Pages

Saturday, April 30, 2011

Wanita Dan Beli Belah

Aku mimpi jalan dengan OR masuk shopping mall. Masa tu hujan lebat.

Tiba tiba, aku di kejutkan.

"Yang !"
"Hah"

Aku tersedar.

"Yang ! Yang !"

OR menangis sebelah aku.

"Kenapa ni?"
"I mimpi takut"
"Mimpi apa?"

Dia nangis lagi. Aku peluk gosok gosok badan dia.

"Mimpi apa?"
"I mimpi sayang tinggalkan I"

Aku gelak gelak.

"Dah lah tu. Tidur lah"
"Tak nak Yang. Sedih"

Menangis nangis la pulak kacau aku tido. Ganggu lak aku nak tido.

"Yang. Sayang ni kacau. I pun tengah mimpi tadi. Mimpi bawak sayang shopping kat mall. Dah la tu sedih, mimpi mengarut je tu, tidur tidur"

Aku peluk peluk dia dalam teresak esak dia menangis.

Pastu aku pun hampir hampir terlena. Tiba tiba dia kejut aku semula.

"Sayang mimpi kita pegi mall mana?"
"Hah?"
"Kita beli apa?"

Hish. 

"Tak sempat nak beli lagi, baru nak masuk mall. Dah. Sambung tidur, nanti esok I bagitau kita shopping apa"

Dan aku terus keras sambung tidur sampai ke subuh. Kalau dah pompuan tu, dengar je shopping terus je excited terlebih.


Selamat bercuti semua.........

Tuesday, April 26, 2011

Kapal Terbang Yang Tak Boleh Terbang

Aku nak bagitau ni, aku ada hobi baru !

Dengar ni sebab ni penting.

Aku nak kumpul model kapal terbang. Jadi ! Sempena birthday aku nanti.....

* matilah demanding ni.

Aku nak model kapal terbang dari setiap seorang pembaca blog ni.

* gelak setan.

Heh. Aku tengok semalam seketul tu RM20 je kat pasar malam. So aku boleh buat airport dah kat rumah. Tapi serious aku suka.

Korang suka tak? Kalau tak suka, sila menabung seringgit sehari untuk hadiah birthday aku akan datang. Oh tahun ni, birthday aku jatuh awal sikit. Bulan 5 tau !!

* feeling feeling tido peluk model kapal terbang !

Harap reti !


Monday, April 25, 2011

Jom Makan : Aroma Ikan Bakar, Jeram

Aku nak cerita tempat makan yang aku pergi dengan OR. Nama tempat dia ialah Aroma Ikan Bakar.

No no no. Bukan aromatheraphy ! Ini tempat makan la, terletak di Pantai Jeram, Kuala Selangor.

Sapa tau?

OK. Meh sini nak cerita.

Bagi peminat ikan bakar dan kaki melantak, ini adalah option selain daripada Muara Klang. Kalau selalu pergi Muara bosan jugak kan? Plus kat sana orang ramai nanti nak pilih ikan pun berlaga laga ponggong.

So, bagi yang rasa ingin kan tempat baru sambil makan sambil di pupuk bayu senja, sambil angin sepoi sepoi bahasa Mandarin menampar muka lite lite. Anda boleh ke tempat ini.

Macamana nak pergi?

Dari Sungai Buloh, ikut sahaja penanda jalan menuju ke Kuala Selangor. Takkan masuk ke mana-mana simpang selagi tak sampai ke simpang tiga Kuala Selangor. Alah, jalan nak pegi tengok Kelip Kelip ke Kampung Kuantan tuh ! Perjalanan mungkin terasa lama sedikit kerana dari Sungai Buloh ke sana, jalannya bengkang-bengkok sedikit. Maklumlah, bukan jalan bandaran. Dan kalau anda risaukan kesesakan jalanraya, jalan ini adalah yang terbaik kerana anda takkan jumpa semua itu. Kalau ada pun, mungkin kesesakan yang begitu kecil di pekan Sungai Buloh. Maklumlah, dah namanya pun Sungai Buloh. Memang famous amos.

Perjalanan dari Sungai Buloh ke simpang tiga berkenaan mengambil masa lebih kurang setengah jam ke 45 minit. Bergantung kepada tahap kecekapan pemanduan anda sendiri. Kalau mereka yang kaki drift, mungkin akan mengambil masa kurang dari itu. Dan kalau lebih lupa diri lagi, boleh terus ke Penjara Sungai Buloh yang berada di pertengahan perjalanan! 

Sesampai anda di simpang tiga yang dimaksudkan, anda akan nampak penanda jalan yang tertulis Kuala Selangor di belah kanan dan Klang di belah kiri. Ikut KIRI. Setelah lebih kurang 3 minit perjalanan, anda akan nampak Petronas di belah kiri anda. Ketika ini, senyumlah sedikit sebab anda dah dekat dengan destinasi anda tu. Teruskan lagi perjalanan. Dalam tak sampai 30 saat, anda akan nampak stesen minyak Shell dan Balai Polis Jeram yang juga dibelah kiri anda.

Betul-betul berhadapan dengan balai polis ada lampu isyarat. Belok Kanan. Jadi kalau tak nak keliru, dari jauh kesayupan penanda stesen minyak Shell tu, anda dah boleh mula mengikut laluan jalan dibelah kanan.

Bila dah masuk ke kanan, anda sekarang berada di Jalan Pantai Jeram. Terus ke depan sehingga nampak sebuah pintu gerbang. Haaaaaaaa, di belakang pintu gerbang itulah gerai-gerai ikan bakarnya.

Nanti perhatikan papan tanda ini ! (pastikan senyuman masih terukir di wajah !)


Ha.. Dah sampai la ni.

So, order la makanan ikut suka anda dan melantak la sepuas hati !

Apa yang best kat sini? Hmmm rasanya makanan dia biasa biasa je lah tapi murah ! Agak murah la dengan seafood yang segar dari lautan terbentang.

Aku dan OR? Ini lah menu kami.





Pastu order telur dadar, kailan ikan masin dan juga nasi bersama sama dengan tomyam !

Tomyam adalah tak berapa inzal. So boleh skip. Tembikai laici dia agak menarik. Harga untuk pemakanan yang tidak sihat ini adalah sebanyak RM69.90 sahaja !

Mur mur kan?

Dan ini pulak gambar sekitar restoran yang betul betul terletak di bibir air.



Dan ni ada dua awek yang suka mencapap kat meja aku.

Sebab meja aku dekat dengan TV ! Cute jugak budak budak ni. Cakap pelat.



Jadi, sesiapa yang ingin mencari kelainan dalam makan ikan bakar, di sini la tempatnya.

Sila jelajah dalam misi mengisi perut korang... Selamat menjamu selera !

Sunday, April 24, 2011

Lensa

Sebelum tu aku nak tanya pakar pakar lensa kamera.

Kalau aku beli Tamron 18-270mm-f3.5-6.3 DiII-VC PZD untuk pakai kat 550D aku, adakah berbaloi baloi? Atau beli Canon 18-200mm sajork?

Aku perlukan jawapan ni sebelum aku buta tuli menghabiskan wang yang dah tak ada ni. 

* nanges.

Cepat. Tolong aku bantu aku. Aku kempunan telur tembakul

* makan telur penyu 500 bijik.

Ni hah gambar dia. Inzal tak?

Tapi aku nak lense yang boleh pakai all rounder. Tak suka tukar tukar, plus, aku bukanlah pro ambik gambar, hanya untuk suka suki berdiri saja.




* matilah takde yang pedulik !

Agak agak nak ambik gambar lubang hidung orang OK tak? Hiks.

OK. Sila bagi jawapan dengan segera oke. Sapa yang tau pun boleh tolong jawabkan. Penting ni, untuk keamanan sejagat. Kalau tak de, aku beli teleskop je lah !

Friday, April 22, 2011

Taman Tasik Perdana 2

Gambar gambar yang di petik dari Taman Tasik Perdana tempoh hari.

Kan aku cakap, tempat ni luas dan banyak benda boleh explore. Jadi, hari ni abang bawak kau orang semua bersiar siar di taman ini.

Sila lah. Sila.












'

Hah. Ada terasa mahu ke sana? Jika anda mahu, sila rujuk peta. Sebab aku pun dah ingat ingat lupa.

* matilah kena cerca dengan warga KL lepas ni.

Sebelum aku mengarut lebih lebih. Saksikan gambar gambar terakhir di Tasik Perdana kelmarin. Tema gambar gambar bertemakan Flora Dan Fauna !



















Hah. Jenuh la nak load page ni.

Thursday, April 21, 2011

Taman Tasik Perdana

Masa hari ahad hari tu aku keluar dengan OR.

Kami jalan jalan keliling kota. Tau kami ke mana?

Taman Tasik Perdana !

Dan, untuk makluman pihak media dan juga orang awam, aku first time sampai Taman Tasik Perdana ni. Selalunya lalu je kat jalan sekitar tu tapi aku tak pernah ambik tau. Now, aku dah sampai dan berjaya jejakkan kaki di sini.

Cool jugak tempat dia. Besar okeh. Terkesima rama rama aku di buatnya.

Letih berjalan. Sampai sakit sakit tumit. OR la heret aku, aku ni mengah mengah sampai berpeluh peluh ketiak di buatnya.

Tapi serious aku rasa Taman Tasik Perdana ni salah satu tempat best untuk melepak juga especially kalau nak beriadah dan berjogging !

Cuma jauh sikit dari parking so kena menapak.

Ada beberapa tempat yang kami jejaki, so hari ni aku tunjuk gambar gambar yang di ambik di sekitar Taman Tasik Perdana itu sendiri.

Enjoice bagi yang belum pernah sampai ke sana.

* senyum dengan riak sebab dah sampai.









Ada lagi gambar lain, nanti aku share dari masa ke semasa.

Thursday, April 14, 2011

V for Vandetta

Ini sebuah kisah keji.

Kisah dia macam ni.

Aku ada flight bulan depan dan Air Asia ada contact aku bagitau flight tu reschedule. Dia bagi aku flight pukul 6.45 pagi which aku rasa payah la aku nak bangkit pagi pagi untuk naik flight ni.

So aku called Customer Service Air Asia tadi untuk dapatkan schedule lain supaya aku rasa lebih senang dan mudah.

Kami berbual macam biasa, dia mintak details dan sebagainya. Jadi aku pun bagi je la thru phone tu.

"OK, Sir, May I know your booking number"

Aku dah siap siap load kat lappy aku, tunggu nak baca je pada itenary yang mereka dah hantar kat email aku.

"My booking id is A for American, number 8, then D for Denmark, P for Penang dan V for..."

Aku dok mengagau carik nak fikir bagitau dia apa.

"V for.. Virginia"
"What?"

Dia sergah aku so aku jadi kalut sekejap. Aku pulak rasa aku silap cakap, so aku cepat cepat bagitau dia. Aku dah weng. Aku rasa aku sebut betul, tapi macam salah, ke betul? Ntah !

"V for... for... Vagina !"
"Haa?"
"Eh.. V for.....Vir Vargiania...."

Aku dah tergelak gila babi. Dah tak tau apa aku cakap. Minah tu blur semacam. Terdiam dia sekejap.

"V for Victoria !!"

Aku ulang sekali lagi. Kali ni aku yakin ! Then minah tu diam.

"Hello ! Hello!"

Aku panggil dia.

"I am sorry Sir. Yes I got it. V right?"
"Yes"

Dan aku dengar dia terkekeh kekeh tahan gelak. 

Cibai. Aku pulak yang jadi malu !!

Malu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ah. Tak nak call Air Asia dah ! Naik flight nanti pun aku nak pakai purdah biar orang tak kenal muka aku. Mesti dia orang cas aku cuba mencabul dengan kata kata lucah !

Wednesday, April 13, 2011

E-San Thai Kitchen - Tomyam Terbaik

Dan malam semalam aku makan lagi., kami mencari kedai Thai sebab aku teringin nak makan Tomyam !

Dan kami temui satu kedai dekat Airport Subang sana. Nama dia E-San Thai Kitchen terletak di area Ara Damansara.

Sesat barat mencari kedai nih !

Anyway, aku dengan ini mengatakan Tomyam dia sedap gila !!

Gila gila sedap sampai aku boleh hirup. Tak pernah aku hirup kuah Tomyam ! Tapi kali ni memang lain. Inzal sampai berguling guling.

First tengok setting kedai dia. Agak cossy dan menarik juga. Tak berapa ramai pelanggan. Ada lah puak puak cina yang makan secara beradab dan tak berapa bising.




Servis pun tak de la slow sangat. 

Sampai sampai kami terus di tuangkan dengan air masak. Dan di berikan menu. Menu dia agak menarik juga siap dengan gambar gambar dan pantas saja buat perut kami riang ria menengok makanan.

Saksikan pemakanan kami yang tak berapa sihat ini.







Ya. Itu dia. Aku berani katakan. Inilah sajian dari Istana Thai di zaman silam.

Enak siot. Tomyam dia memang inzal. Kenyang makan. Dan Udang tu agak menarik sebenarnya, tapi aku salah order. Sepatutnya order udang pedas lagi inzal. Tapi kami order Prawn Sizzling with Garlic. Tapi not bad jugak la.

Makan hingga kenyang. Dan air dia tu longan with E San syrup penuh dengan buah longan. Aku rasa macam satu tin dia kasik.

OR minum air Lemongrass. Sedap jugak aku rasa.

Dan yang tak berapa best adalah bill dia. Tengok nih !


Untuk dua orang makan, RM125 !

OK tak?

Nampak macam mahal jugak la, tapi aku rasa tak mahal mana sebab yang mahal tu adalah udang tu. Harga udang tu saja adalah RM55.

Tapi memang rasa berbaloi. Cuma air kosong dia yang bau pandan tu kena charge okeh. RM1.50 !

* peluk pokok pandan belakang rumah.