Pages

Thursday, October 27, 2011

Explorasi Kenyir - 2 - Resort

Kembali bersiaran untuk episod ke 2.

Untuk kali ini, kita akan sama sama menjelajah ke kawasan penginapan habang semasa berada di Kenyir hari tu.

Sebenarnya ada banyak jugak resort di Tasik Kenyir ini. Tapi ! Mostly yang datang ke sini untuk memancing dan sebagainya mereka lebih suka menginap atas bot. Kaedahnya macam ni. Kita sewa bot. Pastu bot tu bawak kita jalan jalan pusing pusing sekitar tasik tu ikut la beberapa hari yang kita mahu.

Dalam bot tu semua ada lah. Kelengkapan memasak. Kelengkapan tidur dan sebagainya.

Dan macam tu lah kiranya.

Dekat Tasik Kenyir ni, tempat di mana bot bot semua berkawan kawanan adalah di Pengkalan Gawi. Pengkalan Gawi ni kiranya terletak hampir 40KM dari pekan Kuala Berang yang agak megapolis itu.

Bagi aku dan OR yang dah siap siap booking hotel. Jadi kami tak bermasalah lagi nak mencari tempat tidur. So aku dah pun book di sini. Salah satunya resort bertaraf antarabangsa di Tasik Kenyir ini.

Antarabangsa la konon.

Ya lah kot. Kira ada bintang bintang lah. Dan sesuai la dengan abang yang berstatus Artis Antarabangsa ni kan?

* lari pakai jubah.

OK lah. Ayuh. Kita melawat di kawasan persekitaran ini.

Dari Pangkalan Gawi ke Tasik Kenyir Resort & SPA ni tak jauh pun. Kiranya dari Pangkalan Gawi tu dah boleh nampak resort dan chalet di seberang tasik yang masih di hubungi oleh jalanraya yang masih baik.

Dan di Pangkalan Gawi tu sendiri selain daripada tempat pengkalan bot, ada juga la kedai kedai menjual makanan, minuman, kiosk kiosk tour dan sebagainya.

Ada juga balai polis, dan pusat penerangan pelancongan. Kira memang kawasan tu tourist center la kiranya.

Tapi situ tak penting. Yang penting adalah resort yang abang nak menginap ni. Yang konon konon bertaraf antarabangsa sesuai dengan status ke artisan abang ini.

* mati la....

Sampai sampai, kami di sambut dengan lambaian pokok pokok palma yang terdapat di situ.

Wah. Sudah terasa kedamaiannya. Walaupun penat sepanjang perjalanan, tapi bila sampai ke kawasan ni, hati jadi riang.


Masuk masuk je kat gate dia ni, then terus drive ke kawasan parking.

Barang di ingat, di dalam resort ini tidak di benarkan drive. Ngertik ! Kawasan ni berbukit dan jalan dia kecik. Penuh dengan pokok pokok dan chalet saja jadi untuk preserve tu semua, maka. Kita semua kena naik buggy nih !


Ha............

Nampak tu buggy dia.

Masa sampai kat parking bawah tu, nanti ada satu pusat menunggu. Kat situ ada toilet apa semua dan ada telefon untuk mendail ke lobby.

Dail no 3 untuk mereka datang hantar buggy !

Tunggu la kejap, lepas tu tak lama, menderu bunyi buggy dengan engine macam kapal perang. Bising okeh, turun dari bukit tu. So nanti dia akan pick up ke situ dan bawak ke lobby.

Boleh je nak menapak ke lobby tu tapi atas bukit sana. Mahu mengah dan tercirit di buatnya karang !

So sampai ke lobby.



Lobby dia memang lawa lah.

Baru la nampak gah dan megah. Mewah dan grand saga. Dok gitu? So kami dengan gaya ala ala pelancong pun kena buat muka mewah.

"Ya. Selamat petang Encik"
"Selamat Petang. Boleh saya tahu nama Encik"

Wah.... berencik encik pulak la ko. Motip tak tau nama abang selaku Artis Antarabangsa ni?

Tapi kira OK lah. Sampai sampai di bagi minum dulu. Welcome drink katanya. Air oren je segelas uols. Ingat bagi la jamu cucur udang dulu ke kan? Tapi tak pe lah. Minum la penghilang dahaga.

Urusan check in berjalan lancar. Tak leceh la sebab dah reserve semua benda, maka terus dapat kunci. Masa tu hari dah pun petang. So kami fikir, kalau nak balik ke chalet, kang nak keluar balik semula. Nak makan la apa lah sebab dari lobby ke setiap chalet tu macam jauh. Chalet berselerekkan jugak la, maka kami jalan jalan dulu di kawasan lobby resort tu.



Lobby dia memang besar lah. Bertingkat tingkat.

Dari perkarangan atas lobby tu dah boleh nampak ketenangan tasik Kenyir yang memukau pandangan.

Dan dari sudut atas lobby bila tengok ke bawah, nampak pool !!

Terus perasaan bergelojak nak mandi manda.

"Mandi nak Yang?"
"Sekarang?"
"Hah laa.. Kang dah balik bilik, takkan nak datang sini"

Jadi kerja lak kami berdua ni. Terus je bawak turun beg dan bersalin kat situ siap siap nak terjun.

Memula tu tak de orang sangat so tak kisah lah. Cuma masalahnya pool towel tak de. Bila contact orang hotel dia kata nanti dia bawak turun.

Abang bila tengok towel, apa lagi. Terus inzal sampai ke dasar kolam.

Berbelang belang okeh towel dia ! Harus aku paw. Niat suci dan tak berapa murni telah di kotori dengan niat nak curik towel. 

Pedulik !

Tapi tetap kami mandi dan pose pose beraksi di kolam tu dulu. Bersantai. Best jugak. Tapi lepas tu ramai pulak orang mandi manda. Tak lama kami naik.

Dan ini suasana dan permandangan di aras bawah dan sekitar kolam renang.





Kami melepak lepak jugak la di kawasan lobby resort tu.

Mula mula macam nak tunggu sunset tapi macam tak berapa nampak, pemandangan kurang indah. So kami decide balik ke chalet je lah.

Dari lobby ke chalet tu naik buggy jugak. Just bagitau je kat bell boy situ then nanti buggy datang dan hantar ke chalet.

Chalet kami nombor 308. Lake view.




Ha...

Sampai ke chalet.

Kat sini, chalet dia ada 2 jenis lah. Satu garden view dan satu lagi lake view.

Kalau garden view memang nampak hutan je lah. Tapi Lake View pun sebenarnya nampak tasik kadang kadang ikut nasib. Ada bilik yang nampak jugak la tasik, dan ada jugak yang penuh pokok sebab pokok besar besar kat situ masih terjaga rapi.

Sampai je bilik, usha dulu persekitaran.





Wah..

Koma tengok katil dia.

Inzal okeh. Katil King Size. TV LCD. Pastu yang lain lain semua memang cukup kemas dan rapi. Terus rasa nak tidur je.

Tengok bilik air dia besar gila. Closet dan wardrobe pun besar. Usha towel dia, not bad ! Boleh paw jugak ni. Pastu tengok sekeliling...

Puas hati !

Dan ada balkoni juga. Tapi malam tu masa sampai bukak sekejap je. Dah la gelap pastu banyak binatang terbang masuk bilik. Takut nyamuk pun ada, jadi kami tutup je lah.

Duduk dalam bilik dan berehat rehat. Mandi manda. OR kepenatan terus baring baring. Katil dia best jugak lah. Memang rasa hilang kepenatan seharian dalam perjalanan.


Aku nak kena usha tour jugak. Memang sebelum aku pergi tu ada la aku contact mamat ni, tanya dia kalau nak explore Tasik Kenyir macamana. Dia kata boleh sewa satu bot, harga bot tu RM600 !

Gila !

Pastu aku cakap dengan dia nanti aku call balik dia. Dan kat resort ni pun ada jugak tour sendiri. Yang best nya tak payah sewa private boat, boleh share share dengan orang lain dan harga dia pun berpatutan.

Memula kami ingat nak ambik tour pegi Lasir Waterfall, tapi lepas tu contact hotel dia kata penuh. Jadi kami terpaksa ambik Lake Cruise je.

Tak kisah lah. Janji ada aktiviti jugak lah.

Yang kelakarnya, kat phamplet tu, dia eja minumum jadi, MINIMUN.. tetap kalau dah Terengganu tu, suka suka dia je nak buang M jadi N. Nasib tak tambah G je.

Malam tu kami melepak dan tiduran terus. Dinner makan makanan yang kami beli kat kedai di Kuala Berang tu je. OR masak maggie dan kami makan roti. 

Esok pagi baru la boleh usha pemandangan kat luar. Ni hah gambar di kawasan balkoni dan sepersekitaran Tasik Kenyir Resort & SPA.








bersambung............

No comments:

Post a Comment