Pages

Monday, April 25, 2011

Jom Makan : Aroma Ikan Bakar, Jeram

Aku nak cerita tempat makan yang aku pergi dengan OR. Nama tempat dia ialah Aroma Ikan Bakar.

No no no. Bukan aromatheraphy ! Ini tempat makan la, terletak di Pantai Jeram, Kuala Selangor.

Sapa tau?

OK. Meh sini nak cerita.

Bagi peminat ikan bakar dan kaki melantak, ini adalah option selain daripada Muara Klang. Kalau selalu pergi Muara bosan jugak kan? Plus kat sana orang ramai nanti nak pilih ikan pun berlaga laga ponggong.

So, bagi yang rasa ingin kan tempat baru sambil makan sambil di pupuk bayu senja, sambil angin sepoi sepoi bahasa Mandarin menampar muka lite lite. Anda boleh ke tempat ini.

Macamana nak pergi?

Dari Sungai Buloh, ikut sahaja penanda jalan menuju ke Kuala Selangor. Takkan masuk ke mana-mana simpang selagi tak sampai ke simpang tiga Kuala Selangor. Alah, jalan nak pegi tengok Kelip Kelip ke Kampung Kuantan tuh ! Perjalanan mungkin terasa lama sedikit kerana dari Sungai Buloh ke sana, jalannya bengkang-bengkok sedikit. Maklumlah, bukan jalan bandaran. Dan kalau anda risaukan kesesakan jalanraya, jalan ini adalah yang terbaik kerana anda takkan jumpa semua itu. Kalau ada pun, mungkin kesesakan yang begitu kecil di pekan Sungai Buloh. Maklumlah, dah namanya pun Sungai Buloh. Memang famous amos.

Perjalanan dari Sungai Buloh ke simpang tiga berkenaan mengambil masa lebih kurang setengah jam ke 45 minit. Bergantung kepada tahap kecekapan pemanduan anda sendiri. Kalau mereka yang kaki drift, mungkin akan mengambil masa kurang dari itu. Dan kalau lebih lupa diri lagi, boleh terus ke Penjara Sungai Buloh yang berada di pertengahan perjalanan! 

Sesampai anda di simpang tiga yang dimaksudkan, anda akan nampak penanda jalan yang tertulis Kuala Selangor di belah kanan dan Klang di belah kiri. Ikut KIRI. Setelah lebih kurang 3 minit perjalanan, anda akan nampak Petronas di belah kiri anda. Ketika ini, senyumlah sedikit sebab anda dah dekat dengan destinasi anda tu. Teruskan lagi perjalanan. Dalam tak sampai 30 saat, anda akan nampak stesen minyak Shell dan Balai Polis Jeram yang juga dibelah kiri anda.

Betul-betul berhadapan dengan balai polis ada lampu isyarat. Belok Kanan. Jadi kalau tak nak keliru, dari jauh kesayupan penanda stesen minyak Shell tu, anda dah boleh mula mengikut laluan jalan dibelah kanan.

Bila dah masuk ke kanan, anda sekarang berada di Jalan Pantai Jeram. Terus ke depan sehingga nampak sebuah pintu gerbang. Haaaaaaaa, di belakang pintu gerbang itulah gerai-gerai ikan bakarnya.

Nanti perhatikan papan tanda ini ! (pastikan senyuman masih terukir di wajah !)


Ha.. Dah sampai la ni.

So, order la makanan ikut suka anda dan melantak la sepuas hati !

Apa yang best kat sini? Hmmm rasanya makanan dia biasa biasa je lah tapi murah ! Agak murah la dengan seafood yang segar dari lautan terbentang.

Aku dan OR? Ini lah menu kami.





Pastu order telur dadar, kailan ikan masin dan juga nasi bersama sama dengan tomyam !

Tomyam adalah tak berapa inzal. So boleh skip. Tembikai laici dia agak menarik. Harga untuk pemakanan yang tidak sihat ini adalah sebanyak RM69.90 sahaja !

Mur mur kan?

Dan ini pulak gambar sekitar restoran yang betul betul terletak di bibir air.



Dan ni ada dua awek yang suka mencapap kat meja aku.

Sebab meja aku dekat dengan TV ! Cute jugak budak budak ni. Cakap pelat.



Jadi, sesiapa yang ingin mencari kelainan dalam makan ikan bakar, di sini la tempatnya.

Sila jelajah dalam misi mengisi perut korang... Selamat menjamu selera !

No comments:

Post a Comment