Pages

Sunday, August 14, 2011

Tugasan Ramadhan 2011 - Ratta Chicken De Al Mieyra oleh Mirah


Tajuk : Resipi Berbuka Puasa

Tajuk resipi : Ratta Chicken de Al Mieyra atau bahasa kampong Nasi Ayam Penyet. Resipi ni aku cilok dari internet dan untuk pengetahuan ini adalah pertama kali aku membuatnya.

Untuk pengetahuan, aku memang banyak derhaka ngan resipi ni ikut suka aku.

Untuk Ayam

Aku guna bahagian peha ayam 4 ketul –rebus selama 10 hingga 15 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-


½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

Nota umpatan: Haram aku tak tau sangat nama rempah2 ni. Maka masa aku kat kedai mamak mencari benda alah ni aku rasa nak cium mamak tu sebab ada tulis kat situ. So balik rumah aku cepat2 tulis kat plastic tu. Maafin yer tulisan aku memang buruk.



• 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
• 1 sudu besar Serbuk Kunyit
• ½ sudu besar Serbuk Lada Putih (rupanya kat rumah aku ada lada hitam jer. Aku belasah je)
• 3 ulas Bawang putih ( aku lebihkan bawang putih)'


• 1cm Halia ( Ye tapi korang tengok le halia aku tu dah macam 10cm. Itu penangan salah baca resipi mula-mula tu. Aku belasah jer)


• Sedikit Air
• 1 sudu kecil Garam
• Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.


Ini rupa sebelum dikisar. Bahan2 dalam pengisar.


Ini rupanya selepas dikisar.

2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-(Aku perap setengah hari je, lagi lama ko perap lagi sedap)


3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- aku lupa beli tahu. So Cuma ada tempe jer.


4. Setelah perap, golek-golekkann pada tepung beras.


5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



Untuk Sambal.-

• Sedikit minyak masak
• 20 batang Cili merah (tapi oleh kerana rumah aku Cuma ada limited cili tu aku Cuma letak tiga je. Cili ni bukan pedas pun. Buat penambah warna merah je tu)
• 10 biji Cili padi ( Ni kalo ikut aku nak letak sebungkus tu terus tapi memandangkan aku kawin ngan anak omputih maka aku Cuma mampu letak macam dalam pic tu. Hehe)
• 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
• 3 biji Bawang putih, hiris
• 5 biji Tomato, potong 4
• 5 cm Belacan
• 2 sudu Ikan Bilis-Aku letak lebih
• 3 sudu gula merah/secukup rasa (aku gantikan dengan 2 sudu gula)


1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan


4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.


6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-aku tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade). Tapi aku masukkan juga rempah sup tu. Kaedah pemalas ler gamaknya. Hehe

2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. –
• 2 keping tahu – potong dadu
• 1 paket tempe – potong nipis
• Sedikit tepung beras.
• Minyak masak untuk menggoreng.

3. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
4. Goreng hingga garing.


Untuk Nasi- Aku masak nasi guna periuk nasi kemudian bila nasi dah masak aku pindahkan dalam pengukus masukkan daun pandan kasi wangi dan lapik dengan daun pisang supaya korang makan tambah nasi sampai tiga pinggan.

Cara hidangan-

Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.



Dan kemudian ko boleh mula makan tanpa peduli apa yang berlaku kat luar sana. Maafin pinggan murah aku. Kaedahnya bulan posa ni aku tak larat nak gunakan pinggan kaca. Kang pecah satu hal pulak aku nak meatap hiba.


Nota umpatan : Mummy aku pernah hina pinggan aku macam pinggan plastic yang dia buat bagi kucing dia makan. Nangesssss. So masa dia ada dulu, kita orang tiap hari makan guna pinggan mahal aku imported dari Sri Lanka. Makan pun kuis2 jer takut calar pinggan. Muahaha.

Sekian resipi aku. Tapi seyes sambal dia adalah sebijik rasa sambal nasi ayam penyet kat Kuching tempat aku suka makan dan tempe tu adalah terbaik dari lading sebab tengah malam buta aku boleh pergi bangun dan makan tempe tu takut kang masa sahur tak sempat makan secara tamak. Ayam pun terbaik rasa dia walaupun rupa ayam aku agak hina tak macam dalam blog2 masakan orang lain.

2 comments:

  1. oi mirah. ayam tu ayam kfc perisa original sebenarnya kan? ko beli pastu ko sorok kotak dia. pastu ko ambik gambar.

    haha.

    *lariii*

    ReplyDelete
  2. Haha oii ba. Ch pun ckp ayam aku mcm kfc tapi nyah ia benar2 ayam penyet asli dari air kangkang ehhh silap air tangan aku.

    Mode honeymoon berjemur di tengah pantai menunggu waktu berbuka.

    ReplyDelete