Pages

Tuesday, September 20, 2011

Misi Kenyir. Superman Kini Kembali

Aummmmmmmmmm cak !

Hei jelita.. Si kacak bergaya.. Masih kah anda ingat pada saya?

Apa?

Tak ingat langsung?

* baling semua orang dengan terompah surau.

Abang menghilang sekian lama kau orang tak rindu? Abang rindu okeh. Setiap dari seorang kamu tu abang rindu. Sampai abang terlolong lolong menyebut nama kau orang di Tasik Kenyir tu.

Tak dengar?

Dengar tapi buat tak tahu?

Korang memang lah. Kalau macam ni, biarlah abang pergi membawa diri. Abang nak pegi Tasik Banding pulak. How? 

Ada sesiapa nak ikut?

Menarik tu weh.

Tapi misi ke Tasik Banding tu tolak tepi dulu. Abang ni baru je selesai menghabiskan misi ke Tasik Kenyir. Letih uols. Drive jauh okeh. Walaupun bukan la aku yang drive sangat, tapi.............. fuh. Ingat tak penat ke jadi co pilot? Berkematu ponggong ni. Macam nak tertanggal dari pinggang abang yang ramping ni.

* lari.

Anyway secara overall, Tasik Kenyir adalah lawa. Barang siapa merasakan dia Anak Malaysia. Mereka kena pegi walaupun sekali. Mana nak tengok tasik buatan manusia yang di penuhi dengan lebih 340 buah pulau itu. Tasik tu la yang menjanakan kuasa letrik untuk kita semua. 

Hebat kan?

Lebih hebat lagi sebab Pakcik aku dulu kan engineer buat dam tu, so aku tumpang la rasa bangga walaupun aku pun tak tahu dia buat apa. Ntah ntah................. penyedia makanan sajork. Hahaha. Tak de la. Pakcik aku dulu engineer la, geology tanah tanah tu semua. Tapi dulu zaman zaman belum bercinta dengan Makcik aku dulu lagi. Now mereka dan beranak pinak dan dan pencen pun pakcik aku tu.

OK. Enough pasal Tasik Kenyir.

Untuk update secara details nanti abang update bila abang bermasa. Now abang busy. Tapi ! Aku tau aku ada hutang entry Phuket, so aku dah siapkan dah.

* mati la berkurun nak abis.

Aku dah lama tulis sikit sikit. Tulis laju laju konon aku nak post masa raya hari tu, tapi semuanya tidak kesampaian. Tak mengapalah. Nanti kau orang boleh la baca dan tengok.

Alhamdulillah, perjalanan ke Tasik Kenyir selamat pegi dan balik. Apa yang penting??

Abang berjaya paw towel hotel 2 helai. Satu towel bilik. Satu towel pool ! Yey ! Hahahaha ntah apa nak jadi dengan aku ni. Tapi best okeh.

Sila keji secara berjemaah !

Secara keseluruhannya memang best lah. Cuma penat. Tapi tak mengapa sebab aku puas hati. Last aku pegi sana dulu pun masa darjah 5 pakcik aku bawak. Masa tu mana reti la menikmati keindahan alam ni sangat. Pegi pun setakat tengok dan balik pastu claim.. oh.. dah pernah sampai Tasik Kenyir.

Kali ni, dah tengok lagi. Dah ambik gambar. Nak ikuti beberapa aktiviti di sana.

Semuanya memang menarik !

Sebagai preview. Ni hah gambar yang telah di capap untuk tontonan.







Sejuk tak mata memandang?

Kami bergerak semalam dari terengganu pukul 12 tengahari dan sampai di KL pukul 8 malam.

Jalan jem dekat highway area Lanchang tu. Memula ingat accident ke apa rupanya ada orang betul jalan. So jalan jadi satu lane dan kereta pulak banyak. Mula la berpusu pusu kereta dan mengakibatkan jem.

Rengsa aku di buatnya.

Apa apa pun, selamat sampai semalam dan terus kami makan KFC mengisi perut. 

Sampai rumah terus terbongkang dan kami tidur dari pukul 11 malam sampai 7 pagi. 

Tak sedar diri. Keletihan. Sekarang pun masih letih.

Nanti abang muncul semula. Korang jangan pegi mana mana.

2 comments: