Tak de berita tergempar la uols nak update. Korang ada cerita?
Sebagai reporter tak bergaji ni, aku memerlukan berita berita hangat dan hangus juga. Kalau nak update mengarut mengarut ni memang la boleh, tapi tak best kan?
So, abang perlu jelajah kota untuk dapatkan berita berita lebih terkini dan sensasi untuk tatapan semuah.
Oh. Sebelum tu aku nak bagitau, hari tu kat masjid masa aku solat Jumaat. Tempat orang ambik air semayang tu kan, ada banyak pencuci muka. Aku tak tau la sapa punya. Mungkin ada yang duduk bermukim di situ.
Tapi !
Salah satu pencuci muka di situ adalah.............
SKII
Korang tak merasa komah?
Kegilaan terhadap Mille Crepe masih belum pulih.
Hahahaha. Memperkenalkan Mille Crepe lagi. Aiyo. Mati la gemok hari hari makan MC. Hari tu aku ke FF lagi.
Aku rasa orang kat kedai tu macam dah cam muka aku dengan IG. Hari hari ke situ. Tapi kali tu pegi sebab nak bagi sorang manager ni rasa.
Tapi waitress cantik cantik dah tak de uols. Semua tinggal jejantan. Tak berapa cantik mana. So skip acara nak mencuci mata. Tapi ada yang menarik lagi kat kedai tu selain MC.
Hiasan dinding dia.
Tak percaya? Tengok ni.
Cute kan gambar lukisan dia kat dinding ni.
Ada satu tu, aku tak sure gambar gajah ke atau babi. Kadang tengok macam babi pun ada. Tapi ada sayap.
Dan menu hari ni, kami belasah makan Mille Crepe Mango. Memang sedap. Tapi tak boleh makan banyak banyak. Dan tak boleh makan lambat lambat.
Kalau semalam IG makan Carbonara. Aku makan Spicy Chicken Pasta. Hari ni IG nak makan Spicy Chicken Pasta. Dia kata inzal.
Aku tanya minah Manager sorang tu, apa pendapat dia tentang MC. Dia jawab.
"Hmmm sedap ! sedap ! Aku suka"
So maksudnya, tak de lagi aku jumpa orang yang tak suka. Benarlah bagai di kata, ianya inzal dan boleh bikin kamu semua rebah.
Dipersilakan mengadap menu makanan.
Hari tu jugak, aktiviti perkumpulan GBS.
Balik keje aku menunggu IH dengan BW datang culik aku sebab kami nak pegi rumah MH. BW nak ambik modem MH. Rumah MH kan dah pasang Unifi sekarang ni. Bravo ! MH dah boleh online tanpa batasan lepas ni.
Akhirnya mereka berdua sampai jugak. Aku dah kelaparan. MH kata kalau gerak SMS dia dulu, dia nak goreng keropok. Dia dah siap siap barang untuk masak bihun. Tapi nak suruh BW yang goreng.
Sampai sampai je, nasib baik ada keropok dan nugget dan terhidang.
Belasah dulu melantak sementara tunggu BW goreng bihun. Semua lapar. Then lepas tu baru la bihun siap dan kami sama sama makan sambil berborak.
Dipersilakan tunjuk muka, menu menu malam ini.
Lepas habis makan, layan DVD.
BW bawak movie Bridesmaid.
Movie ni IH punya. Dia hari tu pegi tengok wayang cerita ni dengan Ratu Bogel. Ratu Bogel la yang ajak dia. So IH ni layan kat wayang dia kata cerita ni lawak.
So masa gi Uncle Leong hari tu dia beli DVD. BW pinjam so dia nak pulang kat IH, bawak pegi rumah MH. So melayan lah.
Cerita dia ntah hapa hapa. Lawak gak la tapi lawak penuh lucah. Ada la part part bangang dah bodo buat aku gelak. Tapi memang mengarut la cerita dia.
Korang dah tonton?
Lawak sengal penuh dengan kelucahan terlampau.
Kisah dia macam ni.
Pompuan yang gown putih tu nak kawin. So dia panggil la kawan kawan dia jadi bridesmaid. Dalam 5 orang kawan dia tu, yang sebelah kiri dan kanan dia tu macam saling berdengki lah. Just nak prove antara mereka sapa yang lebih akrab dengan minah ni.
So dia orang berlawan lawan la tak nak kalah.
Macam macam la angkara durjana mereka. Seperti pompuan paling gemuk tu terberak dalam sinki kat kedai pengantin. Pastu dia orang buat huru hara dalam flite nak pegi vegas sampai la dia orang semua bergaduh berpecah belah sebelum sempat pompuan tu kawin lagi.
Macam tu la lebih kurang cerita dia. At the end, pompuan yang nak kawin tu stressed dengan kawan kawan dia yang ntah hapa hapa ni.
Tapi dia berjaya jugak la kawin dengan acara penuh gilang gemilang.
Aku tak syorkan tengok di wayang sebab nanti ada part part korang agak gelak keluar bunyi badak sumbu.
* tolak BA.. No ! No ! No !
Tapi kalau nak beli DVD dan tengok di rumah oke lah. Tapi barang di ingat, ada banyak part part lucah tak bertempat dalam cerita ini.
So, tu je la beberapa acara untuk minggu ini.
No comments:
Post a Comment