Pages

Friday, August 5, 2011

Kuching Miaw Miaw - Ep 3

Aku bangkit awal hari ke dua tu.

Bersemangat waja nak pegi ke Bako. Tak boleh lewat, kalau pegi lewat nanti balik lewat. Plus bot dan bas dari Bako nak balik ke Kuching semula takut tak sempat.

Bangun tido dan bersiap aku terus keluar dari hotel. 

Kat lobby aku tanya receptionist dan suruh dia carikkan aku cab.

Cab memang tersedia. Jadi tak payah aku menunggu lama lama. 

Tapi sebelum apa apa aku kena isi perut dulu. Aku kalau travel aku lebih prefer breakfast dulu kat hotel siap siap so lepas tu aku tak payah nak fikir lagi pasal makan. Kenyangkan perut dulu.

Aku makan nasik lemak pagi tu. Inzal jugak. Tapi ayam goreng tak de, so setakat belasah apa yang ada. Ada set breakfast kat cafe hotel tu. Breakfast memang tak disediakan, tapi set breakfast tu RM5.50 saja.

Agak berpatutan. Aku order Nasik Lemak dan Teh O Ais Limau.

Dah kenyang baru aku ready untuk ambik cab !


Aku mintak Cina cab tu hantar aku ke station bas ke Bako tu lah.

Tiba tiba dalam perjalanan tu aku perasan something.

"Eh. Apsal U tak pakai meter?"
"Boss. Kalau pakai meter lagi mahal. Tengok ni. I bukak je RM10"
"Kepala otak U la bukak je RM10. KL pun RM3 !"

Pastu dia macam macam lah buat alasan. Pundek betul. Aku dah angin dah.

"I report nanti. U jangan main main dengan I"
"Boss. Saya cari makan"
"Cari makan buat apa menipu?"
"Tak pe lah nanti I bagi U diskaun"
"Diskaun apa nya. U jangan ingat I tak boleh report"

Aku pun buat buat la ambik nama dia. Dia dah cuak.

"Boss. Sebenarnya I mahu bagitau, kalau U nak pegi Bako, Tune Hotel ada bas tau. Tapi pagi lah"
"Dah ! Jangan nak tukar topik"

Aku stress.

Padahal bukan jauh pun. Dekat je. Saja la Apek ni buat aku menyirap.

"Haa. I stop sini. U cari bas dekat sana tau"

Aku malas nak cakap banyak.

"Berapa ni?"
"RM10 saja bos"
"Gila. I dah ambik nama U ni. I tau nombor teksi U. U jangan main main"
"Jangan la.. Saya cari makan"
"Nah ! Ambik ni !"

Aku terus je bagi dia RM5. Nak ambik, tak nak sudah ! Yang penting aku dah sampai. Nak tak nak dia ambik jugak. Tapi memang cibai lah. Pagi pagi dah buat aku nak mengamuk.

Dok bertekak dengan dia aku terlepas bas ke Bako !

Bas ke Bako setiap sejam sekali. Masa aku nak sampai tu nampak lagi bas, pastu aku dok riuh riuh bertekak dengan apek tu, bila keluar je bas dah bergerak. Adus.. 

Tapi tak pe. Ada alternative lain.

Tempat bas tu ada sekali tempat transport van yang bawak orang dari satu tempat ke satu tempat. Apa yang perlu di lakukan, cuma ringan mulut dan bertanya. Tempat dia betul betul depan bangunan Electra House.


Nasib aku baik jugak lah. Aku tanya then kebetulan van tu memang bergerak route tu. So aku naik je lah. Masalahnya dia tunggu van penuh baru bergerak. Nasib aku baik jugak lah, lepas aku tanya tu then orang terus datang penuh van dan boleh bergerak.

Tambang dia ? RM3.50 !

Tapi merasalah van tu masuk kawasan kilang lah, kampung orang lah sebelum dia hantar aku ke Bako. In all kira kira 45 minit jugak la perjalanan.

Akhirnya aku sampai juga di jetty Bako National Park.

Excited !!

Untuk ke Bako National Park, kena naik bot sebab tak de jalan darat ke sana. Dekat jetty kena bayar Park Fee RM 10. Pastu tambang boat sebanyak RM47 one way di bayar pada orang bot lah.

Masa aku sampai, tak de orang lain menunggu, jadi dia jalan je. Senang ! Tak payah aku menunggu lama.

Perjalanan menyusuri sungai Bako ke laut agak bergelora. Sungai tu dah lah ada buaya. Buat aku cuak je. Tapi tak pe lah, duduk diam diam sambil menikmati hutan paya bakau di sekeliling sungai tersebut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Di Bako aku memang teringin sangat nak tengok Seastacks tu ! Dan tu lah reason utama aku nak sangat pegi Bako. Aku buat deal dengan pakcik bot tu, aku akan tracking dulu dan 2 jam lagi dia akan tunggu aku di area Pandan Kecil Beach di mana Seastacks tu berada. Kena tambah harga bot lah sebanyak RM35 ! Aku nak jugak dia bawak aku ke Pulau Likei. Tapi dia kata pulau tu jauh, kena tambah bayaran RM300 ! Bapak mahal. Tak jadi lah.

Memang aku teruja bila bot mula mencecah jetty Bako National Park !





Sebaik saja sampai tu, kita kena register dulu di office national park.

Tunjuk sekali resit yang kita dah bayar RM10 masa kat jetty sebelum tu. Kawasan dia memang tak ramai orang. Ada lah aku jumpa dua tiga orang. Kebanyakkannya mat salleh lah. Tak kisah lah tu. Aku pergi office untuk register dan bagitau dia aku nak trekking route Pandan Kecil.

Dia akan bagi peta.

Kalau ikut peta tu, perjalanan sejauh 2.5KM je dan jangka masa adalah selama 1 jam setengah. Aku fikir, OK lagi lah. Lagipun pakcik bot cakap, kalau trekking aku dapat view dari atas. Lebih lawa.

OK. Jadi...

Kat kawasan office tu, ada kelihatan Proboscis Monkey. Monyet yang ada kat Bako tu je. Aku pun usha la mereka yang malu malu tu. Tak banyak sangat mungkin sebab cuaca panas. Ada chalet di sediakan di situ, tapi aku tak nak stay pun. Memang nak balik hari.





Pastu ada babi tonyok !!

Huduh kau di situ. Kesian mereka.

Tapi binatang binatang ni memang nampak liar la tapi agak friendly. May be dah biasa kot tengok orang ramai. Cuma monyet berhidung buruk tu agak pemalu. May be sebab mereka tidak cantik mana.

Ular pun ada ! Seriau aku nak ngambik gambar dia. Dup dap dap jantung abang berdegup kencang.

Nampak babi pun aku cuak. Takut la kena sondol. Tapi bintang binatang ni tak kisah sangat. Dia orang tak ambik pot pun.

So abis bergambar di kawasan sekitar Park Office, aku pun memulakan langkah.

Tengok bukit yang tinggi tu terfikir jugak, mampu ke aku?

Tapi tak pe. Demi cita cita nan tinggi. Demi negara. Demi Ella. Demi Moore. Kan ku turutkan jua.





Langkah bermula dari tepi laut tempat kawasan paya bakau tu.

Ada jambatan di bina untuk sampai ke tempat mula pendakian. Aku macam biasa. Pakai Croc. Seluar Pendek. T Shirt dengan beg camera. Pastu dalam beg camera ada air mineral sebotol.

Tu je bekalan aku.

Aku sendiri tak tau nak expect macamana. Tengok macam mudah je lah.

Sepasang kaki melangkah lah ni konon. Jalan punya jalan, abis la hutan bakau tu. Pastu start pendakian. Tetiba aku rasa trek tu kecik gila. Memang ada trail lah tapi celah celah batu, celah celah pokok, aku mula jadi seram seram sejuk.

Dan dari sedikit, terus mendaki mencanak canak.

Siap ada tangga kayu lagi di bina lebih kurang 70 darjah nak kena memanjat.

Mati lah.

Tapi tak pe. Usaha pasti jaya. Tengah aku dok memanjat tu, tiba tiba dengar suara orang berborak kat atas.

Lega. Nampaknya macam ada orang. Boleh la buat teman.

Aku melangkah lagi. Satu langkah dan langkah yang lain. Dengan harapan, 1.7 km tu macam dekat je lah. Anytime abang boleh berjalan dengan enteng !

Tup tup suara tadi makin kuat. Rupanya ada sepasang mat salleh tengah berborak.

"Hey. Wussup"

Aku tegur mereka.

"Hi Where are you heading?"
"Teluk Pandan Kecil"
"Yeah. Me too. Are we on the right trail?"
"We are not sure"

Rupanya dia pun mamai dok belek belek peta. Memang peta tu ada kekeliruan sikit. Tapi kami memang kena melalui trail lain dulu sebelum nanti trail tu terpisah pegi ke Pantai Pandan Kecil tu.

Aku dah separuh mampus masa tu. Mengah. So aku ambik port duduk kat tempat dia orang lepak tadi. Aku suruh dia orang gerak dulu. Aku tengok minah salleh tu pun mengah jugak. Dah la badan dia agak besar. So aku fikir, dia pun OK je, takkan lah abang nak mengalah sebelum bertarung.

Lama lepas tu rasa ilang penat, aku mula lagi melangkah.

Dan sangkaan aku memang meleset. Trail dia semakin mendaki. Lagi aku koma tengok aku dah separuh mampus macam tu tapi baru bergerak 100 meter !

Tipu !

Aku rasa aku dah bergerak 40 kilometer dah ni. Cemana ni?

Penat uols...

Hah. Daki lagi 10 langkah. Duduk. Daki lagi 10 langkah. Tak larat. Duduk lagi. Carik napas !!

Dah aku rasa kat setengah jam tu aku tersadai kat tempat yang sama tak bergerak lebih pada 300 meter pun. Memang nak mati rasanya.


Penat sangat. Akhirnya aku terduduk dalam hutan tu. Memang dah tak larat.

Masa tu mula la datang fikiran yang bukan bukan. Aku sorang sorang dalam hutan macam ni. Pastu ada lak bunyi bunyi monyet dan binatang binatang dalam tu buat aku rasa tambah seram. Mati lah. Tak de orang lalu pulak tu, tak de orang nak tracking kah?

* nanges.

Aku memang dah putus harap sikit masa tu. Memang kalau fikir memang nak patah balik turun semula. Lama aku duduk dekat 10 minit jugak dok fikir. Aku nak daki lagi atau surrender je?

Kalau aku turun, memang cepat la sebab dari tadi aku dok mendaki. Tapi kalau aku teruskan naik?

Hmm kejap lagi mesti aku sampai ke puncak dia dah. Mesti lepas tu aku jalan mendatar dan tak perlu mendaki lagi.

Macam macam la aku fikir, menimbal balik. Perlu atau tidak. Kalau ikutkan harapan memang dah tak larat. Tapi fikir fikir balik. Do it lah. once and for all. Kalau aku berpatah balik, that is it. Memang selamanya aku tak akan berada di puncak Bako ni.

Tarik nafas dalam dalam. Aku berdoa mintak semangat. Tenaga dah tak ada.

Ya Tuhan. Tabahkan lah hati aku ni.

Aku mendaki lagi. Slow slow.

Dan akhirnya, aku sampai di puncak yang pertama. Kawasannya berpokok tapi sedikit tandus. Cuaca pulak tu panas gila. Rasa nak pengsan pun ada. Dengan penatnya, Tuhan saja yang tahu.


Memang aku rasa tak de endurance langsung.

Ya lah. Tak fit lah. Tak pernah training apa benda. Main belasah je. Pulak tu pakai selipar je ni hah. Tak gila namanya??

Jalan dan jalan lagi. Dari atas puncak tu, kawasan dia mendatar sikit tapi panasnya Tuhan saja lah yang tahu.

Aku berjalan lagi dan lagi. Pastu aku dah tak pasti, adakah aku berada di trail yang betul. Peta tu memang tak leh pakai. Dia kata ikut je sign kuning tapi aku tak jumpa sign kuning pun, asyik merah je. Nak tak nak terpaksa la aku redah je lah. Berjalan dalam panas terik tu sorang sorang diri.

Akhirnya nampak jugak sign ke Pantai Teluk Pandan Kecil.

Aku rasa sedikit lega.





Trail kat atas tu memang mendatar. Tapi letihnya aku berjalan Tuhan saja yang tahu.

Bila check tanda jalan. Tak sampai 700 meter barunya. Ada 1 kilometer lebih lagi. Kalau 700 meter tu aku dah separuh mampus, apa lah bakal mendatang lagi lepas ni?

Fuh. Memang aku dah patah hati.

Trail kat atas tu melalui jalan jalan berpasir macam tu lah. Pastu ada jambatan sebab kawasan dia berlembah sikit. Last sekali aku jumpa satu bangsal tempat rehat kat atas tu. Ah. Lega. Boleh aku berehat sekejap.

Aku duduk kat situ dan macam macam aku fikir. Air dah abis aku minum dah. Punya lah letih. Pastu tak de orang lain lalu lalang.

Mintak nyawa aku jadinya.

Kalau boleh call hellikopter, aku call je. Biarlah dia nak charge berapa pun. Aku dah tak sanggup nak teruskan perjalanan. Rasa menyesal pulak ikut nasihat pakcik bot tu tracking ikut sini, kalau aku naik bot dah sampai dah kawasan sana. Tak payah la aku separuh mati macam ni.

Tapi kalau tak de bot tunggu kat sana, dan aku nak kena balik ikut trail yang sama ni, memang awal awal aku patah balik dah. Surrender !!!

Kat bangsal tu aku lepak lama jugak lah. Aku rasa nak tertido pun ada. Kalau aku pejam mata mesti terlelap. Tapi aku fikir, kalau lah aku terlelap pastu sampai ke malam?

Macamana?

Fuh. Tak boleh Tak boleh. Nak tak nak aku kena jugak berjalan slow slow. Tengok jam masih ada masa lagi. Pakcik tu kata dia akan tunggu aku pukul 2 di sana. Jam masa tu pukul 1 tengahari.

Aku pun melangkah lagi. Jalan dengan kaki yang dah tak betul. Tapak kaki pun dah sakit. Rasa melecet lecet pun ada. Tapi nak buat cemana?

Nak tak nak redah je lah. Dalam hati berdoa, moga aku terus kuat untuk melangkah. Sambil sambil tu tetap nak mengambik gambar ni.

Ada je pokok periuk kera merata atas tu, aku pun snap snap lah konon nak ilangkan fokus.



Tapi nak ambik gambar pun dah tak de mood !

Pastu jalan dia dah start menurun sikit. Tapi turun tu kira OK jugak lah, cuma bila lalu kat pasir dan jambatan tu panas gila gila.

Aku berdoa, cepatlah sampai kawasan yang aku nak tuju ni.

Dan akhirnya jenuh aku melangkah memaksa kaki ni terus jua melangkah walaupun dan putus harapan, aku nampak laut membiru.

Aku pasti, aku dah hampir sampai.



Dan lepas pada tu aku nampak laut terbentang luas !

Argh... Lega..

Pastu tengok kat kat bawah.

"Wow !!!!!!!!"

Secara spontan aku bersuara.



Syukur Alhamdulillah.

Aku rasa aku dah sampai tempat yang aku nak tuju. Lega gila rasa masa tu.

Pastu nampak bot pakcik tu, terus aku pose pose Rahim Maarof.

"Bawa ku pulanggggggggg. Bawa ku pulangggggggggggggg. Bawa ku pulang !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* tarik key Awie.

Bersambung

4 comments:

  1. Sebenarnya plan nak treking sampai seastack bawa anak umur 9 bulan pakai baby carrier. Inspired tengok mat saleh bawa anak masa kat Penang National Park. Tapi lepas baca post ni, rasanya ku lupakan aje lah niat murni tu. rasanya naik bot je sampai seastack kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik bot je la.. sebab ada area tu sgt steep.. kesian kat baby.

      tapi kalau nak try buleh je. tak try tak tau... kan kan kan..

      Delete
    2. Akhirnya tak jadi selfie kat seastack Bako. Rayani Air cancel flight dah on the way nak ke airport. Bertabahlah mak tak dapat makan kek lapis sarawak. *nangis*

      Delete
    3. teruk sungguh rayani air ni.. suka suka hati dia je. ingat business kapal sayur ke apa...

      kek lapis tu buleh je order online kan...

      Delete