Pages

Thursday, February 17, 2011

Bali - Day 4 (2)

Anyeong haseyo…

Bertemu lagi kita di persada maya. Hiks..

Samada korang suka atau rengsa, aku tetap nak abiskan cerita hari keempat aku.

MH, sori aku terpaksa mencapap kejap kat slot kau. Haha

Cerita tak abis semalam. Tergantung. Kisahnya, aku dah save entry semalam tapi tak abis. Aku ingat nak sambung abiskan terus cerita tu lepas main badminton semalam. Dah siap dah pun. Tengok-tengok tak boleh edit. Call BW, dia pun dah hanyut.

So, kita sambung hari ni. Oh yeah.

Perjalanan ke Danu Bratan mengambil masa yang agak lama kerana kami terpaksa menaiki kawasan pergunungan dan jalannya yang bengkang bengkok seperti jalan dari Tapah ke Cameron Highlands. Tapi tidak mengapa kerana pemandangan di sepanjang perjalanan amat cantik.

Danu ni merupakan danau atau dalam bahasa mudahnya tasik. Danu Bratan atau Tasik Bratan ni terletak di kawasan pergunungan berhampiran Bedugul. Bersesuaian dengan altitudnya yang agak tinggi dari paras laut, suhu di kawasan ini agak sejuk dan amat nyaman. Terasa begitu tenang berada di sana biarpun bilangan pengunjung di sana agak ramai.

Sampai-sampai je kat sana, tanpa membuang masa, bergambar sakan la kan. Pelbagai angle dan pelbagai aksi sebab kawasan di sekitar tasik sangat cantik. Teringat iklan Salem High Country dulu-dulu.



Sape ingat? Angkat tangan.

Lebih kurang macam tu la persekitaran di sana. Berlatarbelakangkan pokok pine dengan padang menghijau. Cuma takde pompuan tu je berlari-lari kat tengah padang tu.

Dan kat sinilah berlakunya satu peristiwa yang telah meninggalkan kesan mendalam ke atas hidup MH. Hahahaha

Kisahnya macam ni. Sambil aku mengambil gambar, aku perhatikan BW asyik mengambil gambar MH di rumpunan pokok bunga merah yang ditanam secara memanjang. Kononnya BW tu nak ambik gambar MH dari angle atas sambil MH beraksi melentikkan badan ke belakang konon-konon sedang berbaring kat atas bunga-bunga tu. Korang paham tak? Boleh imagine?

Lantak. Tak reti aku nak describe.

Tiba-tiba, sesaat lepas tu, yang aku nampak hanyalah kaki MH terkapai-kapai di celah-celah pokok bunga. Badan MH dah hilang ditelan bumi. Haha

Rupa-rupanya MH telah jatuh ke dalam lubang tempat pokok-pokok bunga itu ditanam.

BW boleh gelak mengilai-ngilai tengok MH terkial-kial macam tu. Dundung jugak yang jadi hero dengan pantasnya datang menarik MH ke atas.

MH, aku paham kesengsaraan yang kau alami, tapi maafkan aku, aku tak boleh tahan untuk gelak jugak. Hahahahahahaha

Terus kecoh satu taman dengar gelak kami. MH pun sporting turut gelak. Memang lawak gila.

Tapi MH, tahniah diucapkan sebab kau telah berjaya mengubah sedikit lanskap taman tu. Haha

Kalau nak tau, kat tasik ni terdapat sebuah pura yang dinamakan Pura Ulun Danu Bratan.

Mungkin air tasik sedang pasang ataupun memang dah macam tu, Pura Ulun Danu Bratan itu seolah-olah timbul di permukaan tasik. Cantik.

Bagi sesiapa yang nak berkayak di tengah tasik, kayak juga disediakan.

Keenam-enam kami turun ke kawasan cetek di dalam tasik dan memberikan pose-pose spastik sementara Dundung jadi photographer.

Airnya sejuk gila macam air batu.

Lepas puas bergambar dan hujan semakin lebat, kami terus ke kereta untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Tanah Lot.

Perjalanan ke Tanah Lot juga mengambil masa yang agak lama daripada Bedugul. Tanah Lot ni terletak di Tabanan, lebih kurang 20km daripada Denpasar.

Sesampainya di sana, Dundung siap-siap remind kami untuk cepat-cepat mengambil gambar dan membeli belah kerana kami harus bergegas ke lapangan terbang untuk menghantar kakak aku dan kawannya.

Kat Tanah Lot inilah baru kami jumpa fridge magnet yang menarik sikit kat deretan kedai on the way berjalan ke arah laut.

Sempat juga kami bergambar di kawasan berombak kuat yang menghempas batuan dekat dengan Pura Tanah Lot yang glamer tu. Kawasan tu memang cantik especially waktu sunset. So, kalau korang ada masa tu, tunggulah sampai matahari terbenam. Nak-nak pulak sape-sape yang berhoneymoon. Romantik beb!

Tapi sayangnya, kami tak boleh berlama-lama di sana disebabkan masa yang agak terbatas.

Tergesa-gesa kami mengambil gambar dan dalam perjalanan menuju ke kereta, sempat jugak kami sambar 2 3 ketul fridge magnet.


Perjalanan diteruskan menghala ke Denpasar. On the way ke lapangan terbang, kami singgah di Krisna yang terletak berhampiran dengan airport, untuk last minute shopping untuk kakak aku menghabiskan baki duit rupiah yang ada. Jam telah menunjukkan jam 7 lebih petang. Kakak aku dan kawannya diberi masa hanya 30 minit untuk bershopping.

Apa lagi, bertempiaran la masing-masing mengambil bakul dan mencapai apa sahaja yang berkenan di hati. Krisna ni actually merupakan sebuah tempat membeli-belah di mana korang boleh shopping barangan seperti baju, t-shirt, fridge magnet, pernak penir, sabun, lulur, cenderamata dan macam-macam lagi dengan harga yang amat berpatutan. Basikal besi kecil mbak Gimanani tu pun ada dijual dengan harga Rp75,000.

*pengsan

Pendek kata, memang berbaloi sangat shopping kat Krisna ni. Bagi aku, memang murah sangat. Barang-barang yang dijual kat tempat lain kebanyakkannya ada kat Krisna. So, baik korang jangan beli barang-barang cenderamata ke t-shirt ke kat tempat lain sebab tempat lain dijual mahal dan korang kena tawar-menawar. Shopping kat Krisna je. Ambil, campak dan bayar.

*pose-pose duta Krisna 2011.

Selesai shopping, kakak aku membungkus barang-barang yang dibeli ke dalam kotak. Oh ye, di Krisna ni ada disediakan perkhidmatan membungkus barang-barang di dalam kotak. Siap sealed sekali dengan harga Rp 5000 sekotak. Murah kan? Tak sampai 2 ringgit.

So, lain kali kalau agak-agak barang kau banyak sangat tak muat beg, bawak je ke Krisna suruh diorang bungkuskan dalam kotak.

Tepat jam 7.40, aku ikut menghantar kakak aku dan kawannya ke airport yang hanya mengambil masa 2 minit sahaja dari Krisna tu. Memang dekat sangat. Flight dijadualkan pukul 9.50 malam, so kami sampai ke airport tepat pada masanya, 2 jam sebelum waktu yang dijadualkan.

Meng, MH dan BW meneruskan aktiviti shopping.

Lepas tu, aku kembali ke Krisna dan sambung shopping. Haha

Selesai bershopping, kami meminta Dundung untuk membawa kami ke gerai makan malam sebelumnya untuk dinner. sebab makanan kat situ sedap sangat terutama ayam gorengnya.

Abis dinner, kami ke Kuta untuk berjumpa dengan Miko di pejabatnya untuk menguruskan hal berkaitan tiket bot ke Gili keesokan harinya. dan settle kan sekali bayaran untuk miko selama kami di Bali

Dah settle semua, kami pulang ke hotel Segara Sidhu Inn.

Fuhhh. Hari yang panjang dengan perjalanan yang agak jauh. Walaupun agak keletihan, tapi kami puas.

MH, nah aku pulangkan mikrofon ni. Silakan…………

Nantikan kisah mendebarkan Meng dan MH di bilik mereka di tingkat atas dan nantikan entry yang akan membuatkan korang terawang-awangan.

1 comment:

  1. bestnya cikgu g jalan...

    ermm..info sket...

    orkidesa dah slamat lahir baby girl ptg smlm..16/2/11..masa scan bajetnya superman, tp kuarnya superwoman gituu..

    ReplyDelete