Pages

Sunday, July 10, 2011

Jalan Jalan Cari Ikan Redang - Final

Ehem ehem...korang nak dengar lagi ke kisah-kisah tak perlu ni?

Boleh tak aku MC hari ni? haha

Ok la, aku sambung.




Pagi hari kedua, aku bangun agak awal. Selepas bersiap-siap, aku terus mencapai kamera sebab nak merakam saat-saat indah matahari memunculkan diri. Aku memang suka sunrise.

Tak lama lepas tu, BW juga keluar lantas menjadi model membuat pose pose maut. Sementara Supermeng di dalam chalet terus diulit mimpi. Dengan OR dia gamaknya.




Breakfast disediakan jam 8 pagi dan sesudah kami bersarapan, kami bersiap-siap untuk pergi snorkelling.

Disebabkan takde langsung kedai yang wujud di sana, maka tumpuan untuk mengisi perut hanyalah di kantin. Tak kira waktu breakfast, lunch, tea break mau pun dinner, tak sah kalau tak berebut-rebut sebab ramai sangat. Masing-masing dah macam pelarian Rohingya dah aku tengok. Tapi nak buat camana kan, syukur je la.

Kali ini kami akan ke Pulau Kerengga (mmm ye ke?). Sempat juga kami buat komplen dengan Nathan about the snorkelling gear yang macam kena gigit tikus tu. Mengganggu konsentrasi BW semasa snorkelling. Tak dapat bernafas katanya. Hiks. Alang-alang nak tukar, terus kami tukar ketiga-tiga sekali. Nathan jeling je tak puas hati.

’Sama je. Semua sama’ perli Nathan.

Hey! Ben Nathan @ koyakutty @ tak kisah la nama ko apa. Eh, ke nama kau Bothumalai? Dengar sini. Kami customers ok. And customers are always right. Gitu. Dah alat-alat kau semua macam jubor, memang layak la kena komplen.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami menaiki bot.

Snorkelling. Juga mengecewakan. Slightly better than the Marine Park though. Tapi still aku rasa better snorkelling dalam akuarium Supermeng.

Aku rasa la kan, kat Pulau Redang ni banyak tempat snorkelling yang menarik. Cuma kami tak bernasib baik dibawa oleh pihak resort ke tempat-tempat yang boleh aku samakan dengan paya belakang rumah aku.

Ado paya belakang rumah kau setaraf pulau peranginan?

Tudiahhh. Aku masih emo.

Pulang ke chalet dengan keletihan. Kami berehat sebentar sementara tunggu nak makan tengahari.

Lepas je lunch, kami bergambar lagi. Bermacam-macam gaya dan posing. Dan model paling vogue petang tu tak lain dan tak bukan, sape lagi kalau bukan BW.








Ko berani posing tepi pantai pakai kain batik tapi pakai sunglass sambil membuat pose-pose maut? Hahaha. BW tu dalam bilik pon pakai sunglass? Silau katanya. Superman tak habis-habis gelakkan dia.

Snorkelling trip kami yang ketiga dijadualkan pada pukul 2 petang pada mulanya. Untuk mendapat kepastian, aku pegi bertanya seorang pakcik yang sedang berehat di bawah pokok. Aku rasa pakcik tu owner resort tu.

’Puko due setengoh, kopo kopo siney. Puko tige naik bok. Kendiam kite tolok. Sape awal gi dulu. Kalu kendiam, naik bok kendiam’

Hahahaha. Pakcik tu sebut ’kendiam’ (kemudian) ok.

Aku dengan Supermeng terus diserang angin ahmar lite lite. Hahahahahaha

Destinasi snorkelling kami petang tu ialah Pulau Ekor Tebu. Ku sangkakan jauh pulaunya, rupa-rupanya, laaaa, sepelaung je dari chalet. Motip snorkelling dekat-dekat je. Patut la macam ci*** je takde ikan takde coral.

Masa ni, aku pun dah tak expect menggunung dah. Aku memang dah agak mesti lebih kurang sama je dengan tempat snorkelling sebelum sebelum tu.

Hampas!!

Nasib di kawasan berbatu di situ banyak burung camar berterbangan.

Seperti camar pulang ke pangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapan ku terhadapmu
Semoga kasih belum layu

Ok kak Esah, stop, stop, turun stage sekarang!

Turun dari boat kami terus ke kantin untuk makan petang.

Jeng jeng jeng.

Inilah makan petang yang telah merosakkan perut dan bontot BW. Bubur kacang hijau.

Ada juga karipap dan juga roti.


Selepas tu, kami menghabiskan masa bergelak ketawa, tulis-tulis atas pasir (feeling-feeling dalam drama katanya) borak-borak sambil mandi-manda di pantai berhampiran jeti.

Kamera tetapppp ada. Berbagai-bagai aksi pada kali ini. Dugong kesepian, walrus terdampar, penguin merindu, itik tersepit di celahan batu...u name it.

Macam-macam pose. Lompat bintang? Lompat kijang? Lompat tikam? Semua Supermeng buat.

Tidak dilupakan, gambar Supermeng beraksi bagi menghiasi muka depan Sports Illustrated edisi bumper musim raya haji tahun depan.

Pehhhh! Tyson Beckford tengok terus bersara wa cakap lu.




Penat berjimba-jimba di pantai, kami pulang dan membersihkan diri. Lepas badan bersih turun lagi ke pantai untuk bergambar di waktu senja sementara menunggu makan malam. Selagi boleh. Esok kan dah nak balik dah. Konsep nya selagi camera tu masih mampu bernafas kita teruskan jua. hahahah

Makan malam pada malam terakhir ini dibuat sedikit special. BBQ style. Korang boleh ambik apa yang korang suka, sebanyak mana korang nak melantak. Tak kisah. Tapi konsepnya, bakar sendiri. Nasi goreng dan meehoon goreng juga disediakan sebagai lawan kepada lauk pauk bbq yang dibakar.

Kami makan sehingga kenyang. Supermeng kata, makanannya kurang inzal. Tapi bagi aku, ok je. BW pun aku tengok belasah je. Haha.

Mungkin betul apa yang dikatakan, penangan cinta, makan tak kenyang, bila kekasih hati tiada di depan mata serasa menelan pasir. Mandi tak basah, eh ye ke? Yang ni aku tak sure.

Tapi yang pasti tidur Supermeng sangatlah lena. Siap ada lagu background lagi.

Setelah kenyang, kami berjalan pulang ke chalet. dalam perjalanan ada pakcik tu kentut tanpa perasaan bersalah..buat muka derk jer kentut depan kami...apa lagi..bantai gelak

Di dalam chalet, telah berlaku satu lagi peristiwa. Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki seolah-olah berulang kembali. Bom nuklear telah dilepaskan tanpa belas kasihan dan simpati oleh salah seorang dari ahli chalet. Siapakah gerangannya ittew? Cuba la teka. Hehe

Bertempiaran aku dengan Supermeng melarikan diri ke pantai bimbang akan berlaku kerosakan otak yang kekal kalau terus bertahan di dalam chalet. Hahahaha Penangan bubur kacang.

Alang-alang dah berlari ke pantai tak jadi lah nak rebahkan badan..kami lepak di tepi pantai, bersembang-sembang lagi seolah-olah tidak abis tajuk untuk disembangkan. Padahal mengarut je lebih.

Supermeng seperti biasa. Kling. Seminit kemudian, kling. 2 minit kemudian, kling. 3 minit kemudian, kling. 4 minit kemudian.............................................................

Ahhhhhh. Betapa indahnya menikmati bulan penuh dan lautan disirami cahaya rembulan.

Gitu.

Sambil borak-borak superman buat service urut-urutan...urut kami berdua la..dia tak pe hari2 OR urut katanya.

Hampir tengah malam, kami masuk semula ke chalet. Zzzzzzzzzzzzz

Pagi keesokannya (pagi ahad), setelah makan pagi, kami bersiap-siap mengemas beg untuk bergerak pulang. Terasa berat kaki untuk melangkah ke jeti. Meninggalkan sebuah tempat yang begitu indah bak syurga dunia.

*lupakan snorkelling sites yang macam haram ittew

Kami menaiki bot pada pukul 10 pagi, juga boat trip pertama syukur alhamdulilah . Tak larat nak menunggu lagi dah. Tu pon boat tu disumbat sampai merasa la ada yang kena berdiri.

Di jeti Merang, kami mengambil kesempatan untuk membeli belah sekali lagi sebelum mengambil kereta di parkir.

BW yang dari semalam mengalami sakit perut yang luar biasa mengambil tempat di tempat duduk belakang. Senang untuk berguling dan berbaring. Mungkin akibat bubur kacang hijau makan petang hari sabtu tu.

Tiada apa yang hendak dikejar, so aku memandu dengan kelajuan biasa.

Kami singgah di rumah No. 88, Kampung Kelulut untuk membeli keropok lekor. Supermeng gigih ok beratur di dalam lautan manusia di kedai tu. Aku pose-pose tunggu dalam kereta dan BW terdampar di tempat duduk belakang

Motip ramai gila orang beli keropok kat situ? Apa yang best sangat? Ntah la. Aku pun tak paham.

Kemudian kami singgah di Marang untuk makan tengahari.

BW masih lagi sakit perut tidak bermaya. Aku dan Supermeng tinggalkan BW berehat di dalam kereta sementara kami melantak berdua.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan. Di Kemaman, kami berhenti sekali lagi untuk membeli keropok.

Perut BW masih lagi memulas-mulas. Telah berkali-kali dia berry-berry. Bermacam-macam bau minyak angin, minyak kuda, minyak bijan bercampur baur di dalam kereta. Sehingga pedih-pedih mata. Hahaha

Di hentian rehat Gambang, kami berhenti untuk mengisi minyak.

Perjalanan seterusnya lancar sahaja. Alang-alang melalui kampung aku, aku mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di rumah aku untuk menghantar keropok.

Dari rumah aku, Supermeng mengambil alih tempat sebagai pemandu. Aku, sebagai co-pilot yang kurang efficient, terus membuta.

Kami selamat sampai ke KL pada lebih kurang pukul 10 malam. Kami terus menuju ke rumah adik Supermeng untuk mengambil keretanya.

Kemudian, ke rumah BW untuk menghantar sheols dan juga untuk mengambil kereta aku yang ditinggalkan di sana.

Aku selamat sampai di rumah hampir jam 12 tengah malam. Alhamdulillah.

Overall, trip ke Pulau Redang adalah sangat fun dan aku rekomen korang ke sana untuk menikmati betapa indahnya bumi ciptaan Ilahi dan juga untuk menenangkan fikiran bagi sesiapa yang inginkan kedamaian.

CUTI-CUTI MALAYSIA!!!!

p/s : kalau korang tak puas hati pasal snorkelling, jangan ligan aku naa...


THE END

2 comments:

  1. :) seronok bace ...... hehehee

    ReplyDelete
  2. ada kesilapan mula2 eh .... tk pe....*abaikan buat buat tak nampak ehhehee * :)

    ReplyDelete