Pages

Saturday, March 26, 2011

Wangian Tahan Lama


Di mana kau manusyia????

Ada?

Apsal tak nampak? Adakah sedang menyorok di sebalik dinding ketakutan kerana di kecam berbau busuk?

Hah. Meh sini abang nak bagi tips cemana nak pakai perfume supaya anda selalu berbau wangi.

Aku pun tak tau sebenarnya, aku pakai ikut suka aku je, tapi hari hari selalu orang cakap bau aku lasting sampai ke petang. Ada jugak yang mintak tips cemana pakai perfume dengan betul.

So aku rasa memang tak de cara memakai dengan betul. Abik perfume dan sembur sesuka hati. Itu lah yang memadai.

Tapi sebenarnya, ada point point yang kita boleh sembur untuk memastikan kewangian kita terserlah seharian.

Mula mula. Kita mesti ada perfume. Tak de perfume kau nak sembur dengan apa? Ridsect? Shieldtox? Gila ke apa?

Dan perfume tu kalau boleh sekurang kurangnya jenis Eeu De Toilette. Sebab bau dia agak lasting kalau nak di bandingkan dengan cologne ataupun perfume Mawi tu semua. Bukan tak boleh beli, cuma kalau ada duit beli je la Eau de Toilette. Kalau banyak duit beli lah Parfum macam set set Estee, Hermes, Prada, Chloe dan set set yang mahal sikit tu lah.

Now. Cara semburan tu penting. Barang di ingat, aku cakap aku sendiri pun tak tau cara yang betul tapi ni based on yang aku pakai hari hari sampai kalau aku pegi site, ada 2 orang kakak yang hari hari kutip derma kat gate site aku pasti akan cakap.

"Assalamualaikum. Wanginya bauuuuuu. Sampai ke petang"

Hah. Padahal dia tak tahu aku turun tangga naik tangga. Merokok !

Rule seterusnya pakai perfume ni, jangan kedekut. Ya lah. Memang la mahal. Tapi kalau setakat sreet sekali je kat leher pastu konon konon nak simpan biar bertahun, mana nak jalan.

So point untuk semburan.

1. Mula mula berdiri depan cermin dengan hanya memakai seluar dalam. Pose pose jelita dan kacak walaupun kita sebenarnya nan ado jelitanya.

2. Ambik perfume. Sembur di leher kanan. Leher kiri. Dan belakang leher ! Ini 3 point penting. Jangan sesekali sembur dalam mulut. Kalau gila nak keracunan?

3. Sembur kat dada. Yes. Ini juga penting, ada jantung situ kan berdegup kenchang.

4. Perut !

5. Selak seluar dalam dan sembur kat bulu ari ari. Serious nih !! Bau dia akan wangi. Memang la tak de orang nak cium kat situ, tapi bau kat situ yang kekal agak lama nak keluar dari pakaian kita. Kalau pompuan sembur je kat dalam coli. Ia pasti kekal wangi.

6. Lepas tu ambik pergelangan tangan. Gosok di bahagian leher sebelum gosok dada dan rapatkan kedua dua pergelangan tersebut dan gesel sesama mereka.

Begitu la, kita akan wangi seharian.......

Selamat mencuba. Kalau orang kata kau orang busuk jugak, jangan salahkan aku. Memakai deodorant juga adalah wajib !

Ketiak kepam adalah associates dengan bau badan yang kekal berpanjangan hingga boleh membunuh walaupun menyembur sebotol perfume setiap hari !

Selamat berwangi. Cara nak beli perfume tu, ........................kena la pegi kedai.

Perfume yang baik tak di jual di pasar malam okeh ! Jangan mudah tertipu...............

5 comments:

  1. *tgk meng tido sambil peluk tiang pelamin*


    fab cat

    ReplyDelete
  2. wey fat cat...

    aku tido peluk bantal peluk inzal kiri kanan.. skrg dah ada org rumah.. peluk OR je lorr..

    hiks

    ReplyDelete
  3. fat cat or fab cat...

    haha..


    semoga berbahagia..

    gmbr pls..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak atas infonya gan.
    Lumayan nambah elmu.

    Gema Parfum :
    Minyak wangi tahan lama.


    ----------------

    ReplyDelete
  5. Saya penjual pati minyak wangi fine fragrances. Ia hampir2 dengan original. Jual dkt pasar malam jer.jnji hati kita kena jujur berniaga biar ikut cara nabi kita bukan ikut suka.

    ReplyDelete