Pages

Saturday, July 30, 2011

Trip Ke Luar Kota - Fraser's Hill 1

Hah.

Adakah ini entry yang di tunggu tunggu?

Apa? Bukan?

Abis kau orang tunggu apa? Tunggu orang datang meminang? 

Tunggu la kau orang situ sampai bulan jatuh ke riba. Sama macam abang ni, zaman zaman dah kurang laku ni, macam ni la. Redha je lah.

OK. Hari ni abang nak membawa kamu semua berjalan jalan ke Fraser's Hill. Sapa tak tahu Fraser's Hill kat mana angkat tangan !

Bagus. Semua tahu..

Apa? Dekat Penang???

* Tolak IG masuk gaung.

Motip la dia tu geography fail, dia kata Bukit Fraser ni dekat Penang !

Dah. Meh lah, siap siap packing semua, kita nak gi berjalan jalanan ni.

Ready????

******************************

OK. Trip aku ke Fraser's Hill ni adalah trip mengejut. Macam ku petik bintang bintang. Ada hari tu, aku dah bosan tak tau nak buat apa, pastu aku macam rengsa berehat di rumah, maka aku pun nak pegi merayau.

Mana lagi lokasi yang tinggal di Malaysia ni yang aku belum pergi dan jelajah? Yang tak berapa jauh tapi macam menarik. 

Tak lain dan tak bukan. Bukit Fraser lah. IH kan dah pegi minggu sebelum nya memadu asmara dengan kekasih hatinya Ratu Bogel. Jadi abang pun mana boleh kalah ! Kena berlawan lawan OK. Baru lah namanya menjalani hidup yang competitive.

* mati lah.

Dan hari tu, OR pun macam nak gi merayu rayau nak meraikan birthday abang yang dah kertu tu. So makanya, cadangan ini di sambut baik dan kami sepakat akhirnya untuk menuju puncak !!!!

Kami tinggalkan rumah petang sabtu tu setelah packing ala kadar. Bawak satu beg je, campak campak barang dan kelengkapan diri. Tak de aku book hotel pun lagi, tapi bagi langkah berjaga jaga memang aku ada call beberapa hotel di sana. Ada yang penuh dan ada yang kosong. So kami cadang walk in saja. Plus weekend tu tak de lah cuti apa apa pun, jadi rasanya tak perlu berlaga laga bontot di sana.

Pasti ada ruang untuk kami berdua.

Keluar rumah pegi hantar baju dulu kat laundry untuk di gosok. 2 minggu lagi lah baru aku ambik sebab aku bukannya rajin sangat pun nak pegi ambik. Pastu pegi makan, berpusing pusing menyelesaikan hal hal kehidupan di kota dulu sebelum kami bergerak meninggalkan kotaraya ini menuju ke Kuala Kubu Bharu.

Yezza...

Dari KL, ikut PLUS ke Utara, exit Rawang dan terus ke KKB. 

Perjalanannya mengambil masa tak sampai sejam. Ada jem jem sikit tapi kira OK lah.

Cuaca pun ala ala mendung. OR drive sebab dia yang tahu jalan ke KKB tu. 

Kami singgah dulu kat pekan KKB isi minyak sebab tahu kat FH sana memang tak de station minyak ! Jangan buat pasal, kang apa apa jadi, tersadai pulak di sana.

Singgah minum kopi jantan dulu untuk tenaga yang memuncak !

Hahahaa. Tak de lah. Ini papan iklan yang aku nampak. Macam gah je.

Oh, ada satu papan iklan lagi aku jumpa.

'Zhulian akan menyambut hari ulangtahun yang ke 50 pada tahun 2039'

Kau orang rasa cemana iklan tu? Babi tak? Motip la sibuk sibuk nak celebrate awal? Kan? Tapi aku tak sempat nak capap gambar iklan tu sebab aku dah bantai gelak berguling guling dulu. 





Dari pekan KKB. Kamu terus je ke jalan menuju FH dan Raub.

Ada lah jalan dia kat pekan tu, sign merata rata so tak de nya nak sesat. Jalan mula merentai bukit bukitan dan 8km dari pekan KKB tu kami jumpa empangan Hulu Selangor ni.

"Yang, Stop !!!!!!!!!!!!"

Aku bagi tau OR. Dia akur. 

Tepi highway tu dia stop dan aku keluar kereta semata mata nak snap gambar empangan ni. Lawa jugak kan? Macam tasik biru.

Tak boleh stop lama lama. Hari dah nak petang, masa tu dah dekat pukul 4 lebih, maka kami teruskan saja perjalananan.

Jalan raya dia memula OK lah, pastu makin kecik dan makin kecik, pastu melengkor lengkor macam ular. Pokok pokok menambahkan lagi kegelapan suasana nasib baik lah tak berapa banyak kereta. Cuak jugak la nak biarkan OR memandu tu, tapi masa tu aku ala ala mengantuk.

"Tidur la Yang"
"OK"

Aku ni susah jugak nak tidur kalau orang drive. So aku rest je lah, kejap kejap hisap rokok, kejap kejap hisap rokok bagi memastikan aku terus terjaga.

Padahal dari KKB ke Fraser's Hill tu bukan jauh pun, dalam 38 KM je, tapi sebab jalan berputar belit, memang tak leh drive laju laju. Sudahnya dekat pukul 6 jugak la kami mula tiba di puncak !

Jalan ke FH sekarang dah tak macam dulu. Dulu dia ada timing dia kan, waktu buleh naik dan waktu buleh turun sebab jalan dia sangat lah sempit. Tapi sekarang dia ada dua jalan dah. Satu naik, dan satu turun, maka kebarangkalian untuk bertembung dengan kereta lain adalah kurang kecuali orang tu gila pegi turun jalan yang sama atau jalan satu lagi tu memang tutup dek kerana tanah runtuh atau sebagainya.

Di sepanjang jalan tu memang tak boleh berhenti. Jarak dia dari simpang bawah ke puncak adalah lebih kurang 8KM.

Tup tup, lepas jalan yang bersimpang siur tu, kami mula nampak bangunan dan ternampak clock tower ni.

Dan dalam hati berkata.

"Yes ! Kita dah sampai Fraser's Hill !"

Yey !!!!!!!!!!!!!!




Rasa macam excited jugak la sebab tak pernah sampai.

Cuaca pun sejuk tak berapa nak sejuk lah. Jadi kami park dulu kat area clock tower ni dan mula lah snappy snappy. Nasib baik jugak la OR bawak kamera dia, so dia tak de lah bosan macam selalu. Sebab aku kalau dah ambik gambar kira dah mengabaikan dia. Tapi sekarang, dia bawak kamera dia dan dia pun sibuk la ambik gambar jugak. Macam macam sudut lah. 

Bagus jugak macam tu, kalau tak dia buat muka bosan je bila aku sibuk menonggeng nonggeng ambik gambor.

Lepas tu kami merayau di kawasan sekitar tu je lah.

Ada ramai jugak orang petang petang tu, jadi apa kami buat adalah buat tak pedulik. 

Kawasan tu pun memang tak berapa besar, tapi cukup la setakat nak cari shot shot yang menarik untuk di snappy snappy.









Jumpa lah satu gift shop ni. Aku tak sabar sabar terus lah pegi borong FM untuk diri sendiri dan kawan kawan. Padahal tak lawa pun.

Sebabnya aku ingat kat situ je ada kedai kedai sebab pekan tu pun tak berapa nak besar mana.

Jadi lepas borong beli apa yang patut, kami mula bergerak nak cari bilik penginapan.

Hotel kat FH ni memang banyak lah, pilih je. So kalau tak de public holiday, boleh walk in je. 

Apa yang penting adalah nak mencari hotel yang ada view menarik. Susah jugak tu kan? Tapi tak pe. Aku dah buat research sikit sebelum tu, ada beberapa yang OK sebab kedudukannya di puncak atau pun di lereng bukit. Akhirnya aku dah aim siap siap, tujuan kami adalah untuk mencari Pine's Resort Fraser's Hill sebab aku baca review, view dia memang menarik.

Ayuh kita ke sana.

Tapi sebelum tu, masa pusing pusing tu terjumpa pulak warung ni. 

"Lapar tak?"

Aku tanya OR.

"Nak makan Yanggggggggg !"

Dia buat suara manja dia. Memang dia lapar lah tu. So aku rasa macam cool jugak singgah dan melantak kat warung tepi jalan yang tetiba je dalam ribunan pokok pokok ni dia tertenggek satu satunya di simpang jalan tu.

Apa lagi, singgah dah kami pun order !





OR makan nasik lemak bungkus.

Nampak macam menarik jugak, tapi sebab cuaca agak sejuk, so nasik lemak tu pun macam baru keluar dari peti sejuk je. Dalam sejuk sejuk abis jugak.

Aku memula order goreng pisang dengan cekodok pisang. Tu lebih menarik sebab panas panas lagi. Tengah tengah melayan perasaan dan borak borak tu, tetiba terasa nak makan maggie goreng !

Jangan tak percaya, makcik tu boleh menggoreng di situ.

So aku order. 

Hasilnya, maggie goreng makcik ni sangat la masin. Terkulat kulat muka aku menahan kemasinan yang luar biasa tu.

Uwek !

Makan makan sampai kenyang, hari dan nak pun gelap. Jadi kami cadang nak langsung je ke Pine's Resort yang terletak tak berapa jauh dari warung makcik tu kalau mengikut peta yang kami tengok lah.

Maka. Masanya telah tiba. Hari pun dah senja. 

Ayuh !








Sampai hotel, walk in macam biasa. Memang ada bilik. Harga apartment dia adalah RM165. Tapi apartment tu 3 bilik lah. Nak buat cemana, walaupun kami berdua je, tak kisah lah.

Dia suruh check dulu bilik, so kami check macam OK je walaupun nampak agak run down sikit. Yang penting balkoni dia besar gila !

Kami setuju je lepas tu dan settle semua bayaran kami pun terus masuk bilik lah.

Lepak lepak jap melayani perasaan. Tak de apa yang boleh di buat lah. Ada lah TV so baring baring kat sofa.

"I ngantuk. I tidur jap"

Aku bagitau OR.

Dia OK je. Dia tengok TV. Pastu dok picit picit kaki aku.

Sudahnya aku lena terus tak sedar apa dalam dingin malam yang mencengkam perasaan tu.

bersambung............

1 comment:

  1. last 2 years pernah gi sana ...reunion ngan member DIA.... and nginap sini gak.....

    tapi kan tapi kan....kan balkoni dia ngadap hutan.....and org kata keras....errr cikdu ada mengalami apa2 kejadian tak huhuhu????

    meg mujurlah tk jadi ape2 uhuhuh..

    tetiba rasa bulu roma berdiri tegak..waaaaaaaaa

    ReplyDelete