Pages

Monday, June 13, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 1

Salam bahagia.

Dah lama aku nak update entry backpacking aku ni, tapi asyik busy je. Kalau tak busy pun, aku di landa rasa kemalasan tahap gaban. 

Hari ni aku rajin sikit walaupun tak berapa rajin. 

Trip Backpacking Jawa Timur ni aku plan agak lama jugak la. Sebab masa aku ke Tanah Jawa sebelum ni, Jakarta dan Bandung, tu belah Barat aku ada terfikir untuk ke Surabaya dan Jogja. Tapi tak berkesempatan.

Satu hari yang hening, aku dah plan bersempena dengan cuti Hari Wesak tempoh hari, maka aku pun beli tiket lah. Nasib dapat murah. RM80 one way. Terima kasih kepada Air Asia.

Tapi, trip kali ni berlainan sikit, aku beli tiket flight dari KL ke Surabaya dan naik keretapi ke Jogja dan balik ke KL melalui Jogja.

Apa yang menarik di Surabaya? Sebenarnya aku tak de agenda penting pun. Tak de tempat yang aku teringin sangat nak pegi tapi aku suka suka je nak jejakkan kaki ke sana. Melihat dunia dari kaca mata sendiri. Maka trip ni terhasillah dengan harapan, aku dapat tengok apa yang aku rasa menarik dan menimba pengalaman daripada apa yang aku perhati.

Bila dah dekat dekat nak pegi trip ni, aku contemplated. Nak pegi? Tak nak pegi? Banyak benda. Dan aku ni jenis, apa apa je lah, sampai masa aku rasa nak pegi, aku akan pegi. Tunggu je keadaan dan mood aku masa tu. Pulak tu Air Asia ada called bagitau flight rescheduled, so dia bagi aku flight pagi buta ! Nasib la aku rajin call dan tukar ke petang sikit.

Seminggu sebelum berangkat, baru la aku bersungguh sungguh. Masa tu dah bulatkan tekad, trip ni pastikan jaya !!

So tak de apa perancangan pun, aku just baca baca sikit, yang lain lain aku main redah je dan hari yang aku patut berlepas aku tak packing apa pun sehingga lah aku rasa confirmed, baru aku campak campak baju dalam beg.

Petua aku senang je. Travel light ! Maksudnya tak payah bawak baju banyak banyak. Kalau perlu baju, aku beli je nanti, so 1 jeans, 1 kain pelikat, 1 short, spentot dan boxer untuk tidur malam beserta dengan 3 helai t shirt. Cukup !

Campak beg toilletteries aku yang memang dah ada dalam beg tu, then off to go !

Aku dah called adik aku mintak dia hantar ke airport dan dia memang dah faham sangat, adalah tugas dia untuk menjadi supir kalau aku mahu ke mana mana.

Oh. Tetap kena rasuah dia, kalau tak muka dia muncung !

Sampai LCCT aku tak de banyak masa dah. Aku pegi ATM machine, draw duit dan aku tukar 500 ringgit ke  Rupiah. Aku masih ada baki Rupiah dalam Sejuta lebih dari trip ke Medan tempoh hari, plus kalau pegi Indon tak de masalah sangat sebab ada CIMB di sana. Aku dah pun register dan pernah keluarkan duit masa di Bali, so aku rasa kat Indon tak susah nak cari CIMB ni.

Anyway, aku rasa budget aku cukup kot, pandai pandai lah aku manage nanti.

Oh, kat LCCT sempat aku makan Mc Donald's dulu sebab kelaparan.

"Nak set yang dapat gelas ni ke?"
"Errr. Saya nak naik flight, kalau saya tak nak gelas tu boleh?"
"Hmm kalau macam tu ambik set ni lah?"
"Okey"

Hah. Ada promotion dapat gelas Mc Donald's tu kan? Macam menarik jugak tapi takkan ler aku nak bawak gelas tu ke hulu ke hilir? Menyusahkan aku pulak nanti.

Abis makan, hisap rokok sebatang, then masuk balai berlepas. Aku tak de check in beg pun, memang aku akan pastikan beg aku ringan je kalau pegi mana mana.

Tak de apa apa expectation. Aku check in dan chop passport terus lah masuk dalam flight.

Akhirnya jam 6.05 petang, pesawat Air Asia berlepas meninggalkan landasan KLIA tu. 

Yey ! Aku excited dah lebih sebulan tak naik kapal terbang... !




Flight agak penuh !

Seat aku kat tengah. Tapi macam biasalah, kalau naik flight aku suka masuk last sekali. So aku buleh tahu berapa orang yang belum duduk dan di mana ada seat kosong sebab aku nak duduk tepi tingkap !

Biasanya kat belakang belakang la. So aku masuk tu, aku dah pasti seat belakang tak de orang, aku terus je ambik port duduk kat belakang.

Kalau tak pun, biasanya aku duduk dulu then pastikan semua orang dah duduk. Kalau ada seat belakang kosong aku bangun la pegi tukar seat. Tapi kena tukar sebelum flight berlepas lah, kang kena marah pulak.

Awek Air Asia ni flight KL so Melayu lah. Ada sorang tu cun, yang lain lain biasa biasa je. 

Perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit merentasi Selat Melaka dan terus ke Tanah Jawa. Sempat la nampak matahari terbenam. Berpusing pusing aku ni nak ambik sunset. Ada lah dapat few shot.

Sepanjang flight, aku rest je lah. Sumbat telinga dengan earphone dan dengar lagu. Seat tu aku sorang je duduk so buleh la bubuh beg sebelah la, dan duduk dalam keadaan tak sopan sikit. Nak tidur tak berapa lena, last sekali melayan perasaan je lah.

Lebih kurang jam 7 lebih waktu Surabaya aku selamat sampai ke airport Surabaya. 

Airport dia agak suram lah. May be sebab tak banyak flight kot. Aku keluar tu, sempat hisap rokok dulu. Ketagih ! Pastu aku melilau dalam tu sebab semua orang dah lepas ke tempat keluar, kira aku sorang sorang je berjalan dalam tu.

Ngeri okeh.

Tapi tak pe. Abang kan pose pose pelancong, mesti la kena buat muka excited !

Bila turun ke bawah untuk chop passport baru la nampak ramai orang. Kali ni tak de ramai orang sangat sebab flight Surabaya ni memang kurang pelancong. Yang ramai semua makcik makcik warga Indon yang nak balik kampung je, so kaunter untuk International passport adalah lengang saja. Dan pegawai imigration tu tak tanya banyak. Dia tengok dokumen aku semua cukup, passport OK, then dia chop.

Lepas !

Tapi aku ada dengar kaunter sebelah tu, mamat tu siap mintak bukti tiket balik nanti. Tapi aku dah bersiap sedia kalau dia mintak. Tak nak jadi macam kat Medan dulu tu.

Keji !

Lepas tu aku tak de bagasi apa apa nak ambik, terus je aku keluar. Masa nak keluar tu lah, baru kastam ke apa yang check. Dia scan beg pastu ambik passport. 

"Ke sini Pak"

Dia bersuara panggil aku dan suruh aku bukak luggage aku. Memula aku cuak jugak, tapi aku tengok semua orang dia tahan. Mungkin prosedur biasa.

So aku bukak je lah. Sempat jugak la sembang sembang dengan mamat tu. Dia pelik tengok passport aku chop Indon merata.

"Pernah ke Thailand?"
"Ya""
"Bikin apa di sana Pak?"
"Liburan aja"
"Oooo. Kerap ke Indonesia ni Pak?"
"Ya. Liburan"
"Ini mahu ke mana?"
"Mahu ke Bromo dan Ijen"
"Oh, suka motret?"
"Iya"

Masa tu dia bukak beg kamera aku dah. 

"Di sana cantik banget. Memang bagus untuk motret"

Aku senyum je. Dia pulak excited. 

"Ni lagi nginap di mana?"

Aku pun keluarkan list kertas aku dah siap. Dalam tu semua ada itenary aku dah buat, hotel mana hari ni buat apa semua. Tu pun aku siapkan last minit. Saja aku nak budget takut aku termiss tempat tempat yang aku nak pegi. Dan aku tunjuk kertas tu kat dia, sebab ada alamat hotel aku kat situ.

"Bapak ambil tour?"
"Ngga"
"Ini dari siapa?"
"Sendiri"

Dia tanya sapa buat itinery tu sebab dalam tu aku dah siap tulis aku akan ke sini, then naik keretapi ke Jogja, hotel di Jogja memang dah complete semua dalam sehelai kertas tu. 

"Ya. Udah biasa travelling kayak gini ya?"

Aku senyum je.

Eh. Lama pulak dia tahan aku. Check beg sudah la kan? Sibuk tanya tanya. Dia bukak segelap isi beg aku tu lah, abis spentot aku pun dia belek. Tapi tak de la jumpa apa apa pun. Aku tak bawak apa. Cuma sembang je lebih.

Cuma ada makcik selepas aku tu kena tahan sebab dia bawak bedak talkum. Botol besar lak tu.

"Ngga apa apa tu"

Makcik tu berkali kali bagitau. May be dia nak cakap tu bedak biasa je tapi kastam tu biasalah curious sebab bedak tu kan macam heroin tu semua jenis jenis macam tu.

Ah ! Malas lah aku ambik tahu.

Aku cepat cepat keluar dari balai ketibaan tu. Aku perlukan udara segar !!!!!!!!!

Yaaa.. Aku ingat segar sangat lah. Rupa rupanya, penuh orang menunggu. 

"Taxi Pak? Taxi?"

"Pak !!"

"Mas... mahu transport Mas? Taxi Mas"

Argh. Rengsa kan?

Kebetulan, earphone aku masih ada lekat di baju, so aku pun buat selamba je sumbat telinga ! Padahal tak de cucuk ke iPhone aku pun saja saja. Yang penting lakonan kena mantap. Kalau tak, kena kejar la dengan dia orang ni.

Hah ! Cakap lah ! I am on earphone...................

Hiks. Dia orang nak pujuk rayu tengok telinga aku tersumbat je tak jadi. 

Hahhaa. Abang gelak guling guling keliling airport.

Apa nak buat ni? Mana nak tuju? Alamak. Tiba tiba seram sejuk. Ah !

Aku keluar dulu dan lepak. Layan rokok dulu mencari Ilham apa aku nak buat lepas ni !


Hah. OK. Dah dapat ketenangan diri.

Tak de apa yang menarik pun kat airport dia tu. Lepas abis isap rokok sebatang, baru la aku terhegeh hegeh masuk kat balai ketibaan semula. Aku nak cari kaunter teksi lah. At least aku pegi ke tempat yang betul. Kang ambik yang sapu sapu tepi jalan tu takut kena tipu.

Ada beberapa kaunter taxi di situ, so tak susah pun.

"Ke mana Pak?"
"Ke Jalan Pemuda"
"Oh. 90,000 Pak"

Senang ! Aku dah check, memang harga taxi lebih kurang tu je lah. Aku bayar dan tak lama lepas tu ada mamat ni ajak aku ke luar. Aku tunggu tepi jalan sekejap dan tak lama lepas tu dia muncul dengan sebuah Avanza.

Aku terus je masuk dan dia drive menuju ke kota.

Hujan renyai renyai masa tu. Sempat la borak borak kosong dengan driver tu, muda lagi. Tapi masalahnya dia tak tau hotel aku tu kat mana !

Rengsa pulak. Nasib la aku ada map Surabaya dalam iPhone. Satu hal pulak aku nak bagi dia direction cemana nak pegi. Tapi tak de la sesat, aku suruh dia cari Stasun Gubeng je sebab hotel aku memang area situ. Aku sengaja pilih tempat tu sebab nanti aku nak naik keretapi senang. Jadi, rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin sebelum pegi mana mana. 30 minit dari airport ke hotel aku tu.

Sampai kat hotel aku tu, nama dia Sparkling Hotel.

Sparkling lah sangat kan? Dinding berlumut uols. Masa berhenti tu aku fikir, betul ke aku nak duduk sini? Tapi tak pe. Bak kata orang, kita kalau berjalan tak leh pose pose kekwat, mesti bersedia untuk seribu kemungkinan.

Dan kemungkinannya aku dapat bilik tak de tingkap !

* nanges.

Aku dah book hotel ni dari KL lagi. Aku baca review orang kata hotel ni murah. Dan memang murah lah, aku dapat Suite VIP dengan harga RM60 satu malam. Tak ke kau koma? VIP okeh ! Bila lagi abang nak duduk bilik VIP? Ni bilik paling mahal di sini nih.

Tapi. Bila masuk?

Tak de tingkapppppppppppppp !!!

No !!!!!!!!!!!!!!!!

Tak leh merokok !!!!!!!!!!!!

No !!!!!!!!!!!!!!!!


Nehi ! Nehi ! Nehi !

Tengok gambar tu, VIP sangat kah? 

Ah. Lantak lah. Pedulik. Aku dah letih. Janji bilik air ada semua cukup. Aircond pun ada. Tapi masalahnya, wifi dia lak tak jalan. Time tu la pulak dia nak rosak. 

Tak cukup dengan tu. Lebih sadis lagi. Aircond berfungsi tapi aku rasa macam 35 darjah celsius je rasa. Puas aku tekan jadi 18, haram tak sejuk sejuk jugak.

Tak buleh jadi macam ni  ! Rengsa aku di buatnya. 

"Mas, kalau check out sekarang bisa? Deposit untuk esok bisa di pulangkan?"
"Maaf Pak. Ngga bisa. Kerna malam esok sudah di book atas nama bapak jadi kami udah nolak yang lain gitu"

Hmmph. Ya lah. Aku faham pun. Saja je.

Tapi tak puas hati lah aku. Dah lah wifi dia down !

Apa nak buat lagi? Mati kutu. Masa tu dah dekat pukul 11 lebih waktu sana. Kalau kat Malaysia pukul 12 aku dah boleh pose pose tidur. Tapi tak pe, gi merayau dulu area depan depan hotel aku tu.


Last sekali aku keluar jugak la memerhatikan sekeliling.

Ting ! Kebijaksanaan datang. Apa aku buat? 

Nampak hotel ni kan? Aku pergi hotel tu dan pasti, memang ada wifi kat lobby.

"Mbak. Password Wifi nya apa?"
"Sebentar ya Pak"

Cas cas aku duduk kat hotel tu ! Hiks.

Pastu sebab cuak, dapat password aku dok surfing dari luar lobby. Ada nyamuk okeh. Keji ! Tu la buat lagi benda benda jahat. 

Aku nak surf internet sebab aku nak cari pakej ke Bromo dan Ijen. 

Masa aku check kat website hotel aku tu, konon dia kata ada pakej ke Bromo semua tu. Tapi bila aku tanya kat kaunter dia kata, orang yang buat pakej tu dah tak de. Dah tutup. No more tour package dah. So cemana??

Aku nak gi Bromo ! 

Tu yang aku sibuk nak internet nak cari pakej pakej yang ada. Tapi hampeh. Semua nak kena call la apa lah. Banyak hal pulak lagipun kalau pergi, aku kena pegi awal awal pagi esok. Ada nombor telefon BW bagi suruh aku contact. Mamat ni ada tour company jugak la. Aku dah SMS dia, mahal pulak lah dia quote aku. Pastu macam banyak cekadak. 

Last sekali, terkubur harapan... balik hotel, aku cuba baring atas katil VIP suite aku tu.

* nanges.

Kelip kelip tak buat apa. Nak rancang cemana ni? Aku dah agak, memang hampeh Surabaya ni, aku tak leh buat apa.

Ubah rancangan ! Aku kena ke Jogja pagi esok ! Tinggalkan Surabaya ni.

Cuba cuba tidur, nak bangun awal nak beli tiket kat station ketapi esok. Aircond dah la macam pundek. Tengah nak lelap tetiba...

Ngegegegegegegegegee..

Nyamuk !

Babik !!

Dan aku tidur sungguh tak lena. Begitu la nasib malam pertama di Surabaya....

4 comments:

  1. Replies
    1. sorry bro.. aku travel memang xde itinerary.. main belasah jer.

      kalau kau baca balik entry ni maybe buleh dpt some ideas...

      good luck !

      Delete