Kau orang tau kedai Houz Depot???
Hari tu aku jakun. First time aku masuk kedai tu selepas tahu kewujudan dia di muka bumi ni.
Cerita dia macam ni.
Boss aku pepagi tu dah merengek suruh aku gi opis. Dia nak suruh aku teman dia pegi cari wall paper untuk rumah dia.
So aku sampai opis, kami pun keluar la dengan IG sekali. IG nak pegi bank.
Lepas settle hal hal perbankkan, terus la misi mencari di mulakan. Aku pun tak tau kat mana. Tanya orang sini sana mana nak carik benda alah tu, so akhirnya kami pun sepakat nak pegi ke Houz Depot dekat dengan area Pelangi Damansara tu.
Senang je tempat dia.
Sebagai katak di bawah pyrex, aku tak tahu sangat tempat ni. Selalu kita macam gah dengan Ikea je. Ikea itu la Ikea ini lah.
Padahal, tak jauh dari situ, dekat je. Ada Houz Depot ni.
Best jugak lah situ. Ralit aku jalan jalan dalam tu tengok jubin dan sebagainya.
Sampai sampai tu boss aku terus merayau sorang sorang pegi cari barang dia nak. Aku dengan IG merayau jugak. Pusing pusing berjam jam dalam tu melawat kawasan.
* jalan perlahan dengan tangan di belakang sambil angguk angguk kepala.
* jalan perlahan dengan tangan di belakang sambil angguk angguk kepala.
Akhirnya tau aku beli apa?
Aku beli..................
Gam Gajah !
* pengsan.
Punya la mengamuk boss aku sebab dia dah siap beli awal awal lagi dan tunggu kita orang dan kami muncul dengan gam gajah sahaja.
Shopping tetap shopping. Raya kan dah dekat ni. Aku beli gam gajah sebab FM aku dah tertanggal tanggal.

No comments:
Post a Comment