Pages

Tuesday, September 27, 2011

Phuket Trip - 7 - Serata Raya Pulau Phuket

Sambung sini.

Ini episode last dah.

Pagi yang hening tu aku dah bangkit. Aku bangun turun dan pegi 7 eleven dan beli kopi. Minum kopi dengan swiss roll sebagai pengisi perut. 

Tak de la lapar sangat dan tak de la kenyang sangat, tapi kopi adalah mesti. Jika tidak, abang gagal berak dengan inzal. Tahik tidak berapa cantik !

Hari last ni, kami dah janji dengan Mr Run tu supaya dia bawak kami pusing pusing seluruh Pulau Phuket ni. Dia yang nak sangat bawak kita orang kan, so kami pun setuju la menjadikan beliau supir kami. Deal dia, dia ambik aku kat hotel dan bawak aku pusing pusing satu Phuket. Seterusnya petang nanti dia akan hantar terus ke airport.

Bayaran untuk dia selama lebih kurang 6 jam ini adalah sebanyak THB1400 atau RM140.

Kira OK lah tu. Lagi pun mana nak cari teksi yang boleh bawak kami pusing satu Phuket lagi.

Tepat jam 12 lepas siap sedia semuanya kami pun check out dari hotel. Sempat la aku dok borak borak dengan budak hotel tu dan dia sibuk tanya aku cemana dia nak keje hotel di Malaysia.

Motip la. Mana aku tahu. Budak tu Islam jugak. Duduk di Hatyai sana dan bekerja di Phuket. Dia kata dia ada sedara bukak restoran di KL tapi dia sendiri pun tak tau kat mana dan tak pernah sampai ke KL lagi.

Layan layan borak dengan dia la sementara tunggu Mr Run sampai.


Tengok tu dia eja subject jadi supject !

Dan bila Mr Run tiba kami semua dah ready. Tak de apa dah yang tinggal jadi kami terus masuk ke teksi Mr Run dan dia bawak kami berpusing pusing sekitar pulau Phuket ini seperti yang di janjikan.

Ayuh !

Mula mula kami ke Karon Beach.

Karon Beach ni merupakan satu lagi destinasi pelancongan di mana pantai untuk mandi manda. Tapi barang di ingat, kat sini air dia agak kuat dan berombak dan aktiviti mandi mandi adalah berbahaya. 

Kiranya di larang lah.

Tapi kat sini banyak la hotel hotel mewah tepi pantai. Memang kawasan ni kawasan eksclusive skit lah. Hotel hotel macam Hilton. Le Meridien. Hyatt. Semua kat area ni lah.

Dan tepi pantai dia memang ramai yang bergelimpangan tak tentu arah pose pose membakar diri sendiri.

Apa yang membezakan pantai Karon dengan pantai Patong adalah, pantai Patong ni lebih sesuai untuk golongan muda mudi macam abang ni.

* batuk kecil

Dan Karon ni more untuk family family atau orang kaya yang nak lepak lepak pose pose je. Patong tu lebih pada hiburan dan entertainment especially di waktu malam.

Kedai kedai juga banyak di sini menjual pelbagai barangan tapi memang harga dia agak mahal daripada di Patong.




Ini hah gambar Mr Run.

Bagus jugak la pakcik ni. Dia duduk nu jauh di Phang Nga Bay sana. Kawasan kampung. Ada anak lelaki sorang. Sibuk la dia bercerita pasal anak dia yang semakin membesar tu dan kerisauan dia tentang gejala sosial remaja remaja di Thailand sana.

Gambar di bawah ni dia tengah punggah beg aku bubuh kat belakang.  

Dan aku baru balik dari tepi pantai mengambik gambar.


Dan.

Untuk pengetahuan, selain daripada Patong, Karon. Pantai seterusnya adalah pantai Kata !

Pantai Kata ni lebih ke arah selatan lah. Dan di sini juga banyak resort resort mewah seperti Club Med dan Shang ri La.

Pantai dia lebih kurang orang dan agak bersih.

Tapi tetap tak boleh nak mandi. Ombak besar. Cuma ada orang surfing je.

Kau mampu nak surfing?

Abang pun tak mampu. So aku duduk tepi pantai tu lepak lepak makan buah lepas tu ambik gambar. Tengok apa yang menarik di sana.

Ayuh.





Kau orang mampu beraksi dengan pakaian sebegini di tepi pantai?

Tutup aurat di atas, tapi terperohong di bahagian bawah !

Dan sini adalah jugak orang mandi mandi di kawasan cetek. Feeling feeling nak main air. Ada jugak yang jogging tengahari buta.

Dan macam macam lah. Ada je aktiviti dia orang ni.







Dari pantai Kata, kami terus lagi ke selatan pulau Phuket tersebut.

Menyusuri jalan jalan yang boleh di katakan OK lah keadaannya. Tak de lah berlubang dan jalan tak de lah sempit. Kenderaan tak berapa banyak sangat tapi ada lah. Macam macam jenis kenderaan pun ada.

Dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Akhirnya Mr Run bawa kami ke satu kawasan rekreasi. Situ ada orang main go kart. Ada orang main archery. Ada gajah dan sebagainya jugak.






Gajah gajah ni boleh di naiki.

Masalahnya, dia punya timing tu lama sangat. Paling pendek sejam. Kita akan di bawa naik gajah tu keliling kawasan hutan dia. 

Pose pose atas gajah lah.

Abang dan gajah? Harus la gajah tu tak nak bawak dia kata sama berat !

* nanges.

Tak de lah. Masalahnya masa tu tak sempat. Kalau naik benda ni sejam lebih, kang kurang masa untuk merayau ke tempat lain. Jadi kami jalan jalan tengok tengok keadaan je lah. Lepas tu bila dah puas, kami teruskan perjalanan ke kawasan lain pulak.

Seterusnya Mr Run bawa kami ke kawasan lebih terkebawah. Kami nampak la patung Budha yang besar atas bukit tu, tapi bukan tu destinasi yang ingin kami tuju.

Ada tempat yang lebih menarik lagi.


  
Nai Harn Beach !

Kawasan ni bukan la destinasi pelancongan sebenarnya tapi more to kawasan untuk penduduk setempat. So kiranya di kawasan ni boleh tengok aktiviti utama penduduk di sini.

Kalau pantai pantai lain memang penuh dengan pelancong lah so kita tak terasa berada di negara Thailand sangat tapi di kawasan ni memang penduduknya rata rata orang local. Mereka mengerjakan kerja kerja seharian mereka seperti bercucuk tanam, ada yang menjadi nelayan. Ada jugak tempat boxing Thai di sini. Memang kiranya kawasan ni lebih asli la di pulau Phuket ini.

Cukup dengan itu, akhirnya perjalanan kami menyusuri kawasan berbukit dan akhirnya tiba di kawasan paling hujung, paling selatan, paling terkebawah di Pulau Phuket ini.

Namanya Phromthep Cape.



Di sini bentuk muka bumi dia lain sikit lah.

Kalau tadi penuh dengan pantai pantai dan pasir yang landai. Tapi di sini kawasan agak berbatu batuan.

Dari sini kelihatan puluhan pulau pulau kecil yang berselerak di sekitar laut Andaman ini. Ada Coral Island dan pulau pulau lain la dan setiap satunya mempunya kelebihan tersendiri dan turut menjadi destinasi pelancongan juga.

Ada tempat untuk snorkelling. Diving. Ada yang tempat feeling feeling saja dan macam macam lagi.

Tapi di Phromtep Cape ni, kawasan dia berbatu la sebab paling hujung kan. So kereta tak boleh naik. Mr Run parking kat kawasan parking dan kami terpaksa menjadi bukit tu untuk melihat apa yang ada di sini.

Jom kita lihat apa yang menarik di sini.

Wah.. Macam pengacara rancangan tv lak aku ni.








See??

Lawa kan?

Sebenarnya boleh turun dan berjalan sampai ke hujung sana tuh. Tapi aku dah tak larat okeh. Dengan cuaca yang panas. So aku berdiri atas bukit ni je la dan feeling feeling terlajak.

Tapi !

Tempat ni mungkin boleh di katakan tempat suci mereka jugak lah. Di atas bukit tu ada satu tempat di mana menjadi kawasan mereka bersembahyang la kot.

Dan apa yang menariknya di sini, kawasan tu penuh dengan patung patung gajah ! Macam macam saiz gajah dari besar sampai la sekecil kecilnya. Rasanya ni Tuhan gajah ke apa. Siapa yang datang sini dan mohon hajat, mereka kena bawak lah patung gajah ni dan sama sama kumpul kan di situ. Jadi memang banyak lah. 

Tapi tak tau la pulak kot ada yang gatal tangan curik dan menghias rumah sendiri dengan replika gajah perlbagai bentuk ni.




Selepas lebih kurang sejam menghabiskan masa di kawasan Phromthep Cape ni kami pun bergerak lagi.

Turun dan cari Mr Run. Elok pulak dia tunggu aku depan dengan billboard ni terus aku snap.

"This is you when you were young !"
"Hahahah. No no no"

Aku saja usik usik dia. Dan dia ni baik cuma kelakar kalau dia cakap English lah. Dia belajar English dari pelancong je. Sepanjang perjalanan dia mengajar SKJB mengira 1 sampai 10 dalam bahasa Siam. SKJB tu cepat je pick up. Aku ni malas nak ambik tau.

Dan Mr Run sendiri ni sibuk dok tanya perkataan perkataan English kat aku.

Dia nak cakap wife dia keje jahit langsir tapi dia tau nak sebut langsir tu apa. Jenuh lah dia explain.

"Curtain !"
"Ha... How to say?"
"Cur-Turn"
"Kutton.. Kutoon?"

Orang Siam ni ada huruf huruf dia tak berapa reti sebut jugak. Kedengaran jadi lebih pelik.

Tapi lantak lah. At least dia tau la cemana nak cakap nanti kalau orang lain tanya.


Dan lepas tu Mr Run bawak kami ke temple paling besar di Pulau Phuket.

Temple yang baru di buka ni memang besar lah. Kami turun lah pose pose tengok sebab memang ramai pelancong jugak di sana.

Tengok ada banyak patung patung budha bertatahkan emas di situ.







Seterusnya kami di bawa ke Pasar Souvenir yang terletak di pulau Phuket tu.

Mr Run ni beriya iya je cakap tempat ni murah dan kami boleh cari banyak benda. Pasaraya dia besar jugak la macam kalau kita ke Bali tu laksana Krisna. 

Tapi bila masuk dalam tu banyak barang barang hasil kraftangan penduduk setempat lah. Benda manik manik. Patung patung gajah, lukisan dan sebagainya.

Tak menarik mana bagi aku. T shirt pun tak jumpa nak cari. Terus aku rasa nak marah je kat Mr Run ni. Nak cari T Shirt I Love Phuket pun tak de. Kalau aku tau aku dah siap siap beli kat Patong sana. Dia lah cakap semua ada kat sini. Murah murah la konon.

Hampeh !

Masuk pusing pusing then blah. Tak menarik langsung tempat ni. Tapi FM ada jual lah. Murah sikit kat sini dalam RM3.50 seketul. Tapi aku dah beli banyak kat Patong so kat sini dah tak beli dah.

So kalau korang pegi, tak payah buang masa ke tempat ni. Pegi je bargain dekat kedai kedai di Patong sana nuh. Memang mahal sikit tapi banyak choice !


Dan selepas tu Mr Run bawak kami ke tempat pemprosesan biji gajus !

Masa ni perut dah memulas. Dan nak start lapar kan? So sedang elok jugak la. Kat sini banyak jual hasil dari bijik gajus dan jugak makanan makanan lain. Mostly makanan ringan. 

Dan paling best kita boleh rasa semua tu. Apa lagi. Belasah la makan sampai kenyang !








  
Kat sini memang di tunjukkan bagaimana gajus di hasilkan. Daripada bijik dan buahnya terus di proses dan semua aktiviti pengilangannya lah.

Dan setiap hasil gajus tu boleh di nikmati di situ. Rasa dan makan la sepuas mana pun. Bengkek je makcik tu. Dia yang beriya tunjuk dan suruh aku rasa. Gajus perasa tomyam lah. Gajus perasa cheese lah. Macam macam jenis.

Siap ada ulat beluncas goreng !

* koma.

Nasib kami tak rasa yang tu.

Pastu ada lah jeruk jeruk dan macam macam kerepek lagi.

Sudahnya...

Kenyang uols !

Hiks.

Pastu lari keluar dengan muka tak bersalah.

Tapi sebenarnya gajus gajus tu mahal jugak dia jual. Dalam tin tu saja, satu tin lebih kurang RM16.

Mahal la kan? Pastu nak angkut lagi. Malas la aku nak membeli.





Dan destinasi seterusnya adalah sebuat bukit di kawasan tengah tengah Phuket Town !

Bukit ni memang menjadi tempat rekreasi lah. Tak de apa atas tu tapi pemandangan dia memang menarik sebab nampak hampir keseluruhan bandar Phuket tu sendiri.

Boleh la setakat nak feeling feeling.

Dan di atas tu juga ada restoran high class. Kira macam kita naik atas menara KL Tower dan feeling feeling makan kat situ sambil menikmati kawasan sekitar. Kalau malam mesti la penuh lampu dan cahaya. Lawa jugak la kot.

Apa yang menarik di atas ni. Tandas awam dia. Tandas di glass okeh ! Kalau kencing atau berak boleh tengok ke bawah nampak kawasan bandar Phuket ni dan harga masuk tandas ni 10 sen sahaja.

Best kan sambil duduk termenung dan berak pastu tengok view yang lawa.

Tahik pun pasti bertambah meriah !

Silap silap berak keluar emas jongkong !




Tu gambar SUV Mini Cooper.

Macam menarik dan tak pernah tengok so rasa teruja pulak. Semua orang pun dok pakat tengok. Memang cool lah. Mesti golongan mewah mewah je boleh pakai ni.

Selepas menghabiskan masa di atas bukit tu, Mr Run bawak kami turun dan merayau sekitar pekan Phuket. Kami sebenarnya nak cari tempat makan dan Mr Run ni jenuh la telefon kawan kawan dia tanya kat mana restoran halal di sini.

Sebelum tu pusing dulu pekan Phuket yang tak berapa nak sibuk sebab weekend.

Kalau hari biasa busy la sebab ni kiranya tempat untuk pejabat kerajaan dan administration di Phuket ni. Bangunan bangunan dia pun masih ada yang lama lama. Menarik lah.

Mr Run cerita dulu dia kecik kecik kat sini lah. So dia tunjuk la tempat dia sekolah. Tempat dia bermain. Tempat dia feeling feeling bercinta dulu dulu kala.

Motip la aku dok layan pakcik ni mengimbau kenangan zaman dulu dulu kala dia.







Dan akhirnya kami jumpa kedai makan tersebut.

Nama dia Restoran Charifa. Kann ejaan tak kalah padahal Saripah sajork !

Makanan dia inzal okeh. Tomyam dia terbaek......

Tengah makan tu ada pulak makcik ni datang jual lottery. Apa ingat aku boleh menang ke?

Kami melantak bertiga sambil berborak borak. Kenyang. Cuaca pun dah nak hujan. 

Mr Run macam risau sebab aku tak jumpa cari T Shirt yang aku nak beli tu so lepas tu dia janji bawak aku ke Giant !

Ha.......

Ada Giant okeh.

Tapi malas la aku nak masuk situ sebab orang ramai. Plus kat kampung aku pun ada Giant tu kan.

Instead kami ke tempat Premium Factory Outlet di mana barang barang berjenama di jual. Memang banyak kedai di sini lah. Barang berjenama tapi harga mahal juga.

Pusing pusing je dan tengok tengok. Tak beli apa pung.
  



Selesai semua acara. 

Berbaki 45 minit seterusnya Mr Run drive dan aku keletihan dan mengantuk. Kami menuju ke airport Phuket untuk naik flite.

Sampai di airport, lepak kejap terus boarding dan flight selamat sampai ke LCCT lebih kurang jam 11 malam.

Adik aku menunggu dan ambik. Balik terus bersahur sebab esoknya dah mula puasa.

Tu je la catatan perjalanan ke Phuket tempoh hari. Secara overall. Phuket memang patut di kunjungi. Memang banyak yang menarik. Dari segi tarikan pelancongan. Bali lagi better sebab lebih banyak tempat untuk di kunjungi. Dari segi mesra rakyat, Phuket lagi bagus kot. Dari segi shopping, kalau nak beli pakaian, semestinya Thailand la lebih bagus sebab barang barang tiruan dia jenama high class sikit tak macam di Bali.

Pendek kata, Phuket ada something tersendiri yang seharusnya menjadi destinasi untuk di kunjung oleh semua orang.

Budget aku kali ni ke sini aku tak sure. Tapi tak de la banyak sangat sebab aku memang tak shopping apa pun. Abis abis beli boxer dua tiga helai. Pastu FM. Kira best la trip kali ni. Kiranya sewa bilik, flite, dan aktiviti tu lebih kurang RM 600 lah seorang.

Pendek kata... Phuket memberi pengalaman indah buat aku sendiri sebab akhirnya aku berjaya menjejekkan kaki ke sini dan menikmati apa yang di sajikan di pulau yang terkenal sebagai syurga dunia ini.

Sekian.

TAMAT.

4 comments:

  1. Camner nak contact Mr run tuh... ada no dia tak...

    ReplyDelete
  2. xde simpan la no dia. kalau ada pun dah lama ilang kot.

    mana mana teksi boleh nego kat phuket tu.. cuma try nego within the same price lah agar x tertipu dan kena byr mahal sgt

    ReplyDelete
  3. Meng ...

    Terima kasih ... baru abis baca Part 1 sampai ler Part 7 nih ... tengah buat rujukan ... sebab ingatkan waktu cuti nanti nak bawak Mertua jalan jalan sini ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nak balik malaysia ke?? nak jadi mertua part time lah.. buleh gi phuket.

      heheheh...

      Delete