Wednesday, August 7, 2013

Setia City Mall : Shopping Raya - Part 2

Setelah gagal dalam misiku kuza acara shopping sesi pertama di Subang Parade dan Kompleks PKNS tempoh hari, maka misi ke 2 telah di lakukan.

Kali ni, destinasi shoppingan adalah berubah. Mana lagi kalau bukan di Setia City Mall.


Aku rasa aku suka mall ni sebab macam tak ramai orang, tapi...............

Ramai jugak la sebenarnya kot, dah nama pun raya. Toilet awam pun penuh !

Cari parking satu hal. Kami pegi pun dah kat Asar. Macam biasa, parking tinggal yang tingkat atas sekali. Nasib la parking kat SCM ni OK dan entrance masuk ke mall pun senang. Tak perlu nak jalan jauh jauh.

Masuk mall tengok orang adalah macam ulat !

Semua last minit macam aku kah?

Ketupat rendang... sila nikmati penat memasak malam ke pagi...

Padini. Penuh !

H&M.. Nak beratur je panjang macam apa jerrr

Feel feel raya di SCM

Van bergerak Zakat pun ada. Selesaikan apa yang perlu

Budak budak lah yang paling bosan. Hero puasa. Jalan pun tak daya je.

"Lama lagi ke Papa?"
"Sabar lah"
"Hero dah penat ni"
"Sikit lagi. Papa tak jumpa cari baju adik lagi"

Bergayut la dia berjalan tak larat.

Kalau dok fitting si adik, si abang buat muka bosan. Dah la kebanyakkan kedai tak de kerusi nak menunggu.

Menyorok celah baju

Bagi membeli jiwa raga mereka. Belikan donut. Padahal bukan boleh makan pun. Kena tunggu berbuka dulu.

Dua tiga kali lalu depan gerai aiskerim ni betul betul dugaan kuat buat Hero


Krispy Kreme

Si Adik tak puasa, dah boleh makan dulu

Acara sampingan adalah gi main kat tempat mainan ni. Beli jiwa lagi sebab dua dua dah merajuk. Lepas tu sambung shopping lagi

Nak jadi hal, Si kecik aku ni pun boleh tahan la, asyik asyik hilang. Dah la orang ramai. 

Ada sekali masa kat Uniqlo, aku tengah fitting baju Hero. Pastu tak muat, suruh OR pegi lari cari yang besar sikit. Aku nampak OR keluar, then Anak Dara aku ikut. 

Tup tup OR balik semula tanpa Anak Dara !

Sudah !

Mana budak kecik cinonet ni?

Satu Uniqlo aku cari. Malas nak report lagi. Tengah tengok tengok last sekali nampak benda bergerak celah celah baju.

Aku intai.

Tengok tengok !

Nampak tak kaki

Sedang elok je dia duduk belakang baju

 

Aku sergah. Elok je dia keluar sengeh sengeh. Tak de rasa bersalah langsung !

"Adik buat apa dalam tu?"
"Adik tak wat pe pe pun"

Jawapan standard dia. Nak marah pun tak guna.

Fuh. Ni baru dua orang, kalau lagi ramai lagi pening kepala. Belum kira sorang merajuk tak nak berjalan sebab penat, sorang lagi merajuk sebab tak dapat makan donut.

Tapi akhirnya misi berjaya. Masing masing dah dapat bahagian masing masing,. Aku pun lega dan tenang hati. Kalau tak, tak boleh nak tidur malam baju budak budak belum siap.

Aku?

Rasanya tahun ni tak beli apa apa pun, baik baju melayu mahupun baju baju lain. Kesan kesan penuaan. Dah tua tua tak de rasa excited nak beli beli untuk diri sendiri. Pakai je lah mana mana yang ada. 



Semua dah settle. Dah boleh raya ! YAHOOOOO.



Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya
  

Tuesday, August 6, 2013

Subang Parade : Shopping Raya - Part 1

Meh aku nak cerita aktiviti shopping raya yang tak menjadi nyata.

Gambar gambar dalam ni semua aku cedok google sebab aku tak de mood nak ambik gambar. Plus orang ramai sangat aku jadi segan ler pulak. Lagi pun tak de mood sebab aku mengalami kemurungan jiwa selepas melihat orang ramai gila.

Kami ke PKNS Shah Alam dulu. Punya la lama tak ke sana. Tup tup sampai sana tengok orang ya ampun. Ramai gila. Parking pun payah nak jumpa. Berpusing pusing jugak la. Last sekali dapat jugak, tu pun park celah celah pokok.

Aku ni kalau ramai ramai orang cepat pening. Bila dah pening tak de mood. Last sekali aku biar je OR jalan tengok tengok dan aku keluar lepak lepak kat tangga. Agak bosan lepak kat tangga di bulan puasa sebab tak boleh merokok.

Lama jugak la aku menunggu. Last last OR call. 

Apa dapat?

Tak de apa ! Satu je baju Anak Dara dia beli.

Budak budak pun lesu je pegi tempat ramai ramai macam ni. Aku lebih lebih lagi. Mengalahkan baby yang tak cukup tidur. Mood terus tak tentu hala.

Last sekali blah dari PKNS. Misi adalah gagal nak mencari baju melayu di situ. Tak jumpa warna yang nak, pastu tak tau nak pilih yang mana. Banyak sangat pilihan pun payah jugak. Mostly tak jumpa yang berkenan.

So kami plan nak ke Parkson je. Memang dah plan nak ke Setia City Mall. Tup tup terlepas exit. 

Padah !

Sudahnya. Sampai Subang Parade.


Tapi misi shopping macam gagal di sini. Anak Dara mengamuk nak patung Barney. Padahal dah macam macam binatang dah kat rumah tu. Silap silap aku boleh bukak Zoo.

Hero pulak lain aku suruh dia cari, lain yang di cari nya.

Sedar sedar datang tunjuk.

"Papa.. Nak ni"
"Apa ni?"

Senyap.

Robot Bidaman lagi !!! Ayooo. Mana aku tak pitam.

"Mainan Papa tak nak beli !!"

Senyap.

Last sekali dia pegi pujuk ibu dia. Dapat jugak. Aku perati dari jauh je. Gigih dia pegi bayar sendiri pastu sorok dalam beg ibu dia. Aku nampak je tapi malas nak ambik pot. Pastu dia menyorok belakang ibu dia takut aku marah.

Memang la boleh mengundang marah.

Last sekali. Langkah langkah memujuk.

"Papa. Hero dah jumpa seluar Hero suka"
"Mana?"

Aku excited. Sebab dah pening. Aku nak bagi hak dia pilih sendiri apa dia nak, color apa dia mahu. Last last dia datang bawak seluar pendek.

Seluar tido Ninjago !

* Papa rebah sekali lagi kat Parkson


"Nak beraya dengan seluar cenggini?"

Pening Papa.

Last sekali. OR bawak Anak Dara cari baju budak kecik tu dan aku bawak Hero. Pilih pilih. Tarik dia ke tempat fitting.

Fitting room pun penuh. Last sekali tukar kat situ je. Dapat jugak akhirnya 2 helai seluar, 3 helai baju untuk dia. Plus seluar Ninjago tu. Anak Dara cuma dapat 2 helai baju je.  

Bayar dan balik !!!

Sampai kat kereta, Hero tanya.

"Susah jugak cari baju raya kan Papa?"
"Hmm tau tak per"

Ergh.

So aku agak kecewa. Last sekali OR bawak Hero pegi cari baju Melayu kat carnival dekat dengan rumah je malam lepas tu. Jumpa la kot tapi dia kata kain tu panas. Aku baru ingat nak ajak ke Jakel cari kat sana je dan pegi H&M beli baju raya kat sana. Boleh laa feeling feeling Apron Aziz pakai baju dari Jakel dok?

Kena plan balik semula. Kalau tak gagal lagi. Nak shopping raya ni, dalaman kena kuat. Kuat walaupun nampak ramai orang depan mata tapi relaks je. acting cool macam kita je yang berada di situ.

Aci?

Kesimpulannya misiku kuza shopping raya part 1 adalah tidak berapa berjaya, try part 2.

Monday, August 5, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : KELLY CLARKSON : Kari Ayam Who Do You Think You Are.

Perjalanan cerita bermula...

Pertama sekali iols nak minta maaf sebab iols terlewat menghantar tugasan...banyak pulak jemputan melalak untuk orang berbuka puasa ni kan...maklumlah sejak berat badan naik mendadak, iols kena praktis lebih sikit untuk fitness katenye... sedeh :(


anyway, nak tahu apa rahsia iols jadi cenggitu...haaaaaa....

banyak makan kari uols,perut dah berlapis lapis dah nih...nak tunjuk kang, ada yang batal puasa sebab termuntah hijo tengok nye..iols tunjuk ketiak je la...sebab iols confirm ketiak iols putih dari uolsss...

rahsianye, nanti iols share di lain rancangan ye.... :P

  

okey, rancangan memasak kali ni, iols share dengan uols je la eh...sebab cara2 memasak kali ni hanya untuk yang balik keje pukul 6 petang lepas tu tergopoh gapah berlanggar montot untuk siapkan hidangan berbuka gitu. Kebetulan pulak hari tu, iols tak berbuka di luar, read:berbuka free di rumah mak merrr.

Ahha....tajuk hidangan kita pada hari ini...Kari Ayam Who DO You Think You Are...

Phewww...rebel gitu masakan kita hari ni...So, kena la masak sambil jerit jerit jeling jeling gitu...baru feel masuk dalam masakan, baru ada ummmphhh..

1. Macam biasala, kena sediakan bawang putih, bawang merah, halia dan 2 batang serai...iol hiris masuk dalam blender.Waah...macam pandai masak je kan...sebenarnye..sedeeeeh...




2. Dah blend, i tumis la....bagi naik bauuuuu....memang naik lah bauuu...actually bos opis i yang ajar letak serai banyak sikit :)

 

3. Masa tengah tumis tu, baru i perasan stock cili blend dah habis...terpaksa blend baru, rase macam nak angkat kaki nak buat keje sekali tau uols..masa macam dah suntuk sangat..tapi demi peminat, i take a deep breath gitu, sambil meng Who Do You Think You Are..gitu...

 

4. Sambil shake shake montot aku pun keluarkan benda benda alah ni... cuba tengok uols, bitau iol itu apakah...yang iol kenal bunga cengkih 2 batang tu..yang lain iol masuk kan aje.. pandai tak iol...

* tersipu sipu malu..

 

5. sambil menumis benda yang telah diblend tu serta barang2 kecil di atas tapak tangan tu, iols pun keluarkan kari alagappas campur dengan cili blend tadi..sikit je kan..cukup lah untuk dua orang makan gitu..

 

6. dah agak2 bau semerbak tu, iols pun tuangkan lah hasil kacaun kari dan cili dalam kuali dan iols masuk sekali ayam kampung yang di potong sederhana..ayam kampung tu, iol beli dengan jiran belakang rumah mak bangi je.

Jangan lupa masuk kan daun kari sekali. haaa daun kari mak iols dari golok punya...jauh kan...:) bila dah agak2 dah masak benda yang kat dalam kuali tu...iols pun tuangkan la santan dalam kuali tu..


 

7. Uols tahu tak, dah nak siap masak, baru iols terfikir kenapa iols masak dalam kuali,periuk kan ada...ok...lupa kan..haaaaa...jangan gelak kan iols..;(

 

8. Hampir 7.20 masak lah kari ayam Who Do You Think You are...

Nampak macam sedeh je kan uols...tapi...haaaa...boleh tahan uols...sodap pulak anak omak masak ni haaa....bak kate pepatah, biar rupe buruk tapi kababooooommmm nyamiehhhhh

hahahahah...perasan...

tapi iols tak tipu, my other half kata soooodap...terharu iols...

Dah, jangan buat muka simpati pada iols....baik bagi duit raya kan...bagi laaa bagi la.....

ohhh tak lupa, Selamat berbuka ye uolsss...Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin..Love uolsss!!

Saturday, August 3, 2013

Senja Di Ramadhan 2013

Gambar gambar di ambil ketika senja di bulan Ramadhan 2013.

Enjoy the view.











Selamat meneruskan ibadah puasa.



Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi

Friday, August 2, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : JLO : Mee Goreng Champak2

Assalamualaikum semua hadek2 sekelian.. 

ini akak J.LO membuat kemuncholan dengan memberikan recipe yang tidak asing lagi dikalangan rakyat jelata apa lagi golongan pon!!! Senang sangat ni nak buat, tak thrill langsung!!!

hakak dan ayam kfc

Tp sbb hakak buntu nak masak apa ni, dah akhir2 ramadhon ni makin lemau dah nak memikirkan masak apa! Hokey, tanpa melengahkan masa lagi, hakak sertakan recipe mee goreng yang bertajuk MEE GORENG CHAMPAK2, gittewwww…

Bahan-bahannya :-

1 bungkus mee kuning
Selabu bawang besau
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering (blend)
Satu biji buah tomato (belasah la potong lagu mana pon!)
Udang basah
Fishball
Sayur pak choy
Setengah cawan ayaq asam jawa
Kicap manis/ kicap masin
Telor goreng hancoq (goreng asing)
Tauhu goreng (goreng asing, untuk hiasan sajorkkk)
Daun sup dan daun bawang
Garam

Chara2nya :-

Tumbuk bawang besau dan bawang putih ditumis sampai naik bau dan masukkan cili kering yang telah diblend.. bila cili dah masak betul untuk mengelakkan sakit perot, masukkan udang dan fishball dan buah tomato tersebut diatas.

Sesudah itu, korang masukkan sayur pak choy dan juga kicap manis dan kicap masin, agak2 la byk mana… lepas tu masukkan watak utama iaitu mee kuning.. gaul sebati dan korang boleh la champak telo goreng hancoq tu tadi, hakak meme sengaja goreng asing, sbb nakkan tekstur telo goreng tu ketul2 (dapnyaaaa)… kemudian masukkan ayaq asam jawa untuk membuatkan mee kuning basah dan masam2 gittew.. takyah dah pikir nak potong2 asam limau… mee dah balance rasa masam, masin dan manis… korang jgn lupa champakkan garam.. tak perlu byk sbb mee kuning dah sedia ada garam dan kicap masin tu sendiri dah masin.. eh! perlu ke hakak cakap ni?! Hahaha

Last sekali, hiaskan la mee goreng ni tadi ngan daun sup dan daun bawang jugak tauhu goreng… siap dahhhhh… simple eh?! tp ada aku kesah?!! Ni versi hakak la nih…

Nota kaki - cam binatang2 yang korang nak masukkan dlm mee ni tadi, buleh je tukau soton, ayam, daging… buleh je, takde masaelah… mee korang kan, sokati korang lahhh…. sayur tu mmg hakak prefer pak choy, mudah dan sedap dr sebok nak buang ekor taugeh adalah malasss !!!!






Upacara masukkan ayaq asam


Tadaaaa.. siap sudahhhh…

Ni akak sertakan VC hakak buat concert dulu! Hebak masa ni!!! Sekarang ni hakak dah tak buleh nak nari sambil nyanyi gitu dahhh, somputtttt… mongah!!! Skrg ni jgnkan nak menyanyi nak bercakap pon dah somput, camne?!!! Tunggu nanti lepas kelahiran anak dlm perot ni, hakak akan membuat kemuncholan dan kembali beraksi!!! Yeeeehahhhhhhhh..

Ok sekian saja hadek2, hakak ambil kesempatan di bulan mulia ni untuk hulur sepuloh jari mohon kemaafan sekiranya ada kesalahan bahasa dan perilaku yang tidak disenangi kalian.. Selamat menjalani ibadah di 10 mlm terakhir ramadhan dan semoga kita semua bergumbira pada Aidilfitri yang bakal menjelang… ameen ya rabb.. tetiba, J.LO insap!!!



Thursday, August 1, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : MARIAH CAREY : Biskut Rayya Kak Yah

halo!

kak yah bersiaran pada hari ini dengan hidung berair disertai dengan batuk. tapi itu tak mematahkan semangat kak yah utk memastikan semua peminat gembira dengan rancangan kak yah yang terbaru iaitu ketuk-ketuk ramadhon sambil marhaban.

 ini uniform kak yah apabila di dapur.

ok uols. hari ni kak yah nak ajar dua resepi biskut. ko jangan main main biskut ni glamer di tahun 2013 okeh. kalau beli boleh benkrap lepas tu tak sedap mana jadi ko tak reti2 nak buat sendiri?

*letak wallet tepi telinga*

ada bunyi kosong tak wallet tersebut?
ada kannnnn?
kalau korang lelaki pastu teringin nak makan boleh salin resepi ni. sampai rumah kang terus sua resepi ni kat bini korang. jangan lupa suruh bini korang pakai uniform macam kak yah kat atas tu.

resepi pertama hari ini adalah:

*bunyi drum dan gitar serta piano dan jugak biola dimainkan serentak*

florentin bars i give my all to have just one night with u.

*koma*

bahan bahan dan cara membuat adalah seperti berikut:









kak yah tak jamin kalau gigi korang tertanggal ya. sebab biskut ni memang sedap. kunyah punya kunyah sedar2 gigi pun korang tertelan sekali. ko jangan nak saman kak yah.

sedar tak sedar dah setengah jam kita bersiaran. masih ada 15 minit lagi masa utk kak yah keudara. *matilah ada ke rancangan 45 minit?*

resepi seterusnya adalah:

cornflakes sesuka hati rama-rama ditaman.

uols baca je lah resepi ya. anak kak yah melalak pulak.









ni memang dijamin layan. sebalang ni kak yah sorang jek melantak. pendek kata buat bukan untuk dihidang pada orang. tapi makan sendiri. kalau anak kak yah mintak pun kak yah akan bagi kata2 nasihat berupa:

tak boleh. nanti rosak gigi.
cannot! nanti gemuk. pegi minum susu.

padahal?
kedekut uols. nak melantak sorang jek. kalau jiran korang mintak korang tempeleng dorang. pegi buat sendiri.

sebagai penutup, terimalah pose terakhir dari kak yah di dapur...

kau ada mcm akak?

Oh.. Tak nak kalah dengan Avril nyanyi lagu raya.  Kak yah mencuba juga... sedia untuk gegendang telinga pecah?

"Hoi Avril ko ingat ko sorang je reti nyanyi lagu raya? meh sini kak yah nak tarik key 8 octave"



Semoga raya tahun ni di sambut meriah carey oleh semua........... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...