Pajeri Momordica berinti Krustasia.
Apah?! Resepi baru?!!
Relaks ye puan2 dan tuan2 sekalian. Sebelum mak berkongsi resepi di atas mak nak ucapkan tima kaseh..kepada kamu…kamu…dan kamu… kerana memberi kepercayaan kepada mak cik untuk memulakan assignment bulan posa yang mulia ini.
Sediakan bahan-bahannya ye nak…
Ini Momordica
.
.
.
.
bawahkan sikit kasik suspen!
.
.
.
.
Ye, itu peria.
Ini adalah haiwan dari kumpulan krustasia…. Iaitu udang!
Nama kampungnya ialah pajeri peria berinti udang.
Sediakan bahan2 A
1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia. Semua dimayang halus.
Bahan2 B
1 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 2 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga cengkih.
Bahan lainnya…
1 paket kecik rempah daging, 1 paket kecik kerisik, sedikit asam jawa.
Bahan hiasan
Bila sume bahan2 tadi dah ada… termasuk garam, gula serta peralatan memasak.. kita mulakan memasak ye anak2…
- Tumis bahan A sehingga naik bau dan kekuningan. Gunakan 2 sudu minyak masak sajork…
- Masukkan bahan B.
- Serbuk kari tadi dibancuh dengan sedikit air dan masuk ke dalam tumisan tadi.
- Kacau dan tunggu hingga mendidih.. (takde le korang sakit perot sbb kari tak masak)
- Masukkan kerisik. Kacau rata.
- Tambahkan air sedikit mengikut kepekatan yang digemari. Mak suka pekat2 sket.
Opssss… mak lupa noks nak bagi tau…
Sebelum tu… momordica a.k.a peria tadi di potong 2 dan korek isinya.. macam ni
Kemudian rebus untuk melembut dan menghilangkan rasa pahitnya.
Pastikan barangan dapo korang bercop SIRIM.. jika tidak, ada kemungkinan berlaku seperti di bawah ketika mak mengorek isi peria ini.
Dan sumbat krustasia a.k.a udang tadi seperti ini.
Dah siap letak tepi.
Sambung balik…
- Masukkan peria berinti udang itu ke dalam bahan yang telah dimasak tadi.
- Masukkan garam, gula dan asam secukup rasa sendiri. Mak suka pajeri manis sket.
- Dah rasa…dan confirm takde apa lagi nak edit… masukkan dalam mangkuk dan hiaskan.
TARAAAA……
Bolehlah dihidangkan bersama nasik panas dan lauk lainnya… seperti ikan masin jeruk…perrrrrrhhhhh……
Juga sangat enak dimakan bersama-sama insan tersayang..
Eh! Macam sama je tangan itam tu…mcm penah nengok,
Larikkkkkk……..
kelas lauk kau kak inah.
ReplyDeletehahahahahaha.
tu tangan sapa itam manis kat gambar last tu?
*lari masuk dlm selimut*
BA