Pages

Wednesday, August 3, 2011

Kuching Miaw Miaw - Ep 1

Bersedia??

Here we go.......................

+++++++++

Trip aku ke Kuching ni sangat kelakar. Mana tak nya, tiket aku adalah berharga RM58 !

Balik kampung naik bas lagi mahal pada tu rasanya. Tapi tak pe lah, tu lah kata orang rezeki terpijak. Maksudnya kalau aku tak pegi pun, tak de lah ralat sangat.

Tapi.. aku dah memasang azam dungun yang tinggi untuk ke sana selepas cubaan pertama bulan 2 dulu gagal kerana sibuk berkasih sayang. Kini, tidak lagi. Dengan kuasa pemutih, daia dapat menanggalkan kekotoran degil dengan sekali basuhan.

* koma.

Yang propose aku pegi Kuching ni adalah member aku. Dia yang beriya iya SMS aku bagitau, tup tup dia kata tak jadi pulak sebab dia nak pegi Yogjakarta dengan kawan kawan dia yang lain.

Tapi tak mengapa .......... aaaaaaaa ku derita. Param param !

Aku OK je jalan sorang sorang pun, malah aku lebih suka.

So segala persiapan rapi telah di lakukan walaupun tak berapa rapi mana. Ya lah, seminggu sebelum tu aku baru balik dari KK. Dan weekend berikutnya aku travel lagi ke Borneo.

Aku ni, dulu memang tak pernah jejak kaki ke Borneo. Memang kampung lah. Tup tup, hah sekarang ni, selang seminggu aku ke KK dan ke Kuching. Ada berani nak lawan rekod macam ni???

Tapi sebenarnya sebelum aku bergerak ke airport tu memang sedikit rasa malas. Malas gila lah. Kejap rasa nak pegi, kejap malas, kejap nak kejap tak nak. Tapi hotel aku dah book dah ! Beg pun belum berkemas walaupun malam sebelumnya tu aku dah pegi ke rumah BW ambik beg Aishah aku tu. Dia guna masa pegi Jogjakarta hari tu.

Akhirnya pagi tu lepas aku siap apa yang patut urusan kerja, aku pun bersedia. Tu pun nak sampai bersedia tu, nak tunggu mood mandi dulu, pastu mood nak packing dan macam macam lah. Memang tak berapa bersemangat waja lah kiranya.

Dah janji dengan adik aku nak bergerak pukul 11 pagi.

Dah la aku MIA dari opis. Aku cuma bagitau IG je. Dia tak de masalah. Malas nak bising bising kat Kuman dan Director aku sebab dia orang tahu aku baru balik KK.

Tapi tak pe. Berkat usaha yang gigih, maka abang membulatkan tekad, tetek, tekak dan perut.

Ku gagahi jua. Kemas beg, campak dua tiga helai baju dan terus ambik adik aku. Dia dah ready. Dia drive sampai ke LCCT dan aku terus boarding.

Yes. Semudah ABC !






Biasalah dalam flight aku selagi boleh akan carik seat tepi tingkap supaya aku tak bosan. Aku suka duduk tepi tingkap tengok kat luar sambil berangan. Nasib baik jugak, kali ni aku memang dapat seat tepi tingkat atas sayap. No 15A ! So aku tak payah nak berebut dengan orang lain. Flight pun penuh. 

Sebelah aku ada dua businessman sorang berbangsa Cina sorang India. Punya lah bising dia orang berborak. Naik rengsa aku di buatnya. Sudahnya aku sumbat telinga dengan earphone dan melayan MP3.

Tiba tiba keluar lagu, Budi Bahasa Budaya Kita.......

Ada kau?? 

So itu bermaksud abang kena bersopan sopananan dalam flight.

Oh. Ada stewardess cantik. Dia serve makanan lah. Tapi punya lah kekwat. Aku rasa nak tarik kepala dia hantuk kat kerusi. Motip la nak berlagak lagak dengan orang. Pastu ada anak India sibuk la menangis sepanjang jalan. Mak dia kat depan, ayah dia kat belakang. 

Uwa................ anak dia nangis. Mak dia datang hantar kat ayah dia belakang aku. Pastu Uwaaaaaa nangis lagi, ayah dia pulak bangun pegi hantar kat mak dia. Berpusing pusing ke hulu ke hilir, berlaga laga bontot dengan stewardess dan crew yang sibuk meniaga.

Malas nak ambik pedulik. 

Kadang kadang dah rasa macam naik bas pun ada. Tapi aku fikir, bayar pun RM58, motip aku nak kecoh kecoh.

Jalan penyelesaiannya, sumbat telinga dan layan lagu.

Cuaca masa tu tak berapa baik. Berawan. Aku nak jugak tengok route kalau flight ke Borneo. Aku pasti mesti merentas Laut China Selatan cuma tak pasti dia cross kat belah mana. Mesti lalu atas kampung aku sebab kalau aku kat kampung halaman, time lepak lepak memang nampak kapal terbang lalu especially belah malam. Now aku tahu, mungkin kapal terbang tu semua lalu pegi ke Borneo.

"Mak ! Mak ! Saya di atas ni, Mak nampak tak???"

Cas cas mak aku kisah !

Dalam flight tu, aku makan Nasik Lemak. Aku lapar. 

Crew yang kekwat tu aku menyampah sebab aku cakap dengan dia.

"Can I have Nasik Beryani?"
"You need to pre order"

Cakap macam mencemuh. Cakap je lah baik baik. Hari tu aku pegi KK, aku tak pre order pun, tapi bila aku tanya dia kata ada je. Nak tak nak terpaksa la aku makan Nasik Lemak dia yang separa inzal tu. OK lah asal kenyang.

Pakcik pakcik sebelah sibuk berborak tak henti henti. Anak hindu tu masih menangis non stop.

Aku dapat biskut free dengan set nasik lemak tu, aku bagi dia. Pastu budak tu terus diam !

Kan senang. Elok je budak tu mamah biskut tu tak nangis nangis dah lepas tu.

Akhirnya perjalanan sejauh 1 jam setengah mula menampakkan daratan. Yes  ! Aku pasti tak lama lagi aku akan sampai di bumi Kuching pula. 

Excited !

Dan pengumuman di buat, akhirnya pesawat AK5219 mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Airport dia lawa jugak lah. Baru tapi airport KK yang baru tu lagi lawa kot. Airport JB pun baru. Tu semua International airport lah. Tapi yang tak bestnya, tetap la nak kena jalan kaki naik tangga segala. Tak de pun terowong tu nak lekat kat pintu feeling feeling berbumbung lah sikit.

Tak pe tak pe. Ingat ! Tiket adalah RM58 ringgit ! 

Tolong jangan berlagak.

Paling best adalah waktu keluar dari airport. 

Hotel yang aku tempah ni ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan di airport. Bayar RM6 sahaja dia boleh pick up kat airport dan hantar kat hotel.

Murah kan???

Dan untuk menyenangkan hidup aku, aku dah booking nama aku sekali.

Tau apa jadi??

Masa nak keluar tu, jeng jong jeng. Terpampang lah besar nama aku.

Welcome to Kuching
Encik Superman

Wah wah wah.

Tetiba abang terasa begitu artis antarabangsa. Macam semua orang memandang.

* sambil lambai ke kiri ke kanan dan berbisik dalam hati.

"Nama I tu. Nama I tu"

Ada orang pedulik? Tak de okeh.

Tapi yang penting, abang tetap rasa hebat. Ada orang tunggu dengan nama sebegitu. 

So apa lagi, lepas buat catwalk pertama di bandar Kuching, aku terus lah mendapatkan mamat tu.

"It is me !"
"OK. This way Sir"

Wah..........

Feeling mewah.

Masih terasa mahu melambai lambaikan tangan kepada peminat.

"Nak autograph? Apa tak de pen?"

Cas cas bercakap dalam hati sambil aku melangkah mengikut jejak langkah mamat yang dah pun tarik beg aku tu menuju ke limosin.

Apa????????

Bukan limosin?

Van sajork???????

* guling guling depan balai ketibaan ! 

Van saja uols. Dan dalam tu dah penuh orang okeh. Mati lah berkongsi ramai ramai sebenarnya. 

* sambung nanges.

Tapi seat dah reserve untuk aku kat depan lah. Memang tunggu aku sorang je lah, lepas tu kami pun bergerak meninggalkan airport tersebut.

Perjalanan dari airport ke kota Kuching tak de lah jauh mana. Tapi van tu pergi hantar ke hotel satu lagi dulu sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan aku.

Aku menginap di Hotel 360 Express !

Hotel 360 Xpress terletak di tengah tengah kota Kuching berdekatan dengan Hotel Pullman.

Aku dah book 2 minggu lebih awal dan aku dapat rate agak murah jugak lah. Tak sampai RM100 per nite which aku rasa OK lah. Barang di ingat, 360 ni ada 2 hotel di Kuching. Satu yang Business Hotel dan satu lagi Budget Boutique yang aku book ni. Harga dia pun agak berbeza dan lokasi pun agak jauh dari satu dengan yang lain. 360 Xpress ni memang dekat town, tapi tak de lah dekat waterfront Kuching tu cuma tak lah jauh sangat.

Memula aku fikir pun macam jauh.

Kalau tengok hotel ni dari luar memang agak azab dan buat aku fikir dua tiga kali, cemana lah rupa hotel ni sebenarnya. 

Sampai di lobby, semua urusan berjalan dengan mudah. OK lah hotel ni. Dan receptionist dia pun agak helpful, aku tanya macam macam dia boleh jawab je semuanya. Mana mana yang aku musykil pun dia terangkan so semuanya begitu mudah sekali.

Bilik aku di tingkat 1.

Masuk masuk bilik.

Tara..................... !





OK ! 

Tak de lah aku rasa nak berguling terus, tapi agak cozy lah walaupun tak de tingkap.

Pastu lepak kejap, aku check internet connection semua cukup. Bilik air pun bersih memang setimpal dan puas hati. Aku recommend hotel ni cukup cukup lah !

Aku ada rencana sendiri. Aku dah mintak map dengan receptionist hotel. Aku dah ready. Lepas rasanya semuanya OK, aku mulakan kembara jelajah kota Kuching ini.

Kuching ! Bersedia................. ! Bohjan KL dah datang........................

bersambung

3 comments:

  1. sy p bln 5 lepas tiket p balik RM19, firefly..lepak kat tune hotel 3mlm RM115(sebab tambah air cond)..

    ReplyDelete
  2. wah lagi murah...

    tapi bukan naik FF tu dia kena beli semua set set bengong dia tu ke? makan, selimut etc?

    anyway.. good lah..

    ReplyDelete
  3. memang takde meal..just tambang semata2.xmo beli pun xpe.xkisahla,jnji sampai.sy booked bulan 12 tahun lepas.fly bulan 5.Tune hotel kuching ok .standart la sempit dan tak bertingkap.tapi ok la dgn harga tu.

    ReplyDelete