Pages

Tuesday, March 15, 2011

Trip Medan - Part 5

Pagi pagi aku bangkit awal. Berusaha untuk lakukan sesuatu. Rancangan aku ke Brastagi dan Si Piso Piso masih tertangguh. Sepatutnya semalam lagi aku dah sampai ke sana jadi aku banyak masa untuk jelajah kota Medan walaupun aku tau, tak banyak yang boleh aku lihat di sini.

Masih awal pagi. Apa nak buat? Kalau tak ke mana mana rugi masa aku.

Sudahnya aku turun ke reception. Aku riki riki tanya macamana aku nak ke Brastagi. Receptionist tu agak membantu la, tapi dia kata memang tak de shared van ke sana, jadi aku kena sewa van sendiri. Harga dia letak IDR600 ribu (RM200).

"Bisa saya ketemui Pak Supirnya?"
"Bisa Pak"

Aku ingat aku nak deal sendiri je. Dan dia bawak aku jumpa Supir tu. Nama dia Julianto. Lepas aku nego direct dengan dia, dia bagi aku IDR500 ribu dan dia akan bawak lagi aku sampai ke Tongging iaitu kawasan di utara Danau Toba.

Menarik. Aku setuju.

Tapi aku mintak permission untuk breakfast dulu di hotel. Bilik aku yang murah tu memang tak de masuk dengan breakfast. Tapi aku pegi breakfast dan bayar IDR22 ribu (RM8). Menu tak banyak tapi cukuplah untuk mengisi perut sendiri.

Ada nasik goreng, mee goreng, omelet, roti dan sebagainya. Makan cukup kenyang lepas tu kami bersedia untuk bergerak.

Pagi pagi kota Medan memang jem. Nak keluar dari pusat bandar sendiri makan masa yang lama. Terpaksa redha je lah. Lagipun tak de apa perlu aku terkejar kejar. Aku duduk je sebelah dia dalam van Innova. Kali ni aku sorang sorang je.

Boleh relaks.

Perjalanan dari Kota Medan ke Brastagi memakan masa 2 jam. Tapi jalannya sangatlah teruk. Macam nak naik Cameron Highlad. Jarak tak jauh tapi disebabkan oleh jalan sebegitu, maka terpaksa lah slow slow. Julianto ni drive boleh tahan jugak lah. Aku rasa memang semua driver kat sana drive macam tu. Macam orang sawan.

Aku bertahan je lah. Tapi dah biasa dengan cara pemanduan dia orang ni masa ke Lake Toba kelmarin aku jadi sedikit tenang.







Cuaca agak mendung, jadi jalan sewaktu naik bukit bukau tu tak nampak la Kota Medan. Cuma ada hutan hutan dan kereta yang lalu lalang ke Brastagi.

Brastagi merupakan tempat percutian di kawasan Medan yang menjadi kunjungan rakyat tempatan mahupun luar negara kerana keadaan cuacanya yang dingin. Pendek kata memang macam Cameron Highland lah.

Selepas berhempas pulas melewati jalan yang berlengkar lengkar tu, akhirnya kami sampai di pekan Brastagi.

Cuaca mendung dan agak berkabus. Keadaan agak sejuk memandangkan ianya berada lebih pada 1000 meter dari paras laut.

Tak de apa yang menarik pun. Di kiri kanan jalan memang kelihatan banyak pokok pokok beriklim sejuk di tanam. Macam macam lah ada tapi paling meriah adalah pokok Markissa.

Kami singgah di pekan di mana tempat jualan hasil hasil tanaman dan seni tangan rakyat tempatan yang di jual secara pukal di situ.

"Saya tunggu di sini. Abang boleh jalan jalan di sana"
"Berapa lama?"
"Ya. Terpulang"

So aku ada banyak masa.












Aku ambik peluang yang ada berjalan jalan sekeliling pasar jualan tu sambil memerhatikan sekeliling. Macam macam dia orang jual, sayur sayur, buah buah, hasil kayu, sampai arnab dan anjing pun dia orang jual. Di Brastagi ini, ada juga kuda kuda yang bawa orang keliling kota. Terdapat bukit di tengah pekan kecil ini yang menjadi tumpuan, tetapi kerana cuaca berkabus, kami memang tak naik pun. Gundaling Hills yang kalau naik di atasnya, dapat melihat pekan kecil ini bersama sama dengan dua biji gunung volcano yang masih aktif. Sibuyak dan Sinabung.

Cuaca tak berapa bagus so tak menarik sangat pun nak tengok.

Tengah aku bersiar siar sambil tengok kiri kanan, tiba tiba aku di sapa.

"Dari Malaysia ya?"
"Ya"
"Islam?"
"Ya"
"Adik tak nak beli telekung ke? Kain ke?"

Laa. Nak berniaga rupanya makcik ni dengan aku. Pastu baru aku teringat, kakak aku suruh carikan telekung sembahyang anak buah aku tu. Aku memang tak janji, tapi since dah ada, aku pun apa lagi, terus je riki riki.

Puas dah berkeliaran cari FM dan keychain. Tak banyak choice. Tapi ada jugak la yang menarik.

Aku beli telekong sembahyang kanak kanak, beli T Shirt I Love Brastagi. Beli beberapa barang lagi dan aku ketuk dia semua sekali tu, IDR100,000. Lebih kurang RM30. Berbaloi baloi kan? Makcik tu kira OK lah.

"Abang sudah nikah?"
"Belum. Kenapa?"
"Ada teman wanita?"
"Err. ada. Kenapa?"
"Mari sini saya mahu tunjuk sesuatu"

Dia ajak aku masuk ke dalam kedai dia.

"Abang. Ini minyak paling bagus. Abang sapu pada pisang abang, macam ni, gerenti, sampai pagi keras macam pisang Ambon"

Aku gelak gelak. Malu okeh. Ramai orang dalam kedai tu tengok aku. Dia siap visualize lagi dengan jari dia cemana nak sapu semua tu.

"Teman wanita abang itu, ada ice cream?"

Hahahaha

Aku gelak.

"Kenapa?"
"Abang jangan risau, ini kalau ice cream pun mulut dia tak jadi kebas"

Dia siap buat aksi ice cream dengan penuh rakus. Kelakar gila. Tapi aku jadi malu lah.

"Betul abang. Bagus ni. Memang hebat kalau abang pakai ni"

Aku tengok macam minyak masak je dalam botol kecik. Harga dia IDR150 ribu. Tak de nya la aku nak beli.

"Abang. Emak saya dulu, datang haid saja lepas tu terus nak pisang Ambon. Kawin dengan ayah saya terus dapat saya"

Ntah apa apa dia merepek, aku layankan je. Tapi makcik ni tak de lah tua sangat pun, nampak masih muda dan kuat.

Akhirnya aku blah je dan usaha dia untuk menjual minyak tu pada aku adalah gagal !

Aku pusing keliling, beli jagung dan minum air tebu sebelum aku kembali kepada Julianto dan dia bersiap sedia untuk bawa aku ke destinasi seterusnya, Si Piso Piso.

Perjalanan dari Brastagi ke Si Piso Piso mengambil masa satu jam lebih. Jalan memang teruk lah. Berlubang lubang. So kalau nak cakap kat Medan, lubangnya berjalan jalan saja tak betul sebab jalannya memang berlubang lubang.

Jenuh menongkah lalu lintas, akhirnya lewat jam 2 petang, kami tiba di Si Piso Piso.

Si Piso Piso atau Si Pisau Pisau merupakan, air terjun yang terhasil dari sungai yang mengalir dari bawah tanah, dan muncul terus mengalir ke Tasik Toba.

Pemandangannya memang menakjubkan. Lawa dan cantik. Aku memang plan nak ke sini untuk melihat dengan mata kepala sendiri, dan ini lah hasilnya. Perjalanan sejauh ini rasanya berbaloi baloi.










Lawa memang lawa.

Tapi dari atas bukit nak turun ke bawah tu agak jauh. Kena turun dengan tangga.

"Saya turun dulu ya. Mahu motret"
"Bisa abang sendiri? Mahu saya temanin?"

Pelawa Julianto.

"Ngga apa apa. Saya sendiri saja"

Gigih aku ni.

Masa turun tu OK lagi. Nampak air terjun yang cantik, pastu di sebelah satu lagi kelihatan Danau Toba dari atas bukit ini sangat menawan hati.

Turun sampai ke bawah sambil ambik ambik gambar. Jauh gila nak turun tu, pastu feeling feeling tengok air terjun dengan lebih dekat lagi.

Dan siksaannya menanti bila nak naik balik semula. Ayooo ! Menyesal tak sudah. Semput aku di buatnya separuh mati. Jalan 10 anak tangga, berehat. Mengah gila. Tak cukup nafas. Pastu tengok budak budak turun naik, aku rasa tercabar. Tapi serious rasa tak fit.

Nak nangis sambil menjerit je.

"Hellikopter, selamatkan aku !!!!!!!!!!"

Haram lah.

Sudahnya, slow slow aku panjat balik dan sampai ke atas semula. Nak mampus rasanya !

Julianto gelak gelak je tengok aku. Serius hilang separuh nyawa.

Kami lepak lepak kat atas tu sekejap sebelum, bergerak semula, kali ini menuruni bukit tersebut dengan van hingga ke perkampungan nelayan di pinggir utara Danau Toba tersebut iaitu, Tongging !











Hah. Memang nama tempat tu macam tu. Mungkin sebab dia kat bawah sangat so kalau nak naik balik menonggeng nonggeng la jadinya.

Tapi view memang lawa gila.

Kami turun ke bawah pastu lepak lepak sekejap tepi tasik. Julianto suruh aku lunch kat situ tapi makanan dia banyak ikan ikan, aku ni dah la tak makan ikan. Jadi terkubur je la harapan.

Lepak sekejap ambik gambar apa yang patut. Then kami naik semula ke atas dalam cuaca hujan lebat dan pulang ke Medan.

Perjalanan pulang agak lambat di sebabkan oleh jem. Teruk betul jem dia. Kalau pegi tadi 3 jam balik lekat hampir 4 jam lebih.

Kami singgah semula kat Brastagi jalan jalan kawasan sekitar. Ada banyak kebun bunga. Aku saja snap snap picture tapi lepas tu Julianto ni pulak terlebih excited, semua gambar bunga dia suruh aku ambik. Aku pun snap je lah.




















Letih aku di buatnya. Puas duduk dalam van. Rengsa !

Tapi sampai hotel memang penat gila. Terus aku terlena tak sedar apa. Memang tak de plan pun aku nak ke SPA semalam jumpa Kelly si Puting Susu tu. Lantak lah.

Aku kunci jam pukul 5 pagi. Tersedar terus bangun dan bersiap. Flight balik ke KL pukul 6.45 pagi so aku harap aku sempat ke airport.

Masalahnya, pagi pagi buta, mana ada teksi ke airport. Nasib baik la Julianto ni offer diri dia ambik aku dan hantar ke airport. Pukul 5 dia dah tercongok kat depan hotel. Bagus betul dia.

Lepas check out aku terus di bawa ke Bandara.

Air Asia ni pundek betul, dia reschedule flight tak bagitau. Aku sampai pukul 5.40 dia kata gate dah nak tutup sebab flight retime 6.10 pagi. Mengamuk la kejap aku kat situ, nasib baik dia bagi lepas.

Secara keseluruhannya, kos tak banyak. Aku rasa tak abis RM300 pun tak termasuk flight tiket. Tapi sebab sewa van ke Brastagi tu yang buat kos aku mahal sikit. Anyway aku rasa masih murah jika di bandingkan dengan trip trip yang lain sebelum ini.

Dan akhirnya aku berjaya tinggalkan tanah Medan ini untuk pulang ke tanahair. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan aku selamat tiba dengan jayanya pagi tersebut dengan kepuasan berjaya menjelajah ke Danau Toba akhirnya.



TAMAT

3 comments:

  1. mana seme org pergi hah?..seme dah masuk u ke?

    ReplyDelete
  2. hI BW.... sihat ??

    entah..semua hilang...sepi....lenyap....

    blog satu lagi di manakah ?

    ReplyDelete
  3. itinerary ni bleh digunakan aku punya cuti2...tq meng!!

    ReplyDelete