyusuri tepi pantainya dan hati aku sedikit gembira. Sekurang kurangnya perjalanan sejauh ini agak berbaloi. Kelihatan banyak bot bot di gigi air. Pulau pulau juga kelihatan tidak berapa jauh dari pantai.

"Menarik juga"

Kenderaan bersimpang siur. Deretan kedai kedai memang meriah.

"Park sini lah. Aku cari bilik !"

Kami belum booking bilik. Memang ingat nak walk in je. So dia orang tunggu dalam kereta dan aku cari bilik. Mula mula cari yang facing laut tu, tanya punya tanya, rata rata harganya agak mahal. Kira dalam RM200 lebih semalam. Sepatutnya tak semahal tu.

Akhirnya kami cari lagi dan akhirnya dapat bilik yang murah sikit.

RM80 !

OK lah. Not bad. Tapi ada problem sikit lepas tu. Sebab kami nak sumbat 4 orang dan bilik tu pulak satu level dengan lobby. Dia cas lagi RM20. So harga bilik RM100. OK lah jugak. Lagipun masing masing dah keletihan. Ingat nak mandi dan berehat je. Perut pun dah berkeroncong senandung sayang.

Tak boleh jadi ni.

Aku dok borak borak dengan minah jaga hotel tu. OK jugak. Lepas fikir fikir, hari masih awal lagi. Kalau nak pegi Island Hopping besok, hari ni kami nak buat apa? Lagipun masa terhad. Kami cuma ada 2 hari di Krabi dan hari ke tiga kami dah plan nak gerak balik ke KL.

Ada dua package island hopping.

Pertama melawat 4 islands. Pulau pulau berdekatan dengan Krabi ni. Kami ingat nak ambik yang tu. Tapi ada satu lagi package boleh terus ke Phi Phi Island. Tapi yang ni mengambil masa satu hari jugak trip nya. Kalau boleh memang nak ambik dua dua package.

"Cemana?"

Aku tanya bebudak GBS.

"Ikut je lah"

Tu lah jawapan dia orang. Tetap aku nak buat keputusan. Tapi aku OK je.

"Kita start 4 islands petang ni. Besok kita ke Phi Phi?"
"OK. Tapi MH tak letih ke?"
"Aku OK je"

Dia menjawab. Kesian jugak sebab dia drive dari pagi. IH pun dah sempat lelap dalam kereta. Aku ni tak tidur tidur ! Aiyohhhh. Apa jadi dengan aku ni?

Selepas kami selesaikan semuanya, masing masing bersependapat.

Petang tu kami pegi Island Hopping 4 islands tu. Tapi tiket tak dapat beli kat hotel tu. Sebab trip tu biasanya pagi. Dia kata kalau nak jugak, kena tanya kat kaunter boat kat tepi pantai tu. May be dia orang boleh arrangekan private tour. Kami book yang phi phi Islands trip je dengan harga 1200 Baht seorang. Not bad lah. Lepas tu kami riki riki, kalau kat tepi tepi jalan dia orang bagi 1300 Baht tapi kalau boleh bargain dapat juga 1100 Baht.

Tak kisah lah.

Masing masing dah excited. Masuk bilik. Tak sempat berehat apa. Letak beg. Mandi dan solat ikut turn lepas tu terus bersiap.

"Kita snorkelling ke petang ni?"
"Pakai je la baju baju yang patut"

Masing masing tak membantah. Bersiap semua dengan sapu losyen dan sebagainya kami tinggalkan bilik penginapan.

Destinasi kami, ke tepi pantai. Tak jauh pun. Tak sampai 5 minit menapak.

Kami singgah di kaunter boat tu dulu. Sebenarnya memang boleh arrange walaupun hari dah petang tapi harga agak mahal sikit. Kalau biasa orang bayar 400 Baht seorang, tapi kali ni kami kena bayar 2200 Baht untuk satu boat !

Bagi bagi pun tak de lah banyak beza. Plus dah tengahari dan kami pun tak de masa nak bargain lebih lebih.

Kami setuju !

Sebelum tu isi perut dulu.

Tak susah nak cari kedai kedai Halal. Nampak je makcik makcik pakai tudung tengah mengoreng. Masalah dengan mereka ni, nak cakap English lah. Aduh ! Menangis nak bagi faham.

Kami duduk makan. Makcik ni ambik order.

"I repeat. Rice with Chicken.... bla bla bla...."

Dia sebut semula makanan yang kami order. Masing masing angguk tanda bersetuju.

"Moment please......"

Kann ! Kami terkesima sekejap. Masing masing saling berpandangan. Wah ! Makcik tu tetiba English dia sangat high level. Padahal nak sebut air pun punyalah terbelit lidah. Tetiba Moment Please....

Bantai gelak je lah kita orang.

Duduk makan, makanan tak berapa inzal tapi kami dah tak de masa. Kena cepat sebab boat cakap pukul 3 kami kena gerak.

Makan ala kadar dan kami terus pegi kat kiosk tiket boat tadi, selesaikan semua.

"You go there. Boat waits"
"OK"

Kami tengok di tepi pantai dah ada yang melambai lambaikan tangan. Itu lah boat yang kami akan naik !

Kalau ikut letih memang letih. Tapi kami excited !

Naik boat yang di panggil Long Tail Boat ni kami di bawa ke pulau yang pertama untuk Island Hopping package ni.




Suka hati kita orang. Dalam boat tu kami berempat je. Feeling feeling lah ni. Kejap kejap nak pose ambik gambar.

Perjalanan dari Ao Nang Beach ke pulau pertama tak sampai setengah jam. Walaupun bot tu tak de lah laju sangat. Air tak berapa berombak melancarkan lagi perjalanan kami.

Tak tahu apa nak expect di pulau tu. Destinasi kami, Tup Island !




Tup Island ni merupakan pulau kecil yang terletak dengan Chicken Island. Satu lagi pulau nama dia Mok Island. Tiga Islands ni berdekatan. Yang menariknya, bila air surut, kami boleh berjalan dari satu pulau ke pulau yang lain.

Agak menarik juga.

Sampai je.. Wah ! Chantek !








Tapi orang ramai gila. Kebetulan air tengah cetek. Masing masing mengambik kesempatan berjalan atas pasir yang menghubungkan ke tiga tiga pulau ini.

Memang lawa. Menakjubkan. Airnya sangat jernih. Tapi sebab orang terlalu ramai, kami menapak dan terus je ambik port cantik dan rehat rehat. Kami di beri masa 40 minit oleh abang yang bawak boat tadi. Dia tunggu lah kat bot tu.

Layan gambar gambar di sini.

Selepas tu, kami nak boat semula dan menuju ke Chicken Island. Sebenarnya pulau yang ni kami dah singgah tapi masa segitiga 3 pulau tu, tapi kali ni kami di beri view dari hadapan nak menujukkan kenapa, pulau ini di panggil Chicken Island.

Ya. Ada kepala ayam sikit.





Selesai ambik gambar, kami di bawa semula oleh boat tadi dan terus ke pulau seterusnya. Poda Island ! Jaraknya tak de lah jauh pun dari satu pulau ke pulau yang lain. Dan pulau nya lebih kepada pulau kecil berbatu kapur dan ada pantai sikit.

Tapi Poda Island ni sangat lawa. Yang nampak lebih lawa sebab ada batu besar yang menjadi signature Krabi ni. Batu yang terletak berhampiran dengan tepi pantai Poda Island ni.

Kami singgah. Layan ambik gambar. Menghirup udara segar tepi pantai sambil berposing. Lepak dan mandi manda.

Agak menarik.








Keletihan drive dari semalam mula hilang. Masing masing terubat dengan keindahan alam semulajadi yang tak tahu macamana nak describe. Memang cantik. Memang menarik.

Layan lagi gambar gambarnya.

Selepas menghabiskan masa di Poda Island. Aku, IH dan MH dah mandi laut semua. BW pose pose pakai spek mata hitam duduk tepi pantai. Feeling ler tu.

Dan kami meninggalkan Poda Island menuju ke tanah besar semula. Tapi kali ini bukan di Ao Nang Beach. Tapi di Phranang Beach.

Dekat Phranang Beach ni ada juga seketul batu besar. Cantik. Pantainya agak panjang. Ada resort mahal kat situ. Katanya satu malam boleh cecah RM10 ribu ringgit. Tapi tak berapa exclusive sebab ramai orang di pantai sebab dia dah menjadi satu destinasi penting kalau ambik package 4 islands ni.

Kat pantai tu ada cave juga.

Masa tu dah nak dekat senja. Mula lah matahari mengambil tempat untuk beradu.










Masa tu masing masing dah inzal tengok sunset lawa gila. Lawa gila gila !

Ambik gambar sampai habis battery kamera.

Kami tinggalkan Phranang Beach dan pulang ke Ao Nang Beach.


Malam tu kami jalan jalan di kedai kedai berdekatan tu. Cari tempat makan. Banyak kedai kedai. Tapi masing masing dah keletihan.

Dapat makan. Seafood dia agak menarik. Dan tak mahal.






Balik bilik dan semua pengsan !

Masing masing dah keletihan. Masing masing kepenatan. Tapi trip hari pertama agak menarik. Dan kami tak sabar sabar untuk trip ke dua esoknya. Trip ke Phi Phi Island....

bersambung...

5 comments:

  1. errrrr entri nih bukan dah ada ke dulu???

    ke meg yg silap?? aiyoooooooooo :)

    ReplyDelete
  2. cucuk perut meg dgn garfu.

    hah laa..

    kan dah ckp trip GBS dulu pegi krabi.. mesti la dah lama.

    ReplyDelete
  3. tula..rasa dah bace hahahhahaa

    ReplyDelete
  4. Rose : dlm mimpi kot? hahaha


    MKL : nak pegi lagi. Insya Allah

    ReplyDelete