Pages

Thursday, January 13, 2011

Akukah Perempuan Itu?

Maxis ni memang selalu buat darah aku menyirap !

Aku pakai broadband Maxis. Dah sampai cap so aku tak boleh bersiar siar di laman web samaada untuk membuat aktiviti berfaedah mahupun tidak.

Jadi aku kerengsaan. Aku telefon Maxis mintak dia top up speed data aku lagi.

Begini lah perbualan busuk kami.

AKU : My name is bla bla bla... I have been using Maxis Broadband bla bla bla

Aku bersungguh sungguh cerita ni.

Broadband akaun aku tu nama member pompuan aku. So aku malas nak cerita banyak, aku cakap je nama dia tu nama aku sebab nama dia ada sedikit jantan. Lagipun dah banyak kali, kalau aku cakap aku guna nama member aku nanti dia suruh member aku tu yang call sendiri. Aku malas nak kacau member aku tu.

CS MAXIS : Can. But, I need to do some verification on the account before we can proceed.
AKU : Sure no problem.
CS MAXIS : Your full name?
AKU : Bla bla bla..

Aku sebut nama member aku tu, penuh penuh.

CS MAXIS : Binti?

Tiba tiba dia terdiam.

AKU : Binti Ali
CS MAXIS: Are you the owner of this account?
AKU : Yes
CS MAXIS: Before Ali, your father has another name.
AKU : Yes. Majid

Penuh confiden ni.

CS MAXIS : May I know your IC Number?"

Aku bagi dengan penuh yakin. Memang aku simpan. Suara minah tu dah lain. Dia macam bingung tiba tiba.

CS MAXIS : May I know your billing address?

Aku bagi. Dia mintak nombol telefon pun aku kasik. Last cycle payment aku kasik siap aku bagitau aku bayar thru maybank2u sekian sekian amount.

Minah tu kerengsaan tak bertepi. Sah sah dia pelik kenapa nama wanita bersuara jantan tapi menjawab dengan penuh lancar !

CS MAXIS: OK. We will top up your account with another 1 GB
AKU : OK
CS MAXIS : Is there anything else I can help?
AKU : No. That is it
CS MAXIS: Err.. May I know, Are you male or female?

Tiba tiba dia tanya jugak. Aku nak tergelak.

Dengan penuh confiden aku menjawab.

Aku : Female !
CS MAXIS : Oh. Sorry. Thank you Miss

Hahahaha.......

* koma

15 comments:

  1. motip dajalkan nama akak..*pang**

    ReplyDelete
  2. hahahahah motip ko mempermainkan perasaan minah tu?

    bengong.


    fab cat.

    ReplyDelete
  3. meng. time tu sora ko jantanz abis ka kontrol ayu2 sket?

    hahaha..

    ReplyDelete
  4. memula aku bersuara jantan la.. tapi lepas tu x kan nak control. aku terus je bersuara macho mengundang kekeliruan minah tu.

    mesti dia gossipan dgn rakan setugas lepas tu

    ReplyDelete
  5. benci benci benci benci..

    misti dia ckp aku tomboy..

    benci benci benci benci

    ReplyDelete
  6. Hahhaa bengong cekdu... Mesti dia ckp jantan operate.. Dan trauma selama seminggu *motip ko x ckp ko batuk? Sbb tu suara serak..hiihi

    ReplyDelete
  7. kakakaka....kompem dia ingat si BW tu pengkid, yang dah bertukar suara....hahahaha......

    ReplyDelete
  8. hahahahhaha... gelak guling2 sampai jatoh krosi!!!

    ReplyDelete
  9. konfem pompuan tu dok tahan gelak time tengah layan cikdu macam haku pernah xprnce b4.

    *bekas cs mxs

    ReplyDelete
  10. aku koma tepi jalan mengenangkan cs maxis tue...hahahaha lawak

    ReplyDelete
  11. habang meng(dgn suara jantan yg kasar garau)..hhaha lawak ler..

    ReplyDelete
  12. hahaha..omg i can imagine that girl punya keconfusan. kesian dia beb, mesti dia rasa guilty giler asking u such q

    ReplyDelete