Saturday, February 7, 2015

Trip Angin Bayu Membawa Diri Ku.....

Nak sambung tajuk lagi.

.................. sepintas lalu ku teringatkan mu.............. Na Na Na Na Ha Ha....

Feminin tak habang?

* tolak kump Feminin masuk kawah gunung berapi

Okey... Baru baru ni ada cuti cuti yang berlaku maka aku pun sesuka hati ambik peluang bercuti lama lama dan angkut budak budak.  

Walaupun aku bukan warga KL dan anak anak sekolah kat Selangor, tapi aku sesuka hati declare cuti untuk mereka memonteng untuk bersantai santai di Kota Kinabalu, Sabah - Negeri Di Bawah Bayu.

See the highlights dulu lah. Mood post holiday adalah malas tahap max !

Penerbangan dari KLIA2 bermasalah. Flight yang kami naiki aircond rosak dan pilot tu boleh peram kita orang dalam flight sejam lebih dan bawak pusing satu KLIA2 dalam keadaan panas macam dalam sauna. Flight yang sepatutnya berlepas jam 5.15 petang tertangguh sehingga 7.30 malam. Shame on you Air Asia !!! * emoh

Kami selamat sampai lewat tengah malam di hotel. Dan ini adalah view awal pagi di KK.. Good Morning Gunung Kinabalu !

Menginap di Gaya Center Hotel KK tapi malangnya aku tak dapat lelapkan mata. Stress !

Check out dan bersiar siar di Gaya Market. Tapi tak lama sebab anak aku mengamuk nak payung !

Makan !! Soft Shell Crab with Oat di Thien Thien Restaurant KK 

Dari KK kami ke Kundasang

Singgah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas

Rumah kilabreT di Tamparuli. Rasa tak berbaloi sangat dengan harganya...

Kundasang dengan cuaca berkabus

Sangat lucky sebab cuaca dari kabus terus bertukar cerah

Petang di Desa Dairy Farm di Mesilau. Lembu lembu pun dah berehat tak nak layan memosing

Senja di Kundasang

Remang merah di puncak Kinabalu

Bermalam di J Residence, Kundasang. Hotel yang sejuk beku dan tak de TV... Kami anak beranak kebosanan tido awal.

Puncak Kinabalu dari Pekan Nabalu

Terus ke Tuaran

Sesat mencari Pantai Dalit

Highlight of the trip. Santai mantai di Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu

Santai habis habisan 

The best hotel ever. Huge verandah with large day bed and private pool

Sunset yang sangat drastik

Senja yang dasyat

Walaupun hujan renyai renyai

Sotong yang enak di Gayang Seafood

Resort yang cantik

Abaikan budak yang pose pose atas kenu tu

Rasa Ria. Duduk je kat hotel tak keluar keluar ke mana mana...

Malangnya sunset tak selalunya ada

Suasana yang nyaman dan tenang

Ada 5 pools di hotel ni

Jacuzzi pool

Teratai

Kota Kinabalu

Waterfront

Hyatt Regency KK

Masjid Negeri Sabah

Pantai Tanjung Aru

Hari hujan.. bertempiaran lah lari...

Dan begitulah kami sudahi trip ini dengan jaya dan bahagianya.

Trip ni more to santai santai family so tak de la kerah merayap banyak tempat. Lain lainnya budak budak just lepak kat hotel dan mandi manda sampai lebam. Aku pun pose pose bermalas malas jer.

Sebenarnya trip ni nak ambik jiwa sebab bulan ni aku ada trip lain tak bawak dia orang. Heheheh

Apa apa pun masing masing seronok dan bahagia so kira misi tercapai !



Jujur ku mengagumi
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenal mu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ni, tapi masa kat KK dengar lagu ni berkali kali masa jalan ke Kundasang. Terbuai buai dengan irama dia dan pemandangan gunung ganang. Ingatkan lagu penyanyi Sabah tapi sebenarnya bukan.

Apa apa pun.. aku memang bukan wanita,. tapi aku terbahagia dengan kesempatan yang ada untuk mengecapi keindahan dunia.

Alhamdulillah. Terima kasih Kota Kinabalu. Terima kasih Sabah. Insya Allah nanti kami datang lagi.....

Friday, February 6, 2015

Jom Kudap : Auntie Anne's, Setia City Mall

Korang kenal Agip ? Apa dah jadi?  Lari dari peminat?  

Okey itu iklan. Sebenarnya aku nak tanya.

Kau orang kenal Auntie Anne?

Tak kenal kan? Aku pun tak kenal. Tapi now baru nak berjinak jinak nak berkenalan dengan beliau.

Siapakah beliau? Cantik ke beliau? Ada cantik Macam Cikgu Aishah? Ehem Ehem...

Auntie Anne adalah pemunya kedai pretzel nih.

Auntie Anne's

Sebenarnya aku rasa dulu agak agak macam berpeluang berkenalan dengan Auntie Anne ni. Cuma zaman dulu aku tak berapa minat pretzel ni sebab rupa paras dia ala ala macam tah*k !

Jadi aku macam tak berselera nak makan.

Tapi sekarang, pretzel ni dah mengalami evolusinya yang tersendiri.

First time dulu OR pernah beli dan aku try rasa sedap pulak. So kali ni berjuang pegi beli sekali lagi.

Kedai dia ada di Setia City Mall

Haaa.. Dah glamer dah. Ramai orang sanggup beratur

Panjang betul

Kalau ramai orang beratur mesti la sedap kot !

Ternyata memang sedap based on pertama kali aku rasa dulu. So kali ni gi beli lagi. Cuma kena ada orang yang gigih nak beratur.

Kalau aku memang tak gigih nak beratur beratur ni.

Dah ada macam macam jenis. Dah tak macam tah*k sangat rupa dia

Try yang stick tu. Sedap wooo

Pilih la mana yang di sukai

Now.. aku rasa benda alah ni memang sedap.

Jadi aku rasa tak salah nak cuba cuba bersahabat baik dengan Auntie Anne.

Sapa nak berkawan baik jugak dengan beliau. Boleh check Auntie Anne's . Aci ke nak add friends? Hahaha. Tak pun tengok website Auntie ni.


OK. Gambar makanan yang di beli tak sempat di snap sebab dah abis di belasah dalam kereta. Lagi pun benda ni panas panas la sedap di makan.

Satu lagi nak cerita kisah keji.

Ini di Setia City Mall

Ini di ruang dalam nya

Ini salah satu sudut mainan kanak kanak dalam mall ni Ramai budak budak teruja nak main di sini termasuk anak aku.

Tapi ada orang buat keji tinggalkan pampers yang dah pakai kat sini.

Siol jer. 

Kalau aku dapat orang tu, aku ambik pampers ni aku baling balik kat dia. 

Tak senonoh perangai ! Takde Civic ! Vios ! Almera ! City !..... 

OK aku emo sebab anak aku tak nak balik.

Apa apa pun jangan lupa sila cuba berkenalan dengan Auntie Anne. Auntie tarak sombong punyer !

Ahaks.

Thursday, February 5, 2015

Jom Makan : Hometown Hainan Coffee, KLIA2

Peristiwa di kecewakan di Puffy Buffy selesai di situ. 

Kami berbondong bondong blah dari situ dan pegi cari kedai lain. Berpusing pusing dalam bangunan KLIA2 tu macam rombongan Kak Kiah Suka Travel Cik Kiah. 

Tanya satu kedai. 

"Nasi dah abis"

Pegi lak kedai lain, orang memang gegila ramai. 

Tapi at least kalau makanan abis tu dia orang bagitau awal awal. Tak de la aku nak bengang sangat. Ni dah duduk dah tulis tulis menu pastu baru buat cerita karoot komedia memang la buat aku bad mood jer.

Pusing pusing dari terminal pelepasan sampailah ke Gateway KLIA2 tu akhirnya jumpa la kedai ni. Orang pun tak berapa ramai so kami decided lepak lepak situ jer.

Ayuh turut serta.

Masih bad mood sebab perut lapar.

Kedainya. Hometown Hainan Coffee

Aku mati mati ingat ni kedai Oldtown White Coffee. 

Terus rasa pelik sebab terjumpa ada satu lagi Oldtown kat atas. Rupanya aku salah baca. ! Tak per lah. Hainan pun Hainan lah.

Buku menu

Ada roti apa semua. Macam Oldtown White Coffee jugak lah

Menu untuk di pilih. Nampak macam menarik !

Usha dulu sekeliling

Coffee 

So dah puas menunggu dan dah bayar apa semua menu yang di order, then makanan pun tiba.

Ayuh makan. Kurangkan rasa gundah dan amarah di jiwa !!

* nasihat diri sendiri.

Roti

Nasi Goreng

Nasi Ayam Dada

Nasi Ayam Peha

Nasi Kari Ayam

Hainan Chicken Chop

Mee Kari

Air apa benda ntah. Ni la makanan aku. Pengubat lara dan amokan padu.

Alhamdulillah kenyang.

Dah kenyang mood terus Okey. Mintak maaf kat adik pekerja Puffy Buffy tu. Abang hanya manusia biasa yang punya kelemahan. Tapi Puffy Buffy agak rugi sebab abang pegi makan kat kedai lain dah. Kan? Kan?

Tak pe, aku ada marah sikit sikit tapi tak simpan dalam hati.

Oh. anyway.. Hometown Hainan Coffee ni.. bagi aku. biasa biasa jer. Tak de apa pun yang istimewa ! Kalau dah tak de choice benar kat KLIA2 tu, boleh lah try. Kalau tak.. banyak lagi kedai lain boleh di cuba. 

Cawangan cawangan mereka di tempat lain

Tengok bil tepuk dahi. Mahai.....  Boleh makan tomyam dan lauk pauk kalau kat luar ni.

Wednesday, February 4, 2015

Edisi Cerca Vaganza : Puffy Buffy, KLIA2

Hari tu masa kat KLIA 2 nak la mengisi perut yang kelaparan. Tercari cari tempat makan yang best dan enak serta lazat di KLIA2.

Ada ke?

Memang tempat makan dan kedai makan banyak kat situ, tapi yang tak bestnya... macam macam hal. Orang ramai.. dan yang tak syoknya.. banyak dah abis walaupun hari masih siang.

Bukankah KLIA2 tu orang tak putus putus? Mereka tak mahu kah menggunakan peluang yang ada untuk melipat gandakan perniagaan ?

* begitu aku marah !

Dalam pada cari cari tu, aku nampak la kedai ni.

Puffy Buffy.

Pernah try masa kat Cyberjaya hari tu dan makanan dia memang not bad. So nak try lah balik kat sini.

Dan aku teringin nak makan nasi lemak. Rindu nasi lemak macam setahun tak jumpa.

Puffy Buffy KLIA 2

Sebab orang tak ramai so sedang elok la aku jumpa port aman sikit

Food is love. Loving every bite. Okey. aku tak sabar nak berloving loving dengan makanan nih

So kami semua duduk ambik tempat masing masing. Sebab ramai kami siap sambung meja lagi.

Ada few pekerja di situ tengah mengemas.

Then kami di beri menu

Menu

Nampaknya menu dia agak limited tak macam di Cyberjaya. Tapi kira OK lah. Cuma harga mencanak canak. 

Tapi kat KLIA2 tu ada ke yang murah? So redha je lah.

Ambik kertas dan tulis tulis. Konsep dia macam tu. 

So dah tulis panjang lebar berhelai helai kertas.

Pastu panggil adik ni. Dia lah yang bagi menu tadi

Then dia ambik kertas tu, check satu satu.......

"Nasi lemak tak de.. semua dalam buku menu tu tak der"
"Huh?"
"Tu yang dekat skrin tu je ada tapi.. nasi lemak dah abis.. yang ada cuma mee jer bla bla bla...."

WHAT THE HELL....  opsss

APAKAH NERAKA ...................?

"Kalau kau tau makanan dalam menu tu tak der, kenapa kau bagi buku menu tu kat aku?"

* ergh...........

Terasa nak hempuk meja.

Fail ! Akak turban tampal koyok kat dagu sila jangan nak pose pose senyum sangat. Aku amarah nih !

"Dah.. blah !!"

Berlalu pergi dengan kesedihan di hati ! Rugi. Rugi.

Tak per. Aku anggap je budak tu first day keje situ. Sayang jugak la sebab aku pernah try outlet dia di Cyberjaya dulu tu dan aku puas hati dengan makanan di sana. Tapi kat sini... hmmm hampeh gas !

Sabar Meng. Sabar.

* urut dada sendiri...

Monday, February 2, 2015

Jom Main : Kinetic Sand

Anak gadis aku tu memang suka main pasir. Kalau ajak bercuti je mesti nak gi hotel yang ada pasir. Masalahnya mana tempat nak gi main pasir ni kalau kat KL.

Nak gi pantai semua jauh jauh.

Pantai Dalam?

Pasir tak berapa menarik situ. Apa solusi untuk Princess aku ni supaya dia still boleh main pasir?

Memperkenalkan.... 

Pull it. Shape it.

So ada lah sekali tu dia pegi rumah sepupu dia dan dia orang kat sana adalah permainan ni.

Biasalah kalau dah tengok, dah main.. nanti dia orang akan mintak.

"Papa... adik nak pasir macam ni"

Jadi?

Takkan aku nak gi merompak yang orang. So slow slow aku riki riki dalam internet dan terjumpa jugak lah. Namanya Kinetik Sand.

So dia pasir dan tapi tak relai macam pasir biasa. Dia melekat tapi bukan plasticine. Bak kata nya 99 % sand, 1 % magic !

Magic apa kebenda?

So aku beli online dengan harga RM 53. Dah dia nak sangat. Lagipun aku rasa elok je dia main benda alah ni pada tengok TV cerita katun tak sudah sudah. 

Dah tiba. Duduk dalam botol. Di jual tak sampai sekilo pun

Kinetik Sand.  

Tapi nak main ni tak leh sembarangan jugak. So make sure beli bekas dia then baru bagi dia orang main.

So tersorok jugak la benda alah ni tanpa pengetahuan dia orang sampai la OR beli bekas tu.

Dah boleh main

First of all. Budak budak memang seronok. At least anak anak aku lah. Excited gila especially Princess. Dah dia dok mengadap benda alah ni siang malam pagi petang dalam masa 2 hari pertama tu.

Lain lain semua tak nak.

Kejap buat kuih. Kejap uli lagi dan lagi dan lagi.

Bagusnya.. tengok TV kurang !  Hero pun main jugak, tapi asal dia pose pose nak uli buat kuih aku jerkah.

"Ini bukan Masterchef ! Abang tak payah main lah"

Tapi dia main jugak lah. So agak kurang main game !

Main pasir ni je lah

Tapi tak bagi main tengah rumah. Main kat belakang atau depan bilik air. 

Purple Velvet untuk di jual ! Makan je mulut berbuih !

Good thing macam aku cakap tu lah. Dia orang ralit main benda alah ni so no games.. no tv. At least not too much. 

Tapi benda macam ni seasonal jugak lah. Dua tiga hari lepas tu dia orang bosan dah tak layan.

Dan katanya benda ni tak melekat. Tapi sebenarnya melekat jugak lah. Kalau Princess yang main pastu aku tengok TV adalah cerita hantu. Then dia datang.

"Papa ni cerita hantu betul ker?"

Dia nak cakap cerita betul atau iklan...

"Haah. cerita betul"

Pastu dia start ketakutan tapi nak tengok cerita hantu. Pastu bertenggek atas perut aku. Sudahnya dengan aku aku terlekat dengan pasir ni !

Jadi.. agak boleh membawa kepada rumah bersepah.

Anyway.. boleh try lah. Bagi aku mainan yang bagus jugak ni. Meningkatkan daya creativity budak budak di samping keseronokkan yang mereka dapat. 

Boleh cari kat pasaran. Dah berlambak orang jual dan aku agak recommend untuk yang beranak pinak 3 tahun ke atas lah. Kang budak budak ada dia suap dalam mulut karang.

Cuma seingat aku masa aku kecik kecik suka gak la main pasir. Seronok bukan main. Tapi bila petang asal balik rumah mesti mak aku mandikan dan berus kaki tangan dengan berus kawat. Punya la sakit pedih.. Now.. ada pasir tiruan ni, berus kawat boleh letak tepi !

* campak berus kawat pada Cinderella suruh cuci lantai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...